Cerita apa keme? Takkan manjang monday blues ye dok? Ishh..tak baik blues-blues pada hari isnin nih. Isnin tu kan permulaan hari dalam seminggu, takde hari isnin, mana nak datangnya hari-hari yang lain. Lagipun Rasulullah pun lahir hari isnin, 12 Rabiul Awwal, jadi jom kita buanglah persepsi buruk kat hari isnin ni. Patutnya dah cuti dua hari, hari isnin ni kita makin semangat nak gi kerja cari rezeki. Cer tengok burung2 yang keluar pepagi cari rezeki tu, tak pernah mogok takmo keluar cari makan, tawakkal keluar dengan tembolok kosong balik tembolok penuh. Ha..my intro untuk hari isnin nih.
Minggu ni den kojo sampai hari rabu je. Hari khamis dah start cuti cny, lama woo cutinya, 6 hari. Tapi takmolah memandai lagi sewa grab car nak pi jejauh pastu grab car pun tak dapat cari tempat tu, duit habis camtu aje. Takpelah biar je memerap kat rumah. Mytoklaki pi Kedah hari rabu sampai jumaat. Nak ikut dia tak kasi. Dia pi sebab kerjalah, bukan sesaja merantau ke Kedah nun.
Entah apalah den dok melalut ni. Biasalah bila dah dua, tiga hari menyepi dari alamaya nak cari mood ni kena cerita yang santai dulu. Ek eleh..macamlah awak selalu tulis entri berat, bukan ke manjang entri santai.
Selit sikit cerita pasal Umar Zikri. Ni pasal kasut sekolah dia. Punyalah malas nak basuh kasut, tengok kasut plastik ala-ala zaman sekolah mak dia nih tahun 70an dulu, tunjuk kasut lain takmo dah dia. Kasut tu jugak dia nak. Harga pun takla mahal, rm12.90.
Petang semalam dah nak maghrib kasut tu tak berbasuh pun lagi, hah! Kalah tarzanla mak dia menjerit.." Umar Zikri, nape tak basuh kasut???"
Dan-dan tu juga dia amik basuh. Bukan susah pun, guna penyental pinggan yang warna hijau tu dah bersih. Haa..tulah pasal dia nak sangat kasut plastik tu. Ada sekali tu selamba je dia meranduk lopak air. Mentang-mentangla kasut plastik.
Tapi sok-sok dah besar rasanya tak pandangla kasut plastik tu. Macam si abang tengah tu, dulu dari zaman sekolah rendah sampailah naik tingkatan satu ok je pakai kasut yang zrep-zrep lekat tu, sekarang dah pandai nak kasut bertali. Tapi nak ikat tali pun tak berapa pandai, sudahnya kasut dikapur je, nampak putih, tali nampak kekuningan kesan debu.
Yang si Nadhrah pun kemain lagi membeger muncung tudung takmo kesan kelepet-kelepet, dahla cermin muka ada satu je kat bawah, berebut-rebut pepagi omak eh ni nak berbedak dia sibuk dengan muncung tudung yang tak setel-setel tu.
Yang si abang besar sorang lagi tu, masa baru naik tingkatan satu masuk asrama, t shirt dia nak semua yang labuh bawah punggung, lengannya pun nak labuh hampir paras siku, jenuhla omak abah eh mencari t shirt kat dia, padahal masa tu dah memang fesyen t shirt fit2, lengan pendek, labuh atas punggung, aiksss...tengok-tengok sekarang t shirt dia semua ikut trend macam tu. Seluar pun fit. Masa tengah sekolah sanggup jahit tangan seluar sekolah dia nak bagi fit. Padahal pada kita, seluar tu takdelah besar, tak perlu nak jahit bagi kecik. Minta abah bawak kedai, jangan haraplah abah nak layan. Ha, tu yang bertabah menjahit sendiri tu.
Keme semua teman-teman alamaya yang dikasihi, den bukan sesaja nak citer pasal anak-anak den ni. Ni nak ngingatkan pada keme semua kita sebagai makpak ni, cabaran-cabaran yang kita kena tempoh dalam arus kemodenan hari ni. Ngeri tau keme semua, takut anak-anak hanyut. Kita makpak mesti dah buat perisai untuk keselamatan dunia dan akhirat anak-anak, soalnya cukup ampuh ke perisai tu?
Jadi janganlah lupa, doakan selalu anak-anak kita, tu je senjata yang kita ada.
Kasut plastik yang putih bersinar, senang basuh, senang kering, murah je..rm12.90 regenya.
Dulu masa zaman sekolah rendah, anak-anak den ni semua berkopiah ikut cam abah, sekarang dah takmo dia, malu..huh, nak buat baik pun malu.