30 Jun 2017
Masih beraya ke kome?
25 Jun 2017
Akhir Ramadhan, 1 syawal 1438H.
23 Jun 2017
28 Ramadhan 1438H.
Entah sawan cuti menguasai diri tetiba semangat plak nak menulis pagi 28 Ramadhan ni. Sebelum ni bukan main lemau rasanya sampai nak jawab komen kengkawan pun takde mood. Bukan salah bulan puasa, salahnya sebab dah rasa tak semangat nak kerja, tapi duitnya nak juga😥😥 camane tuh, korang cer bagi idea camane nak dapat duit tapi takyah kerja, haha..
Hari ni jumaat dah cuti, yeyyh..tu yang seronok tahap gaban tuh. Plannya hari ni nak kemas2 rumah, sambil buat kuih Raya dapat sejenis dua ok dah, jeles wehh kat mak okje yang tetiba sawan rajin membaking, apatah lagi si mama Yan yang sememangnya rajin tu dah macam2 dibuatnya, jahit langsir sendirilah, menukanglah, ishhh3x kagum2x..
Nak juga mencatat kenangan semalam. Dari malam kamis tu dah minta duit dapur dari mychentahati tu sebab lauk dah habis, dia biasalah last minit masa Salam tu kita kena ingatkan semula apa2 yang patut, tetiba kita terlupa dia pun lupa, so plan nak masak ikan kembung percik terpaksa kensel, bukan kita kedekut tak mau guna duit sendiri, tapi duitnya dah tinggal nyawa2 ikan, camane nak beli ikan, kelapa bagai tu.
Sampai rumah suruh si abang Iman gi kedai beli telur je, kita buat nasi goreng Pattaya jelah, mudah dan cepat., Cocktail buah campuran semalam punya pun ada lagi, Kang goreng keropok, jadilah. Lagipun dah hujung2 Ramadhan ni memang tak berapa nak rajin nak masak bebanyak tu, kita masak nasi berlauk, berbuka terus makan nasi jr, baru solat maghrib, terus tunggu isya, lepas isya terus terawih, lepas terawih kita tunggu plak cerita Kalau itu takdirnya, alaaa..cerita suami cemburu buta, kalau dah datang cemburunya mulalah dia tinju smack down isteri dia sampai pecah2 muka isterinya yang comel tu, yang si mak mentua dan adik ipar dia yang perempuan tu pun mental juga, ya Allah..ada ke isteri yang sesabar tu, last semalam dah serik sangat sebab si suami dah sampai tahap smack down anak dorang plak, akhirnya bahtera rumahtangga dorang pun runtuh sudah. Tapi musykil gak nih, watak si isteri tu, bagilah pakai tudung biar kena jalan cerita yang membayangkan dia ni kan main sabar, pandai tarbiah agama, boleh ajar mengaji. 😎😎😎
Saya jarang tengok cerita melayu ni, kalau tertengok tu maknanya cerita tu lain dari yang lainlah, boleh layan.
Eh...la, gini..si abang besar tu pun start semalam la cutinya. Dah bagitau nak balik. Jadi bila abah balik kerja tu, si abah takde bagitau si abang ni dah ada balik dengan dia, yang den plak tengah sibuk mendadar telur nak buat nasi goreng Pattaya, tak nampak si abang sampai, si abang ni dah penat, takde lah ke dapur salam dengan omak eh ni. Yang den ni ingat dia tak jadi balik, call pun dia tak angkat. Jadi ingatkan dia tak balik den dadar telur nak keeping jelah untuk bungkus nak nasi goreng. Siap masak den naik mandi, baru perasan dia ada dalam bilik, ah sudah..nak masak lagi dah tak sempat. Tapi nasib baik gak anak daro den dua orang tu uzur syar'i. Dorang dah makan apa patut. So den terpaksa suruh dorang berdua kongsi, dan yang sepinggan lagi bagi Kat si abang. Alhamdulillah, kenyanglah juga.
Tahun ni jatuh turn kitorang balik beraya di kampung suami kat nogori nun, kato eh nak balik pagi raya nanti, taknak balik awal2, bimbang mak mentuo den tu pening kepalo naik darah semua kalau dah bising2 reramai tu kang. Den ok je. Lagi mudah rasanya nak masak2 dulu apa patut, packing bawak balik sana. Nak masak apa? Entah. Tengoklah last minit punya decide.
Tak pun masak je nasi impit Adabi kuah kacang macam yang si kakak mintak tu.
Korang mesti seronok kan nak raya, masih ada kampung, ada mak ayah yang tunggu kepulangan korang, dah masakkan juadah fevret korang, kumpul ramai2, bestnya. Macam den ni, Raya pun takde seronok dah, dah takde mak, huhu..Dulu walaupun dah tua bangka nak balik kampung beraya tu kan main xcitednya sebab nak jumpa mak, last2 day puasa tu dapat berbuka puasa dengan dia, tengok dia seronok makan reramai dengan kami, pastu kemas2 rumah dia, tukar langsir bagai, tu yang buat hati rasa bahagia. Tapi yelah...dah takdirnya mak pergi dulu..
Balik rumah mak mentua tu bukan tak seronok, cuma lebih seronok balik rumah mak sendiri, walaupun mak dah takde.
Korang, sempena eid Mubarak yang bakal menjelang tak seberapa Hari lagi ni, den mintak mahapla yo mano yang tersentap, terguris, terkucil semua tu. Moga Hari Raya korang penuh dengan keberatan dan rahmat dari Allah, aminnn.
21 Jun 2017
26 Ramadhan 1438H.
Saya berpeluang ziarah Rumah Orang Tua Seri Kenangan. Infaq set pengurusan jenazah ( Kain kafan dsbnya )
Sempat juga sembang dengan ibubapa di sana.
Memang sadis jalan cerita mereka...
Bila ditanya tentang sedekah, kebanyakannya jadi diam tak terjawab. Tapi kami cepat- cepat tukar emosi mereka bagi kembali ceria dengan cerita yang menarik.
Ringkasnya semuanya berbalik kepada amalan di usia muda! TERUTAMANYA BAB SOLAT DAN SEDEKAH!!
Mereka jadi jauh dari nilai Islam, hingga mereka make sendiri dianggap beban, hingga sanggup letak di rumah orang tua. Seolah nak buang ibubapa sendiri.
#RajinRajinLah SOLATdanSEDEKAH.
Orang2 tua di rumah Seri Kenangan. |
Team Ashekin Rich Resources menuju ke bilik mayat di rumah orang tua Seri Kenangan. |
Pn Ashekin, pengasas grup Ihfaq Kain Kafan yang mengumpulkan Kain kafan untuk diwakafkan kepada Rumah Orang Tua Seri Kenangan. |
20 Jun 2017
25 Ramadhan 1438H.
HiMasyaAllah, dah nak habis puasa dah., dah 25 Ramadhan, kalau lah yang bernama Ramadhan tu manusia, dah 25 hari bertamu kat rumah kita, hari ni agaknya dia dah mula packing2 nak balik, dah rima's dah duduk lama2 kat rumah orang. Kita pun dalam hati duk tertanya2 dah, bila agaknya orang ni nak balik, penat dah ni dok menjamu makan, mengemas2, kita pun mula hint2 supaya tetamu tu cepat balik, walaupun tetamu tu bukan duduk percuma, dia bayar tau, tu pun kita rasa penat.
Macam tulah kita dengan tetamu batin yang namanya Ramadhan ni. Mula kedatangannya kita sambut, kita rai sungguh2, kita mengaji, sedekah, tarawih sungguh2. Kat masjid, surau penuh jemaah bertarawih, sampai melimpah2 keluar. Tapi dah akhir2 Ramadhan ni cer gi tengok, rasanya dah tinggal tak sampai separuh jemaahnya. Mak2 dah sibuk membaking, tukar langsir, kemas rumah. Pak2 dah menggaruk kepala mengira bajet sebelum dan selepas Raya, fuhhhh..
Lagu2 Raya dah berkumandang sana-sini, lampu raya dah berlip-lap2 kat rumah jiran hujung sana, simpang depan, kona Kiri, mercun dah berdentum-dentam, pastu dah masuk berita anak orang sana putus jari, cacat kat mukalah bahana meriam buluh, yang peliknya anak cina yang sambut Tahun Baru Cina tu takde plak dengar berita putus tangan, putus jari akibat main mercun, tiba kalau time nak raya je adalah berita anak en Ahmad ke, anak en Bustamam ke masuk spital akibat cedera main mercun, contoh..itu contoh, harap kalau betul ada orang yang namanya en Ahmad atau en Bustamam janganlah terasa ek.
Pastu yang banyak berlaku eksiden ni time Raya kitalah, jem teruk time Raya kita, harga bahan mentah melambung naik pun time kita nak raya, eh..bulan puasa pun harga barang dah naik, baru ni tengok harga kerang sekilo dah mencecah 13hengget lebih, padahal 4, 5 tahun lepas tak sampai pun 7 hengget sekilo, kansel...tak jadi buat rendang kerang.
Tahniahla kepada sahabat2 Yang berjaya capai target khatam Quran, nak bertarawih setiap malam, sedekah setiap hari, kurangkan pembaziran beli Kat Param tu, tapi masak setiap hari walaupun penat2 balik keje, tak sempat bukak stokin dah buka freeze keluarkan ikan, sotong nak masak juadah penuh kasih sayang untuk anak2 dan suami. Pukul 4 pagi mata masih separuh terbukak dah bangun siapkan sahur, pastu kalau sempat tahajud barang serakaat dua, mengaji barang semuka dua, jadilah la kan.
Panjang pulak terbebel pagi ni. Ampun maaf kalau ada yang tersinggung.
--_------_---__-------------------------------------------
Assalamualikum
Niatkan *INFAQ* untuk Set Lengkap Pengurusan Jenazah
Harga Set ini RM250/=
Nilai Infaq CUMA
*RM10.00 satu nama*
📞Tel: []] *012 384 4558* Ashekin ]]]]
👆🏻.. Team Ashekin dan AL~WALID akan menghantar (*Infaq*) Set Pengurusan Jenazah ini
*ke Rumah Orang Orang Tua Sri Kenangan, Cheras KL*
Terimakasih di atas *keperihatinan dan menyantuni* hikmah bersedekah..
*boleh ! Sila viralkan projek ini* 🚀❤🕋
Follow this link to join my WhatsApp group: https://chat.whatsapp.com/7iy2eEM9JyLBPO1r0oHl5K
Saya ada join grup yang namanya grup infaq Kain kafan, sape nak join ikut he link Kat atas tu.
18 Jun 2017
Cerita 21 Ramadhan 1438H.
tekun je. |
15 Jun 2017
20 Ramadhan 1438H.
12 Jun 2017
17 Ramadhan 1438H.
Semoga Ramadhan yang masih berbaki kita manfaatkan sepenuhnya bagi merebut barakah, kebaikan dan seribu satu kebajikan yang Allah janjikan di sepanjang Ramadhan ini. Hati dah mula terasa walang mengenangkan tetamu yang mau beransur pergi ini, terasa kurang beradabnya melayan tetamu yang sepatutnya sangat dimuliakan, Allahu Akbar..
Jalan kaki tu ikut jalan kampung, dalam 1km lah jaraknya, takdelah seram sangat, ada gak rumah2 kampung, tapi ada gak semak-samun...
Saya nak cari kereta paling murah, tapi ofkoslah nak cari yang kira ok juga. |
8 Jun 2017
13 Ramadhan 1438H.
Biskut hup seng.
Santan atau susu cair.
Isi ayam potong halus2 atau blend.
Seulas bawang putih, ketuk.
Bawang besar kalau suka boleh letak 2,3 biji potong dadu.
Kentang potong dadu.
Kubis potong halus2.
Telur sebiji atau dua, ikut saiz.
Daun bawang, potong.
Garam dan rempah kari.
Tumis bawang putih sampai wangi, masukkan inti ayam. Bila isi ayam dah masak masukkan rempah Kari, kalau suka pedas boleh lebihkan rempah kari, tambah sikit air dan masukkan kentang. Tunggu kentang empuk, masukkan bawang yang dipotong dadu tadi. Bila bawang dah masak baru masukkan kubis dan daun bawang, masukkan garam dan kacau hingga rata. Tutup api dan pecahkan telur.
Saya guna 24 keping biskut, tapi terpulang korang nak tebal ke nipis. Setiap lapis saya guna 6 keping biskut. Biskut kena rendam sekejap dalam susu cair, baru susun dalam dulang bakar yang dah disapu margerin. Letakkan inti rata2. Buat proses yang sama sehingga selesai. Bahagian atas sekali mesti biskut ye, kalau inti nanti kering plak intinya, sebab kita kena bakar dengan suhu 160°c dalam 30 minit camtu. Sejukkan baru boleh potong.
Puas hati tau, makan sebab saya punya 4 tingkat weh.
Bila suami berbuka di hotel, kita masak yg paling ringkas, duk kat dapur sekejap je dah siap. |
7 Jun 2017
11 Ramadhan 1438H.
Murtabak biskut, nampaknya ank2 suka, so nak kena buat lagilah, kalo beli kek Param tu sebiji yang biasa tu, bukan mutabak biskut macam ni, dah rm4 sebiji. |
5 Jun 2017
10 Ramadhan 1438H.
Tinggal untuk sahur je, nak beli roti katanya.
4 Jun 2017
9 Ramadhan 1438H.
Semangat baru, ajak abah keluar selepas subuh😀😀 |
Anak-anak yang tinggal Kat rumah tetap nak diraikan, terutama si Umar Zikri yang tengah semangat berpuasa tu. |
1 Jun 2017
5 Ramadhan. 1438H.
" Bila?" Ibu.
" Entah, tak ingat,"
Pinjam yo, kuih cara yang den buat semalam idokle sekiut yang ni, den bancuh, si kakak nadrah Tukang bakonya, ada yang penyet, ada yang hangus..takpe nak bagi dia belajar. Anak-anak memang minta nak makan itu, ini..sabo yea, ibu masak satu resepi sehari, itupun pukul 3.30 petang dah masuk dapur, siang2 ikan, sayur, bancuh2 apa patut..lepas asar baru sambung, target siap sebelum kul 6.30. Jadi boleh juga duduk2 mengisi waktu mustajab doa sebelum berbuka tu. |