Peratikan budak yang ikat kepala kain biru tu, kan main laju lari eh, sekali bola tertinggal da.. |
Ni plak sebelum mula acara dah nangis, jenuh omak eh mujuk, nasib baik mau diam, boleh meneruskan acara, gabra agak eh, tengok ramai na orang. |
Peratikan budak yang ikat kepala kain biru tu, kan main laju lari eh, sekali bola tertinggal da.. |
Ni plak sebelum mula acara dah nangis, jenuh omak eh mujuk, nasib baik mau diam, boleh meneruskan acara, gabra agak eh, tengok ramai na orang. |
Akhirnya. Selesai satu beban yang den tanggung selama sebulan. Penat lolah melatih, menjorit nak bagi elok, sempurna di mata mak ayah bebudak tu...hari ni, Alhamdulillah, kot ada cacat sesikit tu adatla kan, nama pun bebudak.
Antara acara sukanekanya..lumba lari, acara musang berjanggut, menggolek bola dengan gelung, masuk air dalam botol guna span. Tak ketinggalan acara untuk mak pak yang sporting..masuk air dalam botol menggunakan tangan, untuk mak-mak plak acara kopek limau dan makan sampai habis. Sayangnya saya tak sompek mogang henpon pun, jadi gambar yang ada ni hasil snapan ticer-ticer lain.
Jom kita bersukaneka.
Anak den yang ni pun suka melukis. Buku tulis sekolah agama kiri kanan atas bawah penuh lukisan, nasib baik ustazah tak marah, baru darjah satu kan, ustazah pun faham. |
Tengah sibuk latih sukan untuk sukaneka hari sabtu ni. Semalam bawak ke padang mainan dekat rumah den. |
Acar ikan dengan bendi. Lauk tengahari kami. |
Malas nak ceritalah korang. Penat dah. Tengah tersandor di tepi dinding di tengah-tengah keriuhan bebudak ni main belon. Tersandar kenyang dan penat. Peliknya bebudak ni macam tak penat-penat. Selebihnya biar gambar yang berbicara.
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Bilakahkah masanya lagi manusia itu akan melepaskan dirinya dari menjadi tunggangan nafsu yang dituntun syaitan? Bilakah manusia itu akan mengakui bahawa penyakit bernama mazmumah yang dipupuk di dalam jiwanyalah penyebab kepada segala kerosakan dan kekejian dunia...
Manusia sebenarnya terlalu kadih pada sifat angkuh, sombong, tidak sabar, gila dunia, pemarah yang memberikan nikmat sementara di dunia tetapi azab di akhirat itu dari sifat rendah diri, sabar, bertolak ansur, pemaaf, bersyukur, berkasih sayang yang pasti mendatangkan 'syurga yang disegerakan' di dunia dan keredhaan serta rahmat Allah tang kekal abadi di Akhirat...
Bilakah manusia itu akan belajar mentaati Allah sebagai Tuhan,sedangkan di setiap tarikan nafasnya dia menggunakan nikmat yang Dia kurniakan tanpa menuntut apa-apa bayaran? Bila lagi manusia itu akan terbit sedarnya, lalu menggunakan peluang hayat yang ada mengejar rahmat-Nya selagi pintu taubat masih terbuka...
Dan sampai bila manusia sanggup berpura-pura tidak mengerti dengan realiti kehidupannya, yang ditetapkan Allah sebagai: " Sesungguhnya kami didatangkan dari Allah dan sesungguhnya kepada Allah lah kami dikembalikan."
🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂
Ni tengahari semalam punya kes. Dah banyak kali pesan, bila bukak spek tu letak atas meja, tak digombe eh. Letak gak atas lantai. Dia sendiri terpijak sebab dah tak tahan nak ke tandas, kali kedua tu dibawak baring, habis bengkok, yang kali pertama tu, tak silap dia terpijak juga. Membebel-bebel abah, yelah sekali betulkan dah berapa. Tak betulkan camano gayo eh, tak boleh belajar deh, tak nampak. |
Tinggal abang tengah je yang tak pakai spek. Umar Zikri ni saya perasan dari umur dua tahun dah lain macam masa dia tengok tv. Kakak Nadhrah elok, pandai jaga spek dia, tak patah, tak bengkok. |
Alamak, tak perasan, yang bawah2 tu tak edit.. Sori ye Datuk, tuk tolong tok, derma sikit. |
Bersama dua orang sepupu, sejak kecil hingga sekarang dah masuk umur 40-an memasing, baru dua kali berjumpa, Alhamdulillah jalinan ukhwah melalui group wasap. |
Hari ni adik ipar and family datang, sampai dalam kul 11 pagi tadi, den masak nasi lemak. Lontong tu nanti pas zohor ada kawan plak nak datang dengan sorang lagi adik ipar. Set pinggan nilah yang keluar setahun sekali tu, habis syawal nanti baru masuk kabinet semula. |
Rempah tumis ni sentiasa ada dalam peti, bahannya cuma bawang besar, bawang putih dan cili kering. Senang buat camni, nak goreng bihun ke, masak sambal nasi lemak ke, masak kuah lontong ke semua boleh. Sebulan syawal ni, bahan kering yang mesti ada dalam stok simpanan tu antaranya mihun, spageti, nasi himpit segera..senang nak masak bila ada yang nak datang. |
Masya Allah, lazis jiddan. Padan dengan rege dia rm8 sekilo, beli sebiji rm16.50, mbik kau.
________________________________________
Al kisah, bulan puasa baru ni singgah kat satu stall buah tepi jalan, beli buah pulasan dengan cempedak. Cempedak tu kecik je. Rm7 sebiji, jadilah..buat juadah berbuka cadang eh. Orang yang menjual tu bagilah tip, katanya kalau taknak goreng habis jangan belah, tapi potong separuh, in shaa Allah tak busuk. Kato eh lagi,...ni esok ko, luso ko bolehla goreng, suai bonalah..kato eh, den pun yakin seratus persen, yelah orang menjual buah bercakap, tentulah dia tau kan..
Den bungkus ngan surat kabar nak bagi cepat masak, tunggu dua tiga hari, tak bau- bau pun lagi, apo lak lambek bona masak eh...den dah tak sabar. Den nekad potong separuh, la..apo lak putih yo isi eh, cam cempodak mudo..
Den simpan. Sudah eh sampai seminggu, bukak-bukak, kosan eh dah hitam, dah tak buleh makan laei.
Apo nak buek kan, redha jelah. Tapi dalam hati nak marah jugak tuh..
Nak jadi joki orang kempunan, petang ni toklaki den bawak balik sebiji cempedak madu, rege rm16.50 sebiji.Isi eh bosa-bosa, pueh hati. Dengan tak menyompek laei den goreng petang ni jugak. Masya Allah....lazis jiddan, manis sesangat.
Ado la dalam limo koto den belasah.
Maka nikmat Tuhan mu yang manakah yang kamu dustakan....
Kalaulah engkau sedar akan mati
Engkau akan bersedia hidup untuknya.
Jika engkau tahu negara abadi itu
Tidak akan ada usaha ikhtiar lagi
Nescaya engkau akan berusaha di dunia ini
Di sana engkau makan hasilnya.
Jika engkau sedar mati itu datang tiba-tiba
Mungkin hidup untuk esok pun belum tentu lagi
Nescaya urusan Tuhanmu tidak ada penangguhannya.
Jika kamu belum tahu apakah syurga
Atau neraka itu tempatmu
Nescaya tidak ada masa untuk kamu ketawa
Nescaya kamu akan bermandi dengan air mata.
Jika kamu kenal dirimu sendiri
Tidak akan sempat melihat kesalahan orang lain
Betapa pula untuk menceritakannya.
Jika kamu tahu tiap-tiap yang haram itu neraka padahnya
Yang halal pula akan diperiksa
Nescaya kamu akan berzuhud di dunia ini.
Jika kamu tahu penderitaan akhirat
Nescaya penderitaan di dunia ini tidak menyusahkan kamu.
Jika kamu tahu nikmat syurga itu
Kamu tidak akan terpesona dengan nikmat dunia.
( Sesungguhnya dari Allah kami datang, kepada Allah nantinya akan dikembalikan )
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Makan berjemaah..kelebihannya, dapat pahala, dapat makan banyak tanpa dihisab, perhatikan cara duduk bebudak ni, duduk di atas kaki kiri, kaki kanan ditegakkan bagi menekan perut, nilah cara duduk yang betul waktu makan yang diajarkan oleh Rasulullah, supaya lutut tu dapat tekan rongga perut, jadi ruang perut pun taklah terbuka, takdelah nak makan banyak. |
Seseorang bertamu ke rumah Amirul Mukminin Saidina Ali krw di hari raya. Saat itu beliau sedang makan roti kering tanpa sayur atau lauk apa pun. Maka orang itu berkata:
" Ya Amirul Mukminin, bukankah hari ini hari raya, tapi anda makan dengan makanan yang sangat sederhana.."
Maka Saidina Ali pun menjawab..
" Hari ini hari raya, besok pun hari raya, bagiku setiap hari di mana kita tidak berbuat maksiat dan dosa itu adalah hari raya...
Bukankah orang yang berhari raya dengan pakaian baru tapi orang yang berhari raya adalah orang yang bertambah taatnya kepada Allah, bukanlah orang yang berhari raya dengan makan makanan yang enak, tapi orang yang berhari raya adalah orang yang terampun dosa-dosanya.."
Allahuma Aameenn.
( Huhu..jauhnya aku daripada peribadi sahabat..)
Ni pokok pisang gala( sila sebut gale yea) Hanya daun pokok pisang gala ni yang boleh diguna untuk balut pulut lepa Terengganu sebab rasa dan baunya tak melekat pada pulut bila pulut tu dipanggang. Buah pisang gala ni banyak sangat bijinya, jadi hanya sesuai diambil untuk buat acar masa buahnya masih kecik. Pokok pisang ni dah lama tumbuh depan rumah. Sila abaikan toto dan kusyen tu ek.Hihi. |
Ni plak pulut kampung. Pulut susu boleh juga, tapi agak lembik. Pulut ni dikukus dua kali, kali pertama kukus biasa. Bila pulut agak kembang keluarkan dari kukusan, campur dengan santan pekat dan garam, kukus kali kedua. Dah masak bolehla disejukkan. Oye, pulutnya kena rendam semalaman ye. |
Ni plak rupanya setelah digulung menggunakan tikar getah, tu yang dalam besen kat atas tu, tapi tikar getah yang bersih tau, makcik saya siap simpan elok-elok selepas guna. |
Ni plak proses membalut gunakan daun pisang gala tadi. Kena balut ketat-ketat supaya tak pecah bila dipanggang nanti. |
Jom makan nasi dagang. Gulai ikan aya lawan acar timun, ni round kedua dah ni. Masya Allah...teruk sungguh kan, camane nak start puasa 6 nih. Kalau boleh nak start awal, bukan apa...lagi lambat lagi berat nak buat. Betul. Tangguh-tangguh sebulan syawal pun berlalu, sapa yang rugi, sayalah..rugilah sebab hilang pahala setahun berpuasa. Ishhhh...tak boleh jadi nih.
Korang jangan komen background pokok pisang tu ek. Tu yang terdekat dengan rumah, tengah syok nonton Syamsul debat, takmo pegi jauh-jauh nanti miss. |
Kami takdo tema-tema do, rembat je. |
Nilah gaya Umar Zikri dengan sepupu Muhammad Fateh semalam, tapi tak sempat nak snap, laju je dorang berjalan. |
Berkumpul depan tv, penat berjalan raya. |
geram tengok bergayut-gayutan, tapi tade sape peduli, berjatuhan atas tanah pun takde sape nak kutip. Tengah musim pelam kat sini. Kalo rajin bole buat jeruk. |
Agaknya tahun ni tema biru. Ni gambar keluarga sepupu saya dari Perak. Biru kan. |
Ni plak sepupu saya kat Sg Ramal, Kajang. Sekeluarga biru. |
Ni parent dari Tadika saya, biru juga. |
Tak cayo laie, ni bukti eh lagi, Sekeluarga biru pink, comey la ko mak. |
Ni si abang besar yang tak pernah panjat pokok. Kena cabar dengan ibu, naik gak akhirnya tolong petik buah pelam arwah tok ma. |
Nilah hasilnya untuk hari ni. Isinya berbau harum warna kuning, merecik air liur, tak sabar tunggu waktu berbuka nih. |
Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign