Asam Garam Kehidupan: September 2014

Nuffnang

Pages

30 Sept 2014

Bahaya besar

Share dari group wasap.
Supaya kita sama-sama berjaga-jaga keselamatan anak-anak kita jangan sampai terjebak dengan najis dadah. Ini adalah pil ectacy khusus untuk kanak-kanak dan remaja. Berhati-hatilah, jangan sampai termakan. Rosak anak bangsa kita, rosak agama, rosak negara, Nauzubillahiminzalik....

Dah bace doa kenape kena tutup kepala lagi...?

"Ibu, kan dah bace doa, kenape kena tutup kepala lagi?" Sekali lagi saya kena jawab secara logik akal budak umur lima tahun bila dia bertanya begitu sewaktu nak masuk tandas, tapi belum sempat diberikan jawapan, dia sendiri yang jawab.." Ooo, sebab dia boleh b....k jugak ek kat kepala kita."

Saya terangkan antara adab masuk tandas ialah baca doa, tutup kepala, pakai selipar...sebab tandas tu tempat yang kotor, rumah syaitan. " Syaitan tak lari ke bila kita bace doa?"

Sepanjang dua puluh tahun saya mengajar tadika tak pernah ada anak-anak murid saya yang bertanyakan soalan yang atas sekali tu,  even kakak-kakak, abang-abang dia pun tak terpikir  sejauh tu. Yelah..pada dia, bila dah baca doa, tentu syaitan dah lari, jadi kenape nak kena tutup kepala lagi,..auntie zakie tolong jawab.

Tengokla dalam gambar ni, dia paling tinggi antara kawan sebaya. Apa kenala kopiah tu, sampai terjongket macam lebai malan tu sayang oiii..

29 Sept 2014

Semut api dan syaitan kena ikat kat mane..?

" Ibu, semut api tu ada api ke bila dia gigit orang?"
"Tak, nama dia je semut api, tapi takde api pun."
"Ada api kecik je ke?'
"Takde, sakit macam kena api je..."

"Ibu, syaitan tu kena ikat kat mana?"
( aku faham, dia maksudkan tempat syaitan tu diikat kat mana )
"Ikat kat tangan dengan kaki dialah." ( aku berpusing memikiokan jawapan yang dia boleh terima dan faham )
"Bukan..kat syurga ke kat neraka?"
" Masa bulan puasa ke?"
" haaa"
" Kat nerakalah." ( kot...sebenarnya dari kecik sampai remaja aku pun memikirkan hal ni, kat mane syaitan diikat sebenarnya masa bulan puasa tu, kat neraka ke? ke ada satu tempat khusus sebagai penjara mereka masa bulan ramadhan tu, sape tau, terus-terang saya sebenarnya tak tau )

Rehat jap, bercerita pasal soalan Umar Zikri ni. Pasni ada lagi keje yang belum selesai. Start minggu ni saya pegi keje hari selasa, kamis dan jumaat, oppss..kena berenti dulu, laparrr...
Saya sibuk dengan kerja-kerja menghiasa tadika awal tahun dulu, dia penat
atas meja yang penuh buku ni pun dia boleh lena..

Segmen: Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!

Syarat2 penyertaan:

  • Follow blog JINDRISSKA ni. (Kalau dah follow, skip je syarat ni.)
  • Buat satu entry khas bertajuk "Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!" , letak banner, copy syarat2 penyertaan ni dan backlink ke blogJINDRISSKA.BLOGSPOT.COM.
  • Wajib tag sekurang-kurangnya 3 orang rakan blogger, dan inform diorang. (Kalau kawan tuh dah di-tagged, janganlah tag diorang lagi. Kesian diorang dapat notification banyak2. Heheheh.)
  • Lastly, letakkan link entry korang dalam ruangan komen kat blog JINDRISSKA ni. (Jangan letak tempat lain plak, hehehe)
  • Siap!
Paris Giveaway by JINDRISSKA

Pagi-pagi buka blog rupanya kena tag by Bbwana Adienia, tq dear..untuk sesama join GA ni, so pepagi ni kak NA ( cam best je kalo sesape nak panggil dengan nama ni, he he ). Manalah tau kot ada rezeki dapat hadiah, tak dapat hadiah, kot ada yang sudi nak jadi rakan ukhwah tu lagilah seronok kan, so..kalau ada yang sudi nak join tu, silakan, ada masa lebih kurang sebulan lagi.

Pastu nak kena tag 3 orang rakan blogger yea, ermm..
1. Hajar Ras'h
2. Cikgu Ayu Insyirah.
3. Yun Sing.

Jommmmmmmm...meriahkan dunia alamaya kesayangan kita ini dengan pakat-pakat meriahkan segmen/GA yang kawan-kawan kita buat. ( saya nak buat GA ni tapi tak terbuat-buat juga lagi, hu hu ..entah bila entah, jelez la jugak tengok kengkawan buat GA nih, aduhaiii )

28 Sept 2014

SERIUS: Kisah isteri dan MADUnya yang dapat 1238 share di FB.


SERIUS: Kisah Isteri Dan Madunya Yang Dapat 1238 share di Facebook.




Ada seorang kakak ni, dah dekat menapouse tapi masih nampak bergetah kerana kulit cerah, kuning langsat, body masih mengancam jantan miang dan kecil molek orangnya. Hanya 5 kaki tinggi lebih kurang, Kak Nani namanya.

Tapi entah macamana, saya dengar berita suaminya kawin lagi satu. Siap bersanding lagi dengan pelamin vogue, dan paling pelik buat di rumah sendiri. Bahkan dua kali ganda pelik, Kak Nani sebagai penyambut tetamu di hari bahgia suami. Juga tiga kali ganda pelik, Kak Nani sambut dgn senyuman ori di gerbang rumah. Apakah rahsia suami kak Nani itu yang bekerja hanya sebagai anggota penolong penguatkuasa.

Setahun setengah dah dapat orang baru, tak pasti lelaki ke perempuan tetapi bila hampir genap dua tahun, cik abang tu kawin lagi satu tanpa menceraikan kedua-duanya. Ringkas cerita apa yang ditulis di perenggan kedua diatas tu ,berulang bahkan isteri menyambut tetamu secara berjamaah, senyum, bangga dan tanpa sedih barang sekelumit pun.

Kak Nani pun montel, berisi dan bersusun gelang di tangan. Kusematkan di hati untuk mendapatkan petua dari cik abang apakah ilmu dimiliki.??? Sayugia, seminggu kemudian dengan beradabnya saya menemui kak Nani sebagai isteri tua sebagai minta izin untuk berjumpa cik abang.

Bila dilontarkan hajat mohon ilmu makrifat suami hebat, kak Nani dengan yakinnya berkata, Tak perlu lah jumpa suami kak, sebab boleh akak nyatakan rahsianya tanpa was-was .Saya agak kesal kerana tidak yakin dan, kak Nani dengan pantas mencelah, akak nak jadi isteri yang taat, isteri yang adil, yang saksama, beri semua madu merasa apa yang akak rasa.

Biarlah betul-betuk kak, kata saya. Jawab kak Nani, kakak mahu semua madu rasa apa yang suami beri .., kalau dulu selalu akak kena penampar dan sepak terajang, kini mereka pun dapat, lewat layan seks kena tumbuk maka mereka pun rasa, makanan kurang panas kena baling dengan pinggan mereka pun alami, kejut suruh bangun subuh kena hentak di bucu katil mereka dapat juga, tanya kenapa balik lewat dibedal dengan buckle tali pinggang mereka pun rasa. Pokoknya apa yang kak Nani rasa , mereka dapat dan rasa tanpa kecuali.Maka DAH KURANG apa yang akak dapat kerana pengagihan ADIL itu sesama kami.

Saya terkulat-kulat memikirnya dengan senyum simpulnya kak Nani menyambung, dan sekarang akak boleh tidur lena, makan selera, badan tak lebam, sihat montel dan kini suami akak tak lagi minta duit gaji akak (bini lain gaji mahal), maka dapat beli gelang-gelang emas 916 ini , sambil dia mengoyang2 kan lengan yang penuh gelang ibarat Rita Rudaini dalam filem Mami Jarum tu.

Saya batalkan hajat nak jumpa cik abang tu, sebab bersyukur. Walaupun tak dapat ilmu kawin 3, setidak-tidaknya saya masih seorang lelaki dan bukannya jantan!

komen saya: sebenarnya poligami itu selamat dan menyelamatkan kalau betul ikut hukum Tuhan, cuma nafsu saya jer yang belum mampu, hu hu..

Damai.

..Suasana pagi dengan lembah berkabus naik perlahan mengapung di ruang udara..tak lama lagi bilah mentari akan sampai di sini, dan kabus semakin menipis...
Di sudut lain, mentari pagi mula menebarkan cahaya lembut. Kicau sang unggas memenuhi ruang, terdengar riang dan amat indah, bertingkah-tingkah, bersahut-sahutan.
Di sini, alangkah damainya, aku bisa menikmati keindahan ini sepuas hatiku. Terkenang suasana bergolak di asia barat...palestin, syria...dalam hatiku, kupanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran padaMu ya Rabb...
suasana berkabus ( kurang jelas dalam gambar ni )
mentari naik dengan cahayanya yang lembut.
cahaya mentari mula sampai ke sini, angin sejuk menampar
wajah, takyah gi Cameron pun..

27 Sept 2014

KISAH BAGAIMANA SEORANG REMAJA YAHUDI MEMELUK ISLAM.




“Aku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia. Perjuanganku bermula semasa aku berumur 19 tahun. Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik. Cita-citaku dalam hidup ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai setiausaha….. sungguh melucukan..

Suatu malam aku berjalan ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam, rupanya kawan serumahku. Aku masih ingat bertanya dia “Boleh tak aku simpan vodka ini dalam peti ais?. Lepas tu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur. Selepas itu, kehidupan aku berubah secara tiba-tiba.

Kawan aku ini adalah seorang muslim. Dia adalah orang Islam yang pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau kuat semangat ingin tahu aku pun bertanya kepada dia tentang Islam… Aku Tanya dia pasal sembahyang 5 waktu, perang jihad, siapa Muhammad?

Perbualan kami turut disertai bersama dengan seorang kawan Kristian kami bernama Wade. Jadi kami pun membentuk dialog antara agama Islam, Yahudi dan Kristian. Dalam sesi tersebut kami telah menemui banyak perbezaan dan persamaan.

Tanpa kusedari minatku telah bertukar daripada seks, dadah dan berpesta kepada pencarian mendalam kepada agama. Satu pencarian yang aku perlu lengkapkan. Pencarian kepada tuhan dan pencarian bagaimana untuk mengikuti perintah tuhan.

Dalam kesungguhanku mencari kebenaran, aku bertanya kepada diriku. Ok, kita mula cara mudah, ada berapa tuhan sebenarnya? Aku yakin ada satu je.. sebab kalau banyak tuhan akan jadi lemah sebab pasti berlaku perselisihan dan pergaduhan… Satu tuhan adalah keyakinanku, dan pilihanku.

Suatu ketika dulu aku buka mindaku kepada kemungkinan wujudnya tuhan. Aku analisa pandangan orang yang percaya dan tak percaya. Yang membuatkan aku menyebelahi orang yang percaya adalah ungkapan ‘setiap rekaan mesti ada perekanya’. Dengan keyakinan sedemikian dalam diriku akhirnya aku sedar dengan yakin bahwa tuhan itu wujud. Aku masa tu masih tak dapat menjelaskannya tetapi jauh dalam lubuk hatiku aku percaya.

Ketakjuban yang baru aku jumpa ni diikuti dengan rasa tanggungjawab terhadap Penciptaku. Dunia beragama kemudian menjadi tumpuanku.

Lepas tu aku bertanya pada diriku “Mana aku akan mula?” Secara lisan ada ribuan jenis kepercayaan. Aku perlu juruskan kepada hanya beberapa kepercayaan sahaja. Macam mana aku nak selesaikan masalah ini? Mula-mula cari yang percaya pada satu tuhan sahaja. Ini aku masukkan dalam kepala otakku. Tentu sekali ini logik sebab aku hanya percaya pada satu tuhan sahaja.”

Ok, lepas tu.. “ini maknanya kita tolak agama Hindu dan Buddha sebab keduanya percaya pada banyak tuhan. Jadi tinggal 3 saja agama yang ada satu tuhan iaitu Islam, Yahudi dan Kristian…. Jadi oleh sebab aku ni Yahudi aku mula dengan Judaism (Ugama Yahudi) terdapat satu tuhan, beberapa Rasul, ’10 Commandments’, Taurat, jiwa Yahudi…apa,.. apa jiwa Yahudi?

Masa aku buat kajian perkara ini menghantui fikiranku. Ceritanya ‘Jika seseorang tu dilahirkan sebagai Yahudi dia ada jiwa Yahudi dan mereka mesti menganut Judaism (agama Yahudi)’…. tunggu jap..kalau macam tu ni dah jadi diskriminasi kan? Sedangkan agama itu patut universal (menyeluruh).

Jadi tuhan juga buat jiwa Yahudi, jiwa Kristian dan jiwa Muslim dan jiwa Hindu? Aku ingat semua manusia diciptakan sama sebagai manusia? Jadi kalau seseorang itu dilahirkan dalam sesuatu agama dengan ketentuan tuhan, maka dia mesti berada dalam agama tersebut walaupun akhirnya seseorang tu mendapati agamanya sesat?…hmmm aku tak percaya ..camtu zalim tuhan..ini mustahil.

Satu hal lagi yang peliknya dalam Judaism tak ada konsep neraka…yang ada syurga je…kalau macam tu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni tak buat dosa je? kan elok? Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang aku lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam hidup?

Kita teruskan..Aku dapati Christianity (agama Kristian) ok, ada satu tuhan, seorang anak, seorang bapa dan roh suci…macam mana nak kata semua ni satu tuhan 1+1+1 =3 bukan satu? Jadi macam mana yang dikatakan percaya satu tuhan
Penjelasan lepas penjelasan, persamaan lepas persamaan dan perbandingan lepas perbandingan, analogi lepas analogi.. aku tak dapat terima konsep ini… Ok kita tengok isu lain pula…

Jesus mati disebabkan dosa kita dan dia lakukan sedemikian sebab kita telah dipenuhi dengan ‘dosa asli’. Jadi, Jesus Christ anak tuhan perlu dikorbankan untuk menyelamatkan semua orang daripada neraka dan menyembuhkan kita daripada dosa yang diberikan kepada kita oleh Adam..

Ok, kalau begitu maknanya kamu mengatakan bahawa kita dilahirkan sebagai orang yang telah sedia berdosa? Dan untuk jadi orang yang berdosa seseorang itu perlu melakukan satu dosa baru boleh jadi begitukan? Jadi kamu beritahu aku yang bayi yang baru lahir telah melakukan kesalahan berdosa? Yang ni pelik.. takkan sebab kesalahan satu orang semua manusia kena pikul dosanya? Apakah maksud pegangan sebegini? Seksa semua orang walaupun satu orang melakukan kesalahan? Kenapa tuhan buat undang-undang macam tu? Tuhan tak zalim..mustahil… tak logik… aku tak percaya.

Jadi Jesus Christ mati kerana beliau ‘mengasihi manusia’.. Nanti dulu dalam Bible disebut Jesus berkata “Bapa, kenapa aku dibuat begini?” Bermakna Jesus tak faham kenapa dia dibunuh secara kejam.. Tetapi kamu kata dia secara sukarela dikorbankan…. Walau apapun aku tetap tak dapat terima kepercayaan begini. Ok, agama selanjutnya adalah Islam….

Islam bermaksud penyerahan diri. Kepercayaan umumnya adalah satu tuhan, solat 5 waktu sehari semalam, infaqkan 2.5% zakat tahunan kepada fakir miskin, berpuasa bulan Ramadan.. dan mengerjakan Haji sekali seumur hidup jika mampu. Ok, tak ada yang sukar untuk difahami.

Tak ada yang bercanggah dengan logik akalku. Al-Quran adalah kitab mukjizat. Banyak bukti saintifik telah diperolehi daripadanya sejak 1,400 tahun yang lalu.

Ok. Islam telah melepasi tapisan awalku tentang keagamaan.. Tetapi aku ingin bertanya beberapa soalan yang mendalam tentangnya.. Adakah Islam itu menyeluruh? Ya.. semua orang boleh faham kepercayaan yang asas ini. Tiada analogi atau persamaan yang diperlukan.. Adakah ianya selaras dengan Sains? Sudah tentu.. terdapat berdozen ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang Sains moden dan teknologi
Semakin aku membuat kajian ke atas ratusan fakta logik yang aku baca dan buat kajian, satu perkara lagi mengetuk fikiranku…yang paling utama sekali Islam.. nama agama. Aku dapati ianya disebutkan banyak kali di dalam Al-Quran.

Walau bagaimanapun, mengingat semula kajianku yang lepas. Aku tak ingat pun melihat satu perkataan Judaism di dalam ‘Old Testament” atau Christianity di dalam ‘New Testament”. Perkara ini amat besar dan mustahak. Kenapakah kita tak jumpa nama agama masing-masing dalam kitab berkenaan? Sebab… memang tidak ada nama agama dalam kitab tersebut ..Saya pun berfikir.. Judaism datang daripada perkataan “Juda” dan “ism” sementara Christinity daripada perkataan “Christ” dan ” ianity”…

Jadi siapakah Juda ini? Dia adalah ketua kabilah Hebrew ketika tuhan menurunkan wahyu kepada manusia. Jadi agama ini dinamakan daripada nama seseorang.. Ok.. kita tengok pula siapakah Jesus Christ. Dia adalah orang yang menyampaikan risalah tuhan kepada golongan Yahudi. Jadi, kesimpulannya agama ini dinamakan dengan nama manusia.

Bercanggah dengan fakta, agama Judaism dan Christinity tidak ada disebutkan dalam kitab suci mereka.. Bagi aku ini sangat pelik.. aku tak boleh terima.

Kalaulah aku jual barang dari rumah ke rumah dan aku cakap pada tuan rumah “Tuan nak beli barangan (tiada nama)? Tentu sekali jawapan logik adalah “Apakah barangan (tiada nama) ini dipanggil?.. Pasti saya takkan dapat menjual walau satu produk pun yang tiada nama, bukan ?

Menamakan sesuatu adalah perkara asas manusia menentukan objek baik secara fizikal atau bukan fizikal. Kalau agama yang hendak dianuti dan disebar kepada manusia di atas mukabumi, tentu sekali ianya mesti ada nama.

Sudah tentu sekali nama agama adalah nama yang diberikan oleh tuhan yang maha Esa? Aku yakin macam tu… tepat sekali.. Nama Judaism dan Christianity tidak ditulis dalam kitab suci mereka, manusia yang ciptakannya bukan tuhan. Kenyataan yang tuhan menurunkan agama untuk manusia ikuti tanpa nama adalah mustahil pada pendapat aku… Tak masuk akal.

Pada hujah ini, Judaism dan Christianity dah hilang kredibiliti sebagai asli, logik dan menyeluruh sebagai sebuah agama daripada pandanganku. Islam adalah hanya satu agama yang ada nama agamanya tercatat dalam kitab suci,,,, ini sangat penting dan bermakna bagiku.

Aku kini menyedari aku wajib mengikuti Islam…….kemudian aku mengucap syahadah…aku bersyukur diketemukan dengan kebenaran. Dulu aku dalam kegelapan ..kini aku dalam cahaya kebenaran..


Allahu Akbar…….
Oleh Michael David Shapiro
Wallahualam.

25 Sept 2014

Jom minum petang, alamak lewatnya.

Gigih menghalakan kamera yang gambarnya tak cantik ni, nak tunjuk gambaq coqkodok je pun, he he. Kegemaran anak-anak,  cekodok sosej, campur kentang,  kalau suka leh tambah karet, jagung, bawang, ikutlah kretif memasing yek. Larling sampai lewat, kul 6.30 petang, macam dah start musim hujan je kan.
Jemput semua, cekodok panas-panas lawan denga teh panas, fuhh..nikmat. Syukur atas apa jua rezeki dariMu ya Allah...
Bila minum petang dah lewat, makan malam pun dah tak lalu

Sekali lagi ampun maaf.

Assalamualaikum wr,wb, sejahtera ke atasmu wahai para sahabat yang sudi singgah ke sini walaupun tiada kunjung balas dariku, Ampun maaf semua kerana belum sempat jua membuat kunjung balas ke rumah kawan-kawan, dulu tu rupanya masalah dengan pc saya, kali ni masalah tenet slow sebab belum bayar bil, al maklum guna broadband jer. Guna broadband ni tulah masalahnya, habis koata je mulalah slownya ngalahkan kura-kura. Dah ulangkali minta streamixla, itula, inila...tapi larling cakap takleh, risaukan Muhammad Danish tu, kalau dia balik dari asrama, tepon saya dah jadi macam tepon dia, tab yang dibeli untuk adik-adik main game pun dia yang kongker, tade kredit pun dia curi-curi hidupkan hot spot, kalau ada tenet yang 24 jam tu, tak taula macamane raya cinenya dia.


Minggu depan jadual kerja saya berubah, saya kerja hari selasa, khamis dan jumaat pula. Tak kisahla, apapun yang diminta In Shaa Allah saya cuba buat yang terbaik, kerja nikan amanah, setiap sen yang kita terima akan dipersoalkan di sane nanti, taknakla makan apa yang bukan hak saya. Tak mampu menanggung hisab yang berat tu, Masya Allah.


In shaa Allah, once larling dah settlekan bil, saya akan segera ke rumah kawan-kawan yea, salam sayang buat kzakie, knor, Fair, JM, Hainom OKjer, Sal, kak eye nee, kak azieazah, IM dan lain-lain. Sekali lagi ampun maaf.

24 Sept 2014

Peringkat-peringkat mendidik anak.

Saya dah melepasi dua peringkat, sedang melalui peringkat ketiga, dan menunggu untuk menjalani peringkat keempat( aduhai...semakin tua, peringkat keempat ni, bolehla dikatakan juga peringkat menunggu cucu, ye dok? )

Secawan kopi Ma.

Ma suka sangat minum kopi. Gie pun suka minum kopi, tapi yang sangat istimewa di hati Gie ialah bila dapat share secawan kopi bersama Ma
Ingat sangat zaman sekolah menengah masa tingkatan 6, petang atau malam ma akan buat secawan ( cawan besi ) kopi, dan masa tu Gie takkan lepaskan peluang minta air kopi Ma. Ma akan ambil cawan lain dan tuangkan separuh untuk Gie,..
Sekarang Gie masih minum kopi, tapi rasanya tidaklah seistimewa air kopi buatan Ma.....
(rindu yang dalam)

23 Sept 2014

Sujud kepada suami.

Al Hakim bercerita bahawa seorang wanita berkata kepada Nabi SAW ." Sesungguhnya saudara sepupuku melamarku, maka berilah pengertian kepadakuapakah kewajipan seorang isteri terhadap suaminya, kalau kewajipan itu adalah suatu yang mampu aku lakukan, maka aku bersedia dikahwininya."

Maka Baginda bersabda.." Termasuk kewajipan seorang isteri terhadap suaminya ialah kalau mengalir darah dan nanah dari kedua lubang hidung suaminya lalu ia menjilatnya, maka ia belum dianggap menjalankan kewajipan terhadap suaminya. Seandainya dibolehkan bagi manusia untuk sujud kepada manusia lain, tentu aku perintahkan seorang isteri sujud kepada suaminya. "

Berkata wanita tadi..." Demi Tuhan yang mengutus tuan dengan hak, aku tidak akan kahwin selama dunia ini masih ada."

22 Sept 2014

Inilah Quran pink tu.

Dalam entri Berhati-hati dengan Quran berkulit pink sebelum ni, saya belum dapat gambarnya. Inilah buktinya jelas dan nyata, memang terdapat kesalahan ayat di situ. Itu yang kita ketahui, kita bimbang mungkin terdapat lagi kesalahan di lain-lain surah.
Ayat sebenar surah Al mukminun ayat 45- وكانواقوم عالىن
Ayat salah- حزب بماعالين-

21 Sept 2014

Ampun maaf semua.

Assalamualaikum wr.wb- salam ukhwah dan kasih-sayang buat semua teman alamaya dan sesiapa jua yang sudi singgah atau tersinggah di sini, semoga rahmat dan pengampunan Allah selalu ada buat kita..hamba-hambaNya yang selalu saja terlalai ini, diberi nikmat kita lupa bersyukur, diuji kita memberontak..ampunkan kami ya Allah...

Tak tau la masalah apa, tapi rasanya masalah internet, sejak hari jumaat lepas, sangkut-sangkut, tak dapat nak BW, tak dapat nak tinggal komen dan tak dapat nak follow balik. Seronoknya saya tengok rakan ukhwah saya dah bertambah, tapi maaf sesangat tau, saya belum dapat follow balik, once masalah internet ni selesai, berdesup saya follow balik yea, janji..

Cuti sekolah seminggu dah selesai, anak-anak dah balik asrama, tinggal berlima semula di rumah. Alhamdulillah saya ada lebih masa untuk diri sendiri, yey..cuma terasa sunyi juga. Kalau semua berkumpul meriah dengan suara gaduh-gaduh, nangis-nangis, minta nak makan tu, nak makan ni...

Berakhir cuti sekolah maknanya kesesakan jalan raya bermula semula. Arghhhh..tension ( padahal bukan pun saya yang drive , ha ha ha ). Bak kata jiran yang saya tumpang tu, orang pencen nak hantar cucu gi sekolah, cikgu sekolah, mak ayah nak hantar nak gi sekolah, van sekolah bas sekolah nak hantar budak-budak sekolah, macam salahkan sekolah je yek. Tapi memang berbeza sangat, jalan raya masa cuti dan masa sekolah. Cuti sekolah seolah-olah separuh kenderaan hilang di jalan raya.  Mad ( jiran saya tumpang tu ) relax siket, kalau tak kat mane dia boleh cilok, dia cilok je..ha ha..Na jangan marah no..gurau pepagi camni.

Apala yang saya dok membebel ni, ekceli tadak idea sebenarnya. Ni amik masa jap kat sini nak hilangkan ngantuk, aduhai kenapa la tidur lepas subuh tu enak banget..kan...Kalau tak kuatkan hati ngadap blog ni, dah pastinya saya tertidur balik. So segala urusan rumahtanggaku akan tergendala, banyaknya kerja..nak gosok baju kerja larling, nak masak, nak ngemas..bla..bla. bla...

In shaa Allah, dipanjangkan umur kita jumpa lagi di sini, di dunia maya tanpa sempadan ni. Sekali lagi ampun maaf kepada semua yea.

19 Sept 2014

Program hari ini.

Di perpustakaan awam presint 16. Ajak ke tasik katanya panas, ajak latih sukan, pun panas, tak nak juga. Bawak baca bukulah hari ni. Tapi tak bawak semua, yang kecik-kecik tinggal je kat tadika, kalau ikut pun bukan nak baca buku. Saya kalau cuti sekolah camni pening kepala nak susun program supaya masa diorang terisi penuh manfaat.

Madu dan kulit kayu manis

Alhamdulillah, didoakan kebaikan, rahmat dan kasih-sayang Allah buat teman-teman dan sesiapa saja yang sudi singgah di sini-

Banyak betul khasiat madu dan kulit kayu manis ni rupanya. Saya nak sharekan dua daripadanya di sini. Ada hadis tentang kebaikan madu ni kan, tapi tak ingat matannya secara betul.

Kita ni orang perempuan tentu risaulah sesangat bila berat badan naik. Kalau yang dah kawen tu sure takut kena komplen dan takut hilang cantik di mata suami. Tapi yang bujang-bujang pun takde salahnya nak amalkan, sebab madu memang banyak khasiatnya.

Kalau nak hilangkan kolesterol berlebihan ( bila banyak kolersterol jadi warna kuning atas kelopak mata, kolesterol ni bukan orang gemuk je ada, orang kurus pun boleh ada kolesterol ), ambil 2 sudu  besar madu campur dengan 3 sudu teh serbuk kayu manis, kacaukan dengan 16 auns air teh, in shaa Allah boleh mengurangkan kolesterol, walaupun kronik, tapi kena rajinla, amalkan sebelum sarapan dan sebelum tidur setiap hari.

Bagi yang ada masalah berat badan amalkan sesudu madu dan sesudu serbuk kayu manis dalam air suam setiap hari, in shaa Allah boleh menurunkan berat badan.

Ok, pasni takyahla risau sangat nak makan sedap-sedapkan, jom..jemput makan.

18 Sept 2014

Ibu doakan yang terbaik.

Assalamualaikum wr.wb, semoga rahmat, kasih-sayang dan pengampunan Allah selalu bersama kita, jika bukan kepadaNya kepada siapa lagi hendak kita mengadu kan teman-teman....

Terimakasih ya kawan-kawan..Fair BP, kzakie, Sal, teman yang baru berkunjung bunda aka KN, UA dan Knor atas kunjungan dan komen, seronok saya kerana respond yang diberi, cuma belum dapat balas kunjung dan komen sebab guna tab jer, susah sikit, eh...sape tau JM ke mane? Senyap je dia, selalu ada gak tinggal jejak, ni sonyap yo..

Kakak dah naik bas pukul 9 pagi tadi, ibu keluar 6.30 pagi tadi, kakak tengah  bersiap. Ibu rasa  sayu sangat. Tapi hari ni ibu kena kerja, dah tiga hari ibu cuti, kesian plak budak-budak kat tadika ibu, walau cuti sekolah pun kena buat aktiviti juga untuk penuhi masa, takkan asyik tengok tv atau main game kat tab je.

Hari ni ibu buat latihan sukan dan main traesure hunter ngan budak-budak tu.

Kakak...moga selamat dalam perjalanan dan selamat sampai ke asrama yea. Alhamdulillah ibu sempat buat sagu pelangi dan nasi goreng cina yang kakak nak tu, gigih ibu memasak kul 4 pagi tadi tau. Oh yea, UA resepi sagu pelangi tu kan saya pun amik dari blog Kamsiah, he he-..cari je kat situ.

Ibu tulis entri ni sambil layan keriuhan budak-budak main treasure hunter. Jenuh melayan macam-macam soalan diorang sambil perah idea nak menulis.

Semoga kakak tabah mengharungi spm nanti, ingat spm di dunia ni tak setara mana susahnya jika nak banding dengan Sijil Padang Mahsyar nanti, lulus spm di dunia belum tentu lulus spm di "sana".

17 Sept 2014

Macam ni kot semua ibu rasa.

Assalam buat teman-teman alamaya yang amat dikasihi...Alhamdulillah sehingga petang ni kita masih diberi peluang hidup...

Hmmmm...ada ke orang yang sudi membaca nak tulis pasal anak lagi ni. Hu hu..takpelah, kalau tak sudi biarkan je yek.

Kakak dah nak balik esok pagi, naik bas pukul 9 pagi di stesen bas Kajang. Ibu tak dapat hantar, esok ibu kerja. Alahai..selalunya kakak akan naik bas hari sabtu, tapi kali ni kena balik awal sebab ada minggu prestasi pelajar spm katanya. Takpelah..

Dah seminggu berkumpul semua anak-anak di rumah ni, ibu tak senang duduk. Kalau boleh ibu nak masakkan semua yang anak-anak nak makan, Alhamdulillah..ada yang terpenuhi macam nasi ayam, kari daging, ikan masak lemak cili api ( kakak minta masakkan ikan keli, tapi ibu tak reti nak uruskan ikan keli tu, dengan badan yang licin berkilat tu, ibu geli ), spegeti tekak melayu, semoga kakak tak terkilan bila balik asrama nanti. Malam ni nak masakkan sagu pelangi plak, permintaan kakak untuk bawak balik share makan ngan kawan-kawan, In shaa Allah, tunggu abah balik bawak sagu, tadi adik-adik dah pegi kedai aceh kat depan tu, tapi sagunya takde.

Hati ibu ni dah mula berbunga sedih tau. Minta maaf sebab tengahari tadi ibu tengking kakak sebab leka dok main candy crush padahal zohor dah lama masuk, barang-barang pun belum packing lagi, kalau ada yang tertinggal kan susah.

Minggu depan, rumah ibu akan kembali sunyi, kakak, abang dah balik asrama, iman, nadhrah dah mula sekolah semula, lepas maghrib je diorang dah mula keletihan, nak buat homework pun kadang tak sempat...
kenangan di Dataran shah Bandar, kuala terengganu.

Cer jawab..

Senang je, sape tau nombor apa  agaknya kat petak tu?
Ha..jawab, jangan tak jawab. Cam soalan bocor upsr baru ni je. Oh! Tidak..tidak yea.
Tapi kan, kita ni kecoh sangat masa soalan bocor itu hari kan..ada soalan-soalan  yang sangatlah senang, dah lama bocor, tapi takde sape pun kecoh..IAITU..soalan munkar dan nakir dalam kubur, betul tak? Kan dah sekian lama bocor, tapi kita tak amik kisah pun, tak buat persediaan pun, rasa-rasa bole jawab tak....?

16 Sept 2014

Berhati-hati dengan Quran berkulit pink.

Assalamualaikum wr.wb, salam ukhwah fillah buat semua teman alamaya yang dikasihi, moga rahmat, kasih-sayang dan pengampunan Allah selalu bersama kita, aminnn.

Kawan-kawan berhati-hati yea, jika ada terbeli, ada yang simpan, ada yang berhasrat nak membeli kitab suci Al-Quran,  tolong perhatikan jika kulitnya berwarna pink, jika ada dalam simpanan kawan-kawan, serahkan pada pihak berwajib, jika belum beli, tolong jangan beli.  Apa yang dah dikesan setakat ni, dalam surah Al-Mukminun ayat 45, terdapat kesalahan di situ.

Ayat sebenarnya berbunyi begini-وكانوقوماعالىن--tapi dalam Al-Quran berkulit pink ayatnya telah ditukar menjadi--حزب بما عالىن...

Apa yang kita bimbangkan kemungkinan berlaku penukaran ayat di mana-mana surah yang lain. Benarlah janji Allah Al-Quran itu mukjizat yang terpelihara, kesalahan ini mungkin disengajakan, kita takut Quran ni cetakan syiah. Dan kalau kawan-kawan nak download I-Quran pun berhati-hatilah, supaya apa yang kita baca adalah ayat Al-Quran yang sebenar.

Moga diampunkan kesalahan kita..

15 Sept 2014

Cerita sepanjang ahad, sori takde gambar...

Assalamualaikum teman-teman yang dikasihi, moga rahmat dan kasih-sayang Allah selalu bersama kita.

Cerita anak-beranak lagi pagi ni yea. Yela..sebab minggu ni berkumpul semua di rumah, makan-makan, cerita-cerita, tapi saya ni jenis malas nak snap gambar, tapi yang selalunya terlupa, dah habis jalan, dah habis makan, baru teringat, apsal la terlupa nak amik gambar tadi, camtu la selalu. Mungkin dah memanjat ke usia tua ni, Allah dah tarik sedikit demi sedikit nikmat yang diberi masa muda dulu, dah mula pelupa, mula sakit sana, sakit sini, mula beruban, mula rabun...tapi entah bila nak mula ingat mati sepanjang masa ni, hu hu..ampun ya Allah...

Semalam bawak kakak berubat dengan kaedah perubatan islam sebab masalah istihadah dia belum gak selesai, sebagai mak ni, susah hatilah sangat saya, tapi ubat homopati tetap diteruskan, hari rabu ni nak gi lagi amik kat.DR Hasan PKNS Bangi. In shaa Allah, kita ni sekadar berusaha...

Malam tadi masak kari daging, kakak suka la sangat makan lauk kari. Katanya " ibu is the best chef in the world" ha ha. Cuma saya ni jenis tak reti cari daging yang elok lembut. Sebab jarang sangat makan daging, kot tanya orang pun masa tu je ingat, lain kali nak beli lupa lagi, ntah top side, blade, mana satu yang lembut entah. Sedihnya terbeli daging keras, " lenguh kunyah " kata kakak, sudahnya kuah habis, daging tinggal tergolek-golek dalam mangkuk...

Selesai makan malam, kitorang pakat makan kuaci. Seronoknya sambil ngadap cerita korea, apa tajuknya, tapi ceritanya bagus juga..tentang halatuju seorang gadis selepas keluar dari penjara. Saya okla kalau cerita camni, kalau cerita cinta-cinta ni takdela saya nak layan. Habis sebungkus kuaci sekali adap.

Di sini saya nak ambil kesempatan ucapkan salam ukhwah fillah buat semua rakan ukhwah yang baru...cikgu etuza dari  http://madey09.blogspot.com/, Bbwana Adienia dari  http://dapurjirankuberasap.blogspot.com/, Mass Naim, cikgu Ayu Insyirah, Mimbar kata dan lain-lain juga, semoga ukhwah antara kita kekal hingga ke syurga, aminnn.


Kat sinilah kami pegi bawak kakak berubat semalam, perubatan cara Islam,
macam kaedah Asshifa Dr Haron Din, tapi ni kat Bandar Ikhwan rawang.


14 Sept 2014




Zalzil Amna Israel (gegarlah keamanan Israel)
Best video ni.. ada satu babak askar israel menangis ketakutan bila nampak roket dari gaza masuk dalam ruang angkasa Israel.


Pejuang Al-Qassam (penjaga Palestin)
Jangan salah bahawa mereka ni pengganas. Al-Qassam ni pejuang! Pejuang Palestin yang berpegang kuat kepada Al-Quran dan Sunnah. Dalam video Zalzil Amna Israel kat atas tu ada satu babak diaorang duduk cara sunnah (lipat kaki, peha rapat ke perut), Tak caya? Tengok balik betul-betul :D

#pray4gaza




Mana yang lebih susah....?

Mana susah mencuri ke sembahyang? Tentulah mencuri lebih susahkan? Buktinya kalau nak mencuri kena rancang betul-betul. Apa yang hendak dicuri, kat mana nak curi,  apa senjata dan alat yang nak dibawa, macamana nak selamatkan diri dari tertangkap. Pendek kata sebelum mencuri kena buata kira tolak campur darab bahagi agar kerja berhasil.

Mencuri mesti di waktu orang lain lalai dan tak sedar. Waktu malam misalnya. Orang lain sedang tidur nyenyak, masa tulah dia buat kerja. Pecah rumah orang, samun harta orang, silap haribulan bergelut dengan tuan rumah atau kena tangkap. Ertinya kerja mencuri ni sangat susah. Terpaksa gadai nyawa, bersengkang mata, memanjat pagar, diburu ketakutan. Takut kena tangkap, kena tangkap ertinya kena hukum. Peliknya ramai juga orang sanggup buat kerja seberat ini.

Sembahyang pula hanya mengambil masa beberapa minit. Tak perlu takut pada siapa ( pada makhluk ). Dalam rumah, kat padang, tepi jalan pun boleh buat. Tak ada orang nak tangkap orang sembahyang. Malah orang pandang mulia. Peliknya ada orang tak larat nak sembahyang. Tapi dengan maksiat ( kejahatan ) yang susah, dia rasa ringan nak buat.. Kenapa jadi begitu? Sebabnya buat maksiat atau kejahatan ada bantuan dari syaitan dan hawa nafsu. Ramai yang suka berkawan dengan dua makhluk perosak yang sangat bijak itu. Nanti di akhirat Allah akan kumpulkan mereka bersama di dalam neraka. Waliazubillah.

*Takut dengan tipu daya dua makhluk perosak ni...*

              
               

13 Sept 2014

Kisah lelaki yang faham bahasa haiwan.



Kisah Pengajaran, Allahu Rabbi, Kisah Pendek Yang Penuh Pengajaran, Kisah Lelaki Yang Faham Bahasa Haiwan, Pengajaran Buat Orang Tamak, Kisah Iktibar
Ada seorang lelaki yang memiliki beberapa ekor binatang ternakan dan apabila ia mendengar bahawa Musa faham bahasa binatang, dia merayu Musa supaya mengajar ilmu itu kepadanya,
Setelah belajar, lelaki itu menggunakannya untuk memahami perbualan binatang ternakannya. Dia mendengar ayam jantan berkata kepada kuda bahawa kuda akan mati tidak lama lagi. Lelaki itu segera menjual kudanya untuk mengelakkan kerugian
Beberapa hari kemudian, dengan menggunakannya ilmunya lelaki itu terdengar ayam jantan memberitahu anjing bahawa tidak lama lagi keldai akan mati. Jadi untuk mengelakkan kerugian, lelaki itu menjual keldainya.
Selepas peristiwa itu, sekali lagi ayam jantan berkata-kata dengan binatang lain. Kata ayam jantan, hamba kepada lelaki itu akan mati tidak lama lagi. Dengan senang hati lelaki itu menjual hambanya supaya dapat mengelakkan kerugian. Dia gembira dengan tindakkannya dan menganggap inilah nilai ilmu yang ada padanya untuk membantu menguruskan kehidupannya seharian.
Suatu hari lelaki itu terdengar pula ayam jantan berkata kepada anjing bahawa dia iaitu tuan mereka pula akan mati. Dalam ketakutan, lelaki itu pergi menemui Musa dan meminta nasihat. Kata Musa : “Sekarang tuan boleh lah pula menjual diri tuan .”
Fahamilah ajaran cerita ini bahawa kebolehan memahami orang lain tidak berfaedah bagi mengisi keperluan kita yang paling besar iaitu mengurus diri kita sendiri”



Tingginya cita-cita kau kakak.

Assalam kkhusus buat mak-mak kat luar sana.

Seronok kan rasa hati bila anak-anak semua berkumpul di rumah. Cam saya ni, minggu ni lengkaplah 7 sekeluarga, semua ada, ibu, abah..kakak, abang, iman, ibi dan baby, berkumpul makan malam reramai, hidang kat meja, tapi pakat ambil makan bersila depan tv ngadap spiderman 3, lauk sempoila sesangat, ikan goreng, sayur lemak putih, sambal kicap, nak wat camane, semalam sampai rumah dah pukul 6.45 petang.

Kakak tolong masak, hai lah, kekoknya nak pegang pisau potong sawi, potong bawang, sooo,,kakak siap seminggu ni yea, misi tolong ibu di dapur!!

Sambil masak, borak-borak citer pasal hala tuju ( hambek kau..bahasa bakula plak ) lepas spm, JR ( pinjam yea JR ) kata spm tu...sijil padang mahsyar. Betul lah tukan. So kakak, tinggilah sangat cita-cita kakak yea, nak sambung belajar kat luar negara. Boleh tengok salji katanya, macamla takde salji kat Malaysia..boleh apa tengok salji kat Rumah 4 musim Shah Alam tu," ha ha ha, ibu buat lawak, tu ais blend jer" Ibu taknak mengalah, "Takpelah..at least boleh tengok juga."

Bukan apa, ibu risau, takut, bimbang, macam-macam ibu fikir, takut kakak terpengaruh dengan gejala sosial, takut kakak hilang identiti, takut, takut, segala macam ketakutan menghantui fikiran ibu ni tau tak. Takyahlah pegi jauh, kat dalam Malaysia ni pun banyak IPT yang berkualiti kan, nak tengok salji nantilah dah keje sok, kumpul duit pegilah..


Camane yek kengkawan, kak zakie, kak eye nee, saya kalau boleh taknak "kakak" sambung belajar jauh-jauh camtu, tapi dia cam serius je nak pegi. Kalau kak zakie, kak eye-nee la kan, bagi izin tak?

12 Sept 2014

Hari ni kakak balik...

Alhamdulillah, hari ni kakak balik, cuti seminggu..yey.

Nanti kita jumpa petang ni yea. Hari ni ibu kerja. Ibu tak sabar nak jumpa kakak, adik-adik pun, semalam abah balik kerja, baby ( umar zikri ) ninjau tengok kakak takde dia bising tanya mana kakak, abah kata abah balik esok ( pagi ni sampai kat stesen bas Kajang )..." laaa. kata balik arini"
dah rindu sangatla tu.

Ibu dah masakkan spesel untuk kakak, nasi kuning dan ayam masak merah, ibu dah hidang bawah tudung saji tu, nanti kakak tengokla sendiri, oh ye..Iman dan Nadhrah ibu kata takyah pegi sekolah agama petang ni, temankan kakak, lagipun biasanya dah nak cuti camni tak belajar pun, ustaz muda tu dok asyik main candy crush je..( rungut Nadhrah..ha ha, minta maaf ustaz yea )

Ok kakak, In shaa Allah kita jumpa petang ni...

11 Sept 2014

Jom bersedekah setiap hari (2)

Antara kelebihan dan keutamaan bagi orang yang bersedekah, Abu Laits berkata:
" Bersedekah lah dengan yang sedikit atau banyak, sebab sedekah itu mengandungi sepuluh kebaikan , lima di dunia dan liam di akhirat.

Lima kelebihan bersedakah di dunia:

  1. membersihkan harta kekayaan.
  2. Membersihkan dosa-dosa.
  3. Menolak bala dan penyakit.
  4. Menyenangkan hati si miskin.
  5. Menjadikan harta berkat dan diperluaskan rezeki.
Lima kelebihan bersedekah di akhirat:

  1. Sedekah itu akan menjadi naungan di akhirat.
  2. Meringankan hisab.
  3. Memberatkan timbangan amal kebaikan.
  4. Memberatkan timbangan amal kebaikan.
  5. Memudahkan menyeberang titian sirat dan meninggikan darjat di syurga.
Dan banyak lagi yang rasanya kawan-kawan pun ada ilmu tentangnya, saya nukilkan di sini, mudah-mudahan ada kebaikan dan manfaat buat kita bersama. In shaa Allah...

ihsan google

Maafkanlah..

Di hadapan Qadhi Rabbul Jalil terjadi peristiwa dakwa-mendakwa antara dua orang dari ummat Nabi Muhammad SAW. Berkata salah seorang dari mereka...

" Ya Rabbi, orang ini telah menzalimi aku sewaktu di dunia"
Berfirman Allah Taala...

" Amalan kebaikan penzalim hendaklah dipindahkan ke dacing kebajikan orang yang dizalim."

Setelah habis semua amalannya dipindahkan masih belum juga tertebus, maka Allah berfirman..

" Amalan kejahatan  yang kena zalim hendaklah dipindahkan ke dacing kejahatan penzalim."

Setelah habis dipindahkan amalan kejahatan itu, tapi masih belum juga tertebus.  Tiba-tiba sahaja suasana berubah kerana di hadapan mereka berdua telah muncul mahligai-mahligai syurga yang indah tiada tandingan. Maka bertanyalah hamba yang berdua itu.

" Untuk siapa ini ya Rabbi?' Allah menjawab, " Untuk hambaKu yang mahu memaafkan sahabatnya yang berlaku zalim ke atasnya."
Maka berkata orang yang dizalimi..." Ya Rabbi, maafkan perbuatan sahabatku ini, dan aku pun memaafkan dia," Dan mahligai itu menjadi miliknya di syurga....

----memaafkan dengan penuh ihklas itu memang tidak mudah, , ..dan meminta maaf setelah sedar kesilapan diri juga amat payah, berperang hebat kat dalam, terasa jatuh maruah diri, jatuh ego..sebab itu ganjarannya hebat bagi yang sudi memberi dan meminta maaf dengan ikhlas...

Mahligai dunia pun aku tak mampu miliki, apakah aku mampu miliki mahligai di
sana? ...ihsan google.

10 Sept 2014

Bijak, bijak...

Cerita kat bawah ni pada saya memang lucu, tergelak saya sorang-sorang. Saya pernah poskan kat sini. Tapi saya dah delete sebab rasa macam no point jer, sekadar lawak kosong.

Kemudian saya bercerita pada anak-anak KAFA saya sebab tengah kering idea, tak tau nak cerita apa. Memang diorang pun gelak sakan. Pastu macam-macam soalan saya kena hadap.

" kenapa orang tu lambat?"
" Orang tu dari mane?"
" Orang tu terlupa nak bukak topi keledar dia ke?"

Dan satu soalan yang menunjukkan budak-budak ni memang pandai dan bijak berfikir.....dan kemudiannya saya pun baru terfikir tak lojik betul cerita nih.

" Ustazah, orang tu takkan tak amik air sembahyang?"
Ada pulak yang berfikir camni..

" Agaknya dia dah amik air sembahyang kat rumah, kan ustazah....?"

Saya hanya mampu senyum, senyum sumbing dengan kebodohan sendiri yang dok gelak spontan tanpa sempat berfikir cam anak-anak murid saya tu, hu hu....

9 Sept 2014

Kisah taubat seorang lelaki.











Zun Nun Al-Misri mendengar bahawa ada seorang yang sangat alim dan zuhud, maka pergilah dia ke sana untuk belajar. Sesampainya di sana dia menjumpai seorang lelaki menggantungkan dirinya pada sebatang pokok dengan kepala ke bawah.
Orang itu berkata: “Wahai diri! Tolonglah aku dalam mentaati Allah. Kalau tidak nescaya aku akan hukum engkau dalam keadaan seperti ini sampai engkau mati kelaparan.”

Zun Nun mendekati orang itu lalu memberi salam dan dia menjawab.

“Apa yang telah terjadi dengan engkau ini?” Tanya Zun Nun.

“Tubuhku ini telah menghalangi aku untuk berseronok dengan Allah, kerana ingin bersuka-suka dengan manusia.” Jawab orang itu.

Dengan jawapan itu, Zun Nun menyangka bahawa orang itu telah menumpahkan darah sesama Muslim atau telah berbuat dosa besar lainnya.

“Apa yang telah engkau lakukan?” Tanya Zun Nun.

“Tahukah engkau bahawa jika seseorang itu bercampur baur dengan orang lain, banyak perkara yang boleh berlaku?”

“Kalau begitu, engkau ini betul-betul orang warak dan alim,” kata Zun Nun.

“Mahukah aku tunjukkan kamu orang yang lebih alim dariku?” kata orang itu.

“Boleh juga,” kata Zun Nun.

“Nah, sekarang pergilah engkau agak ke atas bukit ini. Insya Allah, engkau akan berjumpa dengan wali Allah yang saya maksudkan itu,” kata lelaki itu.


Maka segeralah Zun Nun mendaki agak sedikit ke atas lagi sehingga akhirnya ia berjumpa dengan satu tempat pertapaan yang di dalamnya ada seorang pemuda sedang duduk bersila, sementara di hadapan pintu pertapaan itu ada sebelah kaki yang terpotong membusuk dan dimakan ulat. Zun Nun sangat ngeri dan tidak faham apa yang dilihatnya itu. Maka diapun bertanya kepada pemuda tersebut apa ertinya semuanya itu.

Pemuda itu menerangkan bahawa pada suatu hari dia sedang duduk di dalam beribadahnya, tiba-tiba ada seorang perempuan yang melintas di luar. Apabila dia terpandang kepadanya, timbul keinginannya kepada wanita cantik itu dan cuba untuk mengejarnya dari belakang.

Akan tetapi, baru saja dia melangkahkan sebelah kakinya ke luar dari tempatnya, tiba-tiba dia mendengar suara: “Wahai manusia, apakah engkau tidak merasa malu? Setelah tiga puluh tahun engkau menghadapkan hati kepada Tuhan, tiba-tiba sekarang engkau telah mahu ditipu oleh syaitan dan akan mengejar perempuan jahat itu.”

Disebabkan kerana kesalahannya itulah, pemuda itu telah memotong sebelah kakinya yang telah terlanjur keluar dari tempat ibadahnya.

“Jadi aku ini sebenarnya orang berdosa,” kata lelaki itu.

“Maka dari itu engkau tidak patut menemuiku yang sedang dalam penantian keputusan ini. Jika engkau ingin menjumpai seorang yang betul-betul wali, pergilah engkau ke puncak bukit ini.”


Sayang puncak bukit tersebut terlalu tinggi dan sukar untuk didaki sehingga Zun Nun tidak sanggup mencapainya. Sebaliknya dia hanya mendengarkan saja cerita si pertapa dari orang-orang yang mengetahuinya.

Katanya ada seorang lelaki yang telah bertahun-tahun mengabdikan dirinya kepada Allah. Dia telah bersumpah untuk tidak makan selain dari usahanya sendiri dan tidak akan makan makanan yang telah diproses. Dengan izin Allah, sekumpulan lebah telah membuat sarang di dekat tempat ibadahnya, dengan madu lebah itulah wali tersebut mengalas perutnya.

*begitulah taubat para orang yang alim, merasakan setiap setiap kesalahan yang kita anggap ringan, sebagai suatu perkara yg menghalang dari syurga. Jadi dimanakah tahap kita? adakah syurga itu sudah terjamin untuk kita?
Sumber: AkuIslam.com

http://penpatah.blogspot.com/2011/11/kisah-taubat-seorang-lelaki.html

Anak yang soleh jambatan ke syurga.

Setiap pasangan yang berkahwin pasti ingin memiliki anak. Anak-anak adalah cahaya mata, penghibur hati yang memeriahkan sebuah rumah tangga. Tanpa anak, sunyilah rumah tangga.

Ada yang berbangga bila mempunyai anak ramai demi menyahut seruan Rasulullah SAW  yang berbangga dengan umat yang ramai, namun begitu ada juga pasangan yang hanya ingin sorang dua saja anak bagi menghiasi rumah tangga mereka. Alhamdulillah, saya dikurniakan lima orang anak..agak ramaila tu kan, tapi sekarang pun cuma tinggal 3 orang anak je kat rumah...

Sudah menjadi fitrah kita suka dan sayangkan anak-anak. Fitrah yang dikurniakan bagi kesejahteraan umat. Al Aqra bin Habis melihat Rasulullah SAW sering mencium cucunya Hassan lalu dia berkat, " Sesungguhnya aku memiliki sepuluh orang anak, tidak pernah aku mencium seorang pun dari mereka."

Rasulullah menoleh kepadanya dan berkata.." Sesungguhnya orang yang tidak menyayangi tidaklah disayangi."

Sayangkan anak dididik untuk taat dan takutkan Allah, serta taat kepada kedua ibubapa. Seorang ibu di zaman para sahabat yang bernama Ummu Khomsa tersenyum setiap kali mendengar berita anaknya mati syahid. Tetapi bila anaknya yang terakhir syahid beliau menangis, bila ditanya kenapa, beliau menjawab.." aku menangis kerana tidak lagi mempunyai anak untuk kuhantar ke medan jihad untuk syahid." Lihatlah betapa besarnya jiwa ibu ini.

Banyak kelebihan mempunyai anak yang ramai. Antaranya jika ada antara anak kita yang meninggal sewaktu kecil, jika sabar dan redha kita terhadap ketentuan Allah itu, mereka dijamin syurga, Sabda Rasulullah..." Siapa yang mati tiga orang anak, lalu bersabar di atasnya nescaya masuk syurga." Kamipun bertanya" Duhai Rasulullah, bagaimana jika dua?"
Baginda menjawab.." Dan dua orang juga."

Anak yang soleh adalah jambatan kita ke syurga. In shaa Allah jika berjaya kita mendidik mereka sebagai anak yang soleh, nasib kita sebagai ibubapa akan terbela di hari tua nanti. Bila kita mati didoakan kita, amalan mereka pahalanya mengalir kepada kita.

Malang jika kita sebagai umat Muhammad yang dijanjikan kebaikan oleh Allah dan rasul takut untuk melahirkan anak yang ramai, bagi kaum perempuan alasannya takut hilang shape, takut hilang kecantikan, takut tak dapat keluar bekerja, malah ada yang tak yakin bahawa anak itu ada rezekinya yang Allah telah tentukan. Dan yang lebih malang dan teramat malang anak yang dilahirkan di luar nikah dibuang ibarat membuang sampah sahaja, aduhhhh..sedihnya umat yang mengaku umat Nabi Muhammad hari ini.....
Umar Zikri, Nadhrah Hannani, Muhammad Hilman, Aishah Humairah, Muhammad Danish, moga kalian jadi anak-anak ibu yang soleh dan solehah, jadi jambatan ibu abah ke syurga, aminnn..

8 Sept 2014

Jom bersedekah setiap hari.

Rasulullah kata kita orang perempuan ni lebih ramai dari orang lelaki dalam Neraka, Masya Allah..itu kata-kata Sodiqul Masduq, yang benar lagi dibenarkan, Wal'iyazubillah, moga-moga bukan kita di antara penghuninya, moga-moga dengan syafaat Baginda, kita selamat, dari itu janganlah malas nak berselawat ke atas Baginda.

Rasulullah kata kita ni ramai ke sana kerana jahatnya mulut kita dan kurangnya agama kita. Jahatnya mulut kita pantang ada benda yang tak kena di mata dan hati kita, keluarlah kat mulut kita..bebelan, rungutan, umpatan... Kurangnya agama kita kerana setiap bulan kita ada cuti wajib.

Rasulullah kata kita orang perempuan ni kena banyakkan bersedekah dan beristigfar supaya selamat.
nak sedekah setiap hari..susah juga kan. Bukannya kita jumpa orang susah atau miskin setiap hari, jadi macamana nak bersedekah setiap hari...?

Boleh, nak seribu daya..

  1. Setiap hari kita solat di surau kan, bagi yang bekerja. kat situ mesti ada peti untuk kutip derma surau. So, setiap kali solat, masukkanlah singgit dua, bolehkan...
  2. Bagi sedekah kat anak-anak, Macam Kzakie purvitt tu, untung dia ajar ngaji, setiap hari boleh bagi sedekah makan kat anak-anak mengaji dia. CN pun boleh try cari pelajar dia yang agak-agak susah tu, belanja makan waktu rehat. kan CN.
  3. Bagi makan kat burung-burung., kucing jalanan..In shaa Allah..mereka akan mendoakan kebaikan untuk kita.
  4. Senyum, senyum itu sedekah..
  5. Kat tadika saya ada seorang anak yatim perempuan, ayahnya meninggal semasa tolong buat kerja-kerja mutawwif di Mekah, so..sape sudi nak salurkan bantuan boleh contact my emel..azie.shukor@gmail.com...kalau percayala.
Opss..dah subuh, solat dulu ya kawan-kawan. Nanti In shaa Allah saya tunjukkan gambar pelajar yatim saya tu.

7 Sept 2014

Join segmen: 100 rakan blogger.

SUKA NAK JOIN JUGA.

Seronok tau join segmen yang mudah-mudah camni, sape lagi nak join..jom, sempat lagi sampai esok malam pukul 11.

Hati dan lidah....

Assalamualaikum wr.wb..didoakan terlebih dahulu kebaikan, rahmat dan kasih-sayang Allah buat teman-teman yang berkunjung ke sini, juga buat sesiapa juga yang sudi singgah, tersinggah..istimewa buat teman pengunjung yang selalu sudi ke sini dari jauh tu..Boardman, Oregon, walau siapa pun anda saya amat hargai. Hari ni tak sempat nak bercerita panjang, cukuplah sebuah kisah pendek  untuk kita sama-sama mencungkil hikmah dan kebaikan untuk memperbetulkan lagi arah perjalanan hidup kita, in shaa Allah...

   Seorang ibu yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada Luqman Al hakim seraya berpesan.

   " Sembelihlah kambing ini dan berilah saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan."

   Setelah disembelih, dikirimnyalah kepada ibu tersebut hati dan lidah kambing itu. Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan seraya berpesan agar sesudah disembelih dikirimkan juga kepadanya bahagian yang terbaik pula dari sembelihan itu.

   Kali ini Luqman tetap juga mengirimkan hati dan lidah kepada ibu yang dermawan itu. Ini menimbulkan kehairanan kepada ibu tersebut, lalu ia bertanya..." Kenapa tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta dikirimkan bahagian yang terburuk, dan kenapa pula yang itu juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?"

   Luqman lalu menjawab: " Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya, dan apabila keduanya buruk maka amatlah buruk pula."

Mendengar jawapan itu, mengertilah ibu tersebut akan maksud Luqman, kerana hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan, begitu juga sebaliknya dari hati dan lidah itu juga terbit segala kejahatan dan keburukan.


ihsan google.

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign