Tapi saja tanya lagi, nak dengar dia sebut lagi. Dan dia dengan konfiden seratus persen menjawab..Hang lebat juga.
29 Apr 2017
Hang lebat plak.
Tapi saja tanya lagi, nak dengar dia sebut lagi. Dan dia dengan konfiden seratus persen menjawab..Hang lebat juga.
26 Apr 2017
Yey, hantu raya menang lagi..
Yey, hantu raya menang lagi..
Hantu raya menang lagi..
Hah, hantu raya? Mana hantu raya? Khaahahaha.. saya dah faham dah apa yang nak dimaksudkan. Sebab tu saya gelak tak menahan. Hantu raya, ada ke patut.
Budak tu terdiam, mukanya berubah dari ceria gembira sebab kumpulan hantu raya nya menang tetiba sentap bila kena gelak oleh ticer. Macam nak nanges pun ada tu. Okeh, ticer soriiiii. Tapi bukan hantu raya sayang oiiii...
Kesian Hang Tuah pahlawan melayu, anak-anak tersilap dengar ke, tak ingat ke..Hang Tuah tetiba jadi hantu raya..Oh, anak-anak tadika ku, akulah yang bersalah..
25 Apr 2017
Aku sedih sebenarnya.
Abah ku dah sedar, dah celik matanya, tapi matanya tak berkedip dan memandang hanya ke satu arah saja. Abah dah tak kenal orang, tak boleh bercakap dan lansung tiada reaksi di wajahnya. Doktor ada jumpa kami lima beradik bagitau nak tebuk leher abah untuk abah bernafas, abah tak boleh berlama-lama menggunakan mesin pernafasan seperti sekarang. Abah dah tak boleh lansung menelan hatta air liur sendiri, jika tak tebuk di leher tu doktor kata air liur tu akan masuk ke paru-paru pula. Aku serahkan saja apa yang terbaik, apa saja keputusan adik-adik ( berlainan ibu ) aku ikut saja.
Oh ya..abah diserang strok sebenarnya. Nasib baik juga kenanya di hospital, ke hospital tu pun kerana memenuhi rutin rawatan setiap 3 bulan. Bila kena tu, terus pengsan masuk icu, ni dah seminggu lebih. Doktor kata kalau dalam tempoh dua minggu tak keluar icu, lagi lamalah abah di tahan di situ, lagi lama di icu, makin lemahlah keadaan abah.
Walaupun aku tak rapat dengan abah, aku tetap sedih melihat keadaan abah sekarang. Doktor ada memberitahu hayat abah pun dah tak panjang. Apa yang mampu aku buat sekarang ni hanyalah berdoa meminta agar perjalanan pulang abah kepadaNya dipermudahkan, diampunkan segala dosanya dan diterima segala amalan abah selama ini.
Aku tak berdendam, cuma sedih bila teringatkan apa yang berlaku dulu. Tapi bila ku fikir-fikirkan, mungkin inilah hikmahnya abah ada kehidupan lain. Anak-anak abah ( adik-adik berlainan ibu ) lah yang menjaga abah sekarang, anaknya yang di Sabah dan di Riyadh pun pulang menjaganya. Kami yang 4 beradik ni pula hanya mampu menjenguk abah sesekala saja. Ya, mungkin inilah hikmahnya, sungguh cantik percaturan Allah itu, walaupun pedih pada awalnya.
Aku percaya ma pun sudah memaafkan abah. Sebelum ma meninggal dulu ma pesan pada kami supaya balik ke rumah abah, jumpa abah. Ma pesan supaya maafkan abah juga.
Walaupun aku tak sayang abah seperti mana aku sayangkan ma, aku tetap hormat padanya. Abah..tolong jangan salahkan aku, ketidakbersamaan aku dan abahla merenggangkan hubungan kita. Aku juga bersalah kerana jarang sangat menelefon abah. Sepatutnya aku telefon abah selalu, bertanya khabar sepatah dua pun memadai, abaikan rasa sedih tu. Ya, aku pun bersalah..
In shaa Allah selepas ni aku cuba perbaiki hubunganku dengan adik-adik.
Ya Allah...permudahkanlah urusan abah. Kasihani dia ya Allah, ampunkanlah segala dosanya, semoga kepulangannya ke pangkuanMu Engkau terima penuh redha.
24 Apr 2017
Orang Islam di tahun 60-an.
22 Apr 2017
SEGMEN: Seorang Syed Nak Bloglist
19 Apr 2017
DIA tahu apa yang terbaik..
Kita ada wan dengan tokma, atuk takde.
Kita ada tokkilah.
Tokki? Yang mana?
Tu yang kita pegi tengok kat hospital aritu..
Ooo.....
Ibu, kenapa tokki bercerai dengan tokma??
Krikk, krikk..
Ibu...
Sebab tokki dah tak sayang tokma lah.
Ala, kalo tak sayang pun takyahla bercerai..
Krikk, krikkk.
Jom, esok ikut ibu nak gi tengok tokki kat hospital.
Tokki kenapa?
Sakitlah, masuk icu..
Oo, tapi esok ( hari ni ) nak keluar jumpa kawan.
Krikkk, krikkk.
---------------------------------------------------------------------
Abah..andainya inilah pertemuan terakhir kita, moga detik ini abadi dalam kenanganku..
Sungguh jauh jarak hati yang memisahkan Gie dan abah. Gie selalu rasa abah tak patut, abah tak adil, abah tak sayang kami, abah tak pedulikan kami, abah dah lupa kami juga anak-anak abah...mungkin rasa-rasa inilah yang makin menjauhkan jarak hati kita..
17 Apr 2017
Saya degil dan tun kutu.
Sekarang ni tengah sibuk dengan latihan untuk sukaneka tadika pula, in shaa Allah 30/4 nanti real sukanekanya akan berlansung. Jadi nampaknya idokle dapat bersiaran selalu. Penat tau kome, melatih bebudak ni, lain yang kita arah, lain pulak dibuatnya.
Pagi tadi, adalah sorang budak ni..ticer saya degil kan, saya degil..
Saya pun terdiam je, sambil terfikir2 pebendanyalah dia nak cakap..hajat nak bagi nasihat, tapi tengah sibuk tak sempat la plak.
Tetiba ada sorang lagi budak perempuan cakap..ticer..saya tun kutu..
Oh...baru faham, rupanya budak yang cakap saya degil tu, nak bagitau dia ni kumpulan Hang Lekir dan yang cakap tun kutu tu yang sebenarnya dia nak cakap dia ni kumpulan Tun Kudu..
Tulah saja ceritanya.
13 Apr 2017
Mata, rambutku memberi peringatan..
Rambut saya pun dah ada uban...
Muka saya pun dah ada garis-garis halus..
Panggilan makcik pun terdengar, ishhh...pedih jugak telinga nih, tapi itulah hakikatnya...
Ada juga peringatan yang diberiNya bila mendengar kematian orang yang saya kenali, sedangkan orangnya jauh lebih muda, anak sulungnya pun baru berumur 11 tahun.
Ya...kematian datang tanpa mengenal usia.
Lalu saya pun menyimpan azam nak buat kembali solat sunat tasbih. Seingat saya adalah kot tak sampai 10 kali pun saya pernah buat...
11 Apr 2017
Batuk yang dahsyat.
Sedap weyh, manis teramat manis. |
10 Apr 2017
Habisla kalo tak sabar.
Punyalah penat, sampai masuk bilik air terus buka shower, opss...basah tuala separuh, baru perasan, belum bukak tuala daa..
Dari 6 orang ticer, 3 je yang sihat sejahtera dapat bertugas hari ni, yang 3 lagi, sorang sakit mata, sorang masalah hutang along, sorang masalah nak berubat buang saka. Jadi bolehlah nyanyikan lagu 10 budak hitam ye kome, aduh rasa cam nak pencen je. Penat dah cover2 kerja sampai petang ni, balik dah lambat, pastu nak masak dinner plak. Nape tak tapau kat WB ke, Planet Tomyam pun dekat tu? Sebabnya- takdo duit, the biggest reasonlah, pastu mylaling pun lebih rela makan lauk telur goreng dadar, sebab dia nak jaga kesihatan, so takpelah..teman pun memang ada cita-cita nak jadi isteri yang solehah kan, so takpelah teman masak juga, tadi sampai rumah dah pukul 6.30, bukak tudung terus bersilat kuntau, selesai gak masak menjelang azan maghrib. Tak usahla kome tanya teman masak apa? Kome imagine je sendiri lauk sempoi2 asal kenyang sudah.
Tulah, masalah problem betuilah kome. Tak taula bila boleh selesai. Masalah cikgu. Cikgu dah ramai, tapi kalau sekali 3 orang tak datang, ater..idok ke penat fizikal dan mental ticer otai ni, walau pun menyandang jawatan Guru Besarlah sangat, eh.. Teman tak ndak sebenarnya, susah kot nak ngarah-ngarah orang itu, ini, teman ni bukan berjiwa pengarah pun, pelakun bolehla. Tapi dah temanlah paling senior kat situ, ndak tak ndak terpaksa juga terima jawatan tu. Patutnya teman habis kerja pukul 2.30 boleh balikla, tapi bila takde ticer kenalah cover sampai pukul 5.30 atau lebih cam hari ni. Penat weyh kome.
Kerja dengan bebudak ni lain. Kadang tak ramai pun cam hari ni, ramai yang tak sihat. Tapi dalam tak ramai tu, ketajaman suara diorang tu tetaplah memeningkan kepala kami. Yang menjerit, yang menangis, yang tak habis2 mengadu cam den ni bukak kaunter aduan je, yang hilang beg, yang nak terkencing, yang nak mengaler, adeh...pening. Kalo kome rasa level sabo korang dah setinggi gunung Everest, ha...silalah. Tapi kalo takde sabo tu, nanti kome juga yang surender separuh jalan nanti.
Ya Allah ngantuknya, penatnya. Solat isya jap, pastu tidoo..
Moga hari esok lebih baik buat warga tadika ku dan lebih baik untuk kome semua ye. In shaa Allah.
Renunglah selalu hati kita.
Renunglah selalu hati kita
Kerana ia merupakan sumber kebaikan dan kejahatan.
Wadah kekufuran dan keimanan.
Rebutan antara malaikat dan syaitan.
Hati perasaannya halus.
Sentuhannya tiada terasa.
Tapi sangat memberi kesan di dalam kehidupan.
Siapa yang arif perjalanan hatinya.
Faham kebaikan dan kejahatannya.
Bersungguh-sungguh bermujahadah membuang kejahatannya.
Diganti segera dengan kebaikan.
Orang itu akan selamat dari tipu daya syaitan dan dunia.
Ramai orang tidak faham perjalanan hatinya.
Kerana tiada ilmunya.
Mendidik hati kenalah berilmu.
Agar selamat dari yang menipu daya.
8 Apr 2017
Rumah Warisan (3)
Ni rumah utama, ada dapur, bilik tidur, bilik tenun, tempat mandi. |
perigi ni masih ada airnya. Yang sebelah tu tempayan isi air untuk basuh kaki. Gayungnya dari tempurung kelapa. |
7 Apr 2017
Masalah van sekolah.
5 Apr 2017
Tersayat hatiku.
4 Apr 2017
Sambal belacan anak bujang teman.
Haha..aduii..bebudak sungguh.
3 Apr 2017
Nak salam, nak salam.
Susah betul nak pulihkan semangat yang hilang ni, bila hari isnin tiba nak up entri mulalah blur-blur pusing keliling cari idea yang hilang. Tambah lagi diserang penyakit misteri lah sangat, akibat sumpahan wan Peah kot, ishhh...habis naik bengkak dan gatal satu badan balik kerja hari khamis tu, terpaksa amik mc jumaat tu, kena sejarum, adduiiii...( kat mana, biarlah rahsia ),sebab muka pun dah bengkak cam zombi, sat lagi ada juga anak muridku yang sawan nanti. Alhamdulillah, hari ni dah baik.
Sebut pasal anak murid, atau sesape yang ada anak sedara, atau kita sendiri katalah bersalam dengan orang yang lebih tua, salam dengan suamimu tercinta.. haaa..camane caranya?
Seronok tak bila anak murid bersalam dengan kita, dia cium tangan kita? Kalo kome semua nak cari calun mentua, cer salam cium tangan orang tua tu, haaa...dan2 tu dia cuppp nak buat menantu, mwehehe..
Ater.. Kome tau tak cara yang betul bersalam dengan bakal mak mentua kome tu? Cium tangan ke, letak tangan kat dahi? Hati-hati ye, cara yang betul ikut sunnah ialah salam dan cium tangan, bukan letak tangan di dahi ye kome. Bersalam cium tangan tu dah cantik, tapi jangan sampai kita buat tanpa suluhan ilmu, nanti jadi lain.