Asam Garam Kehidupan: March 2017

Nuffnang

Pages

30 Mar 2017

Alhamdulillah, dah boleh baca.

Alhamdulillah, target 3 bulan boleh membaca tercapai. Teman ler yang rasa lega sesangat. Cuma ada 3 orang je lagi yang agak slow, tapi in shaa Allah rasanya sebelum menjelang hujung tahun diorang pun boleh lancar membaca.
Inilah buku yang saya guna untuk ajar anak-anak ni membaca. Kaedah e-Xra ni memang berkesan berbanding kaedah mengeja yang kita belajar dulu-dulu. Ada 3 buku, yang bestnya anak-anak ni saling berlumba nak menghabiskan setiap buku. Tapi biasanya bila dah masuk buku terakhir, tak habiskan buku tu pun diorang dah boleh membaca dengan lancar.

Free stail, ni aktiviti membaca selepas mandi tengahari sebelum tidur.
Saya lambakkan buku cerita, diorang ralit membaca, saya boleh buat kerja lain.
Ralit membaca sampai tak perasan saya amik gambar.
Moga anak-anak ticer ni menjadi anak-anak yang cerdik, pintar, soleh, solehah, berakhlak sehingga dewasa. Aminnn.

29 Mar 2017

Sakit Tumit Kaki

Antara banyak anggota badan kita, kaki menampung paling banyak beban disebabkan menampung berat badan kita. Kaki dan buku lali kita terdiri daripada 26 tulang, 33 sendi dan lebih daripada 100 tendon.
Manakala tumit merupakan tulang terbesar pada kaki kita. Banyakkan?
Sakit tumit merupakan sakit yang tertumpu pada bahagian bawah atau belakang tumit.
  • Kesakitan pada bahagian bawah tumit berpunca daripada Plantar Fascitis.
  • Kesakitan pada belakang tumit (dimana tendon Achilles melekat pada tulang tumit) adalah Achilles Tendinitis,
Walaupun sakit tumit merupakan penyakit yang jarang-jarang menyerang kita, namun ramai wanita mengalami sakit ini dan tentu sekali mengganggu aktiviti seharian kita.

Apakah Sakit Tumit Kaki?

Sakit tumit kaki Plantar Fasciitis adalah keradangan pada plantar fascia (lapisan pelindung keras) pada tapak kaki yang menyambungkan tulang tumit (heel bone) kepada jari kaki.
Ciri-ciri sakit tumit plantar fasciitis adalah:
  • Sakit apabila bangun daripada tidur atau ingin memulakan pergerakan kaki dari duduk atau berdiri yang lama.
  • Sakit akan mula hilang dengan pergerakan kaki (jika terlampau teruk, sakit tidak hilang)
  • Tiada bengkak atau tanda merah pada tumit
  • Tiada trauma yang berlaku pada tumit

Apakah Punca Sakit Tumit Kaki

Menurut beberapa artikel yang saya baca, sakit tapak kaki atau sakit tumit boleh jadi disebabkan oleh urat pada tapak atau tumit kaki (planta fascia) menjadi radang (inflammed) atau disebut dalam bahasa perubatannya "Plantar Fasciitis". Sakit tumit terjadi apabila kita menggunakan tapak kaki secara berlebihan dan menyebabkan Plantar fascia menjadi tegang (sila rujuk gambar di bawah).
Kedudukan Heel Spur yang mendatangkan kesakitan pada tumit kaki

Apabila ini berlaku, sakit tumit atau Heel Spurs pun boleh terjadi. Antara factor-faktor yang menyebabkan Plantar Faciitis dan Heel Spurs terjadi adalah:
  • Bekerja di tempat yang memerlukan anda berdiri dengan lama.
  • Senaman yang berlebihan.
  • Radang sendi (arthritis) berdekatan dengan Plantar Fascia.
  • Kencing manis senang merosakkan Plantar Fascia.
  • Memakai kasut yang tidak sesuai semasa senaman atau berjalan. Ia membuatkan berat badan tidak tersebar dengan sama rata di bahagian kaki. 
  • Bentuk tapak kaki yang datar (flat foot), tapak kaki terlampau melengkung atau gaya berjalan yang tidak normal boleh membuatkan Plantar Fascia menjadi tegang.
Sekiranya anda mengalami sakit tumit, cubalah membuat rawatan di rumah bagi mengurangkan gejala anda. Jika tidak berkurangan dalam tempoh 2 hingga 3 minggu, eloklah berjumpa doctor anda.

Komplikasi Sakit Tumit

Mungkin tiada komplikasi yang berat, namun sakit tumit boleh menjejaskan pergerakan harian, mengubah cara berjalan dan melakukan aktiviti seharian. Ini boleh juga menyebabkan hilang keseimbangan dan jatuh.

9 Tips Mencegah Sakit Tumit

Terdapat beberapa tips yang anda boleh amalkan untuk mengelakkan kecederaan pada tumit dan mencegah kesakitan.
  • Memakai kasut yang sesuai yang boleh menyokong kaki.
  • Memakai kasut yang betul untuk aktiviti fizikal.
  • Membuat regangan otot sebelum anda memulakan aktiviti fizikal.
  • Pengambilan diet yang seimbang dan sihat.
  • Berehat apabila anda rasa letih atau otot anda mula sakit.
  • Mengekalkan berat badan yang sihat.
  • Apabila bangun tidur, sebelum bangun, mulakan dengan senaman tapak kaki. Pusing dan gerakkan pergelangan kaki beberapa kali. Dengan cara ini bekalan darah dan oksigen akan mula sampai ke kawasan yang ditekan spur.
  • Rendam kaki dalam air suam.
  • Pengambilan suplemen untuk membekalkan nutrisi sihat kepada sendi dan tulang.
Selain itu jemput saksikan video di bawah:

Suplemen Untuk Sakit Tumit

Apabila berjumpa doctor, kemungkinan doctor akan suntik dan memberikan ubat untuk menahan sakit. Sekiranya memerlukan mungkin perlukan pembedahan.
Namun biasalahkan, ubat ini memberikan kelegaan sementara. Jadi sebenarnya paling terbaik adalah anda memberikan nutrisi yang diperlukan oleh tumit untuk ianya berfungsi dengan baik. Apabila sel sihat, anggota dan organ kita dapat kembali sihat.
Saya ada beberapa orang customer yang sememangnya mengalami sakit tumit. Salah seorang daripadanya telah mengalami sakit tumit selama belasan tahun. Selama 3 bulan beliau mengambil Shaklee, alhamdulillah sakit tumit juga semakin berkurangan.
Antara suplemen yang baik untuk sakit tumit adalah:

1. Ostematrix

Ostematrix merupakan suplemen kalsium magnesium yang dapat membantu sakit tumit dari segi:
  • Membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang. Apabila tulang sihat ia akan dapat menyokong berat badan serta pergerakan pelbagai otot badan.
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas otot – pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan dapat memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis.

2. Omega Guard

Minyak ikan Omega Guard adalah istimewa sebab ianya adalah minyak ikan tulen, selamat tanpa logam berat yang bahaya. Lagipun ianya boleh bekalkan asid lemak dengan 7 spektrum penuh khasiat minyak ikan.
Minyak ikan Omega Guard dibuat daripada ikan kecil laut dalam daripada perairan sejuk untuk pastikan sumber ikan yang digunakan adalah paling kurang tercemar. Kemudian diproses menggunakan teknologi penyulingan proprietari 3 molekul untuk pastikan logam berat yang bahaya untuk kesihatan betul-betul disingkirkan.
Dari segi sendi dan tulang, Omega Guard dapat:
  • Mengurangkan keradangan pada sendi. Sakit tulang adalah satu keradangan tulang dimana pelapik atau kusyen pada tumit tidak lagi anjal seperti dahulu.
  • Memberikan kuasa pelincir kepada sendi

3. Energizing Soy Protein (ESP)

ESP mengandungi isoflavones yang sangat baik untuk kesihatan tubuh. Isoflavon dikelaskan sebagai fitokimia, ia merupakan sebatian yang hanya terdapat dalam tumbuh-tumbuhan (phyto bermakna tumbuhan).
Isoflavones juga adalah sejenis phytoestrogen, atau hormon tumbuhan, yang menyerupai estrogen manusia dalam struktur kimia yang lemah. Isoflavones memberikan banyak manfaat kesihatan yang membantu anda untuk mengelakkan penyakit.
Dari segi tulang, isoflavones memainkan peranan penting dalam melindungi dan mengekalkan tulang yang kuat dan sihat. Terdapat kajian yang dijalankan di University of Illinois dan University of Hong Kong menyatakan pengambilan isoflavon soya boleh meningkatkan kandungan mineral tulang dan kepadatan tulang serta membantu mengurangkan gejala osteoporosis.

4. Vivix

Vivix mengandungi satu kompaun yang berkuasa yang disebut sebagai resveratrol. Dalam satu kajian saintifik melalui yang diterbitkan dalam jurnal pada tahun 2012, resveratrol dapat membantu sendi dari segi:
  • Mengekalkan dan memperbaiki fungsi dan struktur sendi.
  • Mengurangkan faktor yang menjadi punca kepada penyakit berkaitan sendi.
Seterusnya penyelenggaraan yang baik pada sendi yang normal, juga memberikan perubahan yang lebih baik terhadap kesan fisiologi kepada sendi termasuklah (faedah yang positif) daripada segi:
  • Kelebaran ruang sendi (joint space width on radiographs).
  • Pergerakan.
  • Kekakuan (stiffness).
  • Ketidakselesaan sendi.
Dengan sebab itu, Vivix juga terbaik untuk diambil untuk masalah sakit tumit ini.
Ikhtiar pengambilan yang konsisten dan berterusan disertai dengan sabar dan tawakal insyaAllah boleh membantu melegakan kesakitan akibat sakit tumit dan pelbagai masalah kesihatan lain.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak

Rumah Warisan Hj Su (2)

Allahyarham Hj Su Mohamed Salleh bin Hj Mohamed atau lebih dikenali dengan panggilan Hj Su merupakan seorang saudagar kaya yang mewarisi harta pusaka peninggalan ayahnya Hj Mohamed bin Hj Abd Rahman atau lebih tersohor dengan panggilan Hj Mohamed kaya.

Hj Su dikenali sebagai seorang saudagar kaya yang mahir dalam bidang perniagaan dan pentadbiran. Dalam menjalankan perniagaan beliau sering berulang alik dari Terengganu ke Thailand ( Siam ), Singapura dan Indonesia. Selain menjalankan perniagaan entrepot beliau juga memiliki syarikat perkapalan. Beliau memiliki beberapa buah kapal untuk urusan pengangkutan penumpang dan barang dagangan. Salah sebuah kapal yang sering berulang alik dari Terengganu ke Singapura dikenali dengan nama MV Menganti Baru.

Beliau juga mengusahakan aktiviti perlombongan bijih timah di beberapa kawasan di Terengganu. Beliau juga membuka beberapa kawasan pertanian komersial terutama untuk penanaman padi. Beliau juga suka aktiviti seni terutama Dikir Rebana Pahang yang dibawa masuk dari Pahang melalui daerah Kemaman oleh para ulama yang tinggal di Terengganu. Beliau memiliki kemahiran yang tinggi dalam mengalunkan lagu-lagu dikir ini sehingga diberi kepercayaan memimpin kumpulan dikir Pahang ini dan sering mendapat jemputan di seluruh pelusuk Terengganu. Beliau juga meminati aktiviti persilatan dan memanfaatkan kawasan rumahnya yang luas untuk mengajar silat kepada anak-anak muda di situ.

Hj Su melibatkan diri dalam bidang kebajikan seperti menyediakan prasarana iaitu kemudahan jalan raya bagi memudahkan mobiliti penduduk terutama kawasan Losong. Beliau sering menghulurkan bantuan kewangan kepada golongan penduduk miskin di situ. Bagi mengenang jasanya maka satu kesepakatan telah dibuat untuk mengabadikan namanya pada salah sebuah kampung yang dikenali sebagai kampung Losong Hj Su. Nama ini kekal hingga ke hari ini.

Melalui perkongsian hidup bersama dua orang isteri beliau dikurniakan 10 orang anak. Hj Su meninggal dunia pada januari 1951 dan dikebumikan di tanah perkuburan masjid Hiliran.

Ruang dapur.
Laluan ke dapur.
Keunikan engsel pintu.
Engsel tembaga, nanti saya tunjuk lagi pinggan mangkuk, periuk belanga tembaga kat dapur ni.
Sempat main congkak.
Katil dari kayu cengal. Keseluruhan rumah ni dari kayu cengal sebenarnya.
Alat menenun songket, juga dari kayu cengal.
Rak pinggan kayu cengal.
perigi.
Dapur kayu.
Inilah salah sebuah kapal pengangkutan milik beliau, MV Menganti Baru. 

Kepada sesiapa yang berpeluang ke Kuala Terengganu, saya sangat sarankan datanglah ke sini melihat salah satu tinggalan sejarah di sini.

28 Mar 2017

Menyelit kejap...demam ciken cop???

Assalam semua.

Pagi ni takde cerita serius ye kome. Cerita biasa2 aje dalam hidup teman. Anah Shaklee..jap ye, tak sempat lagi nak up cerita mike tu.
Cerita Rumah Warisan Hj Su pun belum sempat nak sambung.

Nak cerita pasai demam versi Umar Zikri anakanda teman tu aje. Semalam masa makan malam tu, teman sambil makan tu takdela nak konsentret pada cakap dia. Layan2 gitu ajeh. Beria dia bercerita katanya..demam ni ada dua kan ibu, satu demam biasa, satu lagi demam ciken cop..

Ater nya bio betoi si Umar Zikri ni, ada pernah ke kome dengo demam ciken cop, ke...ciken pox...?ciken cop, ciken pox..macam sama je ye Umar Zikri.

24 Mar 2017

Rumah Warisan Haji Su (1)

Sebelum bertolak balik ke KL semalam, kami sempat singgah di Rumah Warisan Haji Su yang dijadikan sebuah muzium hasil sejarah tinggalan seorang hartawan yang dikenali sebagai Hj. Su Mohamed Salleh bin Hj  Mohamed. Dilihat dari besar agam dan keindahan seni bina rumah tersebut memang kita dapat rasakan kekayaan yang dimiliki oleh Hj Su ini. Kalau anda berkesempatan jjcm ke Kuala Terengganu, salah satu tempat yang anda wajib kunjungi ialah di sini. Buat masa ni, masuk masih percuma, tak taulah untuk masa akan datang. Dibuka setiap hari sabtu hingga jumaat jam 9 hingga 5 petang.
Untuk kali ni saya perkenalkan sepintas lalu dulu.
Location nya mudah, satu jalan dengan Losong keropok leko, in shaa Allah mudah nak cari.
Pemandangan luar rumah utama.
Di sini ada ruang dapur, ruang makan, bilik tidur, ruang menenun kain sutera.
Ini rumah yang menempatkan ruang tamu, ruang bersanding, dewan, besar sungguh ruangnya.
Besarnya rumah ni, kalau main nyorok-nyorok rasanya tak kan dapat cari.
Inilah dia Hj Su Mohamed Salleh bin Hj. Mohamed. Kampung Losong Hj Su pun diambil sempena nama beliau.

22 Mar 2017

Hari-hari keropok lekor.

Balik Terengganu ni yang heavennya tu bila dapat makan kepok leko fresh. Rumah arwah mak ni plak betul-betul dalam kampung sebelah Losong kepok leko tu, apa lagi, pagi-pagi dah pegi cari kepok leko rebus buat sarapan.
Ni pukul 10.30 pagi semalam, tapi yang ni digoreng terus dari gerai, beli tinggal nak makan je. Dah tinggal beberapa ketul baru teringat nak amik gambar.

Ni hari ni punya cerita, masih berasap, kenduri anak beranak, sekejap je licin.
Yang ni rebus punya, nak tau berapa rm ni? 10 hengget jer tau. Beli siap-siap untuk goreng buat sarapan pagi esok.

Esok nak balik KL dah. Entah bila nak balik lagi. Bila dah takde mak ni, nak balik pun tak seronok dah. Balik sebab nak tengok rumah arwah mak je, ..dan jumpa mak sedara yang dok jaga rumah arwah mak ni.

Timun bunian.

Seram tak, seram tak? Hihihihi..
Ni mak sedara saya punya ceritalah. Asalnya pokok timun ni dia ambik dari rumah kawan dia. Kawan dia tu cakap pokok timun ni tumbuh kat area rumah dia ditanam oleh orang bunian. Makcik saya pun ambik sepokok bawak balik dan tanam kat rumah plak. Tujuannya nak buat ubatlah.

Haha, takyah percayalah kome, percayalahh..eh, tapi entahla, kotla orang bunian tu pun tanam sebab nak buat ubat juga. Kebarangkalian itu tetap ada. Ermm, terpulang kat komelah yek, nak percaya ke taknak ke, ini cerita orang kampung.

Makcik saya cakap timun ni boleh buat ubat kencing manis dan darah tinggi, makan dua biji pagi, dua biji malam. Rasa dia? Yang muda warna hijau muda tu sebijik rasa timun biasa. Yang dah tua, warna hijau tua tu rasanya masam sikit, tak sedap.

Ni buah yang tua, warna hijau tua.
Ni yang muda, warna hijau muda, sebiji rasa cam timun biasa tu.
Boleh buat ubat kencing manis dan darah tinggi.
Ada tanam, nak guna petik je..kat bandar rm3 sekuntum ni kome.

21 Mar 2017

Berkelah di tepi lebuh raya.

Tulah nikmatnya balik kampung ramai-ramai, padat grand livina abah. Singgah TBS amik kakak. Tujuh orang, si Umar Zikri je yang kira badan kecik, nasib baiklah semua kurus-kurus, sumbat dah jadi macam tin sardin plak. Alah, nanti kakak dah kerja, abang dah kerja belilah kerete sendiri. Buat masa sekarang ni, sempit sikitpun takpelah, bukannya selalu balik Terengganu pun.
Hujan sepanjang jalan, hingga ke Kuantan. Risau juga sangkut banjir.
Mendung sepanjang LPT. Tapi Alhamdulillah, masuk negeri Terengganu, elok plak cuacanya, tak hujan pun. Kat negeri Sembilan, kampung suami, Pedas Rembau plak yang banjir. Pantai timur tak banjir.
Bekal makan, sotong masak sambal, ikan goreng tepung, sambal ikan bilis kentang, sayur dan ulam. Memang biasa bekal-bekal camni. Singgah makan kat mana-mana RnR. Makan rileks2, tunggu masuk waktu zohor, siap jamak, baru gerak semula. Lagipun puas hati masak sendiri, kenyang pun kenyang, tak crowded macam kat kedai makan..lagipun si kakak dah craving nak makan masakan ibu.
Jemput makan semua. 

20 Mar 2017

Oo, Mat Dan, tunggu mokcik datang.

Hujan lebat sejak awal pagi weyh kome. Teman sekeluarga nak balik Teganung ni. Rindu ke Mat Dan, haha..dok kena ngena nge mung weyh Mat Dan, saje tupang glamer nama mung je. Tapi sape tau ada jodoh dapat jupe mung kat gerai kepok leko Losong tu dok, hehheh.
Chakkk..
Jupe lagi nah, co pilot dah mamai ni. Babai dulu. Doakan kitorang selamat sampai ye, hujan-hujan ni, kena exra keful. 

17 Mar 2017

Aku dan zaman SPMku.

Dulu ada juga kelas tambahan, adalah juga aku join, tapi tak pernahla aku serius dengan kelas tambahan tu. Ada juga buku-buku latihan tambahan, tapi tak berduit nak membelinya, jadi aku selalu beli satu majalah pendidikan, ermmmm...majalah fokus ke hape entah namanya. Tapi tak pernah habis pun latihan-latihannya aku buat. Memang aku tak serius. Walaupun masa tu aku rasa dah serius sesangat. Aku duk dengan makcik aku kat Batu Pahat masa tu, kononnya sekolah yang standard sikit biar aku sesungguh belajar. Kalau duduk dengan mak aku yang masa tu memang bertungkus-lumus mencari kehidupan, bimbang kalau mak aku tak sempat nak tengok-tengok aku belajar, aku fail SPM.

Tapi yelah, dah otak takde cemerlang mana, sekolah kat mana pun result tetap tahap gitu-gitu aje.
Aduihh, malaslah nak ingat-ingat.

Anak bujang den semalam amik result SPM juga. Tapi dah dasar mak eh tak serius belajar, boleh rileks je takdelah nak lompat bintang bagai. Ucap tahniah pun belum ni. Tapi tetap simpan hasrat nak belanja makan beso nanti. Sabo ye nak ye, tunggu gaji ibu next month.

Cuti sekolah ni nak balik Teranung. Rindu amat weyh kat rumah arwah mak, nak tengok bilik dia, katil dia, dapur dia, pinggan mangkuk dia, ruang tamu rumah dia. Rindu nak kemas, sapu, mop bersih-bersih sambil menyulam kenangan demi kenangan bersama mak. Tak sabar, rasa macam ada  dia tunggu kami di ruang tamu macam dulu...

Dan tak sabar nak makan kepok leko goreng segera. Beli rm10 sekali hadap anak beranak licin sekelip mata je. PH..mung suka dok kepok leko? Sedak sungguh dok. Dok sabo doh, kena molek mok sedara masak nasi dagang gulai ikan aye. Dok pong gi cari laksang kat paso cabang tiga. Uishhh...jomla PH kita balik kapung. Nyanyi lagu Mat Dan..nok balik kapung, nok balik kapung lening jugok..

Uittt...macam tak sampai jer cerita spm teman ni. Ater...lantoknye le.

Sekalung tahniah buat semua anak-anak yang mendapat result cemerlang SPM 2016. Janganla rasa hebat bebeno takat dapat straight A tu, sok kome masuk U pun idok le ada orang nak menanya kome dapat berapa A masa SPM dulu, cayelah cakap makcik ni kome.

15 Mar 2017

Alhamdulillah, baik dah.

Camnilah rupa rumah bila nakhoda kedua tumbang. Kalo nakhoda pertama yang tumbang, nakhoda kedua masih boleh jaga kesejahteraan dalam kapal. Chewah..berfalsampah la plak.


Alhamdulillah, dah baik demam. Tapi kena makan ubat klinik dulu weyh, baru ok, panadol biasa tak jalan. Sekejab je ok, pastu mulalah menggigil, kepala berpusing, lemah lutut,sakit sendi..pendek kata, semualah sakit. Eh! Aduh tak baiknya bersungut plak. 

Tapi ramai yang demam. Anak-anak kat tadika tinggal separuh je, ticer ada 6 orang, bersilih ganti demam. Hari ni je 2 orang ticer demam.

Korang, sori tau..belum sempat balas kunjung, nak mengemas seantero rumah plak nih. Kang lapang-lapang den berkunjung yo. Terimakasih atas doa-doa kalian. 

13 Mar 2017

Demam.

Musim sakit. Sakit penghapus dosa. Ramai anak-anak tak datang skul sebab demam. Saya pun demam. Hari sabtu tu badan dah rasa berat semacam, tapi gagahkan juga buat kerja-kerja 🏠 wife kan. Tapi semalam ahad dah tak boleh tahan. Satu hari terbaring. Nak makan panadol, yarghhh...saya tak suka panadol. Tapi ini dah tak boleh tahan. Nampak nya kena makan juga.

9 Mar 2017

Manusia macam kambing.

Harap jangan sentap ye kengkawan, ni bukan saya yang cakap, saya cuma memetik isi ceramah Allahyarham ustaz Yazid Jaafar, seorang penceramah terkenal. Kalau kengkawan nak tau lebih lanjut tentang beliau, google sendirilah yea.

Kerja kita di muka bumi ni siang malam, pagi petang makan saja. Macam kambing, di atas kandang makan, turun kandang makan, sudah tidur lelap pun makan juga, mata pejam mulut mengunyah.

Sepatutnya fikirlah wahai kambing, sebelum tidur. Alhamdulillah, hari raya haji, tidak ada orang yang korbankan aku. Tidak lama lagi bulan maulud, jangan-jangan orang korbankan pula aku.

Kita manusia ni pun ada juga macam kambing. Makan saja kerjanya sepanjang hari. Sudah kenyang pun makan juga. Air sudah tidak boleh masuk, nasi pun juga, dia makan koci pula.
Sepatutnya fikirlah, bilakah agaknya malaikat maut hendak mencabut nyawaku? Tapi kita tidak pernah berfikir perkara tersebut. Kita hanya ingat bagaimana harus mengisi perut saja. Ingat kata bumi, suatu hari nanti aku pula yang akan makan engkau. Aku ratah kulit dan daging engkau sampai hancur. Bumi akan makan kita tak kira hidung kita mancung seludang, pipi pauh dilayang, leher jinjang dan dagu kulit kerang.

Sampai begitu kata Rasulullah saw, kalaulah binatang-binatang itu tahu bahawa mereka akan mati, maka kamu tidak akan dapat merasa daging binatang yang gemuk. Tidak ada lagi binatang yang gemuk, semuanya kurus. Tapi binatang tidak tahu. Tapi kita yang tahu bahawa kita akan mati pun gemuk juga, tidak susah hati!

Allah mengingatkan kita tentang mati, lupa juga kita. Bumi mengingatkan kita 70 kali sehari semalam akan mati, lupa juga kita. Maka Rasul mengingatkan kita tentang mati:
" Berbanyak-banyakkan kamu mengingati sesuatu yang melupakan segala kelazatan ( kematian ) "
Hadis riwayat At Tarmizi.

Yang paling lazat di dunia ini apa? Bubur kacang? Kalau sudah mati, mana ada sedap bubur kacang. Hidup inilah yang paling lazat. Yang memutuskan hidup ini ialah mati. Sebab itu hendaklah kamu berbanyak-banyak mengingati mati supaya kamu menjadi orang yang beruntung.

Orang yang mengingati mati itu untungnya tiga:
1) Dia ingin bertaubat.
2) Tidak mahu melakukan maksiat.
3) Ingin menambah ibadah.
 

Orang yang lupa mati itu ruginya tiga:
1) Dia menangguhkan taubat.
2) Tidak mahu beribadat.
3) Suka melakukan maksiat.

Cinta terpendam.

Seorang tokoh Hollywood, Walt Disney. Dia seorang lelaki tampan dan simpatik. Dengan modal yang mencukupi dia membina kariernya. Dia punya seorang setiausaha wanita yang cantik orangnya.

Dari hari ke hari Hollywood mengalami kemajuan pesat. Gaji setiausahanya dibayar dengan cek sahaja, tapi bagi wanita tadi cek itu tidak pernah diambil sehingga jumlahnya cukup besar. Wanita itu cukup dengan belanja makan. Sebenarnya mereka saling cinta,, tapi malu untuk menyatakannya. Setelah dihitung oleh Walt Disney bahawa cek-cek yang diberikan kepada setiausahanya begitu banyak jumlahnya, Walt Disney terfikir, kalau cek-cek itu diambil, perusahaannya akan muflis.

Dengan cemas Walt Disney berkata dalam gurauan.

   " Kalau cik tak perlu wang, lebih baik cek-cek itu dikoyak saja, biar tidak memeningkan saya."

Maka dengan senyum dan tak berfikir panjang wanita tadi memusnahkan ceknya di depam lelaki pujaannya.

" Demi cinta aku tak perlu wang,"

Dengan itu dirangkulnya setiausahanya itu dan beberapa hari kemudian mereka berkahwin. Demi kianlah seorang wanita sanggup menelan penderitaan cinta, menyembunyikan sampai bertahun-tahun. Hingga yang dicintai sendiri sukar menduganya. 

Jangan lukai perasaan halus wanita yang mencintaimu.

Belum terlambat kan? Selamat Hari Wanita.

7 Mar 2017

Anda yang mana satu?

Ceh, cam nak jadi ahli psikologi lah plak kan. Idok le. Sesaje je. Base on what happen to me ajer kome. Moga kome semuanya dipermudahkan jadi hamba Allah yang baik2, soleh dan solehah, semakin bertambah amalan baik setiap hari. Cepaaat, aminkann.

Tulah teman ni. Udah makin kematu, bukan otak je kematu, segalanya nak makin kematu, moga2 ya Allah, janganlah tuanya hambaMu ini nanti, sampai menyusahkan orang lain terutama orang yang hampir denganku ya Allah..

Ermmm, teman tengah cuba nak related kan 4 ciri peribadi manusia dengan diri teman ni. Tapi idokle sampai nak korek dalam bebeno. Kalo kome semua berhajat nak tau detail, google aje ye. Mohle teman cerita sikit-sikit.
Mengikut Hippocrates, dia ni seorang ahli falsafah yunnani, katanya manusia ni terbahagi pada 4 peribadi- melancholic, choleric, phlegmatic dan sanguine. Ngikut teman ciri yang paling sempurna itulah sanguine. Ater..cam terasa-rasa je teman ni ada ciri-ciri tu. Huk aloh, tak ngape le kalo kome nak gelakkan teman, teman redha.

Tulah istimewanya manusia ni sebagai hamba, tak semuanya sempurna, tapi dengan ketidaksempurnaan itulah kita saling melengkapkan, seperti pasangan suami isteri kan, cam den ni ha, kalo stokin tu den gulung-gulung sepasang jadi cam bola je. Ater, toklaki teman tu, kalau stokin tu siap lipat, baju dia, dia sangkut elok-elok, sijil-sijil hatta sijil berenti sekolah darjah 6 pun elok je disimpan dalam clear folder. Ater kalo teman ni, sijil SPM pun tinggal yang potostate je, yang ori tah mane hilangnya. Dia plak jadi tukang simpan sijil-sijil teman tu.

Satu lagi perangai buruk teman ni, tulah pelupa beno orangnya. Tu yang takut tu, sok dah tua, toklaki sendiri pun teman lupa, idok ke naye?
Ni pagi semalam punya hal. Stokin teman kan teman gulung cam bola. Kadang mana yang ada tak kira sebelah warna lain, sebelah warna lain, asal selamat bergulung untuk disimpan, kira okle pada teman. 
Sekali terambik stokin sebelah lain, sebelah lain da, ate idokle teman nak manjat tangga sekali lagi nak amik stokin lain, dahle lutut teman ni dah second hand. Ate..pake je le, janji tutup aurat, bukan nak pi beraya, nak pi tadika jer pun, kang sampai tadika bukak le cepat-cepat kan?

Ater nok jadi cerita, pagi semalam tu ticer yang patut sambut budak datang lambat plak turun, teman plak baru sampai udah ramai plak parent sampai juga, terpaksa ler teman menyambutnya.

Padanle ada satu parent tu lama beno merati kaki teman yek, huhu..

6 Mar 2017

Bersihnya hati mereka.

Antara 3 surah yang patut ada dalam dada kita ialah surah al mulk. Saya ni dah lama try menghafal surah yang hanya ada 30 ayat ni. Tapi bila baca sendiri masih juga berterabur. Hai, susah betul bila hati dah kematu ni. Jadi saya berazam nak bagi anak-anak tadika saya hafal. Eh, korang..ajaibnya hati anak-anak ni,  Alhamdulillah, lebih kurang dalam 10 hari anak-anak ni dah boleh hafal 3 ayat dari surah Al Mulk. Anak saya Nadhrah Hannani tu pun ustaz dia bagi tempoh 5 hari untuk hafal 10 ayat dari surah As sajdah, pun dah hafal. Aduh..malu tau, omak eh ni tak hafal-hafal juga.

Jadi sebelum menghafal tu, saya cerita-cerita dulu.Nak bagi semangat anak-anak ni menghafal. Tadi saya ceritakan surah ni akan jadi peneman kita di dalam kubur nanti. Saya kata, dalam kubur nanti dahla gelap, takde lampu pun, ada cacing je..cacing dengan ulat makan daging kita...

Eeiii...gelinya..tulah reaksi anak-anak ni.

Ada sorang budak ni..katanya, nak bawak basikal, nak langgar cacing-cacing tu, boleh dia, tak masuk dalam akal lagilah tu, imagine nak langgar cacing..haha..

Macam-macam kan..tergolak den, tu pasal den awet mudo, pasal asyik tergolak je dengan kerenah spontan bebudak ni.

Sedang menghafal surah al Mulk. Budak lelaki yang terselit sorang tepi sekali tu yang nak bawak basikal langgar cacing.
Ada kelas taikwando juga. Huh, huh..tengokla tu tendangan bergaya seorang bakal jaguh taikwando 

5 Mar 2017

Sakit ati betul lalat nih.

Aritu kan den bagi petua mop, lap lantai ke, meja ke guna cuka boleh halau lalat. Aihhh..tak kose betullah. Habis bau cuka datang balik dia berseriong ngurung meja makan. Sampai naik melekit lantai rumah tu den tuang terus cuka tu ke lantai pastu mop, hah amik kau. Eshhh...makin galak datangnya. Kita tengah duduk-duduk update blog dia berterbangan plak hinggap kat hidung, kat kepala. Tampo-tampo bukan lalat yang kena, kepala den yang sakit kena tampo tangan sendiri.

Dah guane baru teringat bila anak sebut rumah jiran sebelah beli kertas gam lalat tuh. Haa, nampak..bukan rumah den je kena serang lalat. Entah bilalah masalah lalat ni nak selesai. Ermmm, nampaknya selagi tanah belakang rumah kitorang yang jadi tapak bahan buangan pembinaan tu tak settle, nampaknya selagi tulah kami kena hadap masalah lalat nih.

Nampak tu, banyakkan.
50 posen sekeping.

4 Mar 2017

Umar Zikri dan siput sedut.

Cerita siput sedut lagi. Seronok tengok diorang anak beranak nyot-nyot-nyot terus masuk dalam mulut. Den tak makan, masakkan je, pastu enjoy tengok diorang makan.

Nampaknya kali ni semua makan kecuali den sorang. Yang si Umar Zikri tak padan demam, berselera jugak menyonyot siput sedut.

Den kalo orang ofer free pun belum tentu den makan, gelii. Rupa eh yang berbelit-belit tu, eshh..tak tertelan tekak ni. Bukan den sombong, bukan gak lahir kek London nun, tapi tulah..ikan keli, ikan semilang, ikan puyu, belut lagilah, tengok rupa eh dah naik seram. Takpelah..kome makanlah ye, den tukang masakkan ok jer.

Si Umar Zikri mulanya nak sekor je, cusss, sedut terus masuk mulut. Minta tambah, eh..kemain lagi dia menyedut. Sekali ada sekor dia sedut tak kuat agaknya, tak sempat masuk mulut, terkeluar separuh, bila dia tengok rupa siput sedut tu, terus mukanya berkerut, diperati jer. Gelihati pulak tengok dia macam tu. Lansung berenti makan. Hihi...tulah pasal ibu tak boleh makan.

Dah tinggal kuah je. Beli tak banyak pun. Pernah tak korang terbeli yang bau lumpurnya kuat sangat, busukkkk..dah dua kali terkena, nak buang sayang, sebab ada yang suka makan. Jadi cuba rebus dulu, buang airnya. Kalau masih busuk rebus lagi. Adalah dua, kali rebus. Alhamdulillah, pastu boleh masak dan tak busuk dah.
Ni yang Umar Zikri tak lalu makan sampai ke sudah, letak je atas tutup periuk, sekor je, yang lain selamat masuk perut sebab tak nampak.

2 Mar 2017

Kurus sangat weyh.

Dari kecik sampai beso, semua kurus. Dah meningkat remaja, dah jadi anak bujang, dah jadi anak dara sunti, melidi cam tak cukup makan. Tapi memanglah kepantangan abah bagi yang segera-segera tu baik beger, piza, nuget, janganlah nak beli , mau kena jelingan maut.
timbang kat sekolah, bmi nadhrah bawah 15, kurang berat badan keterlaluan, tak padan dengan umur 13 tahun.
anakku lima orang, saiz sama je dari dulu sampai sekarang, meninggi je, melebarnya tak.
makan memasing boleh tahan, cuma takmau gemuk.

Si kakak terasa bila kawan-kawannya kata dia kurus sangat, rasa macam diejek. Nak gemuk sikit. Si Nadhrah pun sama, katanya kawan-kawan dia dok kata dia kurus sangat. Den pun cakap..tak payah gemuklah, nanti korang besar, dah kawen, ada anak, korang gemuklah nanti macam ibu ni, nanti kalo gemuk sekarang, sok dah kawen lagi gemuk..haaa, camane...
Tapi tulah, memang den perasan anak-anak den ni kurus. Ado ko caro nak bagi dorang gemuk sikit? mwehehe..
Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign