Asam Garam Kehidupan: October 2020

Nuffnang

Pages

31 Oct 2020

Berinai pula.

Takpolah, nok wak guano,doh name gibuwi( gaveaway dalam bahasa teganu) main2 key, sambutang pun luo biase sungguhla..hihi..

Nanti ambo hubungi deh sape2 hok ambe berkenang nok wi sambal roselle tu.

Ni hah..kuku jari ibu jari tangan kiri ni dia punya garis halus hok separate isi dengan kuku tu key jadi putus. Bila makan ke, masok ke dia jadi pedih. Jadi bengkak sikit, tokleh jadi wey kalu biar gok dia jadi koho bengkok..ubatnya senang je dengan izin Allah jugalah ye dok.

Kita amik inai..petik daun je kita masukkan je dalam blender, masukkan sikit air and...zzzrrrrrrr...sampai halus.
Memang agak basah sebab kalu buh air sikit tokleh nok blend, nok tumbuk malas la plok, tapi takpe..kita tapis dengan penapis teh ke, penapis santan kr, nanti yang daunnya kita pakai kat jari, dah alang2 berinai kan, so 20, 20 jari kita berinai. Cuma jari yang bengkak tu kita letak banyak kali. Alhamdulillah dalam satu hari bengkak tu dah surut..

Air inai tu bolehla taruk kat kepala, kita inaikan rambut yang dah mula bersalju nih, biar jadi macam blond2 pulak key ala2 minah saleh tu..hihi..

Pagi ni, jari pun dah ok..so kita goreng bakwan sayur cicah sos roselle, lawan pulak  dengan teh O panas...Alhamdulillah..

27 Oct 2020

Giveaway sambal roselle.

Takdelah giveaway sangat pun. Cumo sapo yang baik hati tolonglah habaq mai kat member ajak join. Takyah nak back link apo do. Cumo nanti bagi link blog korang jer supaya mokcik boleh terjah and follow mane2 yang mokcik belum follow. Korang pun yang belum follow blog mokcik ni, sila2lah follow ye.

Giveaway ni onz 4 hari jer tau. Start hari ni Selasa 27 oktober sampai hari Jumaat 30 oktober 2020.

Senang jer. Mokcik nak korang citer apa yang korang masak baru sangat2 first time..eh, korang faham dak nih??ermmm camane nak terangkan ni.
Better korang bacalah entri mokcik kat bawah ni.
Mokcik ni hidup dah hampir separuh abad, tapi seumur hidup mokcik baru nilah first time mokcik rebus kacang kuda. Korang tau tak pobondo kacang kuda tu? Selalu mokcik beli jer bila nak makan. Cumo kali ni tingin nak makan lobih sikit sebab tu mokcik rebuih sendiri. Sonang kekdah dio rupo eh.
-Rondam semalaman bagi dio kombang.
-Sok pepagi rebuihla sampai ompok. Bilo nak ompok tu tarukla garam sikit, gulo sikit. Jangan lupo daun pandan yo, kasi wangi.
-Siap. Sonang kan.

Mokcik nak cari 3 orang je pemenang yang citer first time dia masak apa2lah yang citer dia paling menarik hati mokcik. Nak tau tak mokcik nak kasi apo?? Mokcik nak kasi sambal roselle yang mabeles kat sapo2 yang citer dia paling meletop di hati mokcik,haha..

Apa lagi...copek2 join jangan malu jangan sogan yo.
Lagi satu nak habaq, sapa nak join wajib follow blog ni ye, tolong nolong gitew.

26 Oct 2020

Kedondong matang boleh dimakan begitu saja.

Tulah ensomi mokcik tu suka tanam pokok2 yg membikin kepala mokcik penin sebab kehabisan idea nak ngolahnya.

Last2 kedondong tu terbiar jer kat pokok. Sampai satu hari mokcik perasan buah kedondong tu ada warna kekuningan tu, mokcik petik kopek dan makan. Wowwe..sedap juga rasanya macam rasa buah pelam yang dah matang tu, tapi isinya masih crunchy2 tuh.
Kalau time rajin, kopek2 buat jeruk. Tapi ada sikit amaran ye, hehe..kedondong ni makan macam ni boleh buat gigi rasa, rasa je..macam terhakis, sebab mokcik main kokak camtu jer, kalau potong2 dulu baru makan, mungkin tak rasa kot..ermmm..tak tau nak discribe camane..korang try lah makan sendiri..

Sekian, entri merapu sebab kekeringan idea..untuk hari ni. Terimakasih sudi baca๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

24 Oct 2020

Rindu plak dengan 3 bambam ni.

Nilah 3 orang anak tusyen saya. Buat masa ni ada 3 orang, in shaa Allah after pkp tambah lagi sorang. Ada lagi yang tanya nak hantar 2 orang anak sekali, malangnya..hihi..saya tak dapat terima memikirkan ketidakselesaan budak2 tu nanti sebab ruang yang sempit, huhu..almaklum buat di rumah saja, dan itupun dah curi space ruang tamu and convert it to ruang anak2 ngaji dan ruang tusyen, dan kat situlah ruang solat saya, juga ruang main lego si Umar Zikri di musim pkp ni. Memang ada impian nak tambah atap kat porch tu buat elok2 nanti konon bolehlah amik ramai lagi anak2 ngaji dan tusyen..tapi tak taulah bila impian menjadi kenyataan, hihi..
Ruang serba boleh jadi..si kakak Nadhrah pun buat homework kat sini juga..
Nilah 3 bambam saya. Nanti yang nak masuk after pkp nanti pun bambam juga. Ni kira anak2 special case jugalah, sorang ada masalah rabun yang teruk, jadi belum boleh membaca disebabkan masalah tu. Sorang tu speech delay, ada sikit2 lagi pelatnya tapi Alhamdulillah sekarang dah boleh membaca, sekarang teruskan dengan belajar membaca jawi dan ngaji. Yang sorang tu mudah lupa, so kena banyak buat ulang tubi dengan dia..Alhamdulillah pun dah boleh sikit membaca. Dorang ni tusyen malam, 3 malam seminggu. 

Inilah dunia saya buat masa ni, siang dipenuhi anak2 ngaji, malam dengan kelas tusyen, Alhamdulillah,..mudah2an jadi jariah berpanjangan untuk saya di sana..

21 Oct 2020

Sruuuuuuupp..ah..bandung roselle pula.

Antara yang paling sedap walaupun mungkin tahap potong kaki..sesekali ok kan๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jom layannss.
Jemput rasa roselle bandung pulak. Yang bagusnya susu tu tak 'pecah' macam kita buat soda bandung. Mula try taruk sikit je susu, cantik warna dia, pink lembut je
 Cumanya bila taruk susu lebih dan jus roselle pun terlebih, bila diaduk airnya tukar jadi purple pulak..teroksida macam mana entah..tapi mokcik takdokla kena sakit perut ke hape, biasa je. 
Tapi kalo korang try jadi sakit perut janganla marah pulak ye๐Ÿคญ๐Ÿคญ

20 Oct 2020

Air asam roselle vs ulam raja.

Allahu..malasnya nak menulis 2,3 hari kebelakang nih. Usahkan nak menulis nak bw lagilah tadak mood..hrmmmm..

Jom tengok menu ringkas jelah ye, ringkas tapi sedap๐Ÿ‘๐Ÿ‘..nak tau kena cuba buatlah ye.

Air asam roselle.
Air rebusan roselle.
Ikan bilis ditumbuk( nak taruk belacan lagi ummpp rasanya, cuma mokcik ni takleh makan belacan, resdung kuat )
Cili api sesuai selera pedas memasing., mokcik tumbuk je,,nak potong2 pun boleh.
Bawang merah satu kedua ulas pun ditumbuk.
Garam dan gula secukup rasa.
Bancuh semuanya, bolehla hidangkan dengan ulam2an dan ikan bakar/goreng.
Ulam raja dari kebun belakang. Ada ulam macam ni taknak masak sayur pun dah ok dah.
Menu ringkas sesuai dengan kemalasan yang sedang dialami oleh tuan badan...

16 Oct 2020

Sos rozelle pkp.

Citer roselle lagi kuhidangkan. Kali ni kita buat sos roselle pulak. Sedap woo cicah cekodok bilis minum petang di musim2 pkp nih.
Senang je cara nak membuatnya.

-rebus roselle, asingkan kelopaknya sebab kelopak dia tu yang kita nak guna.Blend kasi hancur. Mokcik guna dalam semangkuk la.
-bawang putih satu labu, tumbuk jangan hancur sangat ye.
-Cili merah besar, cili akar yang hijau tu..ikutla banyak mana sesuai dengan kepedasan yang termampu ditahan.
-gula dan garam secukupnya.
-Campur semuanya dan masak hingga hilang rasa pijar bawang putih.
Boleh dimakan bersama mee goreng, tengokla warnanya yang menggoda sukma tu.
Taruk dalam nasi goreng telur pun boleh, ni kerja mak yang malas, pecahkan telur, masukkan nasi, tuang sos roselle, kalau kurang masin boleh tambah garam, nak tambah kiub ayam sikit ke kasi kaww lagi sikit pun bolehhh..kita goreng dia kan., silalah ye anak2 santap nasi goreng paling rare nih๐Ÿ˜

Psstt..sari dua pkp ni kira banyak leganya, boleh ngemaskan esbok, tukar langsir...cumanya dah anak2 ada kat umah ni, ada kelas online lah, ada google meetlah..kang dia nak tengok youtube lah..tu yang tak dapek bona nak mogang phone..den ni ndedate entri kat phone jo, dah dio guna phone nak bolaja tu yang kono mengalah tu. Nak bolikan hp kang abah eh kato takyahla dulu, kang leko tak belaja..mintak mahapla yo memano yang den lum sompek balas kunjung tu.

13 Oct 2020

P-pa nak buat,K-kena, p-perintah, b-berkurung lagi, tambah H-huhuhu

Seluruh Selangor wey..14hb-27hb oktober, teringat pulak tragedi oktober yok..ate kita ikut jelah, dok diam2 kat umah ye dak.

Ater kome idokle berase sangat, udoh biase dudok aje kat umah takde ke mane pun, sabtu ahad pun payoh beno toklaki nok bawok berjalan, walaupun kadang tu rase nok merajuk juge, tapi ngenangkan merajuk pun bukannya dia pandai nak mujok, ermmmm..tok payohla merajuk2, buang mase teman je..

Umar Zikri cuti lah sekolohnya 2 minggu ni. Sekoloh kebangsaan cuti, sekoloh agama pun cuti. Sakan cuti sekoloh taun ni. Jenuhla budak tu tak boleh kemana2, biase kalo cuti dia tak lekat di rumoh, pagi2 lagi kawannya dah datang cari, merayau saje sampai naik berkilat mukanya. Tak lekat di rumoh budak tu, kang maghrib ke isya dia duk kat surau, bukannya duk surau sangat tapi duk kat padang tepi surau dengan kawan2 dia, lepas isya baru balik.
Kome pun kena stopkan dulu budak2 ngaji dengan tusyen. Ada pikir nak suruh datang sebab kesian cuti lama,bila datang ngaji balik..merangkak2 balik tu yang jenuh amat rasanya nak bagi laju semula. Tapi takut juga takut ada orang report ke..kang tak pasai2 kome kena saman..

Rentas negeri pun tak boleh ni. Nampok gaye kena tangguh lagi sambung belajar abang Iman. Patutnya pegi daftar kat ILP pekan Pahang pada 25hb ni. Kakak Humairah pun tak lepas balik Kuantan lagi tu, sekarang ni tengah online kelas utk Sem baru sampai naik biru dah mukanya. Stress Oo study online ni sebab macam study sorang2, buat assigment sorang2..ermmmm..tak dayo do ibu nak nolong..

Ater nampok gayenya koje utama kome untuk 2 minggu ni makan tido ajelah yok, ishhh2x..idokle gitu sangat, banyok lagi koje lain wey..bela pokok bunga, buat sambai roselle, ngemas rumoh..tak terabis kalo nak senarai semua..

Selamat berpkpblah yek buat seluruh rakyat Selangor. 
Ermmmm...ngantukla plak..kat luar tu ujan renyai2...


12 Oct 2020

Dia sikat semula.

Salam pagi sebelum pergi sekolah. KakG ikut macam ustazah Asma Harun ajar...masa salam dengan anak2 sebelum dia pergi mana2, masa dia nak tidur malam pun amalkan macam tu, supaya anak2 kita sentiasa dalam pemeliharaan Allah..almaklum dia kat luar atau kat sekolah tu berkawan dengan macam2 jenis kawan, bila dah berkawan tu macam2 lah 'pengaruh asing' dia dapat, yang baik tu Alhamdulillah, yang tak baik tu lah kita nak minta Allah lindung.
Eh...sib skroll semula katas, kalau tak tak perasan rupanya belum tulis, hehe..
Macam ni ustazah ajar masa salam tu kita letakkan tapak tangan kita atas kepala anak2 sambal baca dimulai dengan "Bismillah....Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim, ya Aziz, ya Muhaimin..Ar Rahman, 'Al lamal Quran, Khalaqal insan, 'Allamahulbayan"( ini 4 ayat pertama dari surah Ar Rahman )..

Jadi kisahnya setiap kali dah salam pagi, kalau salam malam nak tiduq tu dia tak kisah dah, ni salam pagi tu..kadang2 dengan rambutnya masih basah sebab baru siap mandi, takpun kalau sempat sebelum kakG solat subuh tu, sebelum dia sikat rambut tu, dia cepat2 salam dulu..tapi kalau tak sempat..maknanya dia salam selepas dia sikat rambut...makanya..



Jadi macam nilah..dia pi sikat lagi sekali, takut naw rambutnya berserabai..padahal ibu letak je tangan,tak kacau pun rambut dia..
Hrmmmm...
Ni gambo curi ni, kalau dia perasan dia tanyalah "ibu nak cerita kat mana tu?" dia takut kakG letak kat ws lah tu๐Ÿ˜๐Ÿ˜

6 Oct 2020

Sambal Roselle makcik.

Mentang2la laki dia tanam roselle kan, pastu asyikla citer pasal roselle..nyampah haku..hehe, janganla nyampoh kat makcik nih..cian makcik jenuh kumpul modal nak citer ni ha..

Jomla kita buat sambal roselle plak nak. Mana tau boleh lawan sambal itam Pahang tu. Roselle ni dia punya masam takleh nak translet camane ntah..tahap gaban kot, tapi sure tinggi vitamin c dia kan. Roselle ni dia punya bentuk, dia punya warna bukan main cantik..Subhanallah..merah hati kaler dia tu nampak macam maniss je..
Ensomi nak tanam lagi tu, girang sangat agaknya hati tengok pokok tu berbuah, tapi makcik kata..cukup2la..penin pale makcik nak mengolahnya, takkan nak buangkan, sayang jugek.

Pikir punya pikir, punya pikir..makcik pun acu try buat sambal. Ala2 sambal itam Pahang kekdahnya.
Kita rebus bagi dia lembut. Roselle ni cepat lembut tau. Asingkan dari airnya. Airnya kita amik buat jus. Kelopak kita amik buat sambal. Ni rasa makcik ada la dalam semangkuk. Lebihnya makcik buat jem.
Ni adunan bawang besar dalam 3 labu, ikan bilis semangkuk, cili setengah mangkuk, garam secukup rasa. Kita goreng sampai garing.
Bila dah garing masukkan kelopak roselle tadi. Kita masak2 lagi sampai kering. Ikutlah nak kering camane, nak basah2 sikit ke..ikutlah selera memasing.
Tadaaa..dah siap. Rasa dia memang ada macam sambal itam tu juga. Belimbing buluh dengan roselle tu setara masmnya, sebab tu rasa dia cam lebih kurang je. Tapi makcik rasa lebih mudah, kalau belimbing tu lama nak kena rebus sampailah kecut jadi warna hitam..roselle ni kejap je rebus dah layu.
Rasa makcikla cam ada je angan2 nak buat perusahaan sambal roselle plak, haha..korang layanla angan2 makcik ni yek.

5 Oct 2020

Amalan untuk mencukupkan rezeki.

Diijazahkan oleh Tuan Guru Syeikh Zainul Asri.
Amalkan membaca 3 surah yang tidak ada huruf ูƒ (kaf) sehari semalam 1 kali sahaja sudah memadai..In shaa Allah diberikan kecukupan rezeki oleh Allah. Menurut ustaz ada seseorang yang menghantar anaknya belajar agama di Mesir, bekerja sebagai guru biasa sahaja tetapi rezekinya sentiasa dicukupi.. mampu membiayai pengajian anaknya sehingga tamat. Amalannya..
Bacalah 3 surah ini iaitu:
1) Surah Al asr (ูˆุงู„ุนุตุฑ)
2) Surah Quraisy(ู„ุงุกูŠู„ู ู‚ุฑูŠุด)
3) Surah Al falaq (ู‚ู„ ุฃุนูˆุฐุจุฑุจ ุงู„ูู„ู‚)

 Jom kita amalkan sama2 nak? Saya pun baru tau, in shaa Allah semoga saya diberi kemudahan oleh Allah swt untuk mengamalkannya.
Kagum dengan atok ni, tak silap umurnya dah melebihi 80 tahun, tapi masih sihat dan kuat, setiap pagi amalannya dia beli nasi bungkus banyak2, kemudian dia kayuh basikal untuk agih2kan nasi bungkus tu kepada orang yang memerlukan, padahal atok ni bukanlah orang kayapun, orang kayapun belum tentu mampu buat macam atok ni. 

2 Oct 2020

Jangan sombong..

Ada satu kisah di zaman Rasulullah, seorang pemuda, pemuda ni mungkin juga seorang munafik..sedang makan di sebelah Rasulullah saw, tapi beliau makan dengan tangan kirinya. Lalu Rasulullah menegurnya, menyuruhnya makan dengan tangan kanan. Lalu pemuda ini menjawab teguran Rasulullah dengan cara yang sombong. Katanya dia tak boleh makan dengan tangan kanan dan meneruskan makannya tanpa menghiraukan teguran Rasulullah itu. 
Rasulullah lalu berkata..Selepas ini kamu takkan boleh makan dengan tangan kananmu lagi..

Apa yang dikatakan Rasulullah benar2 terjadi. Pemuda itu tangan kanannya menjadi kaku tidak dapat bergerak ke arah mulutnya walaupun dia mencuba sedaya upayanya.

Akhir zaman siapa yang mengamalkan sunnah Rasulullah walaupun sunnah yang kecil maka dia mendapat pahala seratus orang syahid. Contoh sunnah yang simple, basuh tangan dan makan dengan tangan kanan, mendahulukan anggota kanan, masuk tandas dengan kaki kiri..semua tu simple, tapi kadang2 kita suka ambil mudah, tak ambil pusing..padahal itu semua pahala besar yang dijanjikan kepada kita ummatnya. Jom kita latih diri kita dan ahli keluarga kita mencintai sunnah baginda. 
Adik kesayangan saya dan isterinya. Alhamdulillah adikku mengamalkan satu sunnah dengan menyimpan janggut yang rapi.

1 Oct 2020

1 Oktober -HARI WARGA EMAS SEDUNIA.

Warga emas adalah golongan yang mencapai umur 60 tahun ke atas sebagaimana yang ditakrif oleh World Assembly On Ageing 1982 di Vienna.
Hari Warga Emas kebangsaan diadakan pada 1 hb Oktober setiap tahun sesuai dengan pengisytiharan PBB melalui resolusi no 45/106 yang menetapkan 1 Oktober sebagai Hari Warga Emas Antarabangsa.
Manakala kerajaan Malaysia pula telah mengisytiharkan 1 Oktober setiap tahun sebagai Hari Warga Emas Kebangsaan mulai 1992.
Hari warga emas disambut sebagai meraikan golongan yang sebelum ini berjasa kepada tanah air, dan selepas bergelar warga emas supaya mereka tidak lagi dianggap sebagai golongan yang membebankan masyarakat dan negara.

Goolongan ini mungkin terdiri dari ibu dan ayah kita atau saudara mara kita yang wajib kita hormati dan kasihi. Sayangi mereka, santuni mereka, beri khidmat kepada mereka..kerana suatu masa kita juga akan bergelar warga emas..

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign