Uniform girl sebelah kiri tu, kolarnya lain dan kembang, uniform boy kolar cekak musang berpoket dari atas ke bawah... |
28 Jun 2018
Yaya pun hairan yea.
27 Jun 2018
Bila ticer pun dapat duit raya be like...
26 Jun 2018
Sepasang..
Masalah berlanjutan tak selesai2, bila ditanya masing2 tak mengaku. Kalau ada nama senangla juga nak dikesan pemiliknya. Masuk yang sepasang ni entah dah berapa helai masuk tong sampah. Ater takde yang nak mengaku, nak dikemanakan lagi kan...takkan nak dikumpulkan jual pulak, ye dok??
Any suggestions?
20 Jun 2018
Dah move on ke belum??
Dah 9 tahun tak jumpa, masih awet muda, hihi.. Anak saya 5, anak kawan ni 3, saya pernah jaga anak2 dia masa saya masih berbisnes tadika dan tadika dulu. |
Anak2 kami sebaya dari yang no 3, 16 yang tudung coklat tu sebaya abang Iman, yang tudung kelabu tu 14 tahun sebaya kakak Nadhrah, yang lelaki kat atas tu sebaya Umar Zikri 9 tahun. |
12 Jun 2018
Biskut raya express.
Nampaknya tak jadi semalam punya entri sebagai entri terlast sebelum raya sebab den pun nak tunjuk skill buat biskut raya, hari ni den nak share 'kepakaran' den membuat biskut 3 bahan ni. Kan... Orang lain boleh buat kek, biskut 3 bahan, den pun pandai. Tak cayo? Tak cayo sudah..
11 Jun 2018
Bila takde mood nak pi keje be like...
Dah hujung2 puasa ni kan.. Walaupun terasa baru semalam start puasa, tetiba dah nak habis, sedih weyh, entah2 nilah Ramadhanku yang terakhir..isk isk...
Tapi seyes, pagi tadi memang rasa mak nyorok dalam selimut selepas habis bersahur, nyorokkkk... Bukan ngorokkk ek.. Sebab takmo pi kerja, tapi apakan daya, dengan berat hatinya aku masuk ke dalam kereta tetiba dah sampai di tadika pukui 6.30 pagi, sorang cikgu pun belum ado laie.. Huhu.. Anak2 pun kalo cuti sekolah takkan ado dia nak ngikut omak eh ni poie kojo, ishhhh.. Tak patut kan, tak kesiankan omak eh pi kojo sorang2 kan..
Ticer2 lain pun semua muka seposen jer tadi, almaklum jasad je yang ada kat tadika tu, pikiran dan perasan dah menerawang kek kampung tu..
Yahoooo.. Esok den dah cuti, saje amik cuti awal sehari, patutnya esok masih kerja, tapi disebabkan dah memang takde perasaan lansung dah ni, takpelah kukorbankan AL sehari pun. Jadi esok bolehla kita mulakan projek kueh rayo lak.. Cehh.. Iyolah tu. In shaa Allah.. anak2 pun semua ada tu, kakak pun dah start cuti sem 3 bulan, abang pun cuti 3 bulan tapi dah dapat kojo sementara jadi cashier kek pasaraya, harap2 bertahanlah dia, iyooo.. Tak tahan hati den nengok dia siang tido malamnye bantai berjago main game, bila dah kerja tu harap2 normallah balik rutin hidup eh.
Tinggal nak carikan kerja untuk si kakak pulak.
Eh.. Banyak sebona eh bondo nak dicerito an, kisah terlupa masak nasi di tadika, kisah umar zikri mengadu kat boss, kisah umar zikri dah pandai tulis surat cinta...nantilah dulu rajin2 sok den tulih..
Raso2 eh ni entri last sebelum rayo, jadi papehal den nak ambik kesempatan kek sini mohon ampun maafla yo, salah silap terkasar bahasa, tersilap bicara.. Eid mubarak in advance, semoga anda semua berbahagia dalam rahmat dan kasih sayang Allah jua, aminnn..
Sebelum terlupa, ni gambar hari ni, tengokla tu ha sibaju hijau tu, siap bersongkok dah tu ha kekdah tak sabar bona nak berayo.. Kihkihkih..
8 Jun 2018
Panduan mencari Lailatul Qadr.
Menurut ijtihad imam Al Ghazali, malam al qadr boleh kita cari berpandukan hari awal bermulanya puasa. Namun sebaiknya kita tidak terlalu bergantung kepada apa yang diberitahu, seeloknya kita isi saja 10 malam terakhir itu dengan berbagai bentuk pengisian ibadah kerana di malam2 tersebut malaikat Jibril turun ke langit dunia untuk mengaminkan doa2 manusia terpilih yang mahu mencari janji2 Allah sebagai malam yang sangat berkat, nilai ibadahnya diganjari pahala seolah2 beribadah selama 80 tahun dan jika kita berdoa maka doanya sangatlah makbul. Tapi bukan malaikat jibril sahaja yang turun, malah seluruh malaikat yang menghuni langit semuanya turun ke langit dunia...Masya Allah... Tak dapat dibayangkan...
Tapi boleh juga kita jadikan ijtihad imam Al Ghazali ini sebagai panduan untuk memudahkan kita mencari malam Al Qadr itu.
Menurut beliau malam al qadr itu boleh kita cari berpandukan hari awal jatuhnya puasa.
Jika kita mula berpuasa pada hari ahad atau rabu maka lailatul qadrnya jatuh pada malam 29 Ramadhan. Jika kita mula berpuasa pada hari isnin maka lailatul qadr jatuh pada malam 21 ramadhan.
Jika awal puasa pada hari selasa atau jumaat maka malam al qadrnya jatuh pada malam 27 Ramadhan. Jika awal puasa bermula hari Khamis atau sabtu maka laitatul qadrnya dapat kita cari pada malam 25 Ramadhan.
Untuk tahun ini kita mula berpuasa pada hari Khamis, jadi pada malam 25 ramadhan nanti bolehlah kita gandakan amal ibadah kita dengan doa, membaca Al Quran, mendirikan pelbagai solat sunat... Mudah2an kita bertemu dengan malam yang sangat berkat itu. Aminn.