Asam Garam Kehidupan: 2014

Nuffnang

Pages

31 Dec 2014

Rindunya pada 'dia' ni...:-)

Dah hampir masuk seminggu lebih kau menyembunyi diri, sepi tanpa berita, sehingga saban hari alam menangis merinduimu...rintih alam  "mana menghilang, aku rindu, pulanglah..."

Alhamdulillah, pagi ini..walau masih malu-malu, kau serlahkan kehangatanmu lewat dedaunan dan kicau riang unggas hutan saling bersahutan. Harmoninya irama alam bersulam kilau indahmu..

Wahai yang dirindui..moga sinarmu pagi ini 31/12/2015 adalah simbolik sinar indah 2015, in shaa Allah...

JOM JOIN SEGMEN SAYA: Ambillah iktibarnya.

********************************************************************************
Tersebut kisah tentera Iskandar Zulkarnain melalui sebuah terowong yang tersangat panjang dan gelap. Terpijak oleh mereka batu-batu yang menyakitkan kaki. Ada orang berkata sebenarnya terowong itu dipenuhi oleh emas, intan dan berlian. Ada yang percaya, tetapi ada yang lansung tidak percaya.

Yang percaya mula mengutip apa sahaja yang tercapai oleh tangan sehingga penuh kedua-dua tangan mereka. Ada yang membuka baju masing-masing dan membuat bunjut sehingga penuh bunjut, dimasukkan pula ke dalam mulut-mulut mereka. Yang tidak percaya tidak mengutip apa-apa berlalu begitu saja.

Bila hampir sampai ke hujung terowong, cahaya samar-samar yang menyuluh hujung jalan itu sehingga ternampaklah oleh mereka betullah di dalam terowong itu dipenuhi intan berlian. Ada yang meminta kebenaran dari Iskandar Zulkarnain untuk berpatah semula untuk mengutip segala khazanah berharga tersebut tetapi tidak dibenarkan. Semuanya menyesal, menyesal yang amat sangat...

Yang paling menyesal adalah mereka yang lansung tidak percaya. Yang percaya tapi hanya mengutip sedikit pun menyesal. Yang mengutip banyak sehingga penuh baju dan mulut mereka pun menyesal.." kenapa aku tak pinjam baju kengkawan, boleh isi banyak lagi. Dan yang paling menyesal juga adalah mereka yang mengutipnya tetapi dek penat oleh perjalanan yang jauh itu lalu dibuang kembali apa yang dikutip itu.


google imej
*********************************************************************************

Assalamualaikum semua..entri di atas tu adalah SEGMEN yang julung-julung kali saya buat semenjak saya berblog ni, puas saya memikir-mikir macamana saya nak buat sebuah segmen yang darinya sesiapa yang join dapat sedikit ilmu dan iktibar, so inilah dia..senang je..ceritanya ada IKTIBAR nya, bagi sesiapa yang dapat memberi ulasan atau iktibar  yang paling tepat, in shaa Allah ada hadiah yang tak seberapa untuk kengkawan yea.

Syarat nak join mudah saja.
1. Sudilah follow blog saya, jadi teman ukhwah saya. ( kawan yang dah sedia follow pun boleh join)
2. Kalau sudi jadikan saya dalam bloglist anda. ( taknak pun takpe )
3. Copy cerita di atas tu, beri komen berbentuk iktibar dan backlink ke sini.
4. Tinggalkan URL entri kat comment box.
5. Segmen ni akan berlansung sehingga 31/12/2014 sahaja. So ini adalah sticky entri, untuk entri baru sila skroll ke bawah, tq....tapi rasanya untuk tempoh ni, takde entri kot, sbb nak BW ke semua blog kengkawan baru yang sudi join di sini.

Oh ya..satu lagi khabar gembira yea..( gembiralah sangat kan, gembira bagi saya ofkoznya )...kepada rakan follower baru saya akan follow back dan jadikan anda sebagai bloglist saya juga. Haaa..so tak rugi join tau.

Sekali lagi...RAYUAN BANTUAN KECEMASAN BANJIR.

[URGENT 2] Banjir Pantai Timur : KOMPILASI INFO Bantuan Segera

Terima kasih kepada semua. Selepas 6 hari Kelantan tenggelam dalam banjir, kini beberapa negeri berada dalam keadaan berjaga jaga. Harini saya nak post beberapa organisasi kegemaran saya yang saya sangat gemari. Jika anda salurkan bantuan kepada mereka InshaAllah ia akan disalurkan dengan sebaiknya kepada mangsa banjir Pantai Timur.

MERCY Malaysia ada kepakaran selama 15 tahun untuk pengurusan bencana di dalam dan luar negara. Saya juga merupakan bekas Pegawai Bencana sejak 2002 hingga 2006 :)

Mereka adalah cabang NGO antarabangsa yang sangat efisien dan dedikasi

Pertubuhan IKRAM melalui i-Bantu, IKRAM Health dan kerjasama dengan MyCare merupakan pertubuhan dakwah yang mempunyai rangkaian meluas di seluruh Malaysia. Rangkaian sukarelawannya amat telus, berdedikasi dan sentiasa bersedia. Ia ada central akaun untuk funding, tetapi anda juga boleh memilih untuk ke cawangan yg lebih spesifik










30 Dec 2014

INGATLAH JASA MEREKA.

Kalau engkau menghadap hidangan
Fikirkanlah berapa ramai orang yang terlibat
Membuat jasa kepada engkau
Nasi jasa petani, ikan jasa nelayan
Sedangkan mereka kais pagi makan pagi
Kais petang makan petang
Ada makanan dari jasa-jasa buruh kilang
Mereka miskin dan papa dari kita.
Tika mengenakan pakaian
Ingatlah berapa ramai pula yng terlibat menyediakannya
Sedangkan gaji mereka tidak seberapa
Tika menaiki kenderaan mewah milikmu
Ingatlah berapa ramai buruh kasar yang menyiapkannya.
Padahal mereka tidak pernah menaikinya
Begitulah setiap kali makan, berpakaian, berkenderaan
Renunglah sejenak memikirkan
Moga engkau sedar dan insaf
Berapa ramai orang yang telah berjasa  kepada engkau
Mudah-mudahan engkau akan bertimbang rasa kepada mereka.
Engkau akan belas kasihan kepada mereka yang miskin papa.

~~Almarhum mursyid saya akan hadiahkan fatihah setiap kali makan untuk para petani, kerana katanya tanpa jasa petani susahlah untuk makan~~

29 Dec 2014

Ibu,ibu apa khabar?

Assalamualaikum tuan,

Ini sekadar cadangan. Apa kata kalau tuan menelefon ibu setiap hari? Ya, mungkin payah untuk dilakukan, kerana tidak biasa, dan mungkin tidak tahu apa yang harus dibualkan. Tapi percayalah cakap saya, hati ibu tuan pasti berbunga-bunga setiap kali tuan menelefon. Sensng-senang tuan dapat pahala hanya dengan bertanyakn khabar ibu tuan.

Saya menelefon ibu saya tiga kali sehari, sekali pada waktu pagi, sekali pada waktu tengahari, dan sekali lagi sebelum tidur. Kadang-kadang tidak sampai lima minit pun, cukup sekadar bertanya, " Mama sudah makan? Semuanya okey?" Pada akhir perbualan, pasti saya tidak tinggal mengatakan ini, " I love you mama, take care." Dan ibupun akan menjawab " I alway love you, my baby." Saya dapat merasakan hangatnya kasih ibu dan rindunya dia pada saya daripada suara yang saya dengar di corong telefon.

Kenapa saya telefon ibu saya setiap hari? Sebab saya tidak tahu sampai bila saya boleh mendengar suaranya. Mungkin esok ibu saya akan pergi  menemui Yang Esa, atau mungkin esok ajal saya yang tiba. Saya kira, jika ini terjadi, saya tidak akan terkilan kerana dapat mendengar suara ibu, dan menyatakan yang saya sayang padanya setiap hari,

Just my 2 cents story and opinian. Jazakallah.

Surat ini saya petik dari buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI. Pengarangnya bernama FATHURI SALEHUDDIN. Saya dah tak berpeluang nak buat camni. Bagi sesiapa yang masih punya ibu, ambillah peluang ini, gembirakan hati ibu, mudah- mudahan berkat hidupmu.

29/12/2011....

Assalamualaikum bondaku tercinta. Detik ini, saat ini begitu mengingatkan aku kepadamu. Kerinduan, sayu, pilu semuanya bersatu begitu menyesakkan dada...

Ma...3 tahun berlalu, pedih dan pilu itu masih berbaki. Kasih-sayang seorang anak masih padu di hatiku. Seperti baru semalam bonda pergi.Wajah lesu dan layu bonda kesan bisa dari sakit dada masih segar di mataku. Sehingga selalu mengundang pilu yang menyucuk kalbu.

Ma...rindu ini tiada ubatnya., sehingga aku selalu mencari iras wajahmu lewat orang-orang tua yang kutemui. Melihat susuk belakang, mencuri pandang ke kedut-dekut tangan mereka dan kubayangkan itulah susukmu, kedut tanganmu yang gigih mendewasakan daku....

Ma...detik ini, waktu itu ma sedang bertarung dengan kesakitan maut yang datang menjemput di ruang rawatan hospital Kajang, sedang aku di luar bilik masih menidakkan kenyataan, walaupun tangisku mendudu-dudu cuba mencari kekuatan, menelefon saudara-mara terdekat dan mengharap segera kedatangan mereka. Doktor yang dua tiga kali keluar mengkhabarkan keadaan bonda tidak berjaya membuang resah di hatiku.

Ma...tidak lama...doktor akhirnya membenarkan aku menemuimu. Kepeluk bahumu, membisikkan kalimah tauhid ke telingamu..dalam hati masih enggan menerima kenyataan.." tak, ma tak apa-apa, ma takkan pergi tinggalkan gie..."

Ma....akhirnya detik 1.37 tengahari 29/12/2011...ma pergi buat selamanya. Hari ini 29/11/2014..genap 3 tahun ma pergi. Semoga ma bahagia di sana, diselubungi wangian taman syurga, seakan tidur yang amat aman...sehingga kita disatukan kembali di perkampungan  indah yang kekal abadi di sana nanti, aminnn.

28 Dec 2014

SEGMEN: Jom Kenal Blogger Baru Bro HH

Terjumpa segmen ni kat blog cikgu rajin@etuza, jadi saya ni
dah macam jadi habit plak, cikgu join saya pun nak join,
mana la tau kalau Bro HH

sudi nak menjengah ke sini kan
siapa tau.

Asalnya saya wujudkan blog ni kerana ingin meluahkan rasa rindu pada almarhumah bonda saya yang genap 3 tahun meninggalkan saya esok 29/12/2014...saya luahkan seluruh rasa rindu, sedih, kenangan bersama almarhumah bonda, rasa terkilan dalam entri-entri awal saya. Semuanya berkisar pada rasa kasih seorang anak pada ibu tercinta yang telah pergi buat selamanya.

Tapi kemudian saya sedar, saya tak seharusnya terus hanyut dalam kesedihan. Walau bagaimana sedih, terkilan, rindunya saya pada pada almarhumah bonda, dia takkan kembali...
jadi saya beralih menulis lebih kepada entri yang bersifat mendidik, mengajak ke arah kebaikan, ada juga berkisar pada kisah anak-anak dan kerjaya saya sebagai guru tadika.
Tapi in shaa Allah rasanya saya takdela menulis perkara-perkara lagha.

Dan sekarang ni, kalau bolehla saya nak Bro HH ajar saya bagaimana bole saya jana income melalui dunia blog ni. Nak juga ramai kenalan supaya dapat kongsikan lebih lagi perkara yang bermanfaat, in shaa Allah.

NAMA BLOGGER: NOR AZIMAH ( saya pakai nama penuh yang keluarga saya bagi )
EMAIL: azie.shukor @gmail.com
URL:http://srikandiofficialblog.blogspot.com/

Tuhan...ini caraMu untuk kembalikan kami kepadaMu..

Apalah sangat besarnya bala yang Kau timpakan saat ini jika dibandingkan dengan bala yang kekal abadi di sana nanti. Kami tau Tuhan, Engkau lakukan ini untuk selamatkan kami dari terus menderhakaiMu. Berkali-kali Engkau melakukannya...bermula dengan musibah banjir di ambang 2014, kemudian Engkau hantar pula panas mentari yang mengering dan membakar, jerebu yang menyesakkan dada-dada kami. Tak cukup dengan itu Kau uji lagi kami dengan episod duka kehilangan MH370 yang masih misteri hingga saat ini...

Kami masih degil, masih derhaka, masih enggan patuh sebagai hamba yang tawadhuk...

Engkau hantar lagi tenteraMu yang berupa panas berbahang di pertengahan tahun lalu...kami masih tidak peduli..kami tetap menyombong diri...

Tetapi Engkau tetap Maha Baik, tetap mahu menyelamatkan kami dari selaran api nerakaMu...

Engkau bertindak lagi dengan caraMu yang seakan kejam..Engkau pisahkan kasih-sayang antara suami dan isteri, ibu dan anak, dengan mentakdirkan tragedi MH17. Episod itu hanya mampu mengundang duka yang seketika...kian pulih..tetapi sedihnya...bumiMu ini masih diselubungi dosa dan maksiat yang menggila...jahatnya kami...derhakanya kami sebagai hamba Ya Allah...

Lalu harus bagaimana lagi supaya kami total menyerah sebagai hamba, penuh pengabdian kepadaMu, harus bagaimana lagi Engkau menunjukkan Engkaulah Penguasa seluruh mayapada ini kepada kami yang amat degil ini, harus bagaimana lagi...

Tidak...Maha Suci Engkau dari bersifat kejam. Semua yang Engkau lakukan ini adalah terbaik buat kami..

Bukankah yang mati lemas itu Engkau hadiahkan dengan syahid ya Allah, bukankah permata hati yang pergi itu akan menyambut dan menunggu kami di pintu syurgaMu nanti...wajiblah kami sambut ini dengan penuh redha Ya Allah...

Saat-saat begini Engkau mahu melihat kami menumpahkan airmata taubat yang akan memadamkan api neraka, saat-saat musibah begini Engkau mahu kami hanya kembali kepangkuanMu, merayu dan meminta hanya padaMu, bukan bersatu dalam duka...tetapi bersatu  penuh ikhlas, sabar, redha, tawadhuk, menyerah diri sebagai hamba yang boleh diperlakukan apa sahaja, hina sehina-hinanya hanya di hadapanMu, supaya bumi ini bersih dari penderhakaan dan dosa yang mengundang kemurkaanMu...

Engkau berhak ya Allah...Engkau berhak..hanya Engkau...kami hanya hamba...

26 Dec 2014

Hujan...turunmu tanda taatmu kepada Sang Khaliq....

Berdoalah sebanyak-banyaknya saat turunnya hujan kerana inilah salah salah satu saat makbulnya doamu, berdoalah sesungguh hatimu, luahkanlah apa saja, bicarakanlah sepuas hatimu, jangan takut pada sang hujan, takutlah pada Khaliqmu kerana Dia mampu berbuat apa sahaja dalam sekerdip matamu.....jadikan hujan yang turun itu sebagai satu wadah untuk engkau makin mentaati Tuhanmu, sebagaimana taatnya hujan itu, dikatakan supaya turun, turunlah ia, diperintahkan berhenti maka berhentilah walau sedang menggila amuknya...(peringatan buat diriku yang selalu terlalai...ampunkan daku wahai Tuhan...)

25 Dec 2014

RAYUAN BANTUAN KECEMASAN BANJIR

[URGENT] Banjir Pantai Timur : KOMPILASI INFO Bantuan Segera

URGENT!..Saya kumpulkan maklumat ini untuk korang bertindak. Jom lah..bila lagi nak menyumbang??

KELAB ANAK-ANAK GUA MUSANG
54 mins · Edited ·
Assalamualaikum.Gua Musang dilanda banjir besar.Maka atas dasar simpati yang amat sangat maka satu sesi kutipan sumbangan pakaian(seluar/baju/kain/dll) untuk mangsa banjir di Gua Musang akan diadakan.Sahabat semua boleh serahkan sumbangan pakaian tersebut kepada PIC yang tersenarai di bawah :
1. Amran Arifin
(017-2089569).
Lokasi : Depan Alamanda Putrajaya
Masa : 2.00pm - 5.00pm
Tarikh : 25.12.2014 / Khamis
2. Zack Kagum
(017-6166528)
Lokasi : Depan Tesco Ampang
Masa : 10.00am - 12.00pm
Tarikh : 25.12.2014 / Khamis
3. Haji Hazmi Hanipa
(013-9100020/012-9192037)
Lokasi : Shell Greenwood,Gombak
Masa : 11.00am - 12.00pm
Tarikh : 25.12.2014 / Khamis
4. Mohd Sharuddin
(019-2949300)
Lokasi : Restoran Wira Sejati
Seksyen 24 Shah Alam
Masa : 24 jam (On Call)
Tarikh : 25.12.2014 / Khamis
Mohon jasa baik sahabat semua uar-uarkan kerja amal ini.Semoga Allah SWT bagi ganjaran setimpal untuk kita sama-sama ringankan beban sahabat dan keluarga di sana
tak dapat sumbang sbarkan di group masing2 insyaAllah


MERCY MALAYSIA EAST COAST FLOOD RELIEF

Does MERCY Malaysia accept cash donations?
Yes. You can pay cash directly to our office at the following address:
Malaysia Medical Relief Society (MERCY Malaysia),
No.4, Jalan Langgak Golf,
off Jalan Tun Razak,
55000 Kuala Lumpur,
Malaysia.

You can also bank-in your cash at the following accounts:

Malayan Banking Berhad (MAYBANK)Account Name:MERCY Humanitarian FundABA Swift Code:MBBEMYKL
Account No:5621 7950 4126
Address:
MAYBANK BERHAD
20G-28G, Jalan Wawasan 4/5,
Bandar Baru Ampang,
68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia
CIMB BANK
Account Name:MERCY Malaysia
ABA Swift Code:CIBBMYKL
Account No:8000 7929 08
Address:
CIMB BANK
Lot 112, 1st Floor, Podium Block,
Citypoint, Kompleks Dayabumi,
Jalan Sultan Hishamuddin,
50050 Kuala Lumpur,
Malaysia

For cash donations or direct transfer into our account, please fax or email us your remittance slip and include your personal details (name, address, phone number) should you wish to claim tax-exempt receipts.


 



Jom kita meriahkan.

Inilah majlis yang lebih afdhal untuk kita sebagai ummat Islam untuk dihadiri, dimeriahkan
dimakmurkan bersama-sama, moga-moga dengan keikhlasan hati kita menghadirkan diri
di majlis ini, majlis yang memuliakn Baginda, yang begitu besar jasanya kepada kita, yang dengan usaha Baginda kita mendapat Iman dan Islam..moga-moga bertambah kecintaan, kerinduan kita
kepada Baginda.

Apalah lebihnya sambutan ambang merdeka, apa hebatnya majlis yang melibatkan bercampur gaul bebas lelaki perempuan bukan mahram, dengan nyanyian yang melalaikan, dengan artis yang tidak menutup aurat..semuanya makin menjauhkan hati kita dari Allah dan Rasul.

Jadi..buatlah pilihan yang tepat wahai teman-temanku semuanya. Moga kita mendapat rahmat, kasih sayang dan pengampunan Allah dalm meniti kehidupan kita yang penuh liku ini.

24 Dec 2014

Amalan Mudahnya Masuk Syurga.

Masya Allah, kita semua impikan syurga. Kepada yang bercita-cita memasuki syurga Allah dengan aman sentosa, di sini ada jalan mudahnya.

"Amalkan selalu memberi salam, berilah makan ( fakir miskin dan anak yatim), eratkan silaturrahim ( dengan membantu kaum kerabat ) dan kerjakan sembahyang tahajjud pada waktu malam ketika orang ramai tidur, nescaya engkau akan masuk syurga dengan aman sentosa" ( HR Ahmad ).

Bunyi macam senang kan? Tapi..senangkah nak bagi salam pada orang yang kita tak kenal? Atau nak senyum..sebab senyum tukan sedekah, nak senyum pada orang yang berselisih jalan dengan kita, susah kan, apalagi kita tak kenal pun orang tu.
Berilah makan kepada fakir miskin dan anak yatim...biasa yang kita jumpa orang pemurah nak bantu anak yatim ni bila bulan Ramadhan sebab ada janji pahala berlipat ganda bila buat kebaikan dan sedekah di bulan puasa.
Eratkan silaturrahim..bunyinya macam senang juga. Tapi biasa kan kita dengar adik-beradik bergaduh berparang kerana berebut harta. Jadi, susah jugalah kan.
Haaaa...bangun tahajjud, bangun terkejut tidur balik adalah.

Jadi, di mana mudahnya tu. Mudah bila kita dah betul-betul kuat iman, dah jadi orang bertaqwa. Selagi hidup kita bertunjangkan nafsu, tak berusaha bermujahadah menentang kejahatan hati kita, maka yang  dikatakan jalan mudah ke syurga tu, tidaklah mudah sebenarnya.

Hajat nak buat sticky entri. Tak jadi lah nampaknya. Segmen saya kat atas tu tak dapat sambutan memuaskan nampaknya. Takpelah..dah saya malas join segmen orang, orang pun malas nak join segmen saya, ha ha...padan muka.

20 Dec 2014

Simple GA: Vietnam Shawl by Dr. Shikin.

Simpe GA: Vietnam Shawl
Haa..pepagi ni tetiba mood riang datang, taknak layan mood sendu
sebab kene berenti keje semalam,huwa. huwa..opss..kata taknak layan.
Ok juga kot dapat hadiah shawl ni, boleh bagi kat anak yg suka
pakai shawl tu..join untuk suka-suka, moga bertambah lagi teman alamaya
Jom kenkawan, sempat lagi sape nak join.

Oh yea syarat nak join tu DI SINI yea.

19 Dec 2014

Jangan tunggu bila ada

Perkongsian dari group whatsapp keluarga.

Inilah keputusannya.

Nampaknya takde rezeki saya untuk terus bekerja di tadika NM Putra Jaya. Tengku Amlina kena pindah keJPN cawangan Dungun. Balik kampungla Na yea. Na dan Mad ni orang Terengganu. Na orang Seberang Takir. Mad orang Padang Midin.

Malam tadi duk memikir-mikir apa nak buat lepas ni. Taknakla duduk rumah je. Nanti senang gemuk. Otak pun naik beku nanti. Saya ni dah 20 tahun bergelar cikgu tadika. Pernah bukak tadika sendiri. Tapi, rasanya takde dalam perancangan nak bukk tadika sendiri dah. Penat, banyak benda nak kena pikir. Senang kerja dengan orang je, buat je apa yang disuruh, takyah nak pningkan kepala.

Moga Allah beri jalan. Apa pun ketentuan Mu..itulah yang terbaik buatku. Pimpinlah hamba Mu ini selalu dalam perjalananku yang penuh liku ini.

18 Dec 2014

Kerahan tenaga.

Semua kena kerah. Kerahan tenaga besar-besaran secara paksaan, he he..kejamnya kau kan. Habis tu, kalau tak sayalah berpeluh atas bawah, kiri kanan, depan belakang, nak kejar buat semua benda, mana adil kan. Lagipun untuk kebaikan diorang juga, supaya boleh berpencak kat mana pun tercampak, ermm..yang mana faham, fahamlah yek, yang tak faham cuba faham-fahamkan.

Macam saya..menantu, kalau tak pandai buat keje, cari-cari keje, sibuk-sibuk keje, alamatnya, eshh..takla MIL tu ok je, cuma mulut dia bisinglah juga, orang nogori kan..

Umar zikri lipat baju,  sama je baju yang dah dilipat dengan belum lipat. Takpe la kan, baru 5 tahun, nanti umur dia 7, 8 tahun sok ok la tu.

Di mana bumi dipijak, di situ Allah dan Rasul dijunjung, jangan
leka mendongak hingga tersadung akar di kaki...(pesan buat anak-anakku)

Ku tunggu petang ni..



Muhammalina
Silala lawat ke sini yea kengkawan.

Berdebar juga dada saya ni sebab...sebab, camana nak citer ek? Sebab berkait dengan diri juga ni, aduhai, risaunya kepala otak ni, serabut memikionya.

Hai..cam besar je masalah. Ekceli kecik je. Camni..sebenarnya jiran blogger Muhammalina sebelah rumah yang saya dok tumpang pi keje ni dah naik pangkat. A'ah..jangan la buruk sangka, tak baik tau, takdela saya nak pedajal dia sebab dia naik pangkat tu, lagipun bukan saya keje kat JPN, saya cikgu tadika je tau. Cuma..kan..saya rasa mungkin saya kena berenti keje cikgu tadika tu sebab mungkin dia kena ditukar daerah ke, tukar cawangan ke..tak mungkinla saya boleh tumpang lagi sebab dah tak syariat la plak kalau saya dengan suami dia saja kan, walaupun si Muhammad tu jauhla muda dari saya.

Dah tu, berenti jelah iye dok. Hrmmm..

Saya suka bekerja di tempat keje saya sekarang, walaupun gajinya sangatla tak seberapa. Bukan duit sandarannya, money is not everything..ceh..sesekali berenggerih, haa OKje, saya pun pandai buat istilah tau, kalah 'memeyek' , hi hi..

Saya tunggu petang ni, keputusan samada Tengku Amalina ni kena pindah cawangan ke, pindah daerah ke. Pastu tu bole decide apa nak buat. Cuma saya harap Allah dengar doa saya supaya TA ni masih keje di Putra Jaya walaupun dia dah naik pangkat, so bole saya tumpang dia lagi.

Laa, janganla tanya kenapa saya tak beli kete sendiri. Tak cukup duit nanti sapa nak sambung bayar, ada lesen pun perabih duit je dok renew tapi dok simpan beku dalam purse je.

17 Dec 2014

Elakkan limau gedang.

Makan walaupun hanya suku buah limau gedang setiap hari atau separuh biji keesokannya boleh meningkatkan 30 peratus risiko serangan kanser payu dara bagi wanita menopous. Kenyataan ini berdasarkan kajian selama sembilan tahun yang dilakukan penyelidik Universiti Southern California ke atas 46000 wanita yang telah menopous. Walaupun pakar perubatan tidak mengetahui bagaimana, beberapa kajian menunjukkan limau gedang berinteraksi dengan estrogen yang meninggikan potensi pembentukan kanser.

Petikan dari- iSIHAT-oktober 2014. Bil : 48.

Tolong berhati-hati yea kengkawan.

Macam-macam cara orang nak kaya, sanggup buat apa saja, ketepikan halal haram, tak peduli syurga, neraka...

16 Dec 2014

Bagaimana nak tahu minyak kitar semula.

Bagaimana kita nak pastikan minyak masak yang kita gunakan samada kitar semula atau tidak?
Letakkan ke dalam peti sejuk selama 2 jam. Perhatikan jika ada buih keputihan atau berbuih, itu tandanya minyak kitar semula.

Ataupun, gorengkan seulas bawang putih. Jika bawang putih bertukar kemerahan itu tandanya minyak itu sangat bertoksid. Bawang putih akan kekal putih jika minyak berkualiti baik.

>perkongsian rakan whatsapp<

Keindahan dan kecantikan seorang wanita.

Malu pada seorang wanita itu
Sebenarnya itulah keindahan dan kecantikannya
Bersopan santun, berakhlak mulia, maruahnya dijaga
Kerana itulah harga dirinya
Pandai bergaul, tapi tidak bebas dan terbatas
Pakaiannya kemas tetapi tidak menampakkan
Terlalu mewah dan menunjuk-nunjuk
Dan tidak pula terlalu rendah mutunya kecuali tidak ada
Berbudi bahasa, peramah dan mesra
Tetapi tidak mengada-ngada
Auratnya dijaga
Tidak didedahkan kepada yang bukan muhramnya
Matanya selalu ditundukkan
Terutama kepada laki-laki ajnabi
Kecuali perlu sahaja
Bahasa bersahaja, mengikut fitrah semulajadinya
Tidak dibuat-buat atau mengada-ngada
Percakapan dijaga, tidak menyindir-nyindir
Atau mengata-ngata orang
Atau memuji diri dan keturunannya
Suaminya dihormati dan ditaati
Keluarga suaminya dimuliakannya
Berkasih-sayang dan berlemah-lembut dengan anak-anaknya
Tetapi tidak terlalu dimanja atau dimewah-mewahkan Rajin bekerja dan mengemas rumah tangga.

Budaya hidupnya
Beribadah dengan Tuhan tidak diabaikannya
Bahkan istiqomah ibadahnya
Jiran dan kehormatan jiran sangat dijaga
Seperti dia menjaga keluarganya
Ketika berjalan jauh dia bersama muhrimnya
Atau bersama 3 orang wanita yang boleh dipercaya
Tidak tamak, tidak bakhil
Sentiasa berbaik sangka terhadap suaminya
Apatah lagi cemburu atau perjudis tidak ada di hatinya
Jika suaminya susah, sanggup pula susah bersama
Tidak suka meminta-minta, kecuali terlalu perlu sahaja
Tidak suka bertanya-tanya ke mana suaminya
" Abang ke mana? Dari mana, buat apa di sana? Mengapa lambat balik?"
Kepulangan suami disambutnya
Dan dilayan dengan baik
Ketika itu dia tahu dan faham
Apa keperluan suaminya
Hingga dengan sikapnya suaminya senang
Tenang, terhibur dan lapang fikirannya
Tidak meninggikan suara dengan suaminya
Kalau dia bersalah cepat meminta maaf
Kesalahan dan kesilapan suami dilupakan saja
Tidak mengungkit-ngungkit suaminya
Sekalipun di waktu dia tidak senang dengan suaminya
Itulah kecantikan dan keindahan seorang wanita
Di mana dapat kita cari wanita begini sekarang ini?
sajak dari seorang Mursyid...
dan inilah cita-citaku dari dulu.

14 Dec 2014

Masak, makan..masak, makan.

Alhamdulillah...baru dapat luruskan pinggang dan kaki. Seharian hari ni dari seawal 7.30 pagi saya dah ke dapur. Plan saya nak ikut kursus Al Baghdadi semalam dan hari ni tak kesampaian. Bukan rezeki saya agaknya. Yalah bila bertembung dengan hal suami terpaksalah dahulukan kepentingan dia, iya dok...kata nak jadi isteri solehah:-)

Bila semua anak-anak berkumpul cuti-cuti camni, apa lagi agenda diorang kalau tak  jalan-jalan dan makan. Macam hari ni abah bawak diorang ke pesta buku di PWTC. Saya tak ikut.

Apa lagi yang menyeronokkan bagi sorang ibu kan knor, selain dari masak dan bagi anak-anak makan. Cuma saya takla pandai dan kreatif macam knor. Yang seronoknya masak apa pun habis. Alhamdulillah, anak-anak saya ni takdela pandai demand nak makan benda pelik-pelik, diorang tahu mak diorang ni tak pandai kan, ha ha..

Hari ni saya dari pagi buat cekodok sosej, masak tengahari, buat dadih, goreng keropok, buat pizza ( alaa, pizza bodoh je ) dan masak untuk makan malam, semua solosai kecuali pizza dan dadih. Masya Allah.. lenguh kaki berdiri.

Terkenang arwah ma saya, kalau saya ada masa dia masih kuat dulu, paling tidak sentiasa ada keropok tersimpan dalam balang. Dia suka masak apa saja yang saya suka makan. Ma, rindunya...

Buat mak-mak di luar sana, syabas...anda semua adalah ibu yang hebat, dalam kesibukan dan kepenatan, anda masih cuba memberi kebahagiaan kepada suami dan anak-anak. Semoga semuanya ada nilaian di sisi Allah, aminn.
pizza simple je- belasah apa yg ada dlm freeze, nak gi kedai malas.
buat banyak stok tahanla utk 2,3 hari..ni la yg termampu oleh ku.

Analogi Al Khawarizmi tentang manusia.

Al khawarizmi adalah pakar matematik Islam yang sangat terkenal. Bila ditanya tentang manusia, lantas beliau menjawab~~

  "Manusia bila punya akhlak baginya = 1, apabila dia punya rupa paras ditambah baginya 0 = 10, dan apabila punya harta ditambah baginya 0 = 100 dan apabila manusia itu punya kedudukan dan keturunan yang baik maka ditambah satu lagi 0 dan menjadi =1000. NAMUN BEGITU, apabila hilang angka 1 itu iaitu AKHLAK, hilanglah nilai manusia itu, yang tinggal hanyalah BEBERAPA ANGKA KOSONG  ( 000 ) sahaja"

***untuk renungan bersama, perkongsian rakan BBM***

13 Dec 2014

Kena tahan pegawai JPJ, road tax tercabut..




Pinjam ye en google.



Ni nak citer kisah semalam. Apa? dah basi? eh..belumla, masih ok kot rasa dia, nak citer semalam terasa letih yang amat-amat. Nak tau ( ceh..perasan  ) balik keje semalam lepas magrib tu memang dah nak tumbang sesangat, nak lipat telekung pun tak larat, gagahkan diri juga masak dinner, ( dinnerlah sangat ) takat goreng ikan, tumis air sayur, suruh anak setelkan meja makan, saya naik tidur, sedo-sedo pukul 11 malam, perut lapar sesangat, makan malam tak kiralah kata nak gemuk ke, apa ke, pukul 12 malam naik tidur semula, bunyi jam pukul 5 pun rasa cam tak larat lagi nak bangun, haaa..panjangnya alasan saya nak cover citer basi ni kan..

Al kisahnya semalam saya dan kawan keluar ke jabatan pendidikan putra jaya sebelah alamanda tu, saya nak nak sijil stpm saya, tapi rupanya sijil stpm kena amik di Selayang baru. Sijil stpm saya hilang.  Tu pasal nak amik salinan baru. Tapi nampaknya nak kena gi Selayang barulah plak. Bilalah agaknya nak pegi ni?

OTW balik kete kawan ni memang saya tahu semalam last dia punya road tax, tetiba kan..dah dekat sangat nak sampai ke tadika..ada abang dan adik JPJ buat road block, jadi dari jauh lagi saya dah sengih, sebab adik JPJ ni tahan kat sebelah saya, jadi sayalah kena tunjukkan road tax yang dah dibuka tu ( ekceli, bukan dibuka tapi, tercabut dah ).

Kena sound kitaorang, tapi idokla kasar sangat, hormat kot pangkat 'ahkak' ni kan. Dia kata " Kalau nak pegi reniew hari ni sempat ni kak, pegi masa lunch nanti." Saya sengih lagi sambil ucap terimakasih.

Tapi takde la gambarnya, takkan nak selfie sambil sengih depan adik pegawai JPJ tu kan, nanti tak pasal-pasal kena sound kow-kow punya,

Tengahari semalam juga kawan saya tu pegi reniew road tax dan insuran, walaupun menggigil sebab belum gaji lagi. takpelah..gitulah jalannya nak selamat di dunia, ikutlah undang-undang dunia, nak selamat di akhirat kenalah ikut undang-undang Akhirat. Kalau tak ikut dua-dua, alamatnya tak selamat dunia akhirat.....


12 Dec 2014

Sesuatu Yang Pasti Itu.

Suatu masa yang telah ditetapkan kita pasti dirisik
Pertunangan sejak azali lagi
Di penghujung hidup nanti berlansungnya
Perkahwinan dengan maut yang setia
Hantarannya sakit dan nazak
Tamu bertandang menghadiahkan tangisan
Pengantin dimandikan, dipakaikan pakaian putih
Wangian gaharu, cendana
Keranda jadi pelamin, pengantin  bersanding sendiri
Diarak keliling kampung
Berkompang kalimah kuddus
Akad nikahnya bacaan talkin
Berwalikan liang lahad
Bersaksikan batu nesan
Siraman mawar keluarga terdekat menjadi upacara tepung tawarnya
Bilik beradunya yang di kiri-kanan dindingnya dan atapnya adalah tanah
Tempat berbulan madunya tanah perkuburan
Malam pertamanya bersama kekasih....tibalah waktu
Dan tika menuntut janji pernikahan.

Sendirian aku di perkampungan sepi ini
Di tempat berbulan madu yang sunyi ini
Menyusuri bilah-bilah waktu
Menanti....menanti sampainya kiriman kasih
Tanda kerinduan...tanda simpati kepadaku.
Di alam sepi ini
Alam yang tidak kuduga sehebat ini ujiannya.
Sehebat ini tanggunan kepiluan yang terpaksa ku rasai
Sepahit ini kenyataan yang mesti kutelan dan kecapi
Rupanya alam ini penuh sepi sunyi sendirian
Alangkah baik andainya dulu aku mencari
Teman setia yang sentiasa menemaniku
Di saat yang lain tidak lagi bersama
Alangkah baik andainya dulu aku rela berkorban untuk bersamanya.
Kerana kini dia satu-satunya teman yang setia dan
bersedia untuk menemani dan bersama
Penyesalan tika ini tidak lagi berguna
Tidak lagi bermanfaat
Aku ingin kembali...akan tetapi masa itu sudah berlalu
Kenyataannya hanya sekali sepanjang hayatku
Pertemuan itu...
Pertemuan dengan mautku.

~~~Al Fatihah buat Almarhumah bundaku tercinta-Zubaidah binti Muda~~~

11 Dec 2014

Terimakasih daun keladi..

Jauh ni, mai dari Korea. Terimakasih sesangat kepada blogger Jari Manis atau kami geng blogger panggil dia dengan panggilan manja..JM sahaja.

JM ni rajin berjalan. Blog dia banyak berkisah pada cerita travelling dia  ke Korea, Australia dan banyak lagi tempat lain, pendek kata rata dah dia mengembara. Sesapa yang rasa nak travell ke mana-mana elok sangat singgah ke blog dia di SINI, supaya dapat kutip serba-sikit ilmu, persediaan yang korang perlu buat sebelum mengembara di negara orang.

Sekali lagi, tqvm JM, love you too.., semoga ukhwah ini kekal hingga ke Jannah, amin, aminn.

Pssst..kepada kawan baru ku yang amat peramah, OKje...tulah dia kumbang merah tu dari cikgu rajin, cikgu etuza..hi hi.

Lalat kudung pengintip rahsia.

Saidina Muawiyah yang sedang tadi duduk di kerusinya tiba-tiba bangun. Dia memanggil jurutulisnya. Ada perkara mustahak yang hendak disampaikan kepada setiausaha peribadinya. Dan dia berhasrat mahu menyampaikan mesej  penting itu melalui surat sahaja.

" Tuliskan satu ayat rahsia kepada setiusaha peribadiku," Suruh saidina Muawiyah kepada jurutulis yang tercegat di hadapannya. Si jurutulis angguk patuh. Dia terus menunggu kerana merasakan perintah yang baru diterimanya itu belum sempurna.

Surat rahsia? Apa isinya? Rahsia negara? Strategi perang? Atau...ah! Takkan dapat diduga isinya dengan tepat melainkan diterangkan sendiri oleh yang memberi arahan. Si jurutulis bergegas ke biliknya setelah mendapat penjelasan serba ringkas mengenai kandungan surat itu.


Image result for lalat
ihsan google.

Baris demi baris dirangka dengan penuh teliti, jangan sampai tertinggal amanah-amanah penting yang patut didahulukan. Si jurutulis pun hampir menamatkan tulisannya bila tiba-tiba datang seekor lalat dan hinggap di muka kertas surat yang hampir siap ditulis.

Kehadiran serangga kecil itu ternyata tidak menyenangkan si jurutulis. Pantas dia membentaknya dengan pen yang sedia di tangan. Hentakan yang bersahaja itu tepat ke sasaran. Sebelah kaki lalat itu tertanggal dari tubuhnya.

Keesokan harinya seperti biasa si jurutulis keluar dari istana bersiar-siar sambil mendapatkan perkembangan semasa terbaru. Tetapi sungguh dia terperanjat, orang ramai mengerumuninya. Dia ditanya tentang isi surat rahsia yang ditulisnya semalam.

" Dari mana kamu tahu semua ni?" tanya si jurutulis penuh kehairanan. Seorang menjawab, " Seorang lelaki Habsyi yang kudung kakinya memberi tahu kami."


Si jurutulis bergegas ulang ke istana. Kepada Saidina Muawiyah dikhabarkan berita itu. Terasa bimbang juga hatinya kalau dikatakan tidak pandai menyimpan rahsia. Tetapi rahsia surat itu bukan dia yang membongkarnya. Segala isinya masih dalam pengetahuannya sahaja. Tidak diluahkan kepada sesiapapun.

Pengaduan yang dibuat sedikitpun tidak memeranjatkan Saidina Muawiyah. Dengan tenang dia berkata, " Lelaki  Habsyi yang kudung kakinya itu ialah lalat yang engkau pukul kakinya semalam.

Rupa-rupanya jin telah menjadi pengintip surat rahsia khalifah.

Biasiswa lepasan SPM

Antara biasiswa yang ditawarkan untuk lepasan SPM STPM/Matrikulasi dan setaraf:
JPA: http://esilav2.jpa.gov.my/
MARA: http://www.mara.gov.my/
Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP): http://www.ypm.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=19&Itemid=30
Tun Rahah Scholarship Fund: http://www.yayasancemerlang.org.my/
UEM: http://www.uem.com.my/social/scholarship.html
Sime Darby: http://www.simedarby.com/
SCM: http://www.sc.com.my/
TNB: http://yayasan.tnb.com.my/sam/
TM: http://ytm.tm.com.my/
PNB: http://www.pnb.com.my/
Shell: http://www.shell.com.my/
Yayasan Pelajaran Mara: http://jadypm.edu.my/
JAKIM: http://www.islam.gov.my/
Biasiswa Tunku Abdul Rahman: www.yayasantar.org.my
Felda Johore Bulker Sdn Bhd: www.feldaholdings.com
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah: www.sabah.gov.my/jpan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak: www.psc.sarawak.gov.my
Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah: www.biasiswa.sabah.gov.my
Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan: www.maiamp.gov.my
Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak: www.perak.gov.my
Majlis Agama Islam Negeri Johor: www.maij.gov.my
Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor: www.selangor.gov.my
Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEN): tapem.melaka.gov.my
Gamuda Berhad: www.gamuda.com.my
Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan: www.jkmwpkl.gov.my
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja: www.kwsp.gov.my
Lembaga Zakat Selangor: www.e-zakat.com.my
Bank Rakyat Malaysia Berhad: www.yayasanbankrakyat.com.my
Pusat Zakat Sabah: www.zakat.sabah.gov.my
Yayasan Negeri Sembilan: www.yns.gov.my
Skim Biasiswa National Science: www.masduke.net/download/nsf.doc
Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia: www.mosti.gov.my
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO): www.perkeso.gov.my
Sarawak Shell Berhad: www.shell.com.my
Sapura Industrial Berhad: www.sapuraindustrial.com.my
Terengganu Advanced Technical Institute: www.tatiuc.edu.my
Yayasan Felcra: esistem felcra.com.my/ya
yasan/?index.html
Yayasan Pahang: www.yp.org.my
Yayasan Sabah: www.ysnet.org.my
Yayasan Selangor: www.yayasanselangor.org.my
Yayasan Tenaga Nasional Berhad: yayasan.tnb.com.my
Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN): www.yakin.kelantan.gov.my
Yayasan Terengganu: www.ytrg.terengganu.gov.my
Yayasan Pelajaran Johor (YPJ): www.johordt.gov.my/ypj
Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman: yayasansarawak.org.my/form/TAR.pdf
Yayasan Pelajaran MARA: http://www.ypm.org.my/index

9 Dec 2014

Hayati nasyid ini, moga kita mendapat secebis iman.

Kalau Tuhan kita kenali
Kasih sayang dan peranan-Nya
Kalau Tuhan kita fahami
Keagungan dan kekuasaan-Nya

Kalau Tuhan kita rasakan
Betapa Dia sangat cintakan hamba-Nya
Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati kerana-Nya
Kita akan sanggup berkorban apa saja kerana-Nya

Kalau Tuhan dikenali
Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa sahaja kerana-Nya

Cintakan Tuhan, Cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan, cinta murahan
Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami
Dialah Pengurus seluruh keperluan kita
Kalaulah kita faham
Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya
Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta pada-Nya
Kita akan sanggup menderita demi cinta pada-Nya
Cintakan Tuhan cinta yang abadi

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign