Asam Garam Kehidupan: September 2016

Nuffnang

Pages

30 Sept 2016

Air di tempayan dicurah jangan..

Betullah kata pepatah bidalan melayu. Bijak sungguh orang dulu-dulu mencipta perumpaan, dalam lembut ada teguran, dalam sinis ada yang sentap, dalam gurau ada peringatan, tak giteww..setuju sangat dengan situasi yang kono kek batang idung den ni.

Kisah eh, minggu ni kan ada catuan air kat beberapa kawasan Selangor dan Putra Jaya, termasuklah area rumah den.  Sempatlah menakung air barang dua tiga tong. Alhamdulillah menjelang khamis bekalan air pulih sepenuhnya kat area rumah den la, tapi ada gak kawasan yang semput lagi, terutama yamg duk flat.

Tapi dah tersurat nasib badan, air tercatu semula, bukan SYABAS yang catu. Tulah anak-anak ni. Ganeh bebona tangan eh. Dah berbuih mulut omak eh ni berleter, tadah air dalam botol sendiri, tadah air, tadah air, senang nak minum, tak payah tiap kali nak minum baru nak tadah secawan kat sinki. Almaklum senang bebona tak payah masak air kan, bukan takdo boto air memasing, tapi takmo jugak donga, sorang tolak kepala paip tu ke kiri, sorang tolak ke kanan, kiri, kanan, kiri, kanan..lelamo patah. Dah jadi cenggitu kenala tutup kepala paip kek bawah sinki. Sudah eh macam takdo air gak. Kalau bukak kepala paip bawah sinki jawab eh menyembur basah satu dapur.

Ishhh...kalu sis Irda Garmin baca entri ni mesti dia promote dia punya Coway...takdo duitlah cayang oii..

Sib baik den belum curah air yang den tadah ni. Kalo tak susah gak nak masak nih. Toklaki den takmo makanan boli. Dio suko den gak masak, walaupun cumo goreng ikan ngan sayur jo, bukan apo, dio nak bagi pahalo lobih kat den tu.
Sib baik den belum curah air ni. Cadangnya nak buat cuci- cuci, mop-mop..
Patah sudah. Korang nak kutuk den maleh kutuklah, den bukan taknak cuci yang berkarat tu, dah takdo air, camano. Dari ahad lepas sampai khamis, air guna jimat-cermat buat basuh apa yang patut je. Tapi grill tu memang berkaratlah, sebab catnya dah banyak yang longkeh, toklaki tak sempat lagi nak ngecat semula.
Tulah dia kisahnya. Yang baik jadi teladan, yang buruk jadi sempadan yo. Harap-harap orang yang dipanggil suruh betulkan paip ni cepat datang. Boleh settle masalah dapur den ni cepat sikit, mana yang patut basuh, mana patut sental.

Selamat bercuti dan beristirehat kepada kengkawan yo, cuti tiga hari, memacamla program yang dah bersusun dalam kepala tu, ye tak..yang nak balik kampung, yang nak gi jemputan kawen, yang nak kawen, yang nak bercuti ke pulau, yang nak ngukur jalan, semoga selamat semuanya ye. In shaa Allah.

29 Sept 2016

Biar betul bebudak nih..bikin seram jer.

Nak caye, tak caye..tapi macam nak percaye, tapi tengok muka- mukanya takde menunjukkan keseraman pun. Entahlah bebudak ni haih. Tapi kalo betul camane?? Sebab bebudak ni kata orang boleh nampak. Boleh nampak? Haaaa...cam seram je. Ticernya yang seram...

" Ticer, ada hantu kat atas tu.." bebudak 3 tahun
" Haa..mane? ticer nampak pun."
" Tu, kat atas, tengah panjat-panjat.." bebudak 3 tahun.
" Muka dia camane?"
" Hitam, mata dia merah.." budak 3 tahun.

Aku pun buat eksyen.."auzubillahiminasyaitanirrajim, fuhhh.." aku buat dua, tiga kali.
" Haa, ada hantu lagi tak?"
" Takde dah, dia dah pegi.."

Haaa, tulah dia ceritanya bebudak ni. Tiap-tiap hari ada je bendanya. Yang menggelikan hati, yang menyeramkan, yang menaikkan darah..semua ada. Tapi yang bab hantu ni buat ticer-ticer tak senang duduk dibuatnya.
Budak yang pegang daun tu, umurnya 3 tahun, dialah yang bagitau ada antu..

27 Sept 2016

Mengimbau kenangan 30 tahun lepas..

Bila toklaki takdo ( outstation ke Cameron, nak ikut tak dapek, si Nadhrah tengah pekse PSRA minggu ni ) den ada lebih masa nak melingkau, masak pun malas, nak rilex lelebih sambil selongkar album lama, pastu senyum sorang-sorang..
Mesti korang tertanya-tanya apsal ada dua orang je budak perempuan dalam kelas ni kan. Alkisahnya saya dan kawan saya ni baru berpindah ke sekolah ni. Kat sekolah lama ramai budak perempuan yang ikut kelas sains pertanian, tapi kat sekolah baru ni hanya budak lelaki je yang ikut kelas tu, so bila kami berdua pindah ke sini, takde pilihan, kamilah penyeri dalam kelas tu. Ada dua kelas. Kelas yang satu lagi lansung takde budak perempuan. Nak tau...jenuh saya menepis serangan cinta dari bebudak ni, terutama dari budak kelas sebelah. Cer teka, mana saya? Kiri ke kanan..mwehehe..
Yang ni plak masa saya tingkatan lima. 5 sains 1. Cuma ada 4 orang jer budak melayu dalam kelas ni. Selebihnya budak cina. Diorang terer gila belajar. Yang budak melayu terutamanya saya terhegeh-hegeh, terutama subjek add math, aduhaiii...dari awal tahun masa tingkatan 4 saya mintak tukar ke aliran sastera, tapi cikgu tak kasi sebab nakkan juga budak melayu duduk dalam kelas sains. Sudahnya selalu fail add math, kalau lulus pun cukup-cukup makan jer.
Okeh...dalam gambar ni, saya yang duk sebelah budak lelaki tinggi yang hitam manis tu. Saya ingat namanya Yahya bin Muslim. Budak ni repeat spm. Tengok muka saya masam tu nak tau kenapa? Saya nyampah duduk sebelah budak tu sebab budak tu selalu nak usha saya, padahal sebelum- sebelum tu saya dulu dok menggatai nak ngurat dia. Bila dia dah respond saya plak yang juai mahal, adoiii...kelakar betul zaman bebudak.

Tapi saya ingat lagi, kalo zaman kami dulu, walaupun ada cinta monyet gak, tapi kami takdelah sampai berani berjalan berdua, dok konon study berdua. Kami tau batas-batas yang perlu dijaga. Bebudak sekarang ni dah berani sangat, takde malu dah, berjalan berdua, berbual mesra, bergurau senda dalam kawasan sekolah...ishhh, tak pelik sampai ada kes yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah.

Haaa, satu lagi..mesti korang pelik, kata saya orang Terengganu, nape sekolah kat Johor. Ermmmm...saya duk dengan mak sedara kat Batu Pahat, dia tanggung persekolahan saya.

Bila mengimbau nostalgia ni, teringat plak kat dua orang cikgu masa saya form one. Korang percaya tak kisah cikgu bercinta dengan anak murid? Ada yang sampai kawen dengan anak murid. Masa ni saya bersekolah di Pahang. Dua orang cikgu ni saya perasan dok suka mengusik saya. Sorang cikgu sastera, sorang lagi cikgu sains pertanian. Cikgu-cikgu kat sini muda-muda, mungkin baru grad dari maktab perguruan. Masa tu saya bodoh-bodoh lagi, tak reti nak layan, naik rimas adalah, dok asyik panggil nama saya, asyik nak gurau-gurau dengan saya, nak buat adik angkatlah, kalau dalam kelas asyik lalu tepi saya, berenti lama kat meja saya, eiiiiiiiiww..tak suka.,tak suka. Tapi cikgu berdua ni boleh tahan hensem gak sebenarnya. Entah manalah cikgu berdua ni sekarang? 

Kepada anakandaku Muhammad Danish yang bakal mengadap SPM bulan novembar ni. Semoga berjaya. In shaa Allah berjaya cemerlang macam trial baru ni, 10A dalam tangan. Kacang je ya Danish, syukur banyak-banyak nak, Allah beri ko otak bergeliga, tak macam ibu, jenuh berhempas pulas, SPM cukup makan jer. 

26 Sept 2016

Catuan air di sekitar Selangor dan Putra Jaya

Loji air Semenyih ditutup untuk pembersihan akibat pencemaran bau berpunca dari bahan kimia.

Mula dari hari jumaat lepas, tapi Alhamdulillah sempatlah juga menakung 2,3 tong air mandi dan beberapa bekas air tapis untuk minum. Petang ahad semalam bekalan air pulih semula, tapi airnya perlahan sangat. Sampai hari ni Isnin 26 septembar berita terbaru, catuan air sehingga hari Rabu.

Tabahla ye wahai teman-teman senasib sekitar Hulu Langat dan Putra Jaya, untuk 2, 3 hari ni kita belajar mandi setimba air untuk bersabun dan setimba lagi selepas bersabun, boleh gitew?? Hew,hew..
( pernah baca tak, Rasulullah mandi hadas besar guna air sebanyak sebotol mineral besar tu je )

Dengar kisahnya ada kawan-kawan setaman pegi jauh untuk mendobi. Duk Semenyih pegi Mantin nun cari kedai dobi. Tulah, risau gak baju anak-anak ni, dah bertimbun dah tu. Dah bertimbun tu nanti bila dah air jenuhnya nak membasuhnya. Sungguh basuh guna washing machine pun, kalau washing machine tu boleh menjerit, mau dia komplen letih rasanya.

Masak pun simple-simple je, takat nasi goreng, goreng ikan, goreng telur je. Nak beli pun terpikir-pikir camane diorang basuh sayur, basuh ikan, basuh ayam, eiii.. tak sanggup den.

Jom tengok gambar lori hantar air bersih ke sekitar kawasan kami.

24 Sept 2016

Colposcopy lagi..

Kerana kedegilanku taknak membuang rahim, nak cuba dulu ikhtiar supaya tak jadi kanser pangkal rahim, maka nak tak nak aku kena buat colposcopy lagi sekali. Sebelum buat colposcopy tu aku kena test darah, test jantung, xray...tapi dah aku yang nak amik risiko tu, maka aku kenalah bertabah menghadapi semuanya. Doktor pakar tu, doktor berbangsa India, walaupun tak cakap direct, tapi aku tau dia maksudkan aku degil. Ya..memang aku degil, dari dulu.

Semalam, jumaat 23/9/ 2016..sebenarnya tarikh temujanji untuk aku bagi keputusan untuk buang rahim atau tak. Tapi doktor tu tak dapat paksa aku. Dia pun kata memang dia tak boleh paksa kalau aku tak setuju. Tapi dia paksa aku buat colposcopy tu, aku terpaksa akur. Hihi..banyaknya paksa memaksa, hiii..terseksa tau. Trauma aku nak jumpa doktor Annamalai ni. Aku kalau boleh taknak tengok muka dia, tapi nama dia terpampang kat depan kad rawatan aku, so..walaupun aku dapat jumpa doktor lain, tapi doktor tu tolak aku kat kat doktor Annamalai ni jugak, isk..isk..

Moga Allah berkati usahaku, moga tak merebak jadi kanser. Tapi tulah, kalau keputusannya tak memberansangkan, maka terpaksalah juga aku membuang rahim, huhu..monopouse on the spotla jawabnya, bukan takat buang rahim je, ovari pun kena buang, buang ovari hormon pun takdelah..makin cepatlah kerepotnya..apa nak buat, kalau dah begitu ketentuanNya...siapalah aku untuk menidakkannya..

22 Sept 2016

Semut ekor tujuh..

     Ticer: membawa makanan sedang tujuh semut ekor.

Muhammad: sedang membawa makanan semut tujuh ekor. ( aku tergelak dah)

Adam: semut tujuh ekor sedang membawa makanan ( aku senyum je, pastu bagitau jawaban tu salah )
Alaaaaa....

Fawwaz: sedang membawa makanan semut ekor tujuh..

Hahaha...jawapan paling lucu sampai berair mataku gelakkan bebudak ni, sehingga aku terbayang camanelah semut ekor tujuh tu.

Bila aku gelak bebudak ni makin galak memberi berbagai jawaban sehingga kelas 6 tahun hingaq bingaq, riuh-rendah dengan gelak kami.

Akhirnya seorang budak perempuan dapat jawab dengan betul.
Hasya: Tujuh ekor semut sedang membawa makanan.

Yey....tepuk tangan untuk diri kamu sendiri..( clap..clap..clap..seronoknya bila dapat tepuk untuk diri sendiri, tepuk kuat-kuat plak tu )

Ticer nak lagi..amboihhh, seronok sampai mintak lagi tuh.
Okeh ( dalam hati...siap korang, aku nak bagi soalan susah-susah )

Ticer:  di sedang membeli sayur Puan Tan pasar.

Muhammad: sedang membeli sayur di pasar Puan Tan.
Ticer: Tak betul, lagi..

Adam: di sedang membeli sayur puan Tan pasar.
Ticer: Aiksss..tu awak baca yang ticer tulis tu.
Adam sengih nampak gigi rongak.

Danish: Puan Tan sayur beli di pasar.
Ticer: alaaa Danish, tak betul juga.
Danish yang pendiam duduk tak bersuara dah.

Fawwaz: sedang membeli di pasar sayur Tan Puan.

Ticer: Tan Puan Fawwaz? Hahaha..Puan Tan la.
Ticer: Puan Tan tu siapa?
Bebudak tuh: entahhhh.
( panjang entahnya )
Jawapan entah diorang tu buat aku gelak sampai keras perut berair mata. Tak ye jugak kan...siapalah puan Tan tu. Tapi aku ingatkan kotla diorang faham yang si Puan Tan tu orang cina, dan aku expect diorang akan jawab puan Tan tu orang cina..

Bebudak ni dah lancar sangat membaca jadi aku mau beri lebih input sebagai persediaan diorang je darjah 1 tahun depan. Antaranya aku ajar membetulkan semula ayat macam kat atas tu, ajar menjawab soalan karangan pendek, tapi bebudak nih memang bijak, ajar sekali dua dah faham dah. Alhamdulillah, seronok rasanya bila diorang faham ilmu yang kita ajar. Doa- doa pun sekejap je dah fahal. Membaca jawi pun dah fasih. Budak- budak kan, hati bersih. Sebab tulah kita kena bagi ilmu yang betul untuk bekalan mereka dunia akhirat.
Di masjid Besi Putra Jaya, ajar diorang bersedekah,
masukkan duit dalam tabung masjid.

21 Sept 2016

Tomatoku yang pertama.

Bila tak bertanah..tanam dalam pasu..
Dari banyak-banyak yang ku tanam, ni je yang menampakkan hasil. Tanam dalam bulan puasa maren, tak taulah apa yang tak cukup, dah siram, dah baja, mungkin tak cukup belaian dan kasih-sayang kot, yolah...dah tanam takdo lak maso nak poie cakap-cakap, pujuk-pujuk...
Ibaratnya..amalku tak berbuah...ishhh...ya Allah..
Nilah pokok rerama yang katanya mujarab untuk mengubat kanser. Kesian dan terharu perasaan bila tengok suami bersusah-payah ke rumah kawannnya di Sungai Besi semata-mata nak beli pokok ni. 

Hari jumaat ni ada appointment lagi. Perasaan tu bercelaru jugalah, dok pikir itu, ini..hailah..azimah, baru Allah uji sikit, dah keluh-kesah..

19 Sept 2016

Selagi boleh kupakai..

Kawan-kawan sanggup ke pakai lagi baju camni...?
Rasanya usia baju ni dah 20 tahun lebih. Memang dah buruk sangat, bertahi lalat, ada kesan kunyit sana-sini, dah terbuka jahitan, tapi kujahit kembali, terbuka lagi, tapi tetap ingin kupakai selagi boleh kupakai.


Ada sehelai selimut kain kapas. Pun dah terkoyak sana-sini. Gigih kujahit. Sayang nak buang, bila berselimut di dingin malam, masih mampu menghangatkan..

Ada juga kain batik, seluar panjang, blouse, baju kurung, bra, ketip kuku yang masih kumanfaatkan sehingga kini, moga pahalanya sampai kepada empunya asalnya..

Empunya asalnya adalah almarhumah ibuku. Baju kelawar merah di atas pernah dihadiahkan kepadaku. Pernah dipakainya sambil mendukung anak sulungku yang masih kecil waktu itu. Pernah juga kupulangkan kembali kepadanya dengan alasan aku tidak menyukai coraknya. Dia menerimanya kembali tanpa sepatah kata. Mungkin terguris hatinya. Tapi aku tidak sangat menghiraukannya. Tapi bila kukenang kembali hatiku seakan terhiris pilu sehingga terkadang  menyesak dadaku. Awal pemergiannya, kuselongkar almari bajunya, baju kelawar ini masih cantik dan baru coraknya, warnanya masih merah hati yang cantik...terus kuambil kembali untuk kupakai dan sehingga kini aku masih memakainya..

Entah kenapa saat ini sayu benar hatiku, terkenang ibuku...saat mendengar pemergiaan Allahyarham Dr Haron Din, suasananya hampir sama..mereka lahir di tempat lain, tapi tanah kuburnya ditakdirkan di tempat lain. Bagi ibuku, bila pemergian tak dijangkanya diketahui saudara-mara di kampung, mereka meminta aku membawa pulang jasad ibuku untuk dikebumikan di kampung kelahirannya di Terengganu, malah tanah kuburnya hampir siap digali, kerandanya pun sudah dicari, tapi aku tak sanggup menyakiti jasad ibuku dengan perjalanan yang jauh itu, maka keputusanku tetap satu, kusemadikan jasad ibu di mana dia meninggal..

Ma..moga suatu hari jasadku bersemadi di tanah Haram..

17 Sept 2016

Dapat ilmu.

Memang betul bila kita suka membaca, mendengar, mengembara kita akan mendapat ilmu yang sekurang-kurangnya bermanfaat untuk diri kita. Dapat kita praktikkan untuk menambah nilai ibadah kita. Contohnya bagaimana nak memotong kuku ikut sunnah, bukan sekadar menjaga kekemasan dan kebersihan tapi dapat pula pahala kerana amalkan sunnah. Kalau takde ilmunya, kita potong kuku ikut suka kita jelah kan. Haa..perbuatan yang kecil, tapi berpahala bila kita buat dengan ilmu.

Ataupun bila kita mau minum air. Bila kita ada ilmu, kita tau kenapa Rasulullah menyuruh kita duduk bila nak minum. Kalau kita tak tau, takde ilmunya, kita pun minum berdiri, anak-anak kita minum berdiri, lebih parah lagi makan dan minum sambil berjalan. Dah macam sama plak dengan yang berkaki empat tu, betul tak?

Saya baru dengar rakaman ceramah ustaz Abdullah Khairi. Ustaz ni lantang orangnya. Isi ceramahnya kadang sinis dan pedas. Bak kata orang siapa makan cili dialah merasa pedasnya, ye dok..?

Antara manfaat yang saya dapat ialah cara nak berwudhuk dan menunaikan solat dalam perjalanan. Perjalanan yang bukan musafir. Kalau musafir, kita boleh solat jamak. Tapi kalau kita terperangkap dalam jem, sedangkan nak berenti pun mustahil, highway terutamanya. Masjid pun masih jauh, sedangkan waktu solat pun hampir habis. Jadi macamana caranya?

Solat menghormati waktu? Boleh juga. Tapi bila sampai ke destinasinya nak kena qadha semula. Jadi camana?

Islam itu mudah dan indah. Tapi jangan dipermudah-mudahkan. Maksudnya perintah Allah yang wajib seperti solat jangan kita lengah-lengahkan, sebaiknya kita tunaikan di awal waktu kerana rahmat Allah hanya ada bila kita tunaikan solat di awal waktu.

Jadi kalau dalam perjalanan, contohnya balik kerja jalan jem, kalau tunggu nak solat asar kat rumah, jawabnya pukul 6.30 baru dapat solat asar. Caranya...sediakan bekas spray, Bila masuk waktu solat dengan bekas spray tu kita boleh ambil wudhuk yang sempurna tapi ambillah yang wajib sahaja. Dah selesai wudhuk kita bolehla menunaikan solat walaupun kita sedang drive. Jadi takde alasan tengah drive tak boleh solat. Setakat kaki tekan minyak dan brek tu mana ada melibatkan pergerakan besar yang boleh membatalkan solat, betul tak?

Jadi, rajin-rajinlah kita menambah ilmu melalui apa juga cara sama ada mendengar ceramah, malas ke masjid kat tv pun setiap petang, setiap pagi ada je rancangan berunsur ilmu..Al kulliah, Tanyalah ustaz, rancangan motivasi, pendek kata takde alasan kalau kita nak menambah ilmu sebenarnya, melainkan kita taknak mujahadah buang penyakit malas dalam diri kita, haa...duduklah kita di takuk tu je, ilmu tak bertambah, amal tak meningkat. Silap-silap amalan kita ada yang tak sah sebab kita beramal tanpa ilmu, rugilah kita penat-penat beramal tapi kosong. Nanti di hadapan Allah...kita berdebat dengan Allah..." Ya Allah, aku solat kenapa Kau kata aku tak solat?" Allah tempelak semula..."Ya, kau solat, tapi solatmu tak sah sebab wudhukmu tak sah.."
Rupa-rupanya kita ambil wudhuk dengan air mustakmal....

Hah..mustakmal? Ermmmm....sebab tulah kena ada ilmu.

16 Sept 2016

Apa hal ni...????

Saya sharekan di sini cerita dari teman muslimah satu taman yang bercuti di Port Dikcson. Katanya dia secara tak sengaja ternampak dari tingkap bilik hotelnya lori ni parking betul- betul depan hotel. Ingatkan betul lori kicap, rupa-rupanya guna lori tu untuk hantar arak berbagai jenama dari tin, botol, berkotak-kotak. Tapi tak tahulah camanalah plak lori kicap Habhal tu boleh terlibat, sewa ke? atau drebar tu buat part time ke? Wallahu A'lam.

Tapi tak seronokla kan, Habhal tu kicap keluaran muslim. Harap pengurusan mereka boleh siasat dengan lebih terperinci lagi perkara yang melibatkan mereka ni.

12 Sept 2016

Raya yang meriah.

Aku suka balik beraya di kampung suami. Meriah. Macam-macam acara mengejut bila dah berkumpul reramai tu. Tambah lagi bila anak memasing dah besar bujang, dah anak dara. Kami pun dah makin meningkat tua, kepala pun dah makin beruban, kepala aku tak nampakla, sebab aku pakai tudung memanjang, haha..
Cam semalam. Aku masak nasi tomato cadangnya untuk makan kami-kami je. Tetiba paktam( adik ipar) beli tempat bakar barbecue, mula nak bakar ikan je, ada plak yang cadang nak bakar kambing ( beli yang siap marinate jer, 30 hengget sepeket, mbik ko ), datang mak mentua aku lagi hebat, lansung dikumpulnya cucu, anak sedara yang sekampung datang kenduri terus, gabra gak aku takut tak cukup lauk ayam masak merah aku, tapi aku pun cuma dapat rasa kuah je. Jadilah.
Camane eid adha korang? Banyak dapat daging korban?
~~Labbaik, labbaik...bila agaknya aku dapat merasa panasnya debu dan bahang sebagai tetamuMu yang Kau jemput datang kepada Mu, berikan aku peluang itu sebagaimana tetamu-tetamu yang lain..
Naik pikup pi amik rambutan, Umar Zikri pun tak
lepas peluang, seronok kemain.
Tu dia, ranum sungguh, aku pi
pasar yang kulit lisut pun dorang jual rm5
sekilo tak kasi kurang lak tu, tak koso
nak boli.
Sedia menunggu tetamu, kenduri tergempar
pinggan mangkuk pun tergempar jugalah, rembat je mana ada.
Chef-chef tak bertauliah termasuklah mylaling tuh, tengah sibuk usha kambing bako, ikan bako
dah ready.
Ni sesedara dekat je ni, pun
boleh tahan ramai, ikut myMIL
tu mau gak dipanggil sekampung.
Ni pulak belah lelaki,
ada menantu, ada cucu, ada
cicit, lepas cicit apa ntah pangkatnya
pun myMIL dah ada.

11 Sept 2016

Aku hanya mau minta..

Ya Allah, aku mohon kepada Mu wahai yang Maha Mencatur..
Agar diberikan hati yang sabar dan redha..
Walau apa jua yang Kau tetapkan berlaku kepadaku..
Jadikan hatiku tenang selalu..
Jadikan hatiku sentiasa sedar akulah hamba...
Sebagai hamba selayaknya aku menerima apa jua ketentuanMu..
Bukan aku berkeluh-kesah seperti lazimku..

Wahai Yang Maha Segala-galanya..
Tolong...Kau dengarlah satu-satunya permintaanku di saat langit terbuka hari ini...

8 Sept 2016

Lagi cerita haji cilik.

"Seronok tak?" Tanyaku otw balik dari menunaikan ( hihi..sangat kan ).

"Seronok," jawab bebudak ni serentak.
" Apa yang seronok?" Aku agak diorang nak jawab seronok bertawaf ke, melontar ke, saie ke..cer teka apa yang buat bebudak ni seronok? Di luar kotak fikiran ticer, ish..ish..

" Seronok dapat makan ais krim," serentak je menjawab. Haaaa..kan?
Lalu terpaksalah aku as a ticer and ustazah mentarbiah atau mencuci balik otak bebudak nih. Ada kaa...?

Memangla kan, benda yang Allah suruh buat kita orang tua pun terpaksa berhempas-pulas bermujahadah bila nak buat, nak solat awal waktu contohnya, nak puasa sunat, ingat senang ke, seronok ke nak buat?? Cer tengok citer korea ke, shopping ke( siap bagi alasan konon therapi minda lagi, eh..mak...ko jangan terasa tau, aku tak ngata ko, aku pun suka gi shopping )

Jemaah cilik dari i brain islamic, Semenyih..xcited
tunggu tawaf perdana.
Hujan renyai, ticer lupa nak bawak payung, berpayung dengan beg sling, huhu..beratur nak dapatkan cop immigration 
Suasana di padang Arafah, pun
kena beratur nak dapatkan cop.
Mabit di Muzdalifah, eh...dah cukup ke
tiga biji batu..1, 2,3...ticer dah cukup.
Melontar jumrah, Allahu Akbar..saya nak buang
nakal, suka gaduh..ya Allah..tengokla semangat
anak-anak ni..
Dapat cop lagi..muka ticer
pun dah macam tikus mondok, huhu..letih.
Cop selepas saie.
Ticer...dah dapat cop lagi.
Bersesak nak dapatkan cop selepas
tawaf.
Selesai semua rukun baru dapat makan. Laparnya diorang makan pun tak menoleh kiri-kanan dah. Alhamdulillah...walaupun penat, as a ticer saya rasa gembira sama-sama dengan bebudak ni belajar sesuatu yang baru.

6 Sept 2016

Bukan rezeki kamu nak..

Tag nama bakal haji cilik dah ada. Kelengkapan
haji, kain ihram, beg sandang pun dah ada, dah siap tulis nama..
Beg sandang dan kain ihram.
Dah takde rezeki kamu nak.

Ibu dah pesan, jangan dok asyik berlari sana-sini. Yelah..seronoklah awak, balik dari sekolah agama, tak perlu pegi sekolah kebangsaan, dicutiksn sehingga khamis sebab upsr. Kat tadika dah ramai kawan, bukannya tau dok diam. Lari, lari, lari..jatuh, terseliuh. Bengkak. Tukang urut pun tak berani urut, apa taknya, baru sentuh sikit dah menangis.
Bawak gi xray, Alhamdulillah tak retak, tak patah.

Tulah namanya bukan rezeki, dah berusaha, dah ada kelengkapannya, tapi tak dapat jugak pegi. Kena tobat banyak-banyak ye nak ye, budak baikkk sangat nih.

Hari ni, simulasi haji cilik di masjid Biru, Shah Alam. Dari tadika kami, pesertanya seramai 10 orang.

Minta maaf sesangat pada kawan-kawan yang berkunjung ke sini, kunjungan kalian belum dapat kubalas. In shaa Allah dah lapang-lapang nanti, saya bertandang yea.

Alhamdulillah semangatku semakin pulih.

Alhamdulillah, walaupun sesekali dirundung pilu, rasanya semangatku semakin pulih. Selepas jumaat 26/8/2016 memang saya asyik menangis, di dapur, dalam bilik air, terutama di kala berseorangan...sampai bengkak-bengkak mata. Tapi selepas lima hari, saya dah tak mampu menangis...

Maafkan aku ya Allah...sungguh aku lemah, sehingga terkadang aku lupa pada hikmah yang Kau janjikan. 
Alhamdulillah...terimakasih wahai suami kerana semangat yang kau berikan. Sungguhpun aku tau rawan di hatimu, tapi kau setia menyokong setiap keputusan yang akan ku ambil.

Dengan sokongan suami, kakak ipar yang juga terpaksa membuang rahim kerana fibroid, dengan nasihat dari sepupu seorang doktor pakar, aku akan berusaha dalam setahun ini untuk mencari penawar. Mudah-mudahan dengan doa dari sahabat-sahabat di sini  ( terimakasih sangat atas sokongan kalian ), dengan sokongan dan doa suami chances untuk menjadi kanser itu sembuh.

Buat masa ni saya amalkan minum air rebusan durian belanda dan membaca 21 kali surah Al Fil setiap kali selepas solat. Suami pun dah belikan pokok rerama, dah tanam, tinggal nak tunggu besar. Lambat lagilah nak besarnya tu..Dengan mendengar alunan ayat suci Al Quran juga hati saya semakin tenang.

Selepas setahun nanti, apa pun yang Allah takdirkan, in shaa Allah saya akan terima dengan hati yang lapang.

5 Sept 2016

Selamat menempuh upsr anakku Nadhrah.


Semoga dilapangkan dadamu..
Ditenangkan hatimu
Dipermudahkan semua urusanmu..

Ibu tak mengharapkan apa yang di luar kemampuanmu..
Melihat kegigihanmu hati ibu sudah cukup bahagia..
In shaa Allah, apa pun bahagian yang Allah beri..
Kita terima dengan redha sahaja.
Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign