Asam Garam Kehidupan: February 2015

Nuffnang

Pages

28 Feb 2015

Kejayaan tangani masalah.

Masalah ialah satu perkara yang mengganggu dan menyebabkan sesuatu urusan tidak berjalan seperti dikehendaki. Ia tidak menyeronokkan kerana bertentangan dengan kehendak kita.
Walaupun kita tidak mengkehendakinya, namun ditimpa masalah itu adalah sunnatullah, iaitu suatu ketetapan dari Allah yang tidak dapat diubah.

Dunia ini ibarat dewan peperiksaan. Masalah adalah kertas soalan. Bila dapat mnjawab dengan betul semua soalan di dewan ppeiksaan, seseorang dikira lulus. Kalau salah menjawabnya, maka dikira gagal. Dalam konteks hidup di dunia, berjaya menangani masalah bermakna syurga ganjarn di akhirat, gagal menangani bererti nerakalah padahnya.

Kejayaan diukur pada sejauh mana seseorang dapat mengekalkan rasa kehambaan dalam proses menangani masalah dalam hidupnya. Contoh rasa kehambaan ialah rasa syukur, redha, sabar, tawadhuk, tawakkal, pemurah, penyayang dan berlapang dada. Lawan rasa kehambaan ialah rasa ketuanan seperti tidak sabar, kecewa, sombong, bakhil, putus asa, pemarah dan keluh-kesah.
Dalam menangani masalah kewangan misalnya, memperolehi wang bukan bererti suatu kejayaan jika ia membuatkan seseorang lalai dan sombong. Apalagi kalau tidak memperolehi wang..jadi berkeluh-kesah dan terasa susahnya kehidupan.

Tetapi sekiranya dalam proses mendapatkan wang itu kita sentiasa sabar, tawakkal, berlapang dada dan redha dengan ujian Allah itu, maka kita dikira berjaya menangani masalah tersebut sekalipun tidak memperolehi wang itu akhirnya. Apalagi kalau kita memperolehi wang yang dihajatkan untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi. Tentulah itu lebih patut dikatakan suatu kejayaan.

5 langkah mengatasi masalah.
-*************************
1.  Kenal pasti masalah.
2.  Kenal pasti punca masalah.
3.  Cari jalan penyelesaian.
4.  Siapa yang boleh menyelesaikan masalah itu.
5.  Mencari hikmah di sebalik masalah.

23 Feb 2015

16 kewajiban seorang isteri.

Assalamualaikum semua teman-teman kesayangan, semoga rahmat dan kasih sayang Allah selalu bersama kita, in shaa Allah.

Amboiii...bercuti sakan semuanya yek, sunyi blog..al maklum dapat peluang 4 hari, ada yang balik kampung, ada yang pi bercuti..saya sekauarga? Tak pi ana pun, santai kat rumah jer, kenapa tak update? hi hi...kuota tenet abis da..

Takde nak cakap apa pun, nak ucapkan salam rindu je...

Dan nak share ni juga, ramai yang dah tau, ni untuk peringatan semula dan khusus untuk para wanita yang bakal melansungkan perkahwinan., moga ada yang bole dimanfaatkan..

16 kewajiban seorang isteri.

1.  Sentiasa malu terhadap suaminya.

2.  Merendahkan penglihatan di hadapan suaminya.

3.  Mentaati perintah suaminya.

4.  Diam ketika suaminya sedang berbicara.

5.  Berdiri  ketika suaminya datang dan ketika suami keluar.

6.  Menganjurkan dirinya kepada suaminya ketika hendak tidur.

7.  Memakai wangi-wangian.

8.  Memelihara mulutnya dengan wangi-wangian.

9.  Sentiasa berhiasa di hadapan suaminya.

10. Tidak berhiasa ketika suami tidak ada.

11. Tidak khianat kepada suaminya ketika tidak ada di tempat tidurnya dan di dalam hartanya.

12. Menghormati keluarga suaminya dan para kerabatnya.

13. Merasa puasa dengan pemberian suaminya walaupun sedikit.

14. Tidak menolak permintaan suaminya ( dalam perhubungan intim )

15. Tidak melakukan puasa sunat kecuali dengan izin suaminya.

16. Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suaminya.

Haaa...berat juga kan, tapi itulah perintah Allah yang wajib kita taati, mentaati suami ertinya mentaati Allah, moga kita semua direzekikan menjadi wanita solehah, aminn.

19 Feb 2015

Sedang nak ubati hati juga..




Image result for gambar hati
pinjam en,google

Takde nak menulis banyak. Ringkas je sebab En.somi dah hint2 ajak bergerak ke rumah my kakak ipar kat Sendayan nun..Jap, sabarla, nak up entri sikit nih.

Apa perasaan kita kalau ada seseorang buat baik kepada kita? Sesekali jumpa dibelanja makan, sesekali dia datang ziarah kita dia bawak hadiah, sesekali dia selit duit kat celah tapak tangan kita...Emmm..konfem kita akan kata.." ishhh, baik betul dia nih, ada je benda nak bagi."..Hati kita pun dok terkenang-kenang kat dia, teringat-ingat kebaikan dia. mulut kita pun dok bercerita tentang kebaikan si dia nih, betul tak? Sila jangan nafikan yek.

Dan kalau boleh kita pun nak balas kebaikan si sahabat tadi. Nak bagi hadiah, bagi buah tangan. Nak jumpa selalu. Kalau ada orang mengata buruk pada si sahabat tadi, tentu kita terasa nak lempang je mulut orang celupar tu, betul tak? Haa..sekali lagi, sila jangan nafikan..

Tapi....bagaimana sikap kita pada DIA yang Maha Berjasa...?

Pada Dia yang saban  waktu memenuhi keperluan kita walau pun tanpa kita minta. Mampu tak kita mengenang Dia selalu, betapa Maha Baik, Maha Berjasa Dia kepada kita, betapa kasihnya Dia kepada kita, boleh kita ingat Dia selalu...tak kan? sekali lagi, sila jangan nafikan...

Dan..ada tak kita teringat nak membalas segala kebaikan Dia dengan menjadi sebenar-benar hamba sebagaimana yang Dia minta? Ada tak? Mungkin ada, tak nafikan..cuma kita kan selalu lalai, sekejap je kita mampu ingat, pastu lama kita lupa..sekali kena hint dari Dia baru kita ingat balik, betul kan..?

Itulah kita, jahatnya nafsu kita, yang selalu berusaha menjauhkan kita dari Dia..

Bagaimana nak ingat Dia selalu? Bukan on the spot kita boleh jadi baik ni. Jika kita tersedar dari kelalaian itu maknanya Dia masih memegang hati kita, syukur banyak-banyak. Dan selalulah latih hati kita mengenang kebaikanNya pada kita, perhatikan kejadian diri kita seperti..garisan halus yang memisahkan antara isi dan kuku..kalau garisan halus tu rosak isi tepi kuku jadi bengkak sebab tiada perlindungan dari kotoran dan sisa makanan...sungguh garisan halus itupun ada hikmahnya, kalau rosak, sengsara pedih, nak buat kerja rumah pun susah, perhatikan pula lidah..lidah nan satu tapi mampu merasa berbagai jenis rasa, dan berbagai lagi kegunaannya..

Alamak, dah macam ustazah la plak, ishh..idokle..sesekali saling mengingatkan terutama buat diri sendiri sebab saya pun sedang berusaha nak jadi baik, sedang berusaha nak buang mazmumah yang dah berkarat nih, jenuh nak sental tak sejenuh sental kuali yang hitam tuh...


18 Feb 2015

Harmoni sungguh ye...

Aduhai...takde galah ke galah hilang? Ermmm...betik mana boleh jolok dengan galah..hi hi.

17 Feb 2015

Bro Hasrul Hassan datang melawat.



Terima kasih saudara.


Bro Hasrul Hasaan, terimakasih bebanyak sudi singgah kat blog picisan saya sini, komen apa patut yang sebenarnya satu tunjuk ajar yang sangat berguna untuk saya sebagai seorang blogger.

Seronok sangat rasanya membaca komen saudara Hasrul Hassan di SINI, SINI, SINI dan SINI. Komen-komen tu in shaa Allah akan saya jadikan pemangkin semangat saya untuk terus aktif menulis, dan saya harap sangat kedatangan saudara Hasrul Hassan ke sini sedikir sebanyak menaikkan graf trafik blog saya nih, hi hi..in shaa Allah.

Walaupun mungkin hajat saya nak buat duit melalui blog tu tak kesampaian, at least saya cuba sharekan sesuatu yang bermanfaat yang akan jadi saham akhirat buat saya, rasanya itu dah cukup membuatkan saya bahagia dan gembira, yelah..mungkin ada antara post-post saya yang boleh memberi kesedaran, keinsafan pada yang sudi singgah. In shaa Allah setakat ni saya takde menulis yang lagha, yang ada tu banyak cerita tentang keluarga, anak-anak tadika saya, sedikit petua dan entri berbentuk kerohanian.

Oye, entri yang saudara Hasrul Hassan cari tu ada di Sunday, 28 Disembar 2014. Jemput singgah lagi, jangan jemu..

Pssst...hari ni amik cuti, kesian Umar Zikri belum sembuh dari ciken pox, sambil santai ni, berazam nak BW bebanyak hari ni, aduhai...keje suri rumah melambak tu...

16 Feb 2015

PUISI: AKU SEORANG YANG TIDAK MENGENANG BUDI.





google imej

Setiap ingat DIA, selepas itu aku lupa lagi
Aku ingat DIA ketika aku susah, tetapi jarang ingat DIA ketika aku senang
Aku lapar DIA bagi makan, aku haus DIA beri minum
Aku penat DIA bagi rehat di malam hari
Aku jarang sekali mengingati DIA
sedangkan DIA selalu ingat akan diriku
Aku buat salah DIA sentiasa maafkan
Aku sedih DIA hiburkan
Aku sakit DIA sembuhkan
sekalipun aku buat kesalahan besar, DIA masih beri aku udara untuk bernafas
DIA sediakan keperluanku, tapi aku masih jarang sedar kehadiranNya
DIA cinta dan sayangkan aku, sedangkan aku cinta dan sayangkan orang lain
Orang tak pedulikan aku, tapi DIA sentiasa ambil peduli tentang aku
Aku disisihkan, tapi DIA masih ingin mendekat
DIA tahu isi hatiku, tapi aku masih jarang berbicara padaNya
DIA beri ku rumah untuk berlindung
DIA beri kesihatan yang aku sering lalai dengannya
SUNGGUH..aku ini manusia yang tidak mengenang budi
Terlalu banyak keperluanku terhadapNya, sehingga aku lupa DIA
Sehingga kadang DIA sengaja menyusahkan aku, agar aku ingat semula pada DIA
Tapi aku marah!
Aku slahkan takdir
Salahkan DIA.........
Aku tak sedar, aku tak tahu apa itu hikmah
Aku tak renungkan, tak muhasabah diri
Sedangkan sebenarnya..
DIA hanya ingin aku datang dan meminta padaNya
DIA sebenarnya ingin aku bermanja denganNya
DIA sebenarnya rindu menanti aku bercerita padaNya
DIA sebenranya kekasih SEJATI
cuma...
Aku memang lupa daratan
Bila aku ingat DIA, aku hanya mampu ingat sekejap sahaja
Dan selepas itu lama aku melupakanNya..

Allah...ampun, ampun, ampun, ampun, ampun, ampun, ampun..jangan KAU jemu padaku..
sajak dari ayahandaku tercinta, yang sentiasa memberi tunjuk ajar, terimakasih...

14 Feb 2015

Gemuk, diet..azam, kesungguhan..

Assalamualaikum wr.wb buat semua teman-teman yang dikasihi.

Takde nak cakap apa. Saja, dari tak berupdate. Entahla, macam dah malas, macam takde idea, mungkin kepenatan. Tapi tetapla sayang dan rindu kat sini. Tu yang curi-curi masa juga update walaupun kadang entri copy-paste, entri dari perkongsian wasap ataupun entri merapu camni.

Tadi baca kat blog Mia, aizamia3 dan blog JR...semua berkisar pada cerita gemuk. Tapi suami yang dalam blog JR tu, memang tak patut, mana ada orang perempaun yang saja-saja nak bagi badan jadi gemuk. GEMUK...aghhh..tidak, ketakutan paling besar bagi kaum wanita. Gemuk mean tak cantik, tak sihat, tak menawan dah, dan bila tak menawan ketakutan lain pula yang menyerang...takut suami menjeling pada yang lain, yang lebih slim, lebih menawan, betul tak, betul tak ?

Nak kurus? Macam-macam cara ada. Dari yang kena keluar duit ribu-ribu atau tak payah keluar duit.

Teringat sorang kakak ni dulu. Suka makan dalam piring cawan. Bila ditanya kenapa? Jawabnya sebab taknak makan banyak. Oraitt jugak kan, kalau tak ditambah bila nasinya habis.

Tak pun camni..jangan masak sedap-sedap, masak dua jenis lauk je..lauk dan sayur, tu pun rebus-rebus je. Takyah la nak sambal bagai, kalau ada sambal konpom laju je makan.

Banyak lagila caranya kalau betul nak sihat tu. Cari sendirilah plak ye, hi hi
Yang penting kesungguhan. Kalau tak bersungguh gunalah apa cara sekalipun, sure tak menjadi punya.

Ermmm..takat ni jelah yang mampu kuperah otak malam ni.

Oye, satu lagi..Saidina Umar kalau makan tak pernah lebih dua lauk, punya takutnya kepada sifat hubbundunya, tapi kita..ermm..malaslah nak cerita..
ada kesungguhan, in shaa Allah..

13 Feb 2015

Puisi: Nilailah solat mu..

Hidup yang kelam kabut datangnya dari solat yang kelam kabut
Hidup yang tak menentu datang dari solat yang tak menentu
Hidup yang celaru datangnya dari solat yang bercelaru
Hidup tiada keberkatan datang dari solat yang tidak diberkati
Hidup serba lengkap tapi hati tidak pernah puas, datang dari solat yang tidak lengkap ( ponteng, tidak cukup 5 waktu )
Hidup yang tidak tenang datangnya dari solat yang tiada toma'ninah
Hidup yang bermasalah datang dari solat yang bermasalah
Sedangkan...
Hidup yang cemerlang datang dari solat yang cemerlang
Hidup yang tenang datang dari solatnya yang tenang
Hidup yang diredhai datang dari solatnya yang diredhai

" Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang KHUSYUK dalam SOLAT yang mereka lakukan."
Al-Mukminun: 1-2.

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa..
(Takziah buat seluruh ahhli keluarga TGNA atas pemergian beliau )
ajarlah, tekankan, ingatkan selalu tentang solat kepada anak-anakmu.

12 Feb 2015

Ciken pox sudah menyerang!!

Dari 22 orang pelajar tadika, minggu lepas tinggal 7 orang, minggu ni dah agak ramai yang sihat, cuma tinggal 6 orang je yang masih mc.  Minggu lepas memang santai sangat, mengajar pun relax je. Minggu ni yang tukang buat kecoh, suka cari pasal dah sihat, poning yo dibueknyo.

Ingatkan Umar Zikri selamat. Rupanya virus tidak mengenal mangsa. Takpelah..Allah bagi sakit sebab Allah sayang Umar Zikri kan. Dan buat sari dua ni bolehla ibu rehat kat rumah, bukan rehat sesaja...banyak kojo nak kono solosai.

Mak aiii, syiling dh naik sawang, ekzos fan kat dapur dah berkarat, nak gosok baju abah, nak mop lantai, bla..bla...bla..bla...Masya Allah banyaknya nak kena settle.

Salam sayang buat semua, ampun maaf.

10 Feb 2015

Tips menghilangkan penyakit barah/kanser melalui ayat suci Al Quran.

Perkongsian yang sangat bermanfaat, nak share kat sini, moga lebih ramai mendapat kebaikan, mungkin ada samada saudara terdekat, sahabat-handai atau sesiapa saja.

Cium bau, kenal sapa punya.

Rupanya kes di taska saya dulu berulang juga di taska tempat saya bekerja ni. Wah! Kes apa tu? Seriusnya. Serius dan kelakar, ha ha..Nak tau kes apa? Sabar, sabar, nanti saya crita.

Saya rasa masalah ni terjadi kat mana-mana tadika dan taska. Biasa tadika beroperasi seiringan. Ada tadika, mesti ada taska. Parents banyak mintak macam tu, senang, takyah nak pikir banyak, nak skool kt lain, nak taska kat lain, nak cari kenderaan lagi, ada tadika, ada taska senang.

Ermmm..nak critanya lain, pusing dulu kot lain yer. Bersangkut paut sebenarnya.

Gini. Kami as a teacher or pengasuh ke, selalu pesan, dan selalunya diawal pendaftaran lagi minta parents tuliskan nama anak memasing kat baju, tuala supaya memudahkan urusan pemulangan setiap hari jumaat. Tapi selalu terjadi depa tak tulis nama, entah sayang nak conteng ke lupa, tak taula. Jadi bila nak pulangkan untuk dpa awak balik basuh dah susah, bebudak tu pun kadang tak kenal barang sendiri.

Al kisah, semalam dan harini terjadi  2 kes lucu. Semalam punya kes, sorang budak tak masukkan baju dalam beg, bila ditanya suma pakat tak ngaku. Nak tau, depa buat apa, depa cium baju tu, " haaa...ni baju Rayess" kata si tukang cium, bila tanya si Rayees betul tak baju dia, malu-malu ngaku iya. Fuhhh..terer sungguh, bole kenal baju sape melalui bau je.

Tengahari tadi...ada lagi kes baju skolah tercicir tak masuk beg. Samalah, pakat tak ngaku sape punya. Saya pun apa lagi panggil si tukang cium semalam, "Faris, cium jap, baju sape ni",
Si Faris pun tanpa lengah menjalankan tugasnya...kemudian tersengih macam kerang busuk..
" Kenapa? Baju sape tu?"
" Baju saya..."
" eh, eh, eh..Faris, Faris, baju sendiri rupanya"

Kat taska saya sendiri dulu pun bebudaknya terer bole cam bau kawan, cium je baju ke, tuala, dah tau sape punya.

Saya terfikir...erat sungguh, suci hati bebudak ni, kalau kita rasanya tak gamak nak buat camtu. Ni kat tempat baru ni pun, tak sampai sebulan pun lagi saya dok ajar surah Al Fatihah, ayat kursiy, dah ada yng dapat mnghafalnya. Alhamdulillah.

9 Feb 2015

Punyalah sibuk.

Ni nak salahkan diri sendiri ke nak salahkan Muhammad Hilman yek? Salahkan Muhammad Hilman lah, yelah..dah berulang kali ibu suruh beli 'benda alah' ni nak jahitkan masa ibu belum sibuk dulu. Tak dibeli-beli, sampailah ibu dah sibuk keje 5 hari seminggu, baru teringat nak beli, kelam-kabut ibu nak jahitkan. Tambah lagi kena jahit manual.

Elok-elok dah jahit, tengok senget plak. Bukak balik, tinggal tergantung sebab yang kat atas je ibu jahit lurus. Dah sibuk urusan lain, tinggal dulu, nanti sambung.

Sampailah malam tadi, Muhammad Hilman cerita..."ustazah tanya, sape jahit ni...?"
Masya Allah, memang terlupa sampai kesudah...

7 Feb 2015

Kalau terpercik cili...

Ni kisah minggu lepas.Nak kongsi sebab rasanya petua ni amat berguna kepada para suri/sura rumah semua. He he.

Al kisahnya, bila dah balik kija lambat, masak dinner lauk ringkas-ringkas jelah. ( cuma nak share juga nih, Alhamdulillah saya dibenarkan balik awal kira2 kul 2.30 petang, dalam kul 3 sampailah ke rumah ) Kadang goreng ikan, sup sayur, kadang asam rebus ikan, sayur campur, ataupun kadang ikan bakar dengan bayam tumis air. Ha'ah..kami lebih suka makan ikan dari ayam, terutama abahnya, kalau lauk ayam dia tak layan, ayam injek lah, ayam terlebih hormonlah..

Jadi bila lauk ringkas camtu, nak kasi pedas kenalah buat sambal, dan sambal yang paling mudah he he, tumbuk cili, perah limau kasturi, tuang kicap, dah cukup mengancam dah tu bagi kitorang. Malam tu saya bakar ikn cencaru, nak cicah dengan sambal tulah. Dalam dok kelam-kabut menumbuk cili, tetiba..." adoii, pedih, tolong ibu, tolong ibu" semua pakat meluru, bila saya menjerit sambil membasuh muka kat sinki.Bukan makin hilang, tapi makin merebak pedih dan panasnya. 

" amik ais ibu, letak kat situ" kata kakak.

Ais takde, tak buat. Amikla cawan yang berisi lebihan santan yang dah beku. Alhamdulillah...bila dah lekapkn agak lama kat tempat terpercik cili tu, rasa pijar tu hilang. Anak saya Muhammd Hilman pun siap buatkn ais kot lain kali ibu terpercik cili.

Bila tanya kakak, mana dia dapat petua tu, katanya dia terpikir sendiri je. Tapi memang menjadi tau kengkawan, sebab baru semalam terpercik cili kat jari plak, letak ais, dalam tak berapa lama rasa pijar tu pun hilang.

6 Feb 2015

Terimakasih adikku JM.

Ni kali kedua  dapat hadiah dari Jm. Hadiah sebagai salah seorang pengomen terbanyak bulan Disembar 2014.( kalau tak silaplah).
Sebenarnya dah lama dapat, cuma terlambat berceritanya. Haa..spesel tau, buah tangan dari Shenzen, China. Best betul jm, merata dapat berjalan ke negara orang. Kita tumpang baca cerita dia pun seronok, jadilah...tak dapat pegi,dapat tengok gambar yang cantik-cantik dan mengujakan kat blog jm.

Sekali lagi, tq my dear jm..

Terima kasih kzakie ku sayang:-)

Serba-salah sebab hadiah untuk segmen yang saya buat hujung tahun 2014 aritu belum settle lagi. Masalah besarnya nak dapatkan setem. Susah. Kat Beranang ni dulu ada kedai buku jual setem, sekarang dah takde, nak beli kena pegi pejabat pos. Kami keluar keje seawal jam 5.45 pagi, mane ada pejabat pos bukak time tu, balik keje pejabat pos dah tutup. Minta tolong suami belikan, dia kata susah cari parking kat KL tu, nak kena pegi dengan kawan, kawan kena tunggu dalam kete, aduhai..

Pikir-punya pikir, nak minta tolong sape yek, ntah camane boleh terpikir nama kzakie, dengan muka tak malu walaupun ada rasa serba-salah, trylah wasap kzakie, kot-kotla dia mau menolong...

Petang semalam, dalam kul 5 petang, sampailah setem yang dok sebulan saya susah hati memikionye, kiriman dari seorang sahabat yang jauh, tapi amat dekat di hatiku, beserta sebiji tasbih moden yang comey sesangat.

Apalagi yang boleh saya ucapkan, moga Allah membalas  segala kebaikan kzakie, moga rahmat dan kasih-sayang Allah selalu bersamanya, moga semakin murah rezekinya, diberkati hidupnya dunia dan akhirat, aminnnnn..

Na-liena, tolong wasap atau sms semula alamat, yang aritu anak acik dah terdelete-012-2127148, 018-9010340.

1 Feb 2015

Tak habis lagi ye Azimah..

Azimah, azimah..aduhai..tak habis lagi citer semalam yea.

Tulah, dulu saya tak merasa nikmatnya cuti sabtu ahad sebab saya kija 3 kali je seminggu, cuti-cuti umum pun saya tak berapa nak tunggu. Tapi bila dah kija 5 hari seminggu ni, saya rasa saya amat menghargai saat-saat bersama anak-anak dan suami, saat-saat dapat BW sepuas hati ke laman sahabat alamaya.

Memang dulu masa ada bisnes tadika/taska sendiri masa kerjanya 5 hari seminggu jugak, tapi saya still boleh lari-lari jenguk rumah, buat apa patut, yelah..boss kan, anytime bole je keluar. Tapi bila kita jadi pekerja mana boleh buat sesuka hati, kenalah ikut arahan boss, ye dok?

Taknak buka tadika/ taska sendiri semula ker? ( kot ada yang bertanya camni ), tak kot...dah tua, dah malas nak pening-pening kepala. Ada bisnes sendiri ni memang best, cam tadika..kita boleh corakkan tarbiah camane yang kita nak terapkan kepada anak-anak tadika kita, cam saya dulu, lebih kepada tarbiah islamiah, begitu juga tadika yang saya bekerja sebelum ni, amat menekankan soal syariat, contohnya tidur diasingkan bilik lelaki dan perempuan seawal usia 4 tahun, bilik air pun diasingkan, sebelum keluar cuci kaki, dalam tandas ada selipar, keluar dan masuk tandas dengan doa...

Di tempat baru ni, walaupun namanya ada islamic di belakang, banyak yang saya perlu berbuat supaya sesuai dengan nama itu, saya tambah perbarisan pagi dengan doa, shahadah dan bacaan surah, saya mula melatih solat walaupun anak-anak itu bersungut.." Tak best la solat teacher, penat..", saya ajarkan malu kerana mereka sebelum ni bebas terbogel sebelum dan selepas mandi, saya asingkan tempat diorang bertukar pakaian..dan rasanya banyak lagi yang saya perlu berbuat. Takla bermakna saya bagus, tapi saya cuba jadikan kerja saya sebagai ibadah, dan anak-anak di sini faham islam dan syariat sesuai dengan nama tadika yang dilagangkan..

Aduhai..rasa kejap je cuti 2 hari ni. Esok dah nak kija balik, tapi saya dah cuba minta kija separuh hari, harap-harapla puan Aida tak keberatan, kalau tak nampaknya yang semalam wasap dia tu kira notis sebulan la yek, alahai azimah, azimah..ntah apa-apa la ngko nih!

Saya boss, he he..entah mana pegi bekas cikgu tadika saya
berdua ni, yang tudung putih bercermin mata tu
lepas berenti kerja dengan saya, bukak tadika sendiri juga.
Kakak..no 2 dari kanan.
Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign