Asam Garam Kehidupan: JOM JOIN SEGMEN SAYA: Ambillah iktibarnya.

Nuffnang

Pages

31 Dec 2014

JOM JOIN SEGMEN SAYA: Ambillah iktibarnya.

********************************************************************************
Tersebut kisah tentera Iskandar Zulkarnain melalui sebuah terowong yang tersangat panjang dan gelap. Terpijak oleh mereka batu-batu yang menyakitkan kaki. Ada orang berkata sebenarnya terowong itu dipenuhi oleh emas, intan dan berlian. Ada yang percaya, tetapi ada yang lansung tidak percaya.

Yang percaya mula mengutip apa sahaja yang tercapai oleh tangan sehingga penuh kedua-dua tangan mereka. Ada yang membuka baju masing-masing dan membuat bunjut sehingga penuh bunjut, dimasukkan pula ke dalam mulut-mulut mereka. Yang tidak percaya tidak mengutip apa-apa berlalu begitu saja.

Bila hampir sampai ke hujung terowong, cahaya samar-samar yang menyuluh hujung jalan itu sehingga ternampaklah oleh mereka betullah di dalam terowong itu dipenuhi intan berlian. Ada yang meminta kebenaran dari Iskandar Zulkarnain untuk berpatah semula untuk mengutip segala khazanah berharga tersebut tetapi tidak dibenarkan. Semuanya menyesal, menyesal yang amat sangat...

Yang paling menyesal adalah mereka yang lansung tidak percaya. Yang percaya tapi hanya mengutip sedikit pun menyesal. Yang mengutip banyak sehingga penuh baju dan mulut mereka pun menyesal.." kenapa aku tak pinjam baju kengkawan, boleh isi banyak lagi. Dan yang paling menyesal juga adalah mereka yang mengutipnya tetapi dek penat oleh perjalanan yang jauh itu lalu dibuang kembali apa yang dikutip itu.


google imej
*********************************************************************************

Assalamualaikum semua..entri di atas tu adalah SEGMEN yang julung-julung kali saya buat semenjak saya berblog ni, puas saya memikir-mikir macamana saya nak buat sebuah segmen yang darinya sesiapa yang join dapat sedikit ilmu dan iktibar, so inilah dia..senang je..ceritanya ada IKTIBAR nya, bagi sesiapa yang dapat memberi ulasan atau iktibar  yang paling tepat, in shaa Allah ada hadiah yang tak seberapa untuk kengkawan yea.

Syarat nak join mudah saja.
1. Sudilah follow blog saya, jadi teman ukhwah saya. ( kawan yang dah sedia follow pun boleh join)
2. Kalau sudi jadikan saya dalam bloglist anda. ( taknak pun takpe )
3. Copy cerita di atas tu, beri komen berbentuk iktibar dan backlink ke sini.
4. Tinggalkan URL entri kat comment box.
5. Segmen ni akan berlansung sehingga 31/12/2014 sahaja. So ini adalah sticky entri, untuk entri baru sila skroll ke bawah, tq....tapi rasanya untuk tempoh ni, takde entri kot, sbb nak BW ke semua blog kengkawan baru yang sudi join di sini.

Oh ya..satu lagi khabar gembira yea..( gembiralah sangat kan, gembira bagi saya ofkoznya )...kepada rakan follower baru saya akan follow back dan jadikan anda sebagai bloglist saya juga. Haaa..so tak rugi join tau.

25 comments:

  1. As'salam..nampak hikmah ni cikgu sangat naqmpak hikmahnya..Mohon maaf kan Etuza ya..mulai dah sibuk ikut orang rumah nak beli itu ini..pakaian alat sekolah anak2. So agal late online sejak hari kemarin..tadi juga baru cuci wira ...nak join ..malam ini akan selesaikan ya..menarik ni...bagi blogger yang nampak hikmah ni..yakin dan Percaya ada rezeki di mana-mana. tahniah buat segmen berhikmah ini..

    ReplyDelete
  2. http://madey09.blogspot.com/2014/12/jom-join-segmen-saya-ambillah-iktibarnya.html LAPOR diri untuk join sila ke laman Etuza

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, dah follow dan buat entri..

    http://www.akusyafiq.com/2014/12/jom-join-segmen-saya-ambillah-iktibarnya.html

    Selamat berkenalan ;)

    ReplyDelete
  4. Selamat bersegmen kepada semua yang terlibat...juga penganjurnya...

    ReplyDelete
  5. nom.100 datang support ini segmen..! :D

    http://ilhamdatangdarihati.blogspot.com/2014/12/jom-join-segmen-saya-ambillah-iktibarnya.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. p.s/ saya buat iktibar di entri saya terus ya kak.. dan blog yg saya follow mmg auto masuk bloglist.. :D

      Delete
    2. wow...nana liana,camana setting tu?

      Delete
    3. oh,maksud sya ,sesiapa yg saya follow tu mmg sya akan masukkan terus dlm bloglist ..hehehe..senang sikit..

      Delete
  6. Bagi kakak sedikit masa utk harap dapat menjoinkan segmen ini Azie.
    Anak kakak ada buku yg salah satunya terselit kisah ini...

    ReplyDelete
  7. saya join segmen ni.

    http://sallyadan.blogspot.com/2014/12/jom-join-segmen-saya-ambillah-iktibarnya.html

    ReplyDelete
  8. Ok kakak akan join dik.. (akan dipublish jam 12:32 nanti)

    http://zakiepurvit.blogspot.com/2014/12/jom-join-segmen-azie-ambil-iktibarnya.html

    ReplyDelete
  9. Tahnia ramai join ya Nom...bagus

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum...

    follower ke 102...
    done letak kat senarai bloglist juga...

    nak join... cuma tak punya masa...

    but i ve red de story before...

    ibrahnya... sepanjang hidup ni... rugi lah kalau tak buat baik, tak cari ilmu dan beramal... nnt balik jumpa Allah dalam keadaan yang sangat rugi kerana mensia-siakan tempoh yang Allah pinjamkan didunia ini....

    wallahualam... padu peringatannya.

    ReplyDelete
  11. Salam Perkenalan dari Kisahpondokkecil.com

    Saya join:

    http://www.kisahpondokkecil.com/2014/12/jom-join-segmen-saya-ambillah-iktibarnya.html

    ReplyDelete
  12. masih berlangsung kan segmen ni, moga ramai lagi join ya

    ReplyDelete
  13. sister... i ve red all ur participant entries.
    hahaha... i pulak yang g blogwalking (tak malu).
    saja lah nak tau apa ibrah dia sebenarnya.

    hihihih...
    nampaknya ibrah saya jer yang tak berapa nak sama dengan orang.
    hikhikhik...

    ish... nnt share yer apa ibrah dia yang sebenarnya.

    ReplyDelete
  14. okay... finally ... i join ...

    http://hnr318.blogspot.com/2014/12/renungan-asam-garam-kehidupan-ayuh.html

    p/s: nnt bagitau yer apa ibrah dia sebenarnya.

    ReplyDelete
  15. In shaa Allah, semuanya betul, cuma kurang tepat...yang tepat akan diberitahu pada 1/1/2015, in shaa Allah...tunggu yea.

    ReplyDelete
  16. Salam Na, saya join. thanks miss you

    http://baby-pose.blogspot.com/2014/12/jom-join-segmen-blogger-na-ambillah.html

    ReplyDelete
  17. SALAM kak..terhurup besar pulak..
    insha Allah akan saya joing..

    ReplyDelete
  18. Terimakasih pada semua yg sudi join, saya sangat hargai..:)

    ReplyDelete
  19. Salam kenalan
    #107
    http://www.coretanhatiibu.com
    insha allah kalau sempat saya join..

    ReplyDelete
  20. baru nk baca entri ni selepas balik dari bercuti panjang

    ReplyDelete
  21. haaa..lama betul JM menyepikan, takpe..yg penting bole ambil isinya.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign