Betullah kata pepatah bidalan melayu. Bijak sungguh orang dulu-dulu mencipta perumpaan, dalam lembut ada teguran, dalam sinis ada yang sentap, dalam gurau ada peringatan, tak giteww..setuju sangat dengan situasi yang kono kek batang idung den ni.
Kisah eh, minggu ni kan ada catuan air kat beberapa kawasan Selangor dan Putra Jaya, termasuklah area rumah den. Sempatlah menakung air barang dua tiga tong. Alhamdulillah menjelang khamis bekalan air pulih sepenuhnya kat area rumah den la, tapi ada gak kawasan yang semput lagi, terutama yamg duk flat.
Tapi dah tersurat nasib badan, air tercatu semula, bukan SYABAS yang catu. Tulah anak-anak ni. Ganeh bebona tangan eh. Dah berbuih mulut omak eh ni berleter, tadah air dalam botol sendiri, tadah air, tadah air, senang nak minum, tak payah tiap kali nak minum baru nak tadah secawan kat sinki. Almaklum senang bebona tak payah masak air kan, bukan takdo boto air memasing, tapi takmo jugak donga, sorang tolak kepala paip tu ke kiri, sorang tolak ke kanan, kiri, kanan, kiri, kanan..lelamo patah. Dah jadi cenggitu kenala tutup kepala paip kek bawah sinki. Sudah eh macam takdo air gak. Kalau bukak kepala paip bawah sinki jawab eh menyembur basah satu dapur.
Ishhh...kalu sis Irda Garmin baca entri ni mesti dia promote dia punya Coway...takdo duitlah cayang oii..
Sib baik den belum curah air yang den tadah ni. Kalo tak susah gak nak masak nih. Toklaki den takmo makanan boli. Dio suko den gak masak, walaupun cumo goreng ikan ngan sayur jo, bukan apo, dio nak bagi pahalo lobih kat den tu.
![]() |
| Sib baik den belum curah air ni. Cadangnya nak buat cuci- cuci, mop-mop.. |
![]() |
| Patah sudah. Korang nak kutuk den maleh kutuklah, den bukan taknak cuci yang berkarat tu, dah takdo air, camano. Dari ahad lepas sampai khamis, air guna jimat-cermat buat basuh apa yang patut je. Tapi grill tu memang berkaratlah, sebab catnya dah banyak yang longkeh, toklaki tak sempat lagi nak ngecat semula. |
Selamat bercuti dan beristirehat kepada kengkawan yo, cuti tiga hari, memacamla program yang dah bersusun dalam kepala tu, ye tak..yang nak balik kampung, yang nak gi jemputan kawen, yang nak kawen, yang nak bercuti ke pulau, yang nak ngukur jalan, semoga selamat semuanya ye. In shaa Allah.



