Tak habis lagi citer Cameron ye, gasakla korang, nak baca ke taknak baca ke, ni den punyo citer, den maleh bona nak memerah otak mencari idea bernas sebernas beras bernas tu, so..sebelum semua kenangan tu berkubur tanpa nesan, biarlah den abadikan di sini untuk kenangan sok-sok yo.
Balik dari tawar-menawar jagung tu, kitorang singgah di Ladang Boh Sungei Palas, anak den tanya nape eja sungainya jadi sungei, entohla..den pun tak dapat menjawab soalan itu. Sempatlah bergambar di luar ladang je. Langit dah mendung semacam, dalam gambar pun nampak gelap. Nak masuk ke kilang Boh tu, sekali dah tutup daa.
Okeh.
Balikla ke rumah tumpangan Mardi di Tanah Rata. Sampai je dah pukul 7 petang. Uumak aiii...menggelatuk sejuk eh. Tak best betul gi Cameron musim hujan camni. Nak mandi pun tak sanggup, ada je water heater, tapi badan dah sejuk, nak bukak baju pun tak sanggup, nak mandi lagilah tak sanggup. Tak pelah, halal lah, tak masyem pun.
So, misi untuk makan malam. Saya memang ada bawak beras. Mytoklaki dah cakap rumah tu ada dapur bagai, cantikkkk. Ada bawak sambal sotong dah siap masak dari rumah, bawak tolo. Bukan apo do, dah jalan reramai ni, ekonomi nak kena pikir jugak. At least beli sejenis dua lauk siap pun cukup dah, jimat sikit. Itu pikiran den lah. Rupanya start lepas maghrib je, hujan turun lebat selebatnya. Haa..nasib baik dah ada lauk siap masak dari rumah. Kalo tak makan nasi berlauk garam je kot, tak pun, harus kena berpuasa je malam tu, tak pun makan jagung rebus je. Tapi memang ada rebus jagung pun.
So, makan lah dinner kitorang malam khamis tu seadanya saja. Alhamdulillah..kenyang juga.
Korang ada cam den tak? Yelah bila pi jenjalan tu suka bawak bekal makan? Takpelah bagi yang duit berkepuk kan, beli ajeh, singgah ajeh mana-mana, no hal, small the matter ye. Tapi bagi den, yang poket tak berapa nak tebal nih, memang suka bawak bekal. Cari rumah tumpangan atau homestay yang ada dapur. Boleh masak, then makan sesantai cam rumah sendiri.
Takpelah semua ada cara memasing kan. Yang penting dalam kita bergembira, kewajiban terhadap Allah swt jangan sampai terlepas. Solat pun kita boleh jamak qasarkan. Masjid, surau pun merata, even dalam kereta pun boleh solat, antara nak dengan taknak je. Baiknya Allah, Tuhan kita itu, dalam kita bergembira, diberiNya kemudahan dan keringanan bagi kita menunaikan kewajiban kita sebagai hamba.
Takpelah semua ada cara memasing kan. Yang penting dalam kita bergembira, kewajiban terhadap Allah swt jangan sampai terlepas. Solat pun kita boleh jamak qasarkan. Masjid, surau pun merata, even dalam kereta pun boleh solat, antara nak dengan taknak je. Baiknya Allah, Tuhan kita itu, dalam kita bergembira, diberiNya kemudahan dan keringanan bagi kita menunaikan kewajiban kita sebagai hamba.
Cheh...ustazah tak bertauliah nih.
![]() |
| Amik feel jadi tokeh ladang jap. |
Yang sengih lebar depan sekali ni adik ipar den, bujang lagi. Tengah cari calon.





