Pada suatu hari, seorang hamba Allah dalam satu perjalanannya telah melihat seorang kanak-kanak sedang memegang seekor burung.Hamba Allah itu berhenti melihat dan bermain-main dengan burung itu. Ketika itu juga timbul rasa sayang dan kasihan di hatinya kepada burung itu, lalu dibelinya burung itu.
Tujuan dia membeli burung itu adalah semata-mata untuk membebaskannya. Dengan niatnya itu, maka dilepaskannya burung itu. Terbanglah siburung bebas tanpa gangguan.
Apabila hamba Allah ini meninggal dunia, seorang sahabatnya telah bermimpi berjumpa dengannya, lantas sahabatnya bertanya, " Apakah yang telah Allah Taala lakukan padamu?"
" Allah Taala telah mengampunkan semua dosaku." Jawab hamba Allah itu.
" Apakah yang menyebabkan Allah Taala mengampun segala dosamu, adakah kerana keadilanmu atau kerana ibadahmu atau kerana sifat zuhudmu?" tanya sihabat lagi.
" Apabila aku dihantar ke kubur datanglah dua malaikat yang sangat hebat rupanya. Ketika itu gementarlah seluruh tubuh dan urat sarafku, aku kebingungan, ketika kedua-dua malaikat itu mendekatiku dan mula hendak bertanya kepadaku, tiba-tiba kedengaran suatu suara."
" Jangan kamu seksa hambaKu itu, dan jangan kamu menakutkan dia, kerana sesungguhnya dia pernah menyayangi seekor burung semasa hidupnya dulu, oleh itu sekarang Aku mengasihani dan menyayanginya."
Sesungguhnya ihklas itu menjadi mata di sisi Allah, Imam Al Ghazali juga dapat masuk syurga bukanlah kerana hebatnya ibadah dan ilmunya, tetapi kerana ikhlasnya Imam Al Ghazali ketika membiarkan seekor lalat menghisap dakwat penanya sehingga lalat itu terbang sendiri...
Binatang pun makhluk Allah..
ReplyDeleteyang wajib kita santuni
ReplyDelete