Bila balik kampung camni barulah anak-anak berpeluang main ngan kucing. Tu pun kena pantau si Umar Zikri, ikutkan dia, nak je meluk kucing tu sepuas hati dia, tapi jangan buat pasal, kang tak pasal2 kena gi spital sedut gas.
Kucing kampung ni senang nak bela. Bagi makan nasi gaul tulang-tulang, kepala ikan jer, tak perlu whiskees, friskis bagai, makan je sampai habis. Tak pun kejar tikus. Kucing bandar, tengok tikus pun wat tak tau je, dah hilang sense berburunya, apa taknya hari-hari makan tak perlu cari pun, tuannya dah beli berkotak-kotak whiskees.
Senang bela kucing kampung ni. Senang makan, nak membuang dia tau ke tanah. Tahan lasak plak tu, jarang kena penyakit. Tapi yang putih tu ada sakit mata. Kena kencing ngan katak, tulah balanya sebab kejar katak, selalu sangat merayau, jarang balik rumah.
Saya ada sorang kawan yang suka sangat kucing, banyak kucing jalanan kat rumah dia. Dia kasi makan nasi gaul isi-isi ikan je. Saya kagum dengan dia, katanya kucing-kucing tu faham bahasa, dan selalu mendoakan dia. Tapi memang rezeki dia selalu murah, mungkin berkat berbuat baik pada kucing.
Kucing kan binatang kesayangan Rasulullah. Muizza kucing kesayangan Baginda pun mati tak lama selepas kewafatan Nabi. Bertuahnya Muizza, jadi kesayangan Nabi..
berkat hidup memberi makan pada kucing makhluk Allah juga...
ReplyDeleteBetul, setuju
ReplyDeleteCantiknya kucing tu mak....putih semua badan ek. Betul, si Onyeng kat rumah ni pun sama, tak aktif langsung... Banyak makan aji dlm friskis kot hihi...
ReplyDeleteyang putih tula kena kencing katak kat mata dia.
ReplyDelete