Asam Garam Kehidupan: Meraih Jannah dari dapur.

Nuffnang

Pages

26 Oct 2017

Meraih Jannah dari dapur.

Rasulullah saw bersabda:
" Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya adalah lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah."

( HR Anas bin Malik )
Rasulullah saw bersabda:
" Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari ( sang isteri ) berpuasa setahun."

Rasulullah saw bersabda:
" Saat isteri menyiapkan makan pagi dan malam , maka pahalanya mengalir melalui jari- jemarinya."
Larling puji sedap gak buah kedondong buat sambal, so den sharelah resepinya kot ado yang nak cuba. Den petik kedondong musim2 panas camni buahnya taklah masam sangat.
Bahan2 eh:
Buah kedondong dalam 6 ke 7 biji. Kopek dan potong nipis2.
Segenggam ikan bilis.
6 ke 7 biji cili api, sape suka pedas silalah tambah ikut rasa hati yea.
Garam dan sedikit gula.
Pastu tumbuk cili dan ikan bilis, jangan hancur sangat, tumbuk juga kedondong yang dah diracik tu, gaulkan garam dan gula secukup rasa, gula tu janganlah banyak sangat yea,agak nak kasi seimbang rasa je. Siap. Bolehla disantap dengan jayanya. Hehe.

31 comments:

  1. Bertuah pandai masak..
    In shaa Allah bekalan akhirat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai sikit je Liz, Tak mampu weyh nak makan kt kedai selalu.
      In shaa Allah, aminn

      Delete
  2. Teringat mula2 kawen dulu rajin masakkan suami sambal tumis ikan bilis, boleh dikatakan hari2... dia suka dan tak de komplen pun... sampai satu hari tu, waktu tu saya tgh 'mabuk' sebab mengandungkan anak yg sulung. Alah dgn bau2an dan rasa. semua yg saya makan rasa pahit. Minum air gula pun tetap rasa pahit. Apalagi bila saya masak sambal saya buh gula dekat nak setengah cawan untuk hilangkan rasa 'pahitnya konon'. Time bila asben makan dan2 tu dia terjeluek muntah sebab sambal kegemarannya manis semanis2nya. Bermula dari hari itu sampai sekarang dia tak pernah lagi suruh saya masak... kalau nak makan dia ajak saya keluar. Skrg dia cuma suruh saya bancuhkan air je bila dia nak minum... hehhehe... sonang gak kojo mak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu diaaa, manis cam penganan lah ek sambal eh, hihi..nak buat camano, dah mabuk kan, dah tu smp sekarang tkyah masak, uishhh...sonang boto gayonyo.
      Buatkan air pun dapat yo pahalanya, in shaa Allah.

      Delete
  3. senang nak dapat pahala kita ni kan kak, cuma nak dengan taknak je, moga2 apa2 kebaikan yang kita buat beroleh pahala lah hendaknya inshaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, pahala mengalir dlm rumah je, Kita buat dgn ikhlas, in shaa Allah..
      Bukan masak je, mengemas, jaga anak2 semuanya ada dijanjikan ganjaran.

      Delete
  4. Sedapnya sambal kedondong Azi...
    Tak pernah mkn dan buat pun ,sebab biasanya kedondong dpt pun xsemewah ada pokok sendiri.
    Kat rumah akak ni setiap pagi abang yang masak utk mkn & bekal sendiri.Untuk tengahari & ptg je yang dpt akak sediakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untungnya kak saniah..

      Suami saya tak reti masak tapi bahagian kain baju dia 100%

      Delete
    2. Kan, untung betul Kak saniah, dpt cik abg yg rajin masak. Tapi yelah, suami Kita lebih Kat lain plak, kurang Kat sini kan. Suami saya pun rajin jugak uruskan Kain baju, tapi menggosok still bininya kena buat, hihi

      Delete
  5. Meh NA kita masak.

    Sayapun sama, sesekali bolehlah makan diluar, sayangnya tengok duit mengalir, lagi2 dok fikir keperluan anak2 adalah keutamaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul UA, sekarang ni ank2 yg masih belajar jadi keutamaan, Kita makan pakai apa yg perlu je, asal kenyang Alhamdulillah dah.

      Delete
  6. pandai kak masak, mesti sedap

    ReplyDelete
  7. mudahnya kan nak meraih jannah, kat dapur je kita boleh dapat saham ke jannah... tapi semuanya dibuat dengan penuh keikhlasan dan aksih sayang, aman damai rumah tangga...

    ReplyDelete
  8. Ya, berbanyakkan sabar juga... huhu

    ReplyDelete
  9. Naknmeleleh air liur walaupun takde gambar. Fuh ngancam betul

    ReplyDelete
  10. Eeeeee... tetiba rasa nak masak breakfast, brunch, lunch, tea time, dinner and supper untuk sang suami ^_^ Banyak pahala dapat ni!

    Sama je rupanya ya macam buat sambal bacang. Buh belacan sikit lagi best tapi nak buek camno, tak leh makan belacan ya ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ITulah kao, urang disuruh belajar masak taunya main telepon aja ( sila tiru suara mak kintan dalam crita p ramlee)

      Alah..nak dgn taknak je tukan, entah2 dah buleh buka restoran makanan Uzbek, jom Kita share modal nak, jengjengjeng..
      Tulah, kalo taruk belacan lagi power rasanya, tapi cium bau belacan pun dah elejik, camano?

      Delete
  11. Salah satu daripada 1001 tugas is3

    ReplyDelete
  12. senang2 cerita la lauk ikan berkuah kat dalam mangkuk tu pulak..macam menarik je tengok kuahnya..masak apa tu, kak? beno nye saya suka beli sejenis lauk ikan berkuah kat satu restoran tu..sedap nau kat tekak saya ni..seakan masakan akak tu la kaler kuahnya^_^

    ReplyDelete
  13. Yelah kan mak....senangnya nak dpt pahala sebenarnya tp..... banyak tapilah pulak hihi....

    Mcm style buat mangga ikan tulah jugak ek mak. Senang je buatnya janji rajin ....

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. Pi beli buah kedondong cepat, esok buleh buat, hehe

      Delete
  15. Masakan mak mak sangat kak. Confirm sedap dan lazat. Terus lapar tgk lauk di atas kak. hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki, mmgle dah namanya mak, konolah masak mcm omak2, kalau princess masaklah mcm princess2x.

      Delete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign