Buat abang dan kakak..
Kalau kalian berdua terbaca coretan ibu di sini, ketahuilah bahawa ibu sayang pada kalian berdua. Ibu tau ibu bukanlah terbaik buat korang. Ibu tak tau nak psiko ke, diplomasi ke pada korang. Kalau nak marah, ibu marah je, ibu leterkan, kadang-kadang ibu perlecehkan korang terutama kakak,,,
Kakak ingat tak ibu tak pernah puji bila kakak dapat markah tinggi dalam exam, tapi bila markah rendah ibu cakap, " Banyak ni je, kan biologi tu subjek senang?" Kakak terasa kan? Ibu tau sebab ibu ada terbaca luahan kesedihan kakak tu. Dan bukan sekali dua ibu perlecehkan kakak, nak tau kenapa? Ibu nak kakak jadi orang yang kuat jiwa, tak mudah kecik hati dan lembik bila diperlecehkan orang. Ibu nak kakak boleh handle setiap masalah dan kontrol perasaan, kembalikan setiap masalah pada Allah...
Sebenarnya ibu rasa bersyukur sangat bila tengok kakak sekarang. Kakak teguh menjaga keperibadian sebagai remaja muslimah dan bijak menyelesaikan setiap masalah. Kuat jiwa duduk jauh dari keluarga. Ibu tau bukan mudah buat kakak pada awalnya kan? Semua nak kena urus sendiri. api sekarang kakak dah bolehkan?
Satu yang ibu perasan, kakak ni menurun perangai ibu..garang. Kakak janganla ikut perangai ibu yang garang tu. Ibu memang kena garang, bersebab tau. Kalau kat rumah, memang ibu jadi singa kalau korang buat perangai buruk dan lengahkan solat. Kat sekolah ibu kena garang supaya anak-anak murid ibu jadi 'orang', garang ibu bertempat. Kalau betul kakak nak jadi doktor pakar sakit puan macam yang kakak cakap tu, belajarlah berhemah dan lemah-lembut ya. Tapi ibu perasan juga, segarang-garang kakak, adik-adik di rumah ni sentiasa rindukan kakak, tertunggu-tunggu cuti sekolah sebab tak sabar nak jumpa kakak. Maknanya dalam garang-garang tu kakak pandai juga amik hati adik-adik.
Abang....
Ibu memang susah hati ddengan abang. Doa ibu tak putus buat abang. Dalam setiap doa ibu akan bayangkan raut wajah abang. Ibu takuttt..
Abang bersekolah agama. Tapi abang leka. Selalu lewatkan solat, bila dah ngadap game, 5 jam pun sanggup, sedangkan solat minit pun bukan main liat lagi nak bangun. Punggung macam dah kena gam syaitan kat kerusi, tak boleh bangun. Subuh pun kalau ibu tak kejut bangun, tak solatla jawabnya kan? Puas dah ibu marah..dan sakit hati....sampai ibu rasa abang takpayah balik rumah, duduk je kat asrama. supaya ibu tak nampak dan ibu tak sakit hati..
Itu dua perkara yang buat ibu susah hati dengan abang. Game dan solat. Senang je kalau nak buat ibu sejuk hati pada abang, tunaikan solat awal waktu dan kurangkan game. Tu je....
Bila kita nak tau Allah sayang kita ke tak, tengoklah orang di sekeliling kita. Macamana mereka dengan kita, senang ke mereka berkawan dengan kita, atau mereka sentiasa nak jauhkan diri dari kita. Sedihkan bila orang tak suka, benci kat kita. Itu orang benci, tapi kalau Allah yang benci kita, kat mana lagi kita nak mengadu nasib, sedangkan dalam setiap detik nafas kita sentiasa perlukan DIA...
Berubahlah abang...
Bukan untuk ibu, tapi untuk diri sendiri. Selama ni, kalau dalam hati abang selalu salahkan ibu dan abah kerana menyangka kami tak adil dalam memberikan kasih-sayang, sangka kami lebih sayangkan kakak, ketahuilah, kami sayangkan kakak kerana dia anak yang taat, taat pada kami dan lebih lagi taatkan Allah. Kalau dalam hati abang tertanya-tanya kenapa adik-adik boleh sayangkan kakak walaupun kakak garang, itu kerana kakak bijak suaikan keadaan, kat mana perlu marah dan kat mana perlu sayang dan gurau senda dengan adik-adik. Abang pulak dengan adik-adik macam ais, dingin beku, sejuk je...tak taula nak tunjukkan kasih-sayang dengan adik-adik, jadi macamana adik-adik nak rindu dan sayang pada abang seperti diorang sayang dan rindu pada kakak....
Di sini sekali lagi ibu nak cakap, ibu sayang setiap anak ibu, susah payah ibu mengandungkan korang selama 9 bulan, jerih-pedih pula nak membesarkan korang, dan pahit-getir ibu dalam nak memastikan korang jadi anak-anak soleh di dunia dan akhirat, bukan kerana nakkan sesuatu sebagai balasan, Tapi kerana memang itu tanggungjawab yang akan dipersoalkan Allah di Akhirat nanti...
Akhir sekali, ibu minta kepada setiap anak ibu, tolong, tolong jadikan Allah dan Rasul sebagai hidup mati korang, InsyaAllah korang akan selamat dunia dan Akhirat, Aminnnn...
Dulu sebelum ada anak..beginilah brgkali doa ibu kita kan sis..sekarang giliran kita pula..tambah2 ada anak2 yg sedang meningkat remaja...menangani mereka kini kena lebih berhati-hati kan...berkeras sgt mereka terasa berlembut pula mereka ambil kesempatan...tips2 mendidik mereka yg kita dapat samada melalu bacaan ataupun pengalaman hanya sebagai guide buat kita...sejujurnya naluri keibuan kita mendidik benih kita menjadi apa selayaknya mereka itu yg paling utama...
ReplyDeleteya kak, sekarang ni giliran kita pulak menangis, mungkin dulu kita pernah juga lukakan hati ibubapa kita, dan ibu kita pernah menangis kerana kita....Dan saya pun takleh nak ikut tips2 yang ada tu, saya setuju dgn akak, tips tu hanya sbg guide, saya memang ikut kata hati saja dan doa untuk mereka yg tak pena putus..
ReplyDeleteSekurangnya dah nampak kakak dah berjaya cuma abang, inshaAllah kearah itu jugak.
ReplyDeletetula, Alhamdulillah, dia sangat bijak dalam pelajaran, cuma game dan solat lewat tu, saya tak boleh dan kompromi
ReplyDeleteARRR tidaaak TT^TT
ReplyDeletekita memain je tu bu.. tak maksudkan pape punnnn saje je nak test BI kita huhuhuhuhuhuh D'X
sorry ibu :'(
banyakla ibu terbaca yang lain, bukan yang tu je
ReplyDelete