Asam Garam Kehidupan: Pilihlah jalan ini.

Nuffnang

Pages

11 Mar 2014

Pilihlah jalan ini.

Masih belum ada khabar busyro buat MH370 dan para waris yang setia menanti. Allah masih mahu memberi anda semua pahala sabar. Sesungguhnya beruntunglah anda yang diuji, kerana ujian itulah tanda kasih-sayangNya. Kami tahu bukan mudah untuk anda semua bersabar bila menerima musibah, tapi apa lagi yang mampu kita buat ...kita kan hamba...

Untuk seterusnya mari kita hayati cerita di bawah...

Suatu ketika seorang pengembara telah menemui seorang waliyullah. Dalam pertemuan itu si pengembara telah mengambil kesempatan untuk mempelajari ilmu sebanyak mungkin dari wali tersebut. Lalu dia pun memulakan pertanyaan.

" Wahai tuan, ceritakan kepadaku bagaimana untuk memperolehi hakikat kebenaran?"

Wali itu menjawab, " Apabila kamu berada di dunia ini, anggaplah seakan-akan orang yang melintas jalan."

Pengembara itu bertanya lagi," Tunjukkanlah kepadaku amalan yang boleh membawa aku sentiasa dekat dengan Allah terus-menerus."

" Jangan engkau melihat kepada makhluk kerana memandang kepada mereka itu satu kegelapan." jawab si wali.

" Aku tidak boleh lakukan yang demikian." ujar pengembara itu.

" Jika demikian, jangan engkau mendengar perkataan mereka kerana perkataan mereka itu kesat."

" Pun aku tidak mampu lakukan demikian."

" Kiranya begitu, jangan engkau bergaul dengan mereka kerana pergaulan mereka itu liar."

" Bagaimana aku boleh lakukan yang demiakian, sedangkan aku berhadapan dan bergaul dengan mereka?"

" Maka janganlah engkau setempat dengan mereka, kerana setempat dengan mereka itu satu kebinasaan."

" Yang demikian juga aku tidak dapat lakukan." tambah si pengembara.

Seketika kemudian si wali itu bersuara lagi.." Wahai saudara, adakah kamu melihat para orang-orang yang lalai dan kamu mendengar perkataan orang-orang yang bodoh serta bergaul dengan orang-orang yang berbuat batil dan dengan cara ini engkau ingin memperolehi hatimu bersama Allah Taala terus menerus. Ini perkara mustahil dapat engkau tempoh selama-lamanya."

Hati orang-orang soleh itu setiap detik dan ketika sentiasa mengingati Allah. Jika sesaat terlalai mereka sudah merasakan satu dosa besar dan segera pula mereka bertaubat. Hati yang selalu dekat kepada Allah akan rasa diri serba kerdil, rendah hati dan terlalu hina berbanding dengan sifatNya yang Maha Agung, membuatkan mereka dapat merasa redha dengan setiap ketentuan Allah. Begitulah peranan hati. Dan ia mesti selalu dididik agar kenal kepada Penciptanya. 

Jalan yang wajib ditempuh dalam mendidik hati ialah dengan 'mujahadatunnafsi' Firman Allah yang bermaksud: 
                " Jika kamu bermujahadah ke jalanKu, nescaya kami akan tunjukkan kepadamu jalannya."

Mujahatunnafsi itu ialah bersungguh-sungguh melawan kejahatan nafsu, nafsu yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan. Jalannya memang sukar, tapi itulah jalannya..jalan yang tertera ini jika diamalkan bersungguh-sungguh dan istiqomah, InsyaAllah lama-kelamaan hati akan terdorong kepada kebaikan.

10 comments:

  1. Indah cerita ini. Sesuai juga buat masa kini di negara kita Azie. Sibuk itu ini lupa pula pada sang pencipta.. yg membimbangkan bila ada penyatuan antara syirik dan amal ibadah. Allah... takut kakak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak, dalam keadaan buntu, kadang kita sanggup berpaut pada apa saja untuk jalan penyelesaian..Nauzubillah...

      Delete
  2. cerita yang sungguh bermakna kak, and let us pray for MH370...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya farah..teruskan doa dan harapan untuk MH370, hanya kepada DIA..

      Delete
  3. ye betul...

    p/s sedap lagu ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya knor..

      sambil baca N3, untuk halwa telinga..

      Delete
  4. terima kasih atas perkongsian. jihad melawan hawa nafsu adalah jihad yang paling sukar utk dilaksanakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya saudara shameel..hadisnya ada disebut selepas Baginda dan para sahabat pulang dari peperangan Badar, tau kan..

      Delete
  5. Maka tersesatlah mereka yg menggunakan jalan selain jalan Allah ... subhanallah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesat di dunia dan akhirat..Nauzubillah..

      Delete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign