Asam Garam Kehidupan: Wanita..awasi dirmu dari dijadikan alat syaitan.

Nuffnang

Pages

21 Aug 2014

Wanita..awasi dirmu dari dijadikan alat syaitan.

Sabda Rasulullah SAW..." Wanita itu perangkap  ( jaringan ) syaitan." 

Kenapa syaitan menjadikan wanita sebagai perangkap untuk merosakkan anak Adam? Kerana pada wanita terdapat daya tarikan yang kuat kepada lelaki. Lelaki memiliki sembilan akal dan satu nafsu, manakala wanita sembilan nafsu dan satu akal. Nafsu yang sembilan itulah yang mengajak wanita untuk suka berhias-hias, suka perhiasan cantik, emas, belian, rumah besar, kereta besar, suami kaya, mahu disanjung..pendek kata nafsu wanita itu lebih tertumpu ke arah keselesaan hidup dan mmencari perhatian orang kepadanya.

Nafsu lelaki yang satu itu pula lebih cenderung pada wanita, maka syaitan cukup tahu rahsia ini dan mengambil peluang sebaik-baiknya dengan menggunakan wanita untuk merosakkan lelaki.

syaitan tahu wanita punya daya tarikan semulajadi  yang memikat pandangan kaum adam. Jelingannya, matanya, bibirnya, pipinya, dadanya, pinggulnya, gaya berjalan, suara dan hampir semua yang ada pada diri wanita itu sesetengahnya memberi kesanyang besar pada pandangan lelaki. Sesetengan wanita bukanlah cantik sangat, tetapi dengan hiasan-hiasan yang dibuat oleh syaitan yang tak cantik itu menjadi cantik juga pada lelaki.

Syaitan tidak memilih samada wanita itu anak gadis, isteri orang, janda, wanita muda mahupun wanita tua semuanya tidak lepas dari dipergunakan bagi memperdaya manusia. Pernah dengar kan kes isteri berlaku curang di belakang suami begitu juga sebaliknya, pecahlah kasih-sayang dalam sebuah rumahtangga, maksiat bermaharajalela dan rosaklah sebuah masyarakat. Bertepuk tanganlah para syaitan.

Lemahnya lelaki terhadap wanita, boleh dilihat dari perbuatannya yang sentiasa mengikut telunjuk wanita, ketika itu dia lupa pada dosa dan pahala, sanggup buang duit, abaikan anak isteri, malah kerana wanita, ada lelaki yang sanggup menjual rahsia negara..

Dalam rumahtangga, syaitan yang menawan wanita akan berbisik-bisik menyuruh wanita itu meminta itu dan ini pada suami. Jika suaminya mampu memenuhi keinginannya maka keinginan itu tidak akan berhenti setakat itu, dia akan meminta lagi sehingga ke tahap bermewah-mewah sehingga dia lalai dari Allah lantaran duania sudah penuh di hatinya.

Tapi kalau suaminya kurang mampu, syaitan akan membisikkan kepada wanita agar menyuruh suaminya berhutang atau diusahakan dengan apa jalan sekalipun demi memenuhi keinginannya, kalau tidak dia akan merajuk, kecil hati, dan suami tidak dilayan. Suami yangterdesak terpaksalah berhutang, rasuah, pecah amanah dan lain-lain jalan salah demi memenuhi permintaan isteri tersayang.

Kenapa wanita mudah dikuasai oleh syaitan dan berjaya pula dijadikan senjata untuk menyesatkan anak adam? Kerana wanita kurang akalnya dan kurang agamanya dan pada diri wanita itu punya banyak jalan untuk dimasuki syaitan.

Sabda Rasulullah: " Wahai kaum perempuan, perbanyakkanlah sedekah dan perbanyakkanlah pula memohon ampun. Sesungguhnya saya melihat kalianlah ( orang perempuan ) yang terbanyak masuk neraka."

Bertanya seorang wanita yang mendengar sabda Rasulullah itu.." Mengapa kami ( orang perempuan ) yang banyak masuk neraka?"

Jawab Baginda: " Kamu banyak mengeluarkan kutukan dan engkar kepada suami, saya melihat kamu kurang akal dan kurang beragama."

Kata perempuan itu lagi..." Apa kekurangan kami dalam akal dan agama?"

Jawab Nabi: " Saksi dua orang perempuan sama dengan saksi seorang lelaki dan perempuan beberapa hari tidak melakukan sembahyang. Inilah kekurangan agamanya."

Dalam kitab Ihya Ulumiddin biceritan bahawa seorang lelaki dapat melihat yaitan itu seperti seekor katak bertenggek di atas bahu anak adam. Di hujung mulutnya mempunyai belalai halus yang boleh tembus sampai ke dalam hati. Jika orang itu lalai dari mengingati Allah , syaitan akan memasukkan belalai itu ke dalam hati. Apabila dia ingat Allah , cepat-cepat belalai itu ditarik semula.

Jadi itu saja jalannya wahai kaum wanita, penuhi hatimu dengan mengingati Allah, jangan biarkan hati lalai dengan dunia, makanan dan perhiasan. kalau ditimpa masalah cepat-cepatlah mengadu pada Allah. Jangan beri peluang syaitan mencelah...

Dan sebagaimana sabda nabi yang amat benar itu..perbanyakkanlah bersedekah dan perbanyakkan memohon ampun, istigfar selalu. Moga itu jadi pendinding kita dari dijadikan alat syaitan.
Lihatlah matanya, hidungnya, bibirnya...jika dia bukan waniat beriman
kecantikan itu adalah asetnya untuk mencari kemewahan...


6 comments:

  1. Yg alim juga boleh kalah dgn wanita..
    setuju sgt2 dgn note bwh gmbr tu...

    klu cntik sgt2 elok pkai niqab

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi mmg betul kan, wanita ni boleh jadi perangkap syaitan yang ampuh.

      Seeloknya begitu, pakai niqab atau purdah.

      Delete
  2. Sebab itulah bila berhias berlebihan boleh mengundang dosa.
    Begitu juga berlebihan kemewahan tapi lupa saudara yg perlu - takut kan.
    Bersederhanalah... kadang kita tak sedar itu semua
    Kakak takut Azie sebab kakak punya 3 anak dara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada pepatah melayu kan, bela kerbau sekandang lebih senang dari nak jaga anak dara sorang..

      apa pun wanita jadi lebih hebat jika akalnya yang satu itu mampu mengalahkan nafsunya yang sembilan seperti Rabiatul Adawiyah dan wanita2 solehah yang lain, terutama ummuhatul mukminin kita,

      Delete
  3. Jgn kata lelaki, klau Jm nampak perempuan cantik spt dlm gambar ni, jm sendiri pun boleh tergoda :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. uittt, bahaya im nih, hi hi..

      itu kita perempuan, kalau lelaki yang tengok, tembok kat depan pun habis dilanggarnya kan?

      Delete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign