Asam Garam Kehidupan: Anak yang soleh jambatan ke syurga.

Nuffnang

Pages

9 Sept 2014

Anak yang soleh jambatan ke syurga.

Setiap pasangan yang berkahwin pasti ingin memiliki anak. Anak-anak adalah cahaya mata, penghibur hati yang memeriahkan sebuah rumah tangga. Tanpa anak, sunyilah rumah tangga.

Ada yang berbangga bila mempunyai anak ramai demi menyahut seruan Rasulullah SAW  yang berbangga dengan umat yang ramai, namun begitu ada juga pasangan yang hanya ingin sorang dua saja anak bagi menghiasi rumah tangga mereka. Alhamdulillah, saya dikurniakan lima orang anak..agak ramaila tu kan, tapi sekarang pun cuma tinggal 3 orang anak je kat rumah...

Sudah menjadi fitrah kita suka dan sayangkan anak-anak. Fitrah yang dikurniakan bagi kesejahteraan umat. Al Aqra bin Habis melihat Rasulullah SAW sering mencium cucunya Hassan lalu dia berkat, " Sesungguhnya aku memiliki sepuluh orang anak, tidak pernah aku mencium seorang pun dari mereka."

Rasulullah menoleh kepadanya dan berkata.." Sesungguhnya orang yang tidak menyayangi tidaklah disayangi."

Sayangkan anak dididik untuk taat dan takutkan Allah, serta taat kepada kedua ibubapa. Seorang ibu di zaman para sahabat yang bernama Ummu Khomsa tersenyum setiap kali mendengar berita anaknya mati syahid. Tetapi bila anaknya yang terakhir syahid beliau menangis, bila ditanya kenapa, beliau menjawab.." aku menangis kerana tidak lagi mempunyai anak untuk kuhantar ke medan jihad untuk syahid." Lihatlah betapa besarnya jiwa ibu ini.

Banyak kelebihan mempunyai anak yang ramai. Antaranya jika ada antara anak kita yang meninggal sewaktu kecil, jika sabar dan redha kita terhadap ketentuan Allah itu, mereka dijamin syurga, Sabda Rasulullah..." Siapa yang mati tiga orang anak, lalu bersabar di atasnya nescaya masuk syurga." Kamipun bertanya" Duhai Rasulullah, bagaimana jika dua?"
Baginda menjawab.." Dan dua orang juga."

Anak yang soleh adalah jambatan kita ke syurga. In shaa Allah jika berjaya kita mendidik mereka sebagai anak yang soleh, nasib kita sebagai ibubapa akan terbela di hari tua nanti. Bila kita mati didoakan kita, amalan mereka pahalanya mengalir kepada kita.

Malang jika kita sebagai umat Muhammad yang dijanjikan kebaikan oleh Allah dan rasul takut untuk melahirkan anak yang ramai, bagi kaum perempuan alasannya takut hilang shape, takut hilang kecantikan, takut tak dapat keluar bekerja, malah ada yang tak yakin bahawa anak itu ada rezekinya yang Allah telah tentukan. Dan yang lebih malang dan teramat malang anak yang dilahirkan di luar nikah dibuang ibarat membuang sampah sahaja, aduhhhh..sedihnya umat yang mengaku umat Nabi Muhammad hari ini.....
Umar Zikri, Nadhrah Hannani, Muhammad Hilman, Aishah Humairah, Muhammad Danish, moga kalian jadi anak-anak ibu yang soleh dan solehah, jadi jambatan ibu abah ke syurga, aminnn..

4 comments:

  1. Kadang yg inginkan anak ramai tak dapat (macam kakak inilah). Ada pula yg tak mahu dapat. Beruntung mereka yg punya lebih. Keluarga sebelah hubby kakak semuanya susah dpt zuriat. Dua org cuma dpt satu (setelah puas berusaha berpuluh ribu). Ada yg langsung tak dpt (dah dpt satu anak angkat itupun setelah menopause). Kakak kira bersyukur Allah kurniakan 3. Alhamdulillah..

    Tanggungjawab kita mendidik mereka moga mampu menjadi jambatan kita ke jannah. Amin.

    ReplyDelete
  2. farah dan kzakie
    tq sudi datang dan komen
    tula yang dikatakan takdir dan ketentuan Allah, beruntunglah bagi yang mahu bersyukur, beruntung yang punya anak ramai, Allah tau kemampuannya untuk mendidik anak-anaknya.

    ReplyDelete
  3. great and very very nice perkongsian..saya bookmark blog nih......... :)

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign