Asam Garam Kehidupan: Ni memori anak kampung.

Nuffnang

Pages

28 Oct 2014

Ni memori anak kampung.

Knor cinnamon punya memori masa kecik tu, memori anak bandar. Ni saya nak citer memori anak kampung hulu Pahang, di sebuah kampung..kampung Bantal namanya, boleh search google cari, mesti ada. Saya lahir kat sane, tapi selalu ikut ma balik Teganu, sampai umur 4 tahun selalu balik Teganu. Dah masuk sekolah rendah baru jarang balik.

Banyak memori sebagai budak kampung. Mandi sungai ikat kain batik kat dada terjun biar jadi gelembung jadi macam pelampung, pastu hanyut ikut arus sungai dari hulu ke hilir. Penat mandi tangkap anak udang, caranya cari ranting kayu yang terpacak tengah sungai, ada daun plak terselit, tengok bawah ada anak udang, buat macam kolam kecil keliling dia, buang air yang bertakung, bila kering senangla nak tangkap anak udang tu, dapat dalam 5 ekor, bawak balik bakar, ermmmm..sedap, manis isinya.

Kalau tak tangkap anak udang, cari plak buah ara sungai, atau panjat jambu kampung, atau pokok ciku depan kedai kampung, panjat pokok kelapa pun berani. Budak-budak sekarang mane berani panjat pokok, kami dulu, tak padan budak pompuan, kalau tak berani panjat pokok bukan budak kampung namanya.

Tak pun mancing ikan, guna umpan cacing jer. Haa..yang ni saya tak berani buat,memang geli, sampai sekarang pun geli dengan benda-benda licin ni, kalau nak mancing je kena minta tolong kawan letakkan umpan, sampai kawan pun boring taknak mancing dengan saya, ha ha.

Game dolu-dolu pun seronokla sangat, sama cam dalam katun upin ipin. Main galah panjang, main susun tin, baling selipar, main senapang buluh, main lastik,....teringat satu ketika tengah seronok main baling selipar,abah datang entah dari mana, dibedalnya betis saya dengan ranting kayu depan kawan-kawan, malunya. Masa tu saya darjah 6 abah marah suruh belajar sebab dah dekat nak peksa penilaian darjah 6. Berbirat betis.

Budak-budak sekarang boleh ke nak main masak-masak betul-betul punya? Saya dulu,  punyalah seronok main masak-masak, masak nasi dalam tin susu cap junjung tu, lauk cilok kat dapur makan nasi tu dalam pondok bawah pokok limau nipis. Arwah mak tak marah lansung, anak saya sekarang takdelah nak merasa pengalaman camtu. Sampai diorang selalu cakap, " ibu dulu bestlah, dapat buat macam-macam" ....bila saya citer kisah saya dolu-dolu..

Kalau musim hujan camni, main hujanla, apalagi. Mandi hujan sampai kecut jari-jari. Tapi tak plak demam. Budak sekarang kena hujan sikit je dah demam.

Bila tengok budak-budak KAFA saya dok ralit main batu seremban, teringat plak kenangan main guli tujuh biji kat kaki lima sekolah,tak pun kaki lima masjid sementara tunggu nak mengaji dengan ustaz. Budak sekarang main seremban bunjut kain yang isi kacangtu je. Tak pandai main guli yang melantun-lantun tu.

Uishhh...dok asyik citer dah dekat kul 9 rupanya, nak pi jemuq kain lak ni, nak kejar panas, petang-petang asyik hujan, adatla kan, musim panas berganti musim hujan, hukum alam, ketentuan Allah yang wajib kita terima dengan lapang dada.

Kat bawah tu kenangan jalan-jalan di dataran masjid putra..dengan anak-anak bandar ni, tu je lah kot yang boleh dibuat, takkan merasa pengalaman masuk hutan cam saya dulu.....

10 comments:

  1. hehe..sekali-sekala balik kampung nanti kak, ajak je diorang lanyak hutan kat situ,.saya ni dah besar pun kalau sekali-sekala masuk kampung terus lupa diri.nak buat cmane, membesar di bandar..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula rugi budak bandar ni, takde pengalaman xplore hutan, sungai, bukit, kena gigit pacat, uishh..banyak sungguh kenangan yg indah2 sbg budak kampung ni.

      Delete
  2. Apa yg Azie main masa kanak-kakak tu semuanya kakak main juga Azie cuma memancing kakak tak buat sebab tempat kakak tak ada tempat memancing. Bab panjat pokok hahaha... kakak kalau ingat memang boleh ketawa berairmata tau. Kami adik-beradik masa raya haji tempohari baru bercerita kisah dulu sampai anak-anak semua ketawa besar... mana taknya pernah terjadi panjat dah tinggi sekali nak turun ada anjing di bawah pokok semua dok pakat panjat pokok jambu batu. Kerana nak cepat sepupu kakak terjatuh, anjing lari tapi dia patah tangan - sampai sekarang masih ada kesannya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula kan kzakie, bila dah tua-tua camni mengimbau kenangan sebagai anak kampung dulu, manis sangat rasanya, dan rindu, cerita kat anak-anak melopong mulut diorang dengar ibu boleh panjat pokok, ha ha
      cuma takde la sampai jatuh pokok, hi hi..lemas kat sungai ada, sebab tak pandai sangat berenang bila arus sungai jadi laju musim hujan.

      Delete
    2. jatuh pokok, alahai..saya takdelah sampai jatuh pokok, terer saya panjat pokok, jambu batu, ciku, kelapa, manggis, rambutan, habis saya panjat, melopong anak-anak dengar ibu panjat pokok, ha ha

      Delete
  3. ha ah knor anak kampung juga.. mandi, berkubang dlm parit, tgkp ikan terpgg ular biasa sgt tu.. jual ikan pun ada juga...
    panjat pokok, mkn ats pokok biasa juga... yg tk biasa anak2 knor.. jakun, main btu seremban pun tak tahu, yg tahu main game dlm tap... hehe nostalgia sggh

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak2 sekarang ni mana pandai panjat pokok, nak panjat je mak marah takut jatuh, mak kita dulu tak kisah je anak-anak panjat pokok
      yg diorang tau main game je la, nak lepas main jauh-jauh pun takut kena kidnap plk.

      Delete
  4. nostalgia pengalaman mandi sungai, pasti bersih airnya, dekarang kerana factory, berasid air sungai ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. balik kampung 2009 dulu, air sungainya masih bersih, sempatla bawa anak-anak mandi di hulu sungai, arusnya laju kemain sampai saya pun dah jadi takut juga, ha ha

      Delete
  5. best kan zaman kanak2
    sy dulu puaslah mandi parit , panajt pokok kat rumah nenek..hihi

    www.hanasihat.blogspot.com

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign