Asam Garam Kehidupan: Berhijrahlah sebelum menjelang 40-an...

Nuffnang

Pages

24 Oct 2014

Berhijrahlah sebelum menjelang 40-an...




Selepas 40 tahun... hati tidak kenal Allah, tidak kenal akhirat, Islam, Iman...tentu payah hendak menjadikannya sebuah keyakinan. Umpama anak yang tidak tahu siapa ibunya, tiba-tiba datang seseorang mengaku dia ibunya, tentu payah untuk menanam kasih-sayang dan kecintaan kepada ibunya, walaupun dia yakin itulah ibunya...sebab kasih-sayang sudah diberi kepada ibu angkat.

Begitulah payahnya, orang yang sudah 40 tahun mengekalkan sifat sombong dan besar diri, untuk mujahadah menjadi tawadhuk atau rendah diri. Sesudah 40 tahun mengekalkan sifat bakhil, hingga sifat itu sudah menjadi perangai dan akhlaknya, bukan senang hendak mendidik hati jadi pemurah.

Sudah 40 tahun menjadi pemarah dan pembengis, bukan mudah hendak menjadi pengasih dan lemah-lembut..Sudah 40 tahun berhasad dengki sesama manusia, tentu tidak mudah untuk menjadi orang yang berlapang dada dengan mausia.

Sudah 40 tahun tidak sabar, tidak redha, maka tentu payah untuk bertukar menjadi seorang yang sabar dan redha dengan Allah. Sudah 40 tahun berpenyakit gila puji, gila pangkat, gila dunia, tentu amat sukar untuk bertukar menjadi seorang yang zuhud dan alim...

...oleh itu, pendidikan, mujahadah, menambah iman, menambah ilmu mestilah dibuat sewaktu usia masih muda, jinakkan nafsu waktu ia belum liar lagi. Anak-anak kita..latihlah dengan segala kebaikan lahir dan batin sewaktu mereka belum pandai buat jahat lagi. InsyaAllah ia mudah dikekalkan...

Bertuah dan bersyukurlah sebanyak-banyaknya jika Allah mengetuk pintu hati kita menjelang umur 40 ini, kerana umur 40 ni dah kritikal sebenarnya.....

* Salam Maal Hijrah buat semua teman ukhwah saya di halaman ini, dan juga sesiapa saja yang singgah di sini, moga ada manfaatnya *

6 comments:

  1. Betul... sering diingatkan kalau mahu menjadi baik kena segerakan sebelum usia menginjak ke angka 40.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibarat kata pepatah melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya, kalau dah keras baru nak lenturkan, alamatnya takkan berjaya atau patah sahaja.

      Delete
  2. ada seorang hamba Allah ni..jgnlah kita antaranya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita doakan dia, semoga masih ada jalannya...

      Delete
  3. Bagaimana pula yer...sebelum berusia 40 dia baik..dan selepas menginjak 40 bertukar daripada beriman kepada hilang pertimbangan...moga bukan kita tergolong dlm kumpulan ini kan geng....

    ReplyDelete
  4. tak pelik kak eye-nee, ada seorang lelaki bernama Bassyisya, hebat ibadahnya, namun berjaya diperdaya syaitan sehingga minum arak, berzina dan akhirnya membunuh, dan akhir hidupnya terkeluar dari iman,..
    sebab itu kita kena minta pada Allah agar pegang hati kita sungguh-sungguh, supaya terhindar dari tipu daya syaitan. Minta agar hati kita menjadi hati yang selamat dan sejahtera, rasa diri kita lemah dan berdosa, supaya bila beribadah kita tidak jadi riak.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign