*** Aku gembira bila Allah menerima doaku***
~~ kerana itu adalah kehendakku~~
*** Tapi aku lebih gembira jika Allah tidak mrnerima doaku***
~~ kerana itu adalah kehendak Tuhanku~~
Hebatkan kata-kata di atas tu. Penuh sangka baik terhadap Tuhan. Tidak memberontak, tidak mengeluh. Kalau kita-...? Uishhh...jenuh mengeluh, ...."bilalah nak kaya ni" kalau kita miskin, atau..." bilalah nak baik sakit ni, rasa macam nak mati dah ni"...ingat senang ke bila dah mati? Mati, ingat habis semua jadi tanah macam tu aje, tak payah nak berdepan dengan malaikat mungkar nakir? Takde siksa kubur? Mati...Masya Allah...lagi susah jika tak bawak balik bekal banyak-banyak. Kita menghadap banjir yang air tu pun dah cukup siksa, tu pun ramai je yang sudi menolong, menghulur simpati....kat akhirat, nak minta tolong sape, nak minta syafaat Rasulullah, boleh ke...? Masa hidup dulu, nak berselawat pun malas....aduhaiiii, Rasulullah pun tak sudi nak pandang.
~~~~ sekadar peringatan untuk diriku yang selalu terlupa., pun dok asyik mengeluh, asyik merungut, jarang bersyukur....ampun ya Allah...~~~~
Masya Allah..hampir terlupa..kata-kata kat atas tu, nak tahu tak kata-kata siapa? Aci tak kalau kengkawan cuba teka? Kalau betul ucapla tahniah untuk diri sendiri..hi hi.
persis kata-kata ini juga;
ReplyDelete'aku tidak layak ke syurgaMU tetapi aku juga tidak sanggup ke nerakaMu'...
kata-kata di atas tu adalah kata-kata Saidina Ali krw
DeleteSayangnya nak lahirkan dari diri kata-kata seperti itu payahnya Azie.
ReplyDeletebetul kakzakie, kita kalau minta tu mcm seolah wajib Allah kena bagi, kalau allah tak bagi tanya kenapa Allah tak perkenan doa kita, Masya Allah..tak tawadhuknya kita ni..
DeleteMasyaallah... hebatnya iman Saidina Ali....
ReplyDeleteTerasa malu pulak dgn Allah dan diri sendiri huhu......
suash nak berperangai seperti tu..redha dan cuma berharap Allah semata-mata..
ReplyDeletekita manusia yg hina ni,suka sangat semua nak serba cepat,dan mesti nak itu juga.huhu
nice sharing...sentiasa bersangka baik dgn Allah kerana Allah maha penyanyang
ReplyDelete