Hidup yang tak menentu datang dari solat yang tak menentu
Hidup yang celaru datangnya dari solat yang bercelaru
Hidup tiada keberkatan datang dari solat yang tidak diberkati
Hidup serba lengkap tapi hati tidak pernah puas, datang dari solat yang tidak lengkap ( ponteng, tidak cukup 5 waktu )
Hidup yang tidak tenang datangnya dari solat yang tiada toma'ninah
Hidup yang bermasalah datang dari solat yang bermasalah
Sedangkan...
Hidup yang cemerlang datang dari solat yang cemerlang
Hidup yang tenang datang dari solatnya yang tenang
Hidup yang diredhai datang dari solatnya yang diredhai
" Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang KHUSYUK dalam SOLAT yang mereka lakukan."
Al-Mukminun: 1-2.
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa..
(Takziah buat seluruh ahhli keluarga TGNA atas pemergian beliau )
ajarlah, tekankan, ingatkan selalu tentang solat kepada anak-anakmu. |
amin...
ReplyDeleteaminn
Deletemulakan harimu dgn ibadah yang khusyuk.. :D
ReplyDeletein shaa Allah..
DeleteEntri ini boleh jadi salah satu carian menarik di Google jika ditambah pada perenggan awal mengenai tajuk PUISI mengenai solat. Sebab zaman sekarang, banyak anak2 muda terutama remaja sekolah akan mencari puisi untuk kerja sekolah. Mereka juga akan cari puisi sbb jiwa mereka yang memang halus dalam hal ini.
ReplyDeleteBukan sahaja entri ini akan menarik minat mereka, puisi yang ada pun akan disebarkan oleh mereka ini menerusi kerja sekolah atau karangan yang mereka buat.
Entri yang bagus walaupun puisi kena ada pengenalan juga, ada kepala, ada isi dan penutup. Isi dah ada tapi pengenalan dalam entri ni yang hilang. Mungkin nanti boleh diubah sedikit ... in Sha Allah.
Teruskan berblog.
HASRULHASSAN.COM
Masya Allah..terima kasih sesangat atas tunjuk ajar saudara, dan terima kasih juga sudi berkunjung di sini.
Delete