Asam Garam Kehidupan: Mencari suami...?

Nuffnang

Pages

14 Mar 2015

Mencari suami...?

Cari Suami Cara Siti Khadijah

Nota Editor : Catatan ini asalnya diterbitkan di FB Wall Yazid Zul, seorang pensyarah UIA yang banyak berkongsi kisah teladan dan pandangan di wall beliau. Yazid Zul juga seorang yang suka mengembara.


Cara mengurat yang betul

The best and most beautiful things cannot be touched or seen. You must feel it in your heart instead.

Emak kepada orang beriman, isteri kesayangan Rasullullah s.a.w telah mengajar kaedah mengurat lelaki yang betul. Ada ikutan dalam sejarah dan kisah cinta Rasullullah s.a.w dan isterinya Khadijah iaitu ibu kepada golongan mukmin.

Pertama sekali, umur hanyalah angka.

Khadijah 15 tahun lebih tua dari Rasullullah s.a.w. Tapi itu tidak menjadi halangan kepada perkahwinan yang bahagia. Selama perkahwinan dengan Khadijah, Rasullullah s.a.w tak berkahwin dengan sesiapa yang lain.

Kedua, Khadijah tak couple dengan Rasullullah s.a.w. Guna orang tengah.

Khadijah ni sebelum berkahwin merupakan boss atau majikan kepada Rasullullah s.a.w. Zaman tu pun Islam belum diturunkan dan Rasullullah pun belum dilantik menjadi Rasul.


Zaman tu pun zaman masyarakat jahiliah. Pergaulan bebas memang budaya zaman tu. Di sebalik semua itu, Khadijah tidak pun ber couple atau ber dating-dating dengan Rasullullah. Sebaliknya, Khadijah menghantar pekerjanya untuk berjalan dan travel bersama Rasullullah untuk menyiasat akhlak dan perangainya.

Ada manis dalam kaedah tu. Memang kalau nak kenal hati budi orang, travel sekali merupakan cara terbaik. Justeru, paling terbaik kalau kita tanya orang yang pernah travel dengan orang tu. Barulah kita tau akhlak dia. Jujurkah dia. Sopankah dia. Pervert kah dia. Pemalukah dia. Caring kah dia.

Di samping itu, khadijah sentiasa mempamerkan akhlak yang baik. Seorang yang sopan. Seorang dermawan. Seorang yang terkenal dengan perangai sopan-santun. Seorang yang penyayang. Akhlak yang mulia itu suatu tarikan yang sangat kuat untuk laki-laki yang baik. Tak perlu seksi atau gedik manja.

Teori ber couple manja dulu untuk kenal hati budi ni berlandaskan satu hipotesis yang salah. Kalau couple 8 tahun, selama 8 tahun tu penuh kepura-puraan. Laki yang gemuk pun akan tahan nafas dan cover perut buncit dia depan makwe dia. Perempuan yang pemalas kemas rumah dan tak reti masak pun akan berlakon macam suka memasak dan seorang yang tidy. Iklan semua tu.

Ketiga, direct to the point.

Khadijah dah berkenan kat Rasullullah, hantar orang tengah untuk tanyakan kalau-kalau berminat. Rasullullah pun terus mengaku berminat dan kawin terus. Kan senang gitu. Takyah drama-drama lama-lama.

Kalau kita tak kahwin tapi ber couple manja lama-lama, ini akan membuka ruang maksiat dan zina. Kalau endingnya kawin pun, alangkah buruknya sesuatu perkahwinan itu dimulai dengan romen zina.

Belajarlah dari ibu orang-orang beriman. Buatlah dengan kaedah yang betul.

7 comments:

  1. tapi JM malu kalau nk DIRECT To the Point tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gunalah orang tengah..kan dah diajar oleh ummahatul mukminin tu..

      Delete
  2. kat part umur hanyalah angka tu terus saya senyum sorang-sorang,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa senyum lak? betul apa...nanti kot bertemu jodoh ngn org muda..kita pun berusaha nak sntiasa muda tau, hi hi

      Delete
  3. Bagus ni....tips untuk adik adik yg sedang mencari suami. Moga berkat kan NA....

    ReplyDelete
  4. Bagus ni. Perlu dijadikan panduan muda mudi zaman sekarang. Takut tengok mereka sekarang ni =(

    ReplyDelete
  5. Betul tu kak ... bercinta awal2 mengundang maksiat dan zina. kalau dah suka lebih bernikah terus.. :]

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign