Asam Garam Kehidupan: Kita ini bagaimana....?

Nuffnang

Pages

20 Aug 2015

Kita ini bagaimana....?

Dah lama tak post sajak. Rasa cam dah lari skillnya..takpelah..try sikit pagi ni, bagi hilang ngantuk ni ya Allah...ngantuk ya amat- amat ni..

Kita ini bagaimana...
Dimarahi kita benci, padahal kita juga suka memarahi..
Dinasihati kita lari, walhal kita memang perlu dinasihati..
Kita suka menerima pemberian, adakah kita juga suka memberi...
Dikasihi...adakah kita juga menghulur kasih...
Dihormati kita kembang hati, tapi kita tak suka menghormati, jadi layakkah kita dihormati..
Jadi, ambillah suluhan sejati dari guru
Yang akan mencincang-cincang hatimu..
Mencanai hatimu agar mampu cinta Ilahi..
Kerana jika dari dirimu sendiri kau tidak akan mampu membasuh mazmumahmu yang sudah berkarat..
Tanpa pimpinan kau tentu akan kecundang..
Carilah pimpinan, jika mahu selamat..

Khusus buat diriku yang tak wajar dihormati....

5 comments:

  1. Kembali mengingat apa yg telah kita pelajari sedari kecil - sedangkan rasulullah belajar dan jibril yg menjadi perantaraannya
    Siapalah kita yg perbandingannya tak sampai setitik air yg jatuh di lautan luas.
    Bijak, cantik, kaya, berpangkat kalau tidak mampu menerima ilmu dari yg mampu memberi segeralah kita kembali berundur
    Pintu taubat sentiasa terbuka buat kita semua.

    ReplyDelete
  2. Biar Apa pun perlakuan
    Masih ada jalan pembetulan
    Asal diri mahu dinasihati
    Terlerai keenam-enam kesombongan
    InsyaAllah....

    ReplyDelete
  3. kembali kepada Al-Quran, In SHaa ALLAH kita semua dilindungi dari keenam-enam kesombongan.. :))

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum kak..in sha Allah amiinn

    ReplyDelete
  5. Botol semua tu...
    kita ni nmanya juga HAMBA
    yg pnting ngak bisa sombong

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign