Saya sempat ke kubur arwah bonda hari ni. Sudah dua bulan rasanya saya tak ke sana. Sedih tengok sepohon kemboja yang saya tanam di hujung pusara bahagian kepala sudah tumbang dimakan anai-anai di pangkalnya. Tinggal sepohon je lagi di bahagian kaki.
Ramai betul yang mengambil kesempatan cuti hari raya ni untuk berziarah ke pusara ibubapa ataupun saudara mara yang telah pergi.
Saya selalu pergi hari ahad, sunyi sepi je, Nadhrah, Iman dan Umar Zikrilah jadi teman. Bukan apa, kalau sorang-sorang tu ngeri kan orang yang berniat jahat, mana tau kan. Tapi tak sangka bila time raya camni, ramai dan meriah betul. Macam-macam rupa orang datang, ada yang sopan dengan tudung jubah, tapi berkasut tinggi, sikit lagi nak tersadung kakinya, ada yang ber t shirt lengan pendek, seluar jean ketat, tudung pun tak pakai, ermmmm...moga Allah beri hidayah padanya suatu hari nanti.
Dan mereka ni plak pandai mencari peluang menambah pendapatan dari ramainya orang yang berkunjung. Ada yang meminta sedekah, ada yang menjual ais krim, ada yang menjual kuih-muih dan air, yang meminta sedekah tu saya tengok bole tahan ramai yang menghulur sedekah. Begitu juga si penjual ais krim dan penjual air tu, ramai yang membelinya, kuih-muih dia pun dah habis. Haaa...kan, hendak seribu daya, tak nak seribu daleh..
salam Aidiladha kak..kubur ni patut ziarah selalu kan, bukan setakat time raya je. peringatan untuk kita jugak.,.
ReplyDeleteWsalam Sal, salam aidil adha juga, trmkasih dtg sini.
ReplyDeleteMenziarahi kubur ni dapat mengingatkan kita kpd kematian, di samping dpt juga kita membersihkan rumput, daun kering, sedekahkan fatihah dan yasin sbg tanda ingatan dan kasih pd mereka yg telah pergi.