Aduh, malasnya
Mood takde..
Idea pun takde..
Laptop takde,
Pc rosak
Tab kena curi
Aduh, makin menumpulkan semangat..
Takpelah...
Bukan ada yang rindu pun
Bukan bagus pun...
Takpelah aku bagi peluang pada diri sendiri..sit back and wilex, hokeh..
Aah..dah alang-alang bersiaran nih ( bersiaranlah sangat) nak bercerita pasal semalam. Saya tau dia memerhati je. So, saya kena lebih bersopan ye dok? Ooo, selama ni korang sopan lah yerk, ishhh...abuya saya ajar, bila kita ikhlas, ada orang ke, takde orang ke..apa yang kita buat sama jer, jangan depan orang kita solat, bila takde orang kita pun tinggalkan solat.
Saya bercerita nih tentang ticer India yang baru join kami di tadika. Dia ni my boss hired sebab kami ni lidah kejung nak bercakap BI dengan bebudak tuh.
So..kisahnya semalam saya ketiduran dengan bebudak sampai pukul 3 petang due to ABC, keh..keh, so..bangun je dia terus tanya saya dah solat ke belum. Yang peliknya dekat ticer-ticer lain dia tak penah tanya pun. Pastu adalah dia tanya pasal solat, pasal aurat. Tu yang saya cakap saya kena lebih berhati-hati supaya dia tidak nampak buruknya Islam, kata orang cakap tak serupa bikin, saya tau saya bukan yang terbaik, tapi manalah tau kalau Allah nak bagi dia hidayah melalui saya.
Yang saya kagum dia ni taat pada ajaran dia, puasa setiap jumaat, ada hari bole makan sayur je, pegi sembahyang...sedangkan dia tak tau pun apa yang dia buat tu takde nilai pun di sisi Allah, tak boleh bawak dia ke syurga pun, tapi kita...kita tau setiap perintah Allah wajib kita patuhi, setiap larangan wajib kita hindari, sayangnya kita buat tak tau jerk, kita tau adanya syurga dan neraka, tapi kita tak rindu pun pada syurga yang benar itu dan tak takut pun pada neraka yang sangat menggerunkan itu, padahal ada sahabat nabi yang terbakar hatinya saat mau berhadapan dengan Allah dalam solat...kita..?..terbakar hati sebab tengok cerita Korea kot..minta maaf, saya cakap kat diri saya sendiri, bukan mengata orang tau.
Salam takziah buat jemaah haji yang terkorban dalam tragedi kren runtuh di tanah suci Makkah, bila Allah mau menguji kita, supaya kita kembali kepadaNya, Dia boleh buat apa saja, barulah kita terkejut, gentar, takut, hati kembali bergantung kepadaNya dengan sebenar-benar pergantungan, rasa kerdil sebagai hamba yang tak mampu apa-apa... Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah, moga pemergian mereka pemergian yang diterima di sisiNya, aminnn.
Satu lagi...esok, selamat bercuti buat semua. Semoga cuti kita bukan cuti yang sia-sia.
sebenarnya, sikap dia patuh ikut ajaran agama dia itulah menjadi contoh pada kita...
ReplyDeleteHarap baca komen saya di sini...
Deletehttp://hujan-petang.blogspot.my/2015/09/bila-rasa-lemas-dan-rimas.html
Pada saya menjadi sempadan utk saya lebih berhati2, sbb pd saya sikap buruk/ baik menjadi cermin agama kita.
ReplyDeleteSemalam kita kerjalah, hari ni ambik off, rehatkan badan sbb sok keja luar..
ReplyDeleteylh semua perbuatan kita diperhatikan antara sedar @ tidak
Azi ada peluang depan mata dah.
ReplyDeleteSaiko sikit-sikit, pelan-pelan. Birthday dia bagi hadiah tafsir quran mana tahu ada hidayah
Cari buku tentang aurat pun boleh juga..
Alangkah indahnya kalau boleh tersangkut. Dpat sorang pun dah syukur Azi..
Awak ada ilmu NA....boleh sangat kalau nak bagi tunjuk ajar kat dia, kalau dia berminatlah....
ReplyDeleteAlfatihah untuk bakal jemaah yg terkorban kat Tanah haram. Beruntungnya mereka kan...
ala baiknya dia..lagi baik kalau ikut landasan yg benar kan
ReplyDeleteCiksiti....lama tk dtg sini, sibuk yea?
ReplyDeletebila dia jujur ingin mencari Pencipta dan taat sebagai hamba akan tiba cahaya kebenaran dan telah dimulai denan soalan darinya untuk anda, petanda yang anda dipilih untuk memberi penerangan yang benar dan terbaik.
ReplyDeleteIn shaa Allah, aminn
ReplyDelete