بسم الله الرمن الرحىم.
Jom kita lihat dalam diri manusia, perhatikan berbagai keanehan yang diciptakan Allah, cuma mungkin perkara itu berlaku setiap hari membuatkan kita tidak merasa keanehannya.
Perhatikan bulu kening dan bulu roma kita, tak pernah pun dua jenis bulu ini terjulur memanjang seperti rambut, misai, janggut. Bayangkan kalau bulu hidung pun tumbuh memanjang.....
Perhatikan lagi, bukankah aneh dagu perempuan tidak ditumbuhi janggut, tidak seperti dagu lelaki, sedangkan kedua-duanya, sama-sama dagu..
Perhatikan pula lidah. Lidah yang satu ini berupaya merasa berbagai rasa. Kalau rasa itu ada pelbagai jenis seperti manis, masam, masin, pahit, kelat..namun lidah dapat merasainya serentak.
Perhatikan lagi...dalam apa yang kita makan itu sentiasa ada saja karbohidrat, protin, lemak...iaitu zat pemakanan yang asas. Untuk memprosesnya terdapat pula apa yang dinamakan enzim. Enzim terdapat dalam mulut, dalam perut hinggalah ke usus. Setelah diproses dengan pertolongan enzim tadi akhirnya hampas makanan itu keluar sebagai najis.
Yang anehnya...dari mana enzim ini datang dan boleh tersedia ada dalam usus kita. Kemudian macam mana pula setiap enzim itu boleh membezakan setiap zat makanan tersebut. Umpamanya enzim yang memproses lemak tidak boleh memproses protin. Dan bagaimana pula proses tersebut boleh membezakan zat dan hampas. Kita pula tak rasa apa-apa sepanjang proses itu berlaku dalam perut dan usus kita.
Cuba pula fikir mengapa enzim dalam perut dan usus manusia tidak boleh memproses rumput. Kalau kita makan rumput boleh membesar dan gemukkah kita sebagaimana lembu, kambing, kuda yang makan rumput...? Kalaulah boleh makan rumput kan senang, tak perlu duit, makan banyak pun tak mengapa sebab tak perlu risau kena darah tinggi ke, kencing manis ke... Tapi itulah...semuanya tak boleh kita tukar sesuka hati kita.
Sebabnya kita tidak ada kuasa. Semua yang terjadi itu dengan kuasa Tuhan. Bulu kening tak pernah panjang adalah kuasa Tuhan. Dagu orang perempuan tak tumbuh janggut itu juga kuasa Tuhan.
Kita hidup ini adalah kuasa Tuhan. Makanan yang ada dan sesuai dengan perut manusia itu adalah ciptaan Tuhan. Enzim adalah ciptaan Tuhan. Fungsi enzim sesuai dengan zat makanan adalah kuasa Tuhan. Proses dalam perut yang kita tidak tahu dan tak rasa apa-apa itu adalah kuasa Tuhan. Pengasingan hampas yang dinamakan najis itu berlaku dengan kuasa dan kehendak Tuhan...
Tidak sedikit pun kita terlepas dari kuasa Tuhan. Itu semua adalah nikmat Tuhan yang wajib kita syukuri. Ucapkanlah setinggi-tinggi kesyukuran kepadaNya yang menjadikan kita ini serba serbi sempurna, berguna, pelik dan aneh. Sungguh hebat Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Pencipta.
Pssstt...sori kengkawan..dah ziarah rumah, cuma tak dapat tinggalkan buah tangan je. Kuota sutak abis, loading manyak selow la.
Equinoks tiba sebagai ujian dariNya. Dia mahu kita sematkan di hati..cuaca panas takat 40°c pun aku tak mampu nak hadap, dah tiba plak macam-macam penyskit..strok habalah, batuklah, demamlah...tu pun panas equinoks ni kita masih boleh cari perlindungan, pasang aconlah, mandilah, minum air bebanyaklah...kalau panas kat padang Mahsyar, panas kat api neraka..ko mampu nak hadap? Tu pun masih tak sedar diri lagi.....( akulah tu, bukan orang lain, hu hu )
بارك الله فيه.
Hebat betul ciptaan Allah kan, itu baru pada badan manusia, belum lagi kita tengok pada ciptaan yg lain, subhanallah...tak tergambar rasanya kehebatan Allah
ReplyDeleteJom kita pakat zikir Subhanallah selalu, orat AA
DeleteHahaha... kakak nak tergelak dulu apa yg UAI katakan tu Azi:)
ReplyDeleteKalau bulu hidung/kening memanjang tak tahulah nak kata apa Azi. Nak tengok jalan kena selak dulu bulu kening:)
Kan, org melayu dulu selalu ckp camtu, kita pun percayalah sgt, smp kalo nk amik gmb tu pastikan jgn bertiga.
ReplyDeleteBayangkan plak kalo bulu hidung terjulur pjg
Kan, org melayu dulu selalu ckp camtu, kita pun percayalah sgt, smp kalo nk amik gmb tu pastikan jgn bertiga.
ReplyDeleteBayangkan plak kalo bulu hidung terjulur pjg
Org dulu2lh ni...sampi terbwa generasi hri..msih takutlh..tpi yg fhm agama tu...ignore jer...
ReplyDeleteAssalamualaikum....
ReplyDeleteBab ambil gambar bertiga ni...saya dari dulu tak percaya...siap ajak bergambar juga... dalam benar ada lawak...
Dulu kawan saya bagitau yang kami berdua serupa sebab tengkorak yang sama walau di tutup isi ja ni ko lebih aku kurang macam tu ja :) yang UAI tu sata baca kat grup gelak jugak :)
ReplyDeletemasa kecik dulu saya selalu terfikir, kenapa bila tertelan biji buah, tak pulak tumbuh dalam perut...
ReplyDeleteTq mak bagi tazkirah maghrib....
ReplyDeleteUntungya aku dapat kawan mcm ko yg selalu mengingatkan.
Kita ni lemah sebenarnya tanpa bantuan Allah,tp ada kalanya kita tetap sombong, bongkak dan lagho...Malunya....
Akulah tu yg tak reti malu ....bukan org lain!