Asam Garam Kehidupan: Nak jadi star wars, ticer ada baby eh?

Nuffnang

Pages

4 May 2016

Nak jadi star wars, ticer ada baby eh?

Ni ubat gelak bagi hilang tension ticer, ticer tengah meroyan buat kertas soalan nih.

Semalam dia tak datang, hari ni datang dengan mata lebam sebelah. Ditanya kenapa, jawabnya..

" Amir main lompat-lompat dengan sedara Amir."

Ermmm, ni mesti kes terantuk, tak pun tercium dinding. Teruk lebamnya, sebijik macam  kena tumbuk dalam drama tu.

" Oh, Amir nak jadi zombi ek?" Aku menyakat.

" Taklah, Amir nak jadi star wars lah.."

Oo, padanlah sampai lebam camtu, nak jadi star wars rupanya.

---------------------+----------------------------------------

Tengah-tengah mengajar, seorang anak murid dengan tak sengaja tersentuh tummy ticer yang tak berapa kempis ni. Tak puas hati agaknya, dia letak tapak tangan pulak.

" Ticer ada baby ek?" Dalam dok nak gelak aku ia kan je.

" Oo, mama ayen pun ada baby dalam perut dia,"

Pastu aku terpikir, kang dia cerita kat mama dia pasal ticer pun ada baby dalam perut, tak ke naiya plak.

" Eh, taklah, dalam perut ticer ada cacing je, takde baby pun.."

"Oooo.." Panjang oo dia.

Sorilah kengkawan ye, tak sempat nak gi rumah kengkawan ni, kalau gi pun sempat singgah depan pintu je, tak dapek ngulur buah tangan..

Esok sempena isra mi'raj, jom kita hayati kisah perjalanan teragung Rasulullah itu, moga kita dapat mencintai Baginda, sebagaimana Baginda mencintai kita...

13 comments:

  1. Assalamualaikum,
    tulus dan ikhlas je pertanyaannya huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.
      Tulahkan, takde nak lapik2 cam kita pun.
      Tq anyss.

      Delete
  2. alahai lebam sangat tu ha star wars...

    haaa..risau ticer ye, takut anak murid bagitau mamanya hehehe, ada baby cacing pulak dalam perut ticer hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik kenanya kt umh, kalo kt tadika, harusla masak ticer nk menjawabnya.

      He he, kalo kt umh, ank yg kecik tu pun selalu cakap dlm perut ibu ada baby, haih...tak mampu dah heh, dah tuo..

      Delete
  3. hahahaha.. mcm2 ragam bdk zaman skrg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal E'in, tq ziarah.
      Budak2 skrg ni advance betul, pandai terlajak

      Delete
  4. ANAK2 YG JUJUR XRAGU BERTANYA PADA TICERNYA YG BAIK

    ReplyDelete
  5. hihi..banyak cacing dalam perut ticer ye?haha

    ReplyDelete
  6. Kikiki nasiblah aku tak de kat situ time budak tu pegang perut mak....kalau tak sure dia tanya aku, makcik ada baby kembar ek hihi....

    Ko tgh bizi ek mak....selamat membuat soklan ye mak

    ReplyDelete
  7. Lebam sangat, kalau kat sekolah ticer dipersoalkan ye.. pandai budak-budak duk tanya kan..ada baby dalam perut.. NA, dah nak exam kan..minggu depan kan

    ReplyDelete
  8. Tu yg happy bila berurusan ngan anak2 kecik ni...

    ReplyDelete
  9. Hihihi. Ada cacing pulak dah.. Betul jugak cakap akak. Budak ni percaya je cakap orang. Mahu dia umumkan nanti kalau kata ada baby. Hihi. Comel je..

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign