Alhamdulillah, walaupun sesekali dirundung pilu, rasanya semangatku semakin pulih. Selepas jumaat 26/8/2016 memang saya asyik menangis, di dapur, dalam bilik air, terutama di kala berseorangan...sampai bengkak-bengkak mata. Tapi selepas lima hari, saya dah tak mampu menangis...
Maafkan aku ya Allah...sungguh aku lemah, sehingga terkadang aku lupa pada hikmah yang Kau janjikan.
Alhamdulillah...terimakasih wahai suami kerana semangat yang kau berikan. Sungguhpun aku tau rawan di hatimu, tapi kau setia menyokong setiap keputusan yang akan ku ambil.
Dengan sokongan suami, kakak ipar yang juga terpaksa membuang rahim kerana fibroid, dengan nasihat dari sepupu seorang doktor pakar, aku akan berusaha dalam setahun ini untuk mencari penawar. Mudah-mudahan dengan doa dari sahabat-sahabat di sini ( terimakasih sangat atas sokongan kalian ), dengan sokongan dan doa suami chances untuk menjadi kanser itu sembuh.
Buat masa ni saya amalkan minum air rebusan durian belanda dan membaca 21 kali surah Al Fil setiap kali selepas solat. Suami pun dah belikan pokok rerama, dah tanam, tinggal nak tunggu besar. Lambat lagilah nak besarnya tu..Dengan mendengar alunan ayat suci Al Quran juga hati saya semakin tenang.
Selepas setahun nanti, apa pun yang Allah takdirkan, in shaa Allah saya akan terima dengan hati yang lapang.
Semoga sis tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan, ada hikmah di sebalik dugaan sis..
ReplyDeleteItulah dikatakan iman dalam diri Azie. Alahmdulillah berkat iman yg dipupuk juga dgn adanya 'org kanan' sebagai tempat utk disandarkan setiap permasalahan Azie mampu utk bangun. Semoga Allah memberi yg terbaik buat Azie terus kuat dan misi kesembuhan akan tercapai juga. Insya-Allah..
ReplyDeleteInshaAllah kak...moga Allah permudahkan urusan akk, Allah tahu akk mampu sebab itu Dia uji akk, semakin tinggi iman akk semakin tinggi ujian Dia..akk mampu kak, teruskan berusaha
ReplyDeleteMASYAALLAH..BERSABAR YA NOR...TABAH DGN UJIAN-NYA DGN SOKONGAN SUAMI N MRK YG TERDEKAT PASTI JADIKAN NOR LBH KUAT SEMANGAT...SEGALANYA ALLAH PINJAMKAN SEBENTAR N DIAMBILNYA KEMBALI DGN HIKMAH-NYA
ReplyDeleteinsyallah setiap ujian itu ada hikmahnya dan ada jalannya. moga akak tabah menjalani kehidupan selepas ini.
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteJgn cpt mengalah ye kakak ku
Knor syorkan minum gamat helin..bgus sgt2 sbb dia boleh menghidupkan sel2 yg dh mati...cubalah ye..amalkan samapi sembuhh...lps tu rajin tahajud mlm2.
Aku lega mak bila ko dah mula buat entri. Aku pun takut nak WA ko bila reply ko pendik jer.
ReplyDeleteSyukur Ya Allah kerana memberikan ketenangan itu kpd sahabatku. Tanpa izinNya kita tak mungkin dapat merasainya....
Usahalah mana yg ko rasakan terbaik mak. Jgn lupa jugak mintak pandangan mereka yg pakar