Asam Garam Kehidupan: Bukan rezeki kamu nak..

Nuffnang

Pages

6 Sept 2016

Bukan rezeki kamu nak..

Tag nama bakal haji cilik dah ada. Kelengkapan
haji, kain ihram, beg sandang pun dah ada, dah siap tulis nama..
Beg sandang dan kain ihram.
Dah takde rezeki kamu nak.

Ibu dah pesan, jangan dok asyik berlari sana-sini. Yelah..seronoklah awak, balik dari sekolah agama, tak perlu pegi sekolah kebangsaan, dicutiksn sehingga khamis sebab upsr. Kat tadika dah ramai kawan, bukannya tau dok diam. Lari, lari, lari..jatuh, terseliuh. Bengkak. Tukang urut pun tak berani urut, apa taknya, baru sentuh sikit dah menangis.
Bawak gi xray, Alhamdulillah tak retak, tak patah.

Tulah namanya bukan rezeki, dah berusaha, dah ada kelengkapannya, tapi tak dapat jugak pegi. Kena tobat banyak-banyak ye nak ye, budak baikkk sangat nih.

Hari ni, simulasi haji cilik di masjid Biru, Shah Alam. Dari tadika kami, pesertanya seramai 10 orang.

Minta maaf sesangat pada kawan-kawan yang berkunjung ke sini, kunjungan kalian belum dapat kubalas. In shaa Allah dah lapang-lapang nanti, saya bertandang yea.

10 comments:

  1. Oh... kakak ingatkan memang dah ready utk ke Mekah tapi visa tak lepas. Sebab ada kes macam tu. Tapi banyak tahun lepas. Tahun ini nampak macam ok.

    Cepat sembuh ye Umar Zikri. Kesian pulak Azie dah ready nak pergi kaki terseliuh pulak. Bawa ajelah ke sana. Dpt tengok kawan-kawan pun jadilah. Pakaikan kelengkapan yg ada tu.

    ReplyDelete
  2. SIANNYA..MOGA CPT SEMBUH..ADA REZKI LAIN KALI UTK HADIRI SIMULASI HAJI TU....

    ReplyDelete
  3. wahhhhhh sana sini bercerita bab haji cilik, kelas kafa alya lak selepas raya haji, sempat le wat persiapan

    ReplyDelete
  4. alahai siannya umar zikri...moga cepat sembuh ya, kalau tak boleh jumpa adam dan adrien semalam

    ReplyDelete
  5. Ya Allah.. semoga cpt sembuh umar..

    ReplyDelete
  6. Alahai, kasihannya Umar. cepat sembuh ye. kalau atok anak2 achik, dia siap bagi pantun lagi kat cucunya...
    'tukul tangkal pengancing pintu, budak nakal memang begitu'.
    tapi umar ni bukanlah nakal, lasak aje, kan.

    ReplyDelete
  7. Namanya pun budak mak....biasalah tu, tak lari bukan budak...
    Best budak budak sekarang ni kan....dapat merasa pergi Mekah. Mmg advance

    ReplyDelete
  8. Namanya pun budak mak....biasalah tu, tak lari bukan budak...
    Best budak budak sekarang ni kan....dapat merasa pergi Mekah. Mmg advance

    ReplyDelete
  9. Alahaiii siannya
    Semoga cepat sembuh ya
    Orang tua pun kekadang berlari
    Apa lagi budak2 zimah
    Sorrrrry ya bukan tk nak bertandang kat rumah zimah
    Kekdang masa begitu mencemburui
    Tpi hari ni ku gagahi fly jauh2 kesini hehe
    Selamat hariraya aidiladha maaf zahir dan batin ya

    ReplyDelete
  10. kesian dia, semoga cepat sembuh

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign