Asam Garam Kehidupan: Arwah Tokki Salleh.

Nuffnang

Pages

25 Dec 2016

Arwah Tokki Salleh.

Tokki saya ni baik sangat orangnya, walaupun tak fasih sangat berbahasa melayu, dia berbahasa dengan senyum. Saya cucu kesayangannya yang kerap digendong bawak balik ke kampungnya. Saya ada sorang sepupu lelaki sebaya, tapi selalunya dia datang ke rumah tokki dibawa oleh maknya iaitu makcik saya. Selalu kalau tokki bawak saya balik sepupu saya ni pun akan bermalam di rumah tokki.

Saya ingat lagi, rumah tokki bertiang tinggi, rumah papan atap zink terbahagi tiga, naik tangga terus jumpa dapur, ruang tengah tu bilik tidur, ruang depan sekali tu ruang tamu pun ada satu lagi tangga, tapi kami jarang naik ikut ruang tamu ni. Tangga dapur ni ada lambur, alaa, cam pelantar..buat dari buluh. Tangga ni tangga pacak buat dari kayu bulat, kena hati-hati bila hujan, licin. Lambur buluh tu pun pernah patah masa kenduri, tak ingat kenduri apa, saya yang dok ralit perati kambing besar dua ekor bedebub jatuh ke bawah. Kecoh jap cucu tokki jatuh, nasib baik tak apa-apa, walaupun lambur tu tinggi. Malaikat sambut kata orang tua-tua, yelah budak kecik lagi umur 4 tahun. Ermmm..saya pun rasa pelik, camane saya boleh ingat banyak peristiwa zaman kecik saya tu.

Tokki Salleh ni pekat pelat cinanya. Nama cinanya saya tak ingat, tokki kalau turun ke bandar Jerantut( kami dok Pahang masa tu ), bila balik kampung serak suaranya sebab banyak bercakap bahasa cina bila jumpa orang cina di pekan tu. Puas hati agaknya dapat bercakap, cakap sungguh-sungguh, bila sampai kampung senyap semula. Jumpa orang pun senyum je. Anak tokki yang suka senyum menurun tokki itulah makcik saya di kelantan dan sorang lagi pakcik saya di Bentong Pahang. Yang lain menurun arwah tok, serius je air mukanya, termasuklah abah saya, serius dan garang je mukanya. Oh ya, anak tokki ada 6 orang semuanya, yang sulung iaitu paklong saya dah lama meninggal.

Yang saya ingat sangat pasal arwah tokki ni, dia suka dengar saya mengaji, arwah ma banyak ajar saya hafal surah-surah pendek, saya suka berbuai-buai dalam buai kain adik, mulut dok baca surah, arwah tokki akan ralit dengar, bila saya berenti arwah tok kata.."Gie, ngajilah lagi, tokki nak dengar,"..yang saya plak bila disuruh lansung tak sambung dah. Melompat turun buai sambung main. Tokki dan tok selalu datang rumah saya, bila tokki datang saya mesti ikut balik rumah tokki. Rumah tokki kat kampung lain, jauh jugak kena lalu hutan getah jalan kaki.

Tau jelah budak 4 tahun bila berjalan, kejap-kejap kutip daun, kejap-kejap nyangkung perati semut. Tokki rimas agaknya, dia angkat saya letak atas bahu, sukalah saya. Kalau tak letak atas bahu tokki gendong dengan kain panjang warna biru. Saya plak tak suka digendong, peluh tokki baunya kuat, mesti saya meronta nak turun, hihi..kalau dapat turun sukalah hati, tu yang leka perati semutlah, perati siputlah..

Kalau musim durian lagi tokki suka bawak balik saya. Dia akan buka 3,4 biji durian depan saya, suruh saya makan. Saya makan sampai demam.

Nak mandi. Sungai depan rumah tokki je. Bila dekat maghrib saya ikut dua orang makcik saya mandi sungai, saya panggil makteh ( ni lah makcik yang dok di kelantan), dan sorang lagi saya panggil Cu. Sukanya hati dapat mandi sungai. Kalau mandi pagi, turun mesti bawak sekali berus gigi dengan colgate. Saya suka bau colgate, ia mengingatkan saya pada saat-saat mandi sungai 40 tahun lepas. Lamanya kan.

Tinggal kat rumah tokki amat menyeronokkan. Saya dapat ikut tokki cari buah salak, dapat makan lauk sardin arwah tok. Sedapnya lauk sardin pedas-pedas tok masak makan dengan nasi panas-panas, pastu ikut makcik mandi sungai. Satu lagi, dekat rumah tokki banyak pokok manggis, pokok rambai. Saya umur 6 tahun kot, dah reti panjat pokok manggis.

Tokki ada senapang patah. Tokki suka masuk hutan tembak burung merpati atau pelanduk. Senapang patah ni abah saya yang mewarisinya, masa sihat dulu abah pun suka masuk hutan tembak kancil, kijang, ayam hutan...
Kalau tokki tembak pelanduk dapatlah saya makan daging pelanduk goreng kicap.

Yang peliknya saya tak ingat momen tokki hantar saya balik ke rumah saya semula. Saya boleh ingat peristiwa ikut tokki balik, peristiwa di rumah tokki...ermmm...mungkin otak saya merakam memori yang indah je kot.

Begitulah dua tahun saya riang dengan tokki. Bila umur saya 6 tahun, yang saya ingat tokki sakit...
Tapi saya tak ingat, atau mungkin juga saya tak dibawa bersama saat tokki meninggal dan dikebumikan. Yang saya ingat, saya rasa amat kehilangan, selalu menanti-nanti tokki datang sehinggalah akhirnya perlahan-lahan saya lupa bila saya mula bersekolah.

Hari ini, saya nukilkan di sini, untuk kenangan saya dan anak-anak saya pula, betapa beruntungnya ibu mereka ni ada sorang tokki yang baik dan penyayang. Anak-anak saya tak rapat dengan tokki diorang ( abah saya ), kalau berjumpa pun..itupun baru dalam 3, 4 kali rasanya, sekadar bersalam je. Tokki rapat dengan cucu belah sana je, sebab diorang duduk dekat dengan tokkinya, sedangkan anak-anak saya duduk jauh. Tapi dengan tokma ( arwah mak saya) diorang sangat sayang, selalu disebut-sebut, walaupun tokmanya dah lima tahun meninggal. Dengan tokma diorang sayang walaupun tinggal berjauhan, kalau cuti sekolah tak sabar nak balik Terengganu nak jumpa tokma...

Panjang cerita saya kan. Itupun sekadar secebis ingatan, mungkin banyak lagi yang telah hilang dari memori..

Al Fatihah untuk arwah tokki Salleh bin Abdullah.

20 comments:

  1. alfatihah kak..irda boleh rasakan kasih syg tu..kdg2 kita teringatkan kak..irda tak rasaa semua tu kak...kasih syg atok...tp atok irda masih hidup skrg ini..alhandulilah..tp jarang2 jumpa agas sebab tertentu..moga hidup ini dlm kasih syg kak...;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg kasih sayang sentiasa dikenang dlm memori indah irda. Dikenang smp bila2.
      Semua org ada reason tertentu knp dan mengapa, hanya kita yg faham.

      Delete
  2. Alfatihah.. Bestkan kak ingat balik kenangan dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kenangan sepanjang jln hidup ni mama yan.

      Delete
  3. Kenangan manis akak dengan tokki akak.. Beruntung dapat tokki penyayang.. Bukan senang nak jumpa atok yang sabar melayan kerenah cucunya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, tokki akk ni penyayang orangnya. Tok plak perengus sikit, tapi dua2 pun akk sayang.

      Delete
  4. KAK DH JUMPA READING LIST N DPTLH BW KE BLOG NOR LAGI...MENARIK SEKALI CORETAN IMBAUAN KISAH LAMA NOR..RUPANYA NOR ADA DARAH KETURUNAN CINA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Kak, trmkasih sudi lagi ke sini, saya suka baca kisah catatan pak engku tu. Saya dah baca 5 siri yg ada tu, best sangat.

      Delete
  5. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    "Ada ketikanya manusia tidak dapat membendung perasaan rindu pada masa silam. Apabila jiwa diruntun kerinduan yang menggigit jiwa dan perasaan, mereka semacam mahu kembali pada saat-saat keindahan yang mencorakkan seribu satu macam kenangan, agar kenangan itu tetap segar dan hijau di ingatan. Maka terhasillah bait-bait coretan sebagai pengganti kenangan yang semakin jauh ditinggalkan"

    Allahumma ighfirlahu warhamhu...moga almarhum tokki Salleh bin Abdullah sentiasa di dalam rahmat Ilahi. Amiinn...

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Salam... Sis orang Terengganu ke? 😍😍😍 Patut mule2 baca dpt agk mcm org Trg. Kenangan yg xmmpu lupekan.. Semoga tokki tenang d sana. Al fatihah.

      Delete
  7. Saya dah tak ada tok dan tok wan...dua-dua belah dah tak ada...

    ReplyDelete
  8. Budak2 kalau rapat dengan tokki atau nenek, mesti sangat sayang pada mereka. PH masa kecik dulu pun rapat dengan tokki dan nenek. Sekarang mereka dah arwah dan PH pun terkenang masa dulu2, sedih. So tokki Ticer Azimah ni Cina, ya. Dalam keluarga PH pun ada yang kawen Melayu. Kira muhibbah lah macam tu.

    ReplyDelete
  9. Kita masa budak2 memang rapat dengan arwah atuk kan..
    CH pun macam tu rapat sgt dgn arwah atuk..
    Jika CH tak ikut mak balik kampung mesti arwah atuk tahu..
    CH nak exam tu.. arwah tuk akan kirim pen yg mahal jenama ketika itu..
    Lupa pulak CH namanya..
    Arwah tuk suruh jawab exam guna ballpen itu..
    Rindu pulak dengan arwah atuk .
    Alfatihah

    ReplyDelete
  10. Akak sejak dari kecil tak sempat jumpa atok ke2 belah keluarga.Yang ada ketika itu nenek sebelah mak je...dan akak juga jadi cucu kesayangan ketika itu.
    Indahkan bila teringat masa2 silam dengan orang yang kita sayang.

    ReplyDelete
  11. orang yang baik pasti meninggalkan kesan dalam diri kita...

    apa yang lebih penting kita ambil sifat baiknya untuk diamalkan

    ReplyDelete
  12. Patutlah muka ko ada iras Cina sikit ek mak.... Kalau kawen campur ni org cakap anak anak dia bijak. Ko mesti bijakkan mak....
    Betullah mak, aku pun masih ingat kat atok aku. Atok belikan roti canai, sedapnya aku rasa masa tu. Aku pun ingat masa atok meninggal. Zaman dulu org pikul keranda dari rumah ke kubur. Balik melawat mak aku mesti basukhkan muka guna air mandikan mayat...hihi...Kelakar pulak bila dikenang. Semuanya terpahat jelas dlm ingatan aku ni.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign