Hehheh..mana dok hangus, sambil goreng ikan, sambil baca blog. Ikan selar kuning. Ikan ni kecik comey, isinya manis. Goreng garing-garing, cicah sambal kicap pun sodap.
Sama hitam, hehheh.
Dah lama tak share resepi makpak marhaen nih. Nak tak? Dijamin sedap, murah dan ringkas. Cam den ni, memang tak kuasa nak masak resepi cerewat-cerewet. Ok, cepat amik pen dan kertas ye kome semua..
Senang je. Pejam mata pun boleh masak. Memang sempoi.
Ikan selar tu korang goreng garing-garing. Tapi janganlah sampai hanguih cam den tu. Bawang besar, bawang putih, sepotong halia, cili kering diblend. Tumis sampai garing, masukkan sesudu kecik serbuk kari ikan, kacau lagi. Masukkan sedikit asam jawa exra. Last sekali masukkan kicap manis. Kacau hingga pekat. Masukkan ikan. Siap.
" Ada daun, daun apa ni bu?" Hehheh, ibu kan nak tayang kat blog. Biasala..mekap sikit.
Semenjak dua menjak ni ibu memang cuba sehabis jimat. Pergi pasaraya tengok, belek, letak. Huhu..sedih tau. Ada satu hari tu, terbeli lebih bawang besar. Si Nadhrah tanya.." ibu kenapa beli bawang banyak? " Haha...dah itu je yang murah, tak perasan terambik banyak plak.
Takpelah, ikan kecik-kecik ke, lauk sempoi ke, sekurang-kurangnya kita masih dapat makan dengan kenyang dan aman kan? Syukur Alhamdulillah.
takpe kak..sama.je kita ni..marhaen ke idak..sama.je kak..yy penting ada nikmat selera utk mkn pun dah syukur kan kak..ada org makan mewah..mcm2 pilihan..sekali bila Allah tarik nikmat sihat dan nikmat rasa makanan tu...satu pun xlalu kan kak.
ReplyDeletealhamdulilah syukur...utk apa sahaja dalam.kehidupan irda ni...
Betul, setuju..Allah rezekikan sedap makan tu pun satu nikmat kan, Alhamdulillah..apa saja yg dtg kita pandang positif, in shaa Allah jadi positif kan.
DeleteAh sudoh, ticer. Guaner sampai hangus hee..hee..tapi PH suka makan kalau garing2 dan kalau hangus sikit is ok for me. Napok sedak ni letok kicak manih. Nok tra gok.
ReplyDeleteTra jangang dok tra, hihi. Kalo guna ikan tegiri pun sedap ning, sama gok carenya.
DeleteHanguih netong pun sodap.
ReplyDeleteHehe
ReplyDeletesedap tu goreng garing2 laki den suka bona tu. samalah kita kak, nak beli barang puas belek...marhaen jugak huhuhu
ReplyDeleteAkak lagi lah Azi , cukup berjimat untuk makan2 kat rumah kerana duit yang lebih2 nak hantar kat anak2 kat u.
ReplyDeleteBest juga resepi Azi ni... Simple.
Aku dulu tak suka ikan kecik kecik ni mak, tp sejak kenal ikan selar kuning kecik ni aku jatuh cinta pulak. Kalau aku, ikan ni selalunya aku masak sos kicap. Lebih kurang ko jugaklah masaknya cuma tukar buh sos dengan kicap.
ReplyDeleteKalau aku makan selalunya cuma tinggal tulang tgh tu jer. Kepalanya habis aku kunyah haha...
Lah hai, aku pun selalu buat cam ko mak, time malas nk menumis lelama, buh kicap buh sos cili, kaco kasi pekat sikit, ank2 aku suka sgt, smp tya resepi, hehheh..padahal tu resepi bila aku malas masak.
ReplyDeletecamne boleh hangus ni kak, tapi sedap juga kalau garing2
ReplyDeleteHihi, ralit baca blog kt phone.
ReplyDelete