Asam Garam Kehidupan: Rumah Warisan Haji Su (1)

Nuffnang

Pages

24 Mar 2017

Rumah Warisan Haji Su (1)

Sebelum bertolak balik ke KL semalam, kami sempat singgah di Rumah Warisan Haji Su yang dijadikan sebuah muzium hasil sejarah tinggalan seorang hartawan yang dikenali sebagai Hj. Su Mohamed Salleh bin Hj  Mohamed. Dilihat dari besar agam dan keindahan seni bina rumah tersebut memang kita dapat rasakan kekayaan yang dimiliki oleh Hj Su ini. Kalau anda berkesempatan jjcm ke Kuala Terengganu, salah satu tempat yang anda wajib kunjungi ialah di sini. Buat masa ni, masuk masih percuma, tak taulah untuk masa akan datang. Dibuka setiap hari sabtu hingga jumaat jam 9 hingga 5 petang.
Untuk kali ni saya perkenalkan sepintas lalu dulu.
Location nya mudah, satu jalan dengan Losong keropok leko, in shaa Allah mudah nak cari.
Pemandangan luar rumah utama.
Di sini ada ruang dapur, ruang makan, bilik tidur, ruang menenun kain sutera.
Ini rumah yang menempatkan ruang tamu, ruang bersanding, dewan, besar sungguh ruangnya.
Besarnya rumah ni, kalau main nyorok-nyorok rasanya tak kan dapat cari.
Inilah dia Hj Su Mohamed Salleh bin Hj. Mohamed. Kampung Losong Hj Su pun diambil sempena nama beliau.

23 comments:

  1. cantik rumahnya tu kak, memang besarlah rumah dan kawasannya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, dia ni org terkaya di daerah sini, ank2nya serahkan rumah tu kpd keraj neg terengganu sbb dorg pun masing2 dah bekerja.

      Delete
    2. Ya, dia ni org terkaya di daerah sini, ank2nya serahkan rumah tu kpd keraj neg terengganu sbb dorg pun masing2 dah bekerja.

      Delete
    3. Silap tu... Cucu cicit dia..
      Sbb anak2 dia sume dh meninggal dah, yg bgsu meninggal thun 2008 dahulu..

      Delete
  2. cantik rumah walaupun rumah lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg cantik, nnt akk akn tunjukkan apa yg ada dlm rumah tu.

      Delete
  3. cantik senibina rumah ni..Alhamdulillah, masih elok terpelihara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senibina tukang kayu dulu2 mmg unik, sekarg dh susah nk jumpa.

      Delete
  4. BESAR SUNGGUH RUMAHNYA PERNAH KE LOSONG CARI KOPOK LEKOR JE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain kali kalo ada rezeki boleh ke sini kak.

      Delete
  5. Besarrrr dan cantik juga tu kak! classic look macamtu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya syed, akk bangga dgn usaha keraj neg terengganu memelihara tinggalan yg berharga ni.

      Delete
  6. PH tak pernah ke sana lagi. Next time.

    ReplyDelete
  7. Cantiknye. Klau ade rezeki smpai ke KT,boleh la singgah sini. Hehe

    ReplyDelete
  8. rumah besar seperti ini pada zaman dahulu memang orang kaya...

    lama tak jalan ke area losong

    baru ni ada balik kuala terengganu...banyak habiskan waktu selesaikan beberapa urusan di UTC

    ReplyDelete
  9. Rumah agam dulu-dulu ni ye NA..
    Besar sungguh..
    Memang kaya lah Hj Su ni.

    ReplyDelete
  10. Memang hartawan sungguh dia ni ye mak. Walaupun rumah papan tapi ala ala villa gitu. Anak anak dia mesti kaya jugak agaknya.
    Teringin sanagt nak gi Terengganu nak makan kopok Leko ngan Sata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sata is my feveret.. dapnya kalau dapat makan panas2 gitu..

      Delete
  11. warisan zaman berzaman ni., chantekk., ;p

    ReplyDelete
  12. Moga terus kekal menjadi warisan sejarah.

    ReplyDelete
  13. Walau pun WP pernah duduk Terengganu, tapi tak pernah melihat rumah agam ni.

    ReplyDelete
  14. teringat kenangan di rumah ini. tiap kali raya wajib beraya di sini, menziarahi tok sedara. datang sini mesti berangan konon-konon jadi tuan puteri.

    ReplyDelete
  15. Nie rumh arwah nyang sye...dpn rumh haji su nie..rumah atok sye..haji ghani..atok sye msh lg menetap d rumh tu...mlm2 sejukk sgt klu tido...xpyh psg kipas ape sume..rse mcm dlm aircond dh...

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign