Asam Garam Kehidupan: 10 syawal, betullah kasih sayang Allah itu..

Nuffnang

Pages

4 Jul 2017

10 syawal, betullah kasih sayang Allah itu..

Tenang saja wajah anak perempuan  kecil berusia 2 tahun itu, ibarat dalam tidur yang lena...cuma kain putih yang menjadi telekungnya diwarnai sedikit darah...

Baru malam Isnin sebelumnya aku lihat dia dalam dukungan ibunya. Kami datang memenuhi jemputan rumah terbuka syawal mereka. Pakcik Zahanis, seorang pelakun ( tapi aku tak cam sangat drama2 yang disebutnya sebab aku bukan kaki drama, dan tak minat pun nak ikuti perkembangan artis2 ni ) ghairah bercerita tentang cucu lelakinya yang juga pelakun, ada anaknya pun pelakun juga, dia bercerita juga kawannya penyanyi Razis Ismail. Dalam hati..eh..aku berjiran dengan pelakun rupanya..

Tiba-tiba pagi tadi, selasa.. dah nak keluar kerja sangat dah pukul 6 pagi, tiba-tiba pakcik zahanis datang minta tolong cucunya meninggal.
Ceritanya ayah dia masuk rumah, dia ingat anak dia tu ikut masuk sekali, rupanya si anak pergi ke belakang kereta, si ayah tak perasan.. rivers kereta..terlanggar si anak..
Tiada kecederaan luar yang serius, cuma sedikit calar di muka, tapi mungkin kepalanya terhentak kuat, sebab kepala dan matanya bengkak..
Siibu dalam hiba bercerita, patutlah si anak buat perangai.. tiba-tiba suka buat orang marah..

Moga2 si anak kecil yang masih suci bersih dari dosa ini menjadi jambatan ibu ayahnya ke syurga..
Hanya amik gambar van jenazah..nak amik gambar si anak tu tak tergamaklah rasanya, lagipun takut parentnya tak izinkan.

( Abaikan tong sampah tu, huhu)

13 comments:

  1. Allahu Akhbar..innalillahiwainnailahirojiun. Sedihnya baca, pernah terjadi pada kawan saya juga kak, tapi anknya tu dah sekolah rendah. Dugaan hebat buat org2 yg hebat.

    Wah tak sangka akk berjiran.dengan.artis ye

    ReplyDelete
  2. SEDIH SUNGGUH ...MALANG NAK BERLAKU XSIAPA BOLEH DUGA WALAU BERUSAHA MENGELAKANNYA..INNALILLAH ANAK SYURGA YG BAKAL MYMBUT TGN IBU BAPANYA DI PINTU SYURGA IN SYAA LLAH

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar....nak jadi sebab je tu....sesungguhnya Allah lebih menyayangi nya.

    ReplyDelete
  4. Allahuabar, tak terkata..

    Nota: faham perasaan seorang ibu yg kehilangan anak mengejut.

    ReplyDelete
  5. Innalillah..
    Hebat dugaan dihari raya..
    Semoga keluarganya tabah..

    ReplyDelete
  6. sedihnya kak, semoga keluarganya sabar

    ReplyDelete
  7. Semoga keluarganya tabah menghadapi ujian ini.

    ReplyDelete
  8. Ya Allah.. sebak bila membacanya.. :'(

    http://www.syahirahvaliant.com/2017/07/giveaway-nurul-friends.html

    ReplyDelete
  9. AnonymousJuly 07, 2017

    Allahhu .. Moga keluarga anak kecil ini tabah menerima ujian.

    ReplyDelete
  10. Oh my God...sedihnya.

    ReplyDelete
  11. sesunggunya ujian itu menguatkan ketaqwaan kita kepada Allah

    ReplyDelete
  12. Innalillahi wa ina ilaihi rojiun...
    Tiada siapa yg tahu rupanya ajal dia beberapa hari lagi ye mak.... Allahu akbar.

    Sedihnya...

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign