Asam Garam Kehidupan: Jom kita bersabar.

Nuffnang

Pages

6 Aug 2017

Jom kita bersabar.

Perkongsian dari radio IKIM.

Suatu hari Saidina Ali mahu menunaikan solat di masjid. Lalu dia meminta seorang lelaki menjaga kudanya. Saidina Ali bercadang memberi sedikit ganjaran berupa dua dirham yang kalau dinisbah kepada duit kita berjumlah kira2 rm60 juga.

Tetapi setelah selesai solatnya, apabila keluar dia mendapati kudanya telah tiada. Dia mencari2 dan akhirnya dijumpai kudanya terikat di suatu tempat tetapi penutup mukanya telah hilang..

Saidina Ali meminta pembantunya membeli penutup muka yang lain di pasar. Diberinya dua dirham bagi tujuan itu. Sampai di pasar pembantunya mendapati penutup muka kuda Saidina Ali yang hilang sedang dijual oleh seorang lelaki, lalu dia membelinya semula dengan harga dua dirham tersebut.

Apabila hal tersebut diceritakan kepada Saidina Ali, dia berkata..
" Sesungguhnya seorang terhalang dari mendapat rezeki yang halal kerana dia tidak sabar, kalaulah dia bersabar tentu dia mendapat rezeki yang halal.."

7 comments:

  1. is nyaa Allah.
    banyak2lah kita bersabar setelah berusaha dan bertawakkal

    ReplyDelete
  2. MOGA KITA BERSABAR UNTUK MEMPEROLEHI REZKI YG HALAL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Kak, kalo tk sabar kejap je kot jadi kaya raya.

      Delete
  3. Sabar sabar dan terus bersabar =)

    ReplyDelete
  4. betul tu...moga kita sentiasa bersabar

    ReplyDelete
  5. Baca 2 kali tak berapa nak paham lagi
    ....kena baca 5 kali nampaknya aku ni mak baru betul betul dapat tangkap maksud sabar ni....
    Sabar nikan separuh dpd iman, dah tentulah ganjarannya pun besar

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign