Kalo dah masuk rumah, nak keluar rumah cukup bercinta kan, nak kena sarung tudung balik, lebih2 lagi kalo dah tukar menjadi haiwan terbang malam tu, huhu...dan yang selalu menjadi mangsa kerahan ialah abang Iman la, kalo suruh kakak Nadhrah dia pun malas nak sarung tudung, kalo suruh Umar Zikri..hrmmmm, tunggu sejam lagi lah jawabnya, lagi bagus lansung tak bergerak, tu yang ibu selalu memetir ( pinjam ye mama Yan), tak pun lagi dahsyat terus jadi ribut taufan..
Hari selasa lepas mylaling pegi hospital amik keputusan ujian darah dia. Keputusannya... kolestrol tinggi! Yang lain semua ok. Oh, kalo dia yang kurus tu banyak kolestrol, den yang boleh tahan simpan spare tayar ni lagilah ni, ni salah myanaks la, suka sangat makan lauk goreng2, hehe...boleh gitew ek. So, lepas ni dah diberi peringatan supaya masak lauk rebus2 je, tak pun kukus, tak pun stim, eh...samalah tu, korang...cer bagi cadangan menu sihat Kat den ni, dah buntu ni ha.
So, semalam bermula operasi menu sihat, dimulakan dengan menu ikan singgang., sayur tetap digoreng juga, untuk anak2 masaklah ayam masak merah, kesukaan dioranglah tu, takde lauk pun takpe dah.
Nak masak ikan singgang den suka taruk serai. So tugas mengambil serai haruslah abang Iman yang kena, tapi tengoklah apa yang diambilnya. Dulu pernah disuruh amik daun pandan, diambilnya daun lalang sebab pokok pandan tumbuh dalam kebun lalang.
Maka terpaksalah den menyarung baju kerja semula, keluar amik serai yang sepatutnya, sebab dah diterangkan cemana roman serai dia tetap tak faham, dan tak tau cara nak amik serai yang betul.
Sebenarnya pokok serai tu ditanam oleh jiran sebelah, jiran sebelah dah pindah, diamanahkan kek den supaya dimanfaatkan serainya tu. Kalo tak takdelah berani nak usik pun, tak pasal2 tertahan di padang mahsyar dek sebatang serai kan.?
Hahaa,samalah anak akak Azi,akak suruh amik daun kesum,diamiknya rumput apa tah...
ReplyDeleteIman anak akak daun pandan pun xkenal...biasanya terjerit2'lah akak dari pintu dapur bagi arahan .Akak pun pernah kena si Azim amik daun serai rupa tu ...aduhai anak2 ni...Akak ni lagi lah duk kg tpi anak2 pokok keliling rumah pun banyak x kenalnya.
Kikiki...duk kg pun Tak kenal yea, yelah Kak, bukannya dia berkebun ke, kalo berkebun haruslah kenal Mana satu serai, kunyit, halia semua tu.
Deletehahaha...dah namanya anak2 gitulah kan bukan nak kenal sangat jenuh maknye bagi arahan itu pun salah jugak, itu serai ke rumput tu
ReplyDeleteItu serai, tapi dipotong mcm tu, dia fikir bhgian daun tu yg nak diguna, yelah...bukannya pernah diperatikan serai yg siap beli tu mcmana rupanya.
Deletebetul tu. orang kurus belum tentu kolesterolnya rendah. yg berisi lom tentu kolesterol tinggi sgt. apa-apa better buat ujian darah masa sihat at least 2 kali setahun :)
ReplyDeleteKetahui apa petua terbaik untuk merawat keputihan di kalangan wanita
Yelah, dah insap dah ni, bulan depan nak gi juga buat ujian darah, huhu
Deletehihi...serai lalang
ReplyDeleteDaun serai tu
DeleteNak gelak @ nangis ni?? 🤗🤗
ReplyDeleteDua2 boleh;)
DeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteSaya ingatkan daun kucai tu...hehe
saya pula, bila lepas medical checkup, mula la azam nak jaga makan. menu makan pun yang murni dan sihat-sihat je hehe... Tapi biasanya sekejap, lepas tu lupa, tabiat makan balik ke asal... payah betul nak istiqamah...
Haha...anak2 zaman sekarang.
ReplyDeleteSemalam Balqis excited nampak buah pinang. Siap jerit Umi Umi buah! Padahal buah pinang je :D
ha ha ha... serai akak kenal lagi, klu daun2 lain, kira fail teruk..uwaa
ReplyDeleteAlahai comelnya abg Iman.. lepas ni dia kenal la kut pokok serai
ReplyDeleteHihi...mcm daun kuchai je mak. Daun apa tu sebonar eh.
ReplyDeleteTulah pasalnya kurus tak semestinya kolestrol rendah ek...
Kalau ko yg ada spare tyre sikit ada kolestrol apatah lagi den yg bertingkat tingkat spare tyre ni weyh...Adoiyai