Asam Garam Kehidupan: Selesai sudah majlisnya.

Nuffnang

Pages

4 Dec 2017

Selesai sudah majlisnya.

Sori la kengkawan yek, selain takdak mood, den sibuk dengan majlis penyampaian hadiah dan sijil, majlis wajibla bagi mana2 tadika di hujung2 tahun ni. Sibuk latih bebudak tu untuk buat persembahan depan makpak dorang.

Adoila, Kali ni den dipaksa rela memberi ucapan alu2an kepada makpak bebudak ni, kalo bercakap one to one tu takde masalah lagi, yang buat tekak kering tu bila kena bercakap depan ramai2, adoila, adoila, dup2 macam nak jumpa ensuami di malam pertama dah rasanya, haaa..teruk betul, nak kena kursus public speaking kot.

Apa2 pun bila dah selesai legalah perasaan den ni. Sekurang2nya selesailah tugas den untuk tahun 2017 ni, tunggu plak apa yang kena hadap tahun 2018,in shaa Allah kalo ada umur yang panjang.

Adoila sekali lagi, malehnya dah nak ngadap blog ni..eh..
Haaa..sape tu yang dok cari maklumat tu??? Makcik tau..
Pembukaan dengan bacaan 30 ayat surah Al Mulk, Alhamdulillah, mudah2an ada jariah untuk den bila budak2 mengamalkan surah tu. Selalu den ingatkan supaya dorang baca untuk jadi peneman di dalam kubur, den kata...kalo dalam kelas bila ada kawan taknak kawan pun kita sedih, kalo kalo dalam kubur takde peneman macamane??
Dapat sarung jubah,😅😆 topi konvo, dapat sijil...tc doakan anak2 kesayangan tc ni semuanya menjadi anak yang soleh dan solehah, rajin solat, berjaya dunia Akhirat, aminnn.

12 comments:

  1. Lepas ni bolehlah ticer coti ye :p
    Ticer dah naik pangkat kot, itu yg terpilih bagi ucapan aluan tu...

    Ada juga saham akak, jariah yg berterusan pahalanya selagi anak2 ni amalkan apa yg ticer ajar.untung akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak coti pn PH, ada kena persediaan utk pelaj baru next year plak, tempah buku, susun program, huhu..kojo makan gaji swasta weyh, mano ado cuti.

      In shaa Allah, mudah2an.

      Delete
  2. kalau saya pun berdebar nak bercakap depan orang ramai tu kak.. Alaaa kak jangan la malas2 update blog, kadang saya pun rasa malas juga nak update ni..tapi entahlah kan.

    InshaAllah ada tu kak jariah yang berpanjangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu, malas semalas2 nya mama Yan. Tak taula smp bila boleh bertahan ni.

      Delete
  3. Lega dh ya Azi,sebelum detik awal Januari yg mencabar nanti.
    Alhamdulillah banyak pahala Azi & tecer lain membentuk anak2 ini menuju jln syurga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah Kak, buat masa ni beban fikiran tu lega sikit,tunggulah bulan januari nanti, mau berasap kepala dgn berbagai kerenah budak baru..

      Delete
  4. Kan, comel je kecik2 dah pakai topi konvo tu,
    Harap2x dorang Tak lupakan Saya.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, kecik2 lagi dah hafal Surah Al-Mulk, jd jariah pd ticer...amiin..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Memang begitulah rutin setiap akhir tahun, saya melihat kesibukan di tahap tepu sahabat-sahabat saya mengendalikan ihtifal bagi pelajar-pelajar Pasti. Bermacam-macam persiapan yang dilakukan. Saya pun banyak kali diminta oleh sahabat-sahabat yang menguruskan Pasti untuk membantu mereka. Seronok melihat keletah anak-anak ahli fitrah merayakan hari penghargaan kepada mereka...

    ReplyDelete
  7. anak saya tahun ni tak join ihtifalnya. kesian jugak dia

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah....selesai sudah!
    Ye ar mmg le seram jugak tu kena berucap . Maklumlah benda tak biasa. Mau tak nebes bercakap depan ibu ayah yg ramai tu. Ko ada tersasul tak mak?

    Diaorang hafal ke surah al Mulk tu?

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign