Bila tiba malas tu, usahkan nak up citer baru, nak bukak blog pun malas weyh. Bertimpa2 malasnya, malas jatuh atas malas, kesian malas..wahaha..
Disebabkan malas, so storynya makin shortlah jawabnya..
Ni kita sambung citer masa balik Teganung itu hari.
Dinner spesel, ala kadar tapi tetap menyelerakan, nyum3..ada singgang ikan aye, ikan goreng, dan yang rare tu ulam pucuk gemunggai, ulam daun asam gelugur cicah kicap pecah2 cili perah limau kasturi..
Pucuk gemunggai tu ada je jumpa jiran2 tanam, tapi tak taulah orang2 bandar panggil apa. Gemunggai ni bila nak makan baru kita ambil, takleh petik awal2 dia cepat layu bila layu daun2nya mudah berguguran. Khasiatnya makcik den kata untuk darah tinggi dengan kencing manis. Boleh juga dimasak tumis air campur dengan pucuk2 kampung lain, atau dibuat masak lemak putih pun sodap.
Tak pernah dengar la gemunggai. Mesti sedap tu
ReplyDeletepestime dengar nama ulam tu..
ReplyDeletekami panggil remunggai..buah dia yg macam kacang tu, dulu2 selalu buat masak lemak..sekrg ni dah jarang jumpa..
ReplyDeleteofismate Indis bagi saya biji buah remunggai utk diabetes..bapak dia keringkan..
Wak panggil pokok kacang kelor.
ReplyDeletePucuknya buat ulam, kacangnya buat masak kari
tak penah dengar nih kak hehehe
ReplyDeleteOh pucuk kacang kelo ya Azi...tak tau pulak pucuk nya boleh buat ulam .Ni lah festime tau ..
ReplyDeleteTak pernah mkn pucuk ni Azimah.. sedap ye.. boleh Cuba..
ReplyDelete