Asam Garam Kehidupan: Amalan untuk mengekalkan kasih sayang dalam rumah tangga

Nuffnang

Pages

4 Feb 2019

Amalan untuk mengekalkan kasih sayang dalam rumah tangga


Usia perkahwinan yang menginjak ke angka 20-an 30-an memungkinkan kita merasa sudah hilang kemanisan, keindahan seperti yang kita rasa di awal2 perkahwinan dulu.

Entri ringkas saja hari ni. Saya nak share satu amalan menggunakan asma ul husna iaitu nama2 Allah yang kita tau banyak sangat keberkatan dan kelebihannya jika kita beramal dengan yakin. Saya dapat ni dari ceramah ustazah Asma' binti Harun. Banyak ceramahnya di youTube berkaitan usul fekah dan alam rumah tangga yang sangat berfaedah untuk kita yang menanam cita2 untuk menjadi isteri yang solehah.

Jom kita sama2 amalkan, mudah2an dengan berkat asma ul husna Allah kekalkan ikatan kasih sayang dalam rumah tangga kita. Amalannya cukup mudah, amalkan dengan yakin dan istiqomah.

Bacalah takde waktu yang khusus ditetapkan. Mungkin kita boleh buat selepas solat subuh ke..terpulang, bacalah 7x, nak baca lebih pun boleh..
"Ya Rahman, ya Rahim, ya Syakur, ya Wadud..ya Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang..aku memohon agar dikekalkan rasa kasih sayang antara aku dan suamiku dalam kehidupan rumahtangga kami, semoga rumahtangga kami merupakan aljannatul ajilah di dunia ini sebelum Engkau kurniakan syurga yang kekal abadi di sana nanti, amin.."
Atau bolehlah cipta ayat2 sendiri yang lebih indah dan sesuai dengan situasi rumahtangga kita, asalkan diawali dengan 4 nama Allah itu. In shaa Allah..
Setiap rumah tangga tidak sunyi dari diuji dari awal hingga akhir. Ada yang berjaya, ada yang kecundang. Ujian2 itu adalah medan pahala buat kita sebenarnya jika kita mampu bersabar...

8 comments:

  1. Terima kasih kak atas perkongsian.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Terima kasih atas perkongsian yang amat bermanfaat. Moga kita semua dapat beramal dengannya serta berjaya membina ikatan kasih sayang dalam rumahtangga

    ReplyDelete
  3. kite belum kawen lagi tapi kite setuju..!! amalan2 nak kekalkan hubungan tu kena selalu jadikan amalan =)

    ReplyDelete
  4. Jazakillah atas perkongsian zimah..

    Bertambah erat kasih sayang atas beca Tu..😍

    Kat mana Tu..

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang baik.. selain doa, kena ada usaha kearah eratkan kasih sayang juga.. :)

    ReplyDelete
  6. Insyaallah mak....terima kasih perkongsiannya.
    Wahhhh kalau cenggini jumpa kat jalan ni harus aku tak perasan ko ni mak

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign