Asam Garam Kehidupan: Antara duku, duku langsat dan langsat.

Nuffnang

Pages

31 Aug 2019

Antara duku, duku langsat dan langsat.

Mana satu pilihan hati eh..tekak korang? Antara 3 jenis buah ni, kalo letak depan muko den..takdo plak yang bagitau namo antara 3 tu, memang takkan cam lah, melainkan suruh kopek, makan..ha in shaa Allah lah tau. Ajaib kan korang, nampak luar memang sama, tapi Allah boleh buat rasa antara 3 tu berbeza-beza. Bayangkan plak di syurga sebiji buah Allah boleh buat punya 99 rasa..Masya Allah..tak terbayang dek mata, tak terfikir di kepala kan..tapi takde yang mustahil pada Allah kan.

Terpulanglah pada selera memasing kan, ada yang suka rasa langsat yang kemasam-masaman, ada yang suka rasa duku langsat yang manis2 masam, ada yang suka rasa duku yang manis. Kalo den, pilihan tokak den sudah semestinya duku. Duku ni kalo tengah musimnya memang banyak kat Terengganu. Kat pasar Payang tu singgit sekilo pun boleh dapat. Kadang tak payah beli pun, tetiba je ada orang hantar ke rumah, best weyh kome kalo dapat balik teganu bila musim buah duku ni. Tapi tengah2 sekolah ni, tambah2 anak den ada dua orang nak menempuh exam tu, sorang nak amik SPM, sorang nak PT3, lagilah mustahil kalo sekedar di pinggiran, eh..kalo setakat nak makan duku takyahlah balik teganu, beli jelah kat pasar semenyih tu, dapatlah 3kg rm10.
SALAM MERDEKA buat anda semua. Nah den belanjo buah duku Terengganu, hehe.

6 comments:

  1. Duku langsat sedap & manis.
    Ni yang kak laili selalu dapat hehehe

    ReplyDelete
  2. Suka duku sbb senang kupas..hehe..langsat kulit dia mcm melekat sikit..

    ReplyDelete
  3. Alahai sedapnya.. Saya suka duku.. rambai pun Saya suka tapi susah nak Cari skrg

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign