Asam Garam Kehidupan: Dah hujung tahun ye kome.

Nuffnang

Pages

4 Dec 2019

Dah hujung tahun ye kome.

Allahuu..tak perasan dah masuk bulan doblas yek. Punya tak perasan kadang tulis tarikh ngaji kat iqra budak2 pun masih tulis bulan sebelas, punyalah..tak perasan. Tak beberapa hari lagi masuk tahun baru 2020, tapi tahun Hijrah memang dah masuk lama kan 1431. Dan kalau ikut tahun Hijrah umur kita2 ni kena tambah lagi 3 tahun tau kome, contoh umur 47 sebenarnya dah 50, umur 50 plak kalau ikut tahun hijrah sepatutnya 53, huhu..makin tua lah yek kalau ikut tahun Hijrah
 Macam umur Nabi Muhammad waktu wafat tu umur baginda 63 tahun, tapi kalau tahun masihi baru 60 tahun..jadi pada yang dah masuk 60 tahun tu kena lebih bersedialah yek, eh...tapi yang umur bawah2 pun kenalah bersedia sebab...mati tak syarat tua...huhu...peringatan untuk diri sendiri sebenarnya.

Hari ni kami sekeluarga balik ke Terengganu. Errmmmmm...tak taulah kenapa rasa tak seronok sangat perasaan kali ni.
Cuma dalam hati ni berharap supaya semuanya baik2 saja. Balik kali ni in shaa Allah nak bersihkan rumah arwah ma sebab balik raya hari tu tak sempat nak kemas bahagian atas rumah tu. Kat atas takde orang duduk, jadi memang berhabuk bersawang berdebu tu tak payah ceritalah. Bahagian atas tu sebenarnya ada bilik tidur arwah mak, katil, almari baju dan Quran yang selalu ma baca masih di situ, sayu bila masuk bilik ma tu. Ruang tak berpenghuni, lebih2 lagi dah takde orang solat dan mengaji di dalamnya..suasana tu memang suram..tapi aku tak kisahkan tu sebab kesian dengan bilik yang pernah didiami oleh orang yang paling disayangi..

Telefon mak sedara bagitau kami otw, dia bagitau situasi yang tak berapa best..air pasang malam, eh deme takyah nyambung lagu tu..air pasang malam masuk dalam rumah, rumah bersepah, rumah kotor..huhu..

8 comments:

  1. selamat balik kampung. semoga sempat kemas rumah peninggalan yang tersayang :-)

    ReplyDelete
  2. Semasa ibu_suri di awal sakitnya dulu, dia 'paksa' saya pergi ke Kelantan dan Trengganu menaiki Kancil. Semasa nak balik, hujan lebat dan nyaris tak dapat balik kerana kebanyakan jalan dinaiki air...

    ReplyDelete
  3. Harap2 semua OK kat KT, ticer. Pernah juga PH balik KT masa hujan lebat dan air naik. My father had to find another way to get to KT. Scary jugak masa tu.

    ReplyDelete
  4. Moga selamat semuanya kak. Dengarnya Ganu teruk juga banjir kali ni...

    ReplyDelete
  5. Selamat bermusafir wei...doakan aku dan family yeh....maklumlah org yg bermusafirkan makbul doanya...
    Nak balik kg tu mmg best tp bab nak mengemas tu mcm letih je huhu...Nanti ambiklah gambo rumah kg ko mak...tingin nak tengok

    ReplyDelete
  6. salam singgah. semoga dipermudahkan segala urusan kita menjengah ke tahun 2020 ni. aamiin

    ReplyDelete
  7. sedar tak sedar je dah hujumg tahun kan kak. oh kena tambah 3 tahun lagi umur kita ye..dah tua juga saya ni

    ReplyDelete
  8. Alahai banjir ke semoga xde pape

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign