Asam Garam Kehidupan: Cekodok kesukaan ensomi.

Nuffnang

Pages

19 Aug 2020

Cekodok kesukaan ensomi.

Kalau dihidangkan sepinggan pizza dan sepinggan cekodok kepada ensomi, dah tentu2 dia akan makan cekodok, sebab dia memang peminat cekodok, lagi2 dihidangkan waktu petang selepas hujan...wah...lawan plak dengan ayaq teh atau kopi..cuma dia tak suka minum kopi, bini dia layan kopi dengan anak bujang no 2 yang memang hantu kopi..
Jom tengok cekodok saya yang spesel ni atau di indonesia dipanggil bakwan..
Bila dibuat campuran sayur macam macam ni, anak2 cukup suka..walaupun dorang tak suka makan sayur. Ni saya buat campuran kobis, karet, daun bawang, daun sup, kentang dan ikan bilis. Nak ganti udang basah atau udang kering pun boleh.
Lepas tu kita bancuh dengan campuran tepung beras dan tepung gandum sama banyak. Tepung beras akan buatkan cekodok kita jadi rangup. Jangan lupa secubit garam dan sedikit kunyit bagi lagi comey.
Sebelum korang tegur kuali saya yang cantik tu, baiklah saya ngaku dulu, tu kuali umurnya dah 24 tahun tau, dan tu tando den rajin masak, wakaka..
Okeh..masa menggoreng cekodok tu kita leperkan sikit dengan sudu supaya senang masak, dan jadi lebih rangup bila buat camni.
Sepinggan cekodok hidangan buat ensomi kita yang baru je balik dari kerja. 
Esok cuti.
Cuti sempena menyambut awal Muharram.
Selamat menyambut awal Muharram kepada semua teman2 kesayangan alamayaku..semoga tahun baru hijrah 1442 ini lebih bermakna buat kita semua.

9 comments:

  1. Ingat cekodok pisang.
    Saya pun ada kuali macam Kan Nor Azimah. Hehe. Masa saya kecil ada kali itu.

    ReplyDelete
  2. Sodapnya..mkn begitu saja pun ok..cicah dgn cili sos pun best ni..

    Salam Maal Hijrah 1442..

    ReplyDelete
  3. Wak pun suka cekodok gini.
    Biasanya buat sarapan, bole habis sepinggan.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya.. cicah sos cili.. nyummy!!!

    Hehe btw, Selamat Menyambut Awal Muharram.. semoga di tahun baru ini kita menjadi lebih baik dari yang sebelumnya...

    ReplyDelete
  5. Cekodok camni memang mantap.. Cicah pulak dengan kari, asam pedas atau masak lomak belen semalam. Lagi terangkat

    ReplyDelete
  6. tengok pun dah sedap...kalau makan pasti abis licin!

    ReplyDelete
  7. Selamat tahun baharu Azi. Ni la cara terbaik nak paksa diri makan sayur hehehe

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign