Asam Garam Kehidupan: Jangan sombong..

Nuffnang

Pages

2 Oct 2020

Jangan sombong..

Ada satu kisah di zaman Rasulullah, seorang pemuda, pemuda ni mungkin juga seorang munafik..sedang makan di sebelah Rasulullah saw, tapi beliau makan dengan tangan kirinya. Lalu Rasulullah menegurnya, menyuruhnya makan dengan tangan kanan. Lalu pemuda ini menjawab teguran Rasulullah dengan cara yang sombong. Katanya dia tak boleh makan dengan tangan kanan dan meneruskan makannya tanpa menghiraukan teguran Rasulullah itu. 
Rasulullah lalu berkata..Selepas ini kamu takkan boleh makan dengan tangan kananmu lagi..

Apa yang dikatakan Rasulullah benar2 terjadi. Pemuda itu tangan kanannya menjadi kaku tidak dapat bergerak ke arah mulutnya walaupun dia mencuba sedaya upayanya.

Akhir zaman siapa yang mengamalkan sunnah Rasulullah walaupun sunnah yang kecil maka dia mendapat pahala seratus orang syahid. Contoh sunnah yang simple, basuh tangan dan makan dengan tangan kanan, mendahulukan anggota kanan, masuk tandas dengan kaki kiri..semua tu simple, tapi kadang2 kita suka ambil mudah, tak ambil pusing..padahal itu semua pahala besar yang dijanjikan kepada kita ummatnya. Jom kita latih diri kita dan ahli keluarga kita mencintai sunnah baginda. 
Adik kesayangan saya dan isterinya. Alhamdulillah adikku mengamalkan satu sunnah dengan menyimpan janggut yang rapi.

11 comments:

  1. Ya selalu terlepas pandang sudah yang mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf typo lagi. Lebih berhati-hati insya Allah.

      Delete
  2. Akan cuba perbaiki diri dengan amalkan sunah2 rasulullah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, ada keinginan in shaa Allah moga dipermudahkan.

      Delete
  3. Semoga kita selalu dapat amalkan yg sunnah.

    ReplyDelete
  4. Mengamalkan sunah tanda kita cintakan Rasulullah

    ReplyDelete
  5. Semoga terhindar dari sifat sombong itu. aaminnn

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign