Asam Garam Kehidupan: Biarlah Aku Buta Asalkan...

Nuffnang

Pages

15 Aug 2013

Biarlah Aku Buta Asalkan...

SEORANG sufi akan melangsungkan perkahwinannya sengan seorang wanita cantik. Tiba-tiba dengan takdir Allah, di saat hampir pada wktu pernikahan, pengantin wanita itu ditimpa penyakit cacar. Pihak keluarganya sangat sedih dan khuatir anak gadisnya akan dianggap hodoh oleh bakal menantu mereka. Mengetahui hal ini, calon suami lalu memperlihatkan pula bahawa dia telah menghidap penyakit sakit mata sehingga mengakibatkan dirinya buta.

     Perkahwinan pun terus dulangsungkan dalam keadaan kedua pengantin yang seimbang ini, sehingga kedua belah pihak tiada lagi bersedih hati mahupun berkecil hati. Kedua pasangan tersebut terus hidup rukun dan damai selama 20 tahun sehingga Allah takdirkan wanita itu jatuh sakit lalu meninggal dunia.

     Setelah kematian isterinya maka si sufi itu pun membuka matanya yang nyata tidak buta. Lalu orang pun bertanya mengapa dia bertindak berpura-pura buta mata sekian lamanya. Lantas dijawabnya, "Aku sengaja berpura-pura demikian agar keluargaku dan isteriku tidak bersedih hati."

     Orang yang mendengar terus berkata, "Kamu telah mengungguli rakan-rakanmu dengan akhlakmu ini!"

2 comments:

  1. sungguh terpuji dan mulia budi pekerti serta akhlak beliau dalam menjaga hati semua pihak... itu yang patut kita contohi kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang soleh dahulu memang tinggi akhlaknya, hendak mencontohinya bukan mudah, tapi kenalah kita berusaha, semoga Allah belas kepada kita, amin.

      Delete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign