Saya 'bergelumang' dengan anak-anak peringkat umur 4 tahun hingga 12 tahun ni dah lama, seingat saya dah lebih dua puluh tahun, mungkin pelajar tadika saya yang 'first bech', tahun 1990, pun dah kahwin dan ada anak dara. Dan sampai sekarang pun saya masih memegang title cikgu tadika.
Saya pernah ada tadika dan taska sendiri sekitar tahun 2000 ke 2008, penghujung tahun 2008 saya jual kerana masalah susah nak cari pekerja yang benar-benar berminat dengan kanak-kanak. Kebetulan juga akhir tahun 2008 tu saya mengandungkan anak yang bungsu, dengan tak laratnya, dengan tak cukup stafnya... Ramai yang datang cuma untuk bekerja sekitar 2 ke 3 bulan sebelum menyambung pengajian, atau sebelum mendapat pekerjaan tetap yang lebih 'glamor' dan menjamin masa depan.
Sekarang saya cuma bekerja dengan orang, dah malas nak pening-pening kepala nak fikir masalah pekerja, maintanen, persaingan dan macam-macam lagi.
Tapi rupanya masalah mencari pekerja taska ni masih macam sepuluh tahun dulu, susah nak cari yang betul-betul berminat, yang sabar dan sayang dengan kanak-kanak...kesian dengar keluh-kesah kawan-kawan pengusaha taska tentang 'peritnya' mencari pekerja.
Mungkin perkongsian di bawah boleh sedikit membantu.
Sebagai pengusaha kita adalah ganti 'ibu ayah' kepada mereka. Apa yang anak perlu dari sebuah keluarga? Kasih sayang dan pengertian. Sesekali bawa makan angin, bagi hadiah.. dan yang lebih penting lagi kena bawa mereka kepada Allah, seperti selalu bagi tazkirah, sembahyang berjemaah, setiap malam jumaat adakan yasin dan tahlil. Selain mendekatkan diri pada Allah, ia dapat juga merapatkan ukhwah dan kasih-sayang sesama mereka.
Mungkin banyak lagi yang boleh dilakukan sebagai pengusaha. Terpulang juga pada kreativiti masing-masing, sebab sebagai pengusaha ni memang kena bijak dan cekap dalam segala hal ( Jangan mudah patah semangat macam saya, hu hu). Moga ada sedikit manfaat bersama..
Apa lagi ramai ibu-bapa pula jenis tak boleh berlebih kurang. Sedikit benjol kepala terus buat report polis, hati siapa yg senang. Bukan mudah nak jaga anak-anak kecik ramai kalau tak ada kerjasama ibu-bapa juga..
ReplyDeletebetul juga, memang ada parants yang agak cerewet, jenuh nak tackle, tapi adatlah setiap tempat memang ada samada parents yang cerewet atau budak yang nakal semacam,kalau tkde ujian bukan hidup namanya kan kakzakie?
Delete