Semalam saya sempat dengar satu ceramah di IKIM yang menyebut antaranya...marilah kita sama-sama raikan ramadhan seolah-olah kita tiada ilmu tentangnya, dan kita buka kembali, cari, gali kembali ilmu-ilmu tentang Ramadhan, jadi jom kita.....
1) Segera bertaubat dari semua dosa dengan menyesali dosa-dosa yang telah lalu, meninggalkan perbuatan dosa tersebut, dan bertekad untuk tidak akan mengulanginya kembali pada masa yang akan datang.
2) Bertaubat atas kelalaian kita menghayati Ramadhan yang lalu. Kita akui kita gagal dalam membesarkan Ramadhan sedangkan ianya adalah ‘hadiah’ Allah untuk mendorong kita memenuhi siang dan malam Ramadhan dengan amal taqwa. Menyesallah atas kesilapan kita di tahun-tahun sebelum ini dan berazamlah dengan sebenar-benar azam pada tahun ini.
3) Memperbanyak doa agar diberi umur panjang sehingga dapat bertemu bulan Ramadhan. Cemaskan hati kita takut-takut Allah tidak izinkan kita menyambut Ramadhan pada tahun ini. Jika itu berlaku habislah peluang kita mendapatkan kelebihan Ramadhan yang begitu banyak daripada Allah SWT.
4) Memperbanyak puasa sunnah di bulan Sya’ban agar terbiasa secara jasmani dan rohani. Ada beberapa cara puasa sunat yang dianjurkan di bulan Sya’ban, iaitu: Puasa Isnin-Khamis setiap minggu ditambah puasa tiga hari (13,14 dan 15 Sya’ban) atau puasa Daud (selang sehari) atau puasa sepanjang Sya’ban.
5) Mengakrabkan diri dengan Al-Qur’an dengan cara membaca Al-Quran secara istiqamah ditambah membaca tafsir atau terjemahan demi melakukan tadabbur terhadap isi Al-Qur’an. Amalan membaca Al-Quran sangat dituntut kerana Al-Quran akan menerangi rumah kita di dunia dan menerangi kehidupan kita di alam barzakh.
6) Meresapi kelazatan solat malam dengan melakukan sekurang-kurangnya dua rakaat tahajud dan tiga rakaat witir di akhir malam.

7) Meresapi kelazatan zikrullah dengan menjaga zikir setelah solat dan mengingati Allah sepanjang masa di waktu pagi dan petang, di waktu siang dan malam.
8) Mempelajari hukum-hukum fekah puasa Ramadhan secara lengkap, samada dengan mengikuti kuliah-kuliah pengajian atau dengan membaca bab puasa dalam kitab-kitab agama terutama mengenai persoalan Fardhu Ain.
9) Mempelajari rahsia-rahsia, hikmah-hikmah, dan amalan-amalan yang dianjurkan atau harus dilaksanakan di bulan Ramadhan, dengan membaca buku-buku yang membahas hal itu.
10) Mendekati para ulamak dan ahli agama yang beramal dengan ilmu, yang ikhlas dalam menyebarkan ajaran Al-Quran. Carilah ulamak yang dalam diri dan keluarganya ada ciri-ciri yang boleh kita ikuti dan contohi. Mendekati mereka mendapat pertunjuk. Ilmu yang diajarinya adalah ilmu yang diberkati. Insya Allah kita akan mudah mengamalkan ilmu yang diajarkannya.
11) Mempelajari buku-buku mengenai akhlak dan sejarah Rasulullah SAW dan salafus soleh yang membantu menyiapkan jiwa untuk menyambut bulan Ramadhan.
12) Mengulang-ulang hafalan Al-Qur’an sebagai persiapan bacaan dalam solat Tarawikh, baik bagi calon imam maupun orang yang solat tarawih sendirian di akhir malam.

13) Menyiapkan anak-anak dan isteri-isteri untuk menyambut kedatangan Ramadhan dengan mengingatkan para isteri untuk mengqada puasa. Menjelaskan hukum-hakam berkaitan fardhu puasa kepada mereka dan mengajak mereka untuk terus mendekatkan diri dengan Allah SWT.
14) Membiasakan ahli keluarga untuk menjaga solat lima waktu, solat-solat sunnat dan solat malam (tahajud dan witir) dan membaca Al-Qur’an.
15) Mengawal ahli keluarga agar tidak melakukan hal-hal yang melalaikan hati mereka seperti menonton TV, berada di pusat-pusat membeli belah, mendengar muzik yang melalaikan dan kegiatan-kegiatan lain yang tidak membawa manfaat di akhirat.

16) Berusaha membanyakkan sedekah di bulan ini dan bulan Ramadhan. Bayarlah zakat fitrah sebaik masuk bulan Ramadhan untuk memudahkan agihannya kepada pihak yang memerlukan sebelum tibanya hari raya.
17) Berusaha menghiburkan anak-anak yatim, fakir miskin, janda-janda, warga emas, para pelajar agama dan para guru agama (yang ikhlas tidak mengambil upah) dengan mengambil berat keperluan mereka. Jika perlu, hiburkann hati mereka supaya dekat dengan Allah - berilah tarbiyah, nasihat dan peringatan, berilah juga kasih sayang, bantulah makan minum, pakaian, kemudahan-kemudahan yang bersesuaian dan apa jua persiapan untuk mereka berhari raya.
18) Berazam untuk membuka lembaran hidup baru kita dengan Allah SWT iaitu sebuah lembaran putih yang penuh dengan amal ketaatan dan bertekad untuk tidak lagi terjebak dengan perbuatan yang keji dan maksiat. Jadikan Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terbaik dalam hidup kita.
19) Memastikan hari-hari kita di bulan Ramadhan adalah hari-hari yang penuh dengan terbinanya pelbagai rasa hamba - tidak seperti hari-hari kebiasaan kita di bulan lain yang penuh dengan kesombongan, kelalaian dan kemaksiatan. Ramadhan sepatutnya sangat membantu wujudnya rasa hamba di dalam hati kerana lapar dahaga itu adalah situasi biasa orang-orang susah, fakir dan hina. Jadilah hamba sehina-hina hamba di sisi Allah dengan merasakan tidak layaknya kita berlaku sombong selama ini. Hamba Allah tetaplah hina walaupun menjadi raja di atas muka bumi. Menjadi hamba itulah kemuliaan di sisi Allah. Sombong dan takabbur itulah kehinaan dan sebesar-besar kejahatan di sisi Allah.
20) Meramaikan masjid dengan melakukan solat lima waktu secara berjama’ah di masjid terdekat dan menghidupkan ibadah-ibadah sunnat yang telah lama kita tinggalkan seperti: bertahan di masjid selepas solat Fardhu Subuh sampai terbitnya matahari untuk berzikir, iktikaf, sembahyang sunat Isyrak, Dhuha, tilawah Al-Qur’an dan sebagainya.

21) Berusaha untuk hadir di masjid sebelum azan dikumandangkan. Maksudnya hendaklah bersegera ke masjid untuk mendapatkan saf awal; menunggu masuknya waktu dengan mengerjakan solat sunnat dan niat iktikaf dan lain-lain.
21) Membersihkan puasa dari hal-hal yang merosakkan pahalanya, seperti bertengkar, senda gurau dan perbuatan-perbuatan yang melalaikan yang sekadar untuk mengisi waktu tanpa membawa manfaat akhirat sedikit pun (main ‘game’, menonton rancangan tv yang melalaikan, main catur dan lain-lain).
22) Menjaga dan membiasakan diri dengan sifat mahmudah (terpuji) seperti sikap lapang dada, bertolak ansur, bekerjasama, bertolong bantu, penyabar, pemaaf dan sebagainya.
23) Beramal soleh di bulan Ramadhan dan membanyakkan azam. Seperti; berazam untuk bertaubat, azam membuka lembaran hidup baru dengan Allah, azam memperbaiki akhlak, azam untuk berpuasa ikhlas karena Allah semata-mata, azam hendak mengkhatamkan Al-Qur’an, azam ingin solat tarawikh dengan penuh dan witir, azam membanyakkan amalan sunat, azam mencari ilmu, berazam membantu dan menolong sesama muslim yang memerlukan, azam memperjuangkan agama Allah dan lain-lain.

24) Mengekang hawa nafsu dari kebiasaan-kebiasaan buruk dan keinginan hidup mewah, boros, kikir, dan hanya tertumpu untuk menikmati makanan-minuman yang lazat ketika berbuka dan sahur atau menyiapkan pakaian untuk berhari raya dan sebagainya
25) Membiasakan lisan untuk mengatakan perkataan-perkataan yang baik dan bermanfaat; mencegahnya dari mengucapkan perkataan-perkataan keji, maksiat, mengumpat, mengadu domba dan perkataan-perkataan yang membawa kecelakaan di akhirat
26) Mencegah hawa nafsu dari keinginan untuk melampiaskan kemarahan, kesombongan, penghinaan sesama manusia, kemaksiatan dan kezaliman
27) Membiasakan diri untuk hidup sederhana, tenang, sabar dan redha dengan segala kesusahan dan kesulitan yang ditimpakan Allah.
28) Berusaha meninggalkan budaya kehidupan yang melalaikan selama ini.
29) Melakukan muhasabah / koreksi diri secara berterusan agar diri terus dapat diperbaiki terutama dari sudut amal ibadah, penghayatan rasa hati dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW
30) Berusaha untuk berkasih sayang dengan saudara seagama tanpa mengira latar belakang dan darjat keturunan atau pangkat kebesaran. Juga berusaha membaiki hubungan sesama muslim. Jika renggang hendaklah dieratkan. Jika bermasalah hendaklah diselesaikan. Jika bermasam muka mestilah segera bermaaf-maafan. Mulakan hidup baru yang bebas dari ‘virus’ kebencian atau ketidaksenangan hati sesama muslim.
Wallahu a’lam
Thanks atas perkongsian kak...memang kena stat prepare sekarang
ReplyDeleteperlu bersedia dr sudut rohani juga ...
ReplyDeletethanks NA, inshaAllah dipermudahkan olehNya.
ReplyDeleteSBY, QV dan BP...terimakasih atas kunjungan dan komennya, sama2 kita buat persiapan lahir batin untuk menyambut bulan rahmat penuh barokah ini, In Shaa Allah...
ReplyDelete