Dalam diri anak adam Allah tanamkan dua benih iaitu benih mazmumah dan benih mahmudah. Ia boleh hidup subur, boleh dikawal, boleh dibantutkan dan boleh juga hidup meliar. Segalanya terpulang kepada kemahuan dan kesungguhan manusia itu sendiri. Benih mahmudah iaitu sifat yang baik perlu disuburkan. Jika tidak ia kan bantut, kering dan layu. Manakal benih mazmumah iaitu sifat yang tidak baik, perlu dicantas dan dikawal agar ia tidak tumbuh besar dan meliar.
Ujian-ujian dalam hidup merupakan ubat atau injection bagi menyuburkan mahmudah dan mencantas mazmumah. Contohnya bila Allah uji dengan kesakitan, kematian, kebakaran, kecurian dan sebagainya, adakah kita sabar dan redha menerimanya ataupun kita kecewa dan marah-marah. Dan kuasa menyuburkan benih mahmudah dan mencantas serta mengawal benih mazmumah itu ada pada kita.Ia diberi oleh Allah.
Mereka yang menangguhkan usaha mencantas mazmumah adalah orang yang berjaya ditipu daya oleh syaitan. Membersihkan diri dari segala sifat mazmumah ini adalah wajib hukumnya.
Cube menyelami dlm diri kakak yg serba kurang ini Azie.
ReplyDeleteTakut juga terlalai dgn hasutan kanan dan kiri..
saya, kzakie dan ramai lagi memang serba kekurangan, memang sifat hamba yang serba lemah, jadi jom kita sama-sama kuatkan pergantungan kepadaNya.
Deletealamak, sory kzakie, tak perasan tguna akaun anak, hi hi
Deleteterima kasih atas perkongsian..memang sifat mazmumah susah nak dikikis... Moga Allah melindungi kita dari godaan syaitan.
ReplyDeletesifat mazmumah ni teman penyuburnya adalah syaitan dan nafsu, memang selalu kena perang besar supaya sifat mazmumah boleh menang.
Delete